tempat menarik di pulau kapas
|

12 Tempat Menarik di Pulau Kapas Tarikan Pengunjung

Pulau Kapas adalah sebuah pulau indah yang terletak kira-kira 6 kilometer dari Marang, Terengganu. Namanya merujuk kepada pantai putih pulau dimana pantai tersebut warnanya putih seperti kapas.

Pulau ini mempunyai hutan tropika, air laut yang jernih, pantai pasir putih dan terumbu karang di perairan sekitarnya. Untuk ke sini, anda boleh menaiki feri dari Marang. Jom lihat tempat menarik di Pulau Kapas tarikan pengunjung.

1.   Qimi Chalet

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [tripadvisor]
Qimi Chalet menawarkan pengalaman yang indah untuk penginapan di Pulau Kapas ini. Chalet ini ditemani dengan suasana pokok-pokok tropika yang menghijau dan permandangannya menghadap ke laut. 

Kakitangan di sini sentiasa melakukan yang terbaik untuk membuat setiap tetamu yang datang berasa selesa dan mendapat pengalaman yang manis. Makanan yang disediakan pula amat lazat dan dimasak di rumah mereka.

Qimi Chalet adalah salah satu chalet yang menjadi tarikan utama pelancong yang hadir ke Pulau Kapas. Dengan menawarkan pelbagai pakej penginapan serta pemandangan laut yang menakjubkan, ia juga akan memberi kenangan yang indah untuk anda. Mereka juga menawarkan perkhidmatan seperti snorkeling, selaman skuba, jungle tracking dan banyak lagi.

2.  Kapas Coral Beach Resort

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [bulatbujur]
Kapas Coral Bech Resort terletak di Pulau Kapas. Ia mengambil masa kira-kira 30 minit perjalanan dari Lapangan Terbang Sultan Mahmud ke Marang. Kira-kira 15 minit juga masa untuk anda tiba di resort ini. 

Tempat menarik di Pulau Kapas ini memerlukan anda menaiki ‘Speed Boat’ dari jeti Marang. Resort ini menyediakan aktiviti luar dan marin yang sangat menarik. Antaranya snorkeling, bola tampar, bola sepak pantai, memancing, berkayak, dan mencandat sotong.

Harga ditawarkan adalah mengikut pakej. Apa yang bestnya, makanan disediakan oleh resort ini. Selain itu, peralatan dan kelengkapan snorkeling juga disediakan oleh pihak resort ini.

3.  Ombak Kapas Island Beach Resort

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [facebook]
Tempat menarik di Pulau Kapas seterusnya adalah Ombak Kapas Island Beach Resort yang terletak di Pulau Kapas. Resort ini antara yang terbaik dalam menyediakan perkhidmatan untuk para pengunjung di Pulau Kapas. Di tambah pula dengan suasana yang indah di Pulau Kapas membuatkanya lokasi yang tepat untuk berehat dan berseronok.

Antara kemudahan yang disediakan di sini termasuklah kemudahan asas seperti dewan seminar, kafe, dan lain-lain lagi. Harga yang ditawarkan berdasarkan pakej yang diambil. Biasanya untuk bilik yang berpenghawa dingin, dikenakan caj serendah RM185 sahaja.

4.  Ombak Cafe

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [pulaumalaysia]
Jika anda inginkan suasana makan ditambah dengan suasana keindahan pantai, anda boleh singgah ke Ombak Cafe. Biasanya kafe ini menjadi tumpuan ramai pelawat serta artis-artis di Malaysia. Jika bernasib baik, anda mungkin akan berjumpa dengan beberapa artis seperti Mat Dan dan ramai lagi.

Lokasi kafe ini berdekatan dengan Ombak Kapas Island Beach Resort. Ramai pengunjung mengatakan makanan di sini amat sedap dan menyelerakan. Harga yang dikenakan adalah sedikit mahal berbanding di darat, maklumlah ini merupakan sebuah pulau!

5.  Kapas Beach Chalets

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [tripadvisor]
Kapas Beach Chalets merupakan salah satu tempat paling menarik di pulau ini sesuai untuk anda bercuti. Dikatakan suasananya cukup hebat. Apabila musim monsun tiba, chalet ini akan ditutup kerana ombak yang sangat besar

Harga yang dikenakan adalah berdasarkan pakej dan jenis bilik. Bilik-bilik di chalet ini sangat asas tetapi semuanya mempunyai tempat mandi yang sangat selesa. Siap ada pancuran mandi lagi.

Tempat menarik di Pulau Kapas ini amat sesuai untuk percutian seisi keluarga. Udaranya juga sangat sejuk dan restoran di chalet ini terdapat dengan pemilihan makanan ala-ala Eropah dan makanan tempatan. 

6.  Rumah Api Pulau Kapas

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [ibiblio]
Anda boleh menikmati permandangan yang indah di atas rumah api tempat menarik di Pulau Kapas ini.  Nak lagi best, datang ketika waktu matahari terbit dan terbenam. Pasti anda akan terpesona dengan keindahan pemandangannya.

7.  Aquasport Divers

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [amitravel]
Perkhidmatan Aquasport Divers telah ditubuhkan pada tahun 1998 di Pulau Kapas. Di sini mereka mempunyai pengajar dan ketua iaitu Zainal Azam Hashim. Zainal Azam Hashim adalah penyelam skuba profesional dengan 30 tahun pengalaman dalam bidang penyelaman. 

Aquasport Divers adalah satu-satunya pusat menyelam di Pulau Kapas dan salah satu pusat menyelam terkemuka di Malaysia. Ia menjadi salah satu tempat percutian kegemaran para penyelam untuk menikmati pemandangan bawah air di sekitar kawasan Asia Tenggara.

Boleh dikatakan tempat menarik di pulau kapas ini sangat terkenal dalam kalangan pelancong dan penyelam yang inginkan pengalaman yang eksklusif. 

8.  Pak Ya Seaview

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [facebook]
Bagi anda yang sukakan percutian penginapan yang murah, Pak Ya Seaview adalah tempatnya. Walaupun perkhidmatannya dikatakan kurang memuaskan, namun kelebihannya adalah diluar chalet ini betul-betul di hadapan pantai.

Jika nak menginap di sini, pastikan bawa kelengkapan mandi sebab ramai yang kata ubat gigi dan sabun tidak cukup. Ia adalah tempat menarik di Pulau Kapas yang boleh anda singgah bermalam dan bermain aktiviti air di pantai.

9.  Captain’s Longhouse

tempat menarik di pulau gaya
Imej via [trailsurfers]
Selain Pak Ya Seaview, Captain’s Longhouse juga menyediakan penginapan yang murah dan cukup bagus. Walaupun perkhidmatan yang disediakan sangat asas namun kakitangannya amat bagus. Di sini juga terdapat restoran yang menyediakan makanan yang sedap dan murah.

10.  Surau Jeti Pulau Kapas

tempat menarik di pulau gaya
Imej via [tripadvisor]
Bagi anda yang beragama Islam, jangan risau mencari tempat beribadah. Di sini juga disediakan surau untuk anda solat. Walaupun surau ini hanya dilengkapi dengan kemudahan asas biasa, namun itu sudah cukup buat anda. Seronok-seronok juga, solat jangan lupa. Betul tak?

11.  Kapas Island Resort

tempat menarik di pulau gaya
Imej via [google]
Kapas Island Resort adalah salah satu tempat menarik di Pulau Kapas boleh anda bermalam.  Resort ini terletak hanya beberapa minit berjalan kaki dari jeti utama di pulau itu.

Kemudahan resort termasuk 60 unit chalet kayu yang direka khas, dua buah asrama, sebuah kolam renang dan sebagainya. Resort ini dikendalikan oleh syarikat Bumiputra milik swasta di bawah Kementerian Kewangan dan Kementerian Pelancongan.

Antara tarikan menarik di sini adalah berkayak, selaman skuba, sukan luar dan sebagainya.  Anda juga boleh mencandat sotong dan memancing.

12.  Longsha Campsite

tempat menarik di pulau kapas
Imej via [jonesaroundtheworld]
Bagi anda yang kaki camping atau berkhemah, amat sesuai untuk anda berkunjung ke Longsha Campsie. Tempat perkhemahan ini sememangnya cantik dan bersih. Harga yang dikenakan di sini pun tidaklah terlalu mahal.

Selain berkhemah, terdapat juga aktiviti lain boleh anda lakukan di tempat menarik di Pulau Kapas ini seperti snorkeling, aktiviti sukan luar dan sebagainya. Ruang mandi dan tandas juga disediakan.

Itulah dia 12 tempat menarik di Pulau Gaya yang meliputi resort, tempat makan dan bersiar-siar. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Gaya, tempat menarik di Pulau Kukup, tempat menarik di Pulau Duyong Terengganu dan tempat menarik di Pulau Karimun.

Rujukan:

  1. kapasislandresort
  2. jonesaroundtheworld
  3. whywaittoseetheworld

 

 

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *