12 Tempat Menarik Di Pulau Cebu Filipina Unik Dan Indah
Teringin bercuti ke pulau yang indah di Filipina? Pulau Cebu Filipina merupakan destinasi pilihan dan terbaik masa kini untuk anda melancong. Perjalanan hanya mengambil masa 3 jam atau 2 jam 45 minit, apa kata anda bercuti di sini pula.
Lengkap dengan panorama alam semulajadi, Pulau Cebu Filipina bukan sahaja membolehkan anda berhibur di pantai dan pulau, malah terdapat banyak tempat menarik di Pulau Cebu Filipina boleh anda singgah.
1. Oslob – Whale Shark
Oslob sangat terkenal dengan whale shark yang merupakan seekor ikan paus besar yang tinggal di sekitar sini. Jangan bimbang, anda boleh memberi makan ikan ini dan melihat ia muncul. Lebih menyeronokkan lagi apabila anda turut serta berenang atau bergambar bersama ikan tersebut walaupun ia agak mencabar sekali.Secara umumnya, ikan paus jerung ini sangat jinak dan tidak makan daging. Ia hanya makan macroalgae, plankton, udang dan haiwan kecil yang lain. Anda dibawa ke sini dengan bot kecil dan boleh mula snorkeling berdekatan dengan whale shark tersebut. Sememangnya ia adalah aktiviti yang amat menyeronokkan!
2. Pulau Sumilon
Tempat menarik di Pulau Cebu Filipina destinasi percutian terbaik adalah Pulau Sumilon. Anda boleh snorkeling di sini kerana pulau ini sangat indah dengan kehadiran coral dan airnya yang jernih serta bewarna turqoise.Dari Oslob, ia hanya mengambil masa selama 30 minit menaiki bot untuk ke sini. Sediakan wang secukupnya sekiranya anda ingin beraktiviti di sini. Bayaran yang dikenakan adalah 1500 peso per bot, 50 peso untuk yuran kemasukan di Pulau Sumilon dan 50 peso untuk peralatan snorkeling.
3. South Cebu Heritage Trail
Selain berhibur di pantai, terdapat tempat bersejarah di Pulau Cebu Filipina yang boleh anda kunjungi. Ia adalah sebuah bangunan peninggalan seperti gereja dan kubu-kubu lama. Bangunan ini adalah berasaskan senibina Filipina, Sepanyol dan Amerika Syarikat kerana pengaruh agama dan kebudayaan mereka sangat kuat.4. Tan-Awan Cangcuay Beach
Pantai Cangcuay sangat cantik dan sesuai untuk anda serta anak-anak bermandi-manda sepuasnya. Air yang sangat jernih, tidak bahaya dan sangat bersih ini merupakan salah sebuah tempat menarik di Pulau Cebu Filipina ramai tak tahu. Cakap sahaja Pantai Cangcuay, pastinya mudah untuk anda dibawa ke sini.5. Pulau Pescador
Jangan ketinggalan untuk diving dan snorkeling di tempat menarik di Pulau Cebu Filipina yang sangat indah ini. Pulau Pescador merupakan sebuah pulau hijau yang penuh dengan khazanah alam semulajadi. Selain snorkeling melihat coral, penyu dan haiwan laut yang lain, anda juga boleh berkayak di Pulau Pescador!6. Feri Dan Jeti Cebu Straits
Untuk ke pulau-pulau yang memerlukan anda menaiki feri, Feri Cebu ini tidak mengecewakan. Pemandangan indah boleh anda saksikan sepanjang berada di sini. Lihatlah sendiri saat tibanya feri berlabuh di sini.Anda juga boleh membeli cenderamata di sini untuk dibawa pulang. Kemudahan urut kaki juga disediakan di sini sementara pelancong masih menunggu ketibaan feri.
7. Puncak Osmena
Puncak Osmena terletak di kawasan Fall yang memerlukan anda hiking untuk naik sehingga ke puncak Cebu. Keindahan alam semulajadi hijau yang segar ini pasti membuatkan anda teruja. Anda boleh melihat keindahan pemandangan matahari terbit dan terbenam di puncak Osmena, Tops Lockout yang telah disediakan di puncak.8. Alegria
Alegria adalah kawasan air terjun yang indah seluas 89.5 kilometer dan terletak di selatan Cebu. Ia terdiri daripada 9 daerah kecil yang dipanggil Barangay.Air terjun yang cantik dan suasana sekitar seperti hutan tropika ini adalah tarikan utama pelancong ke sini. Aktiviti air lasak juga sesuai dilakukan di sini.
9. Balicasag
Balicasag adalah sebuah pantai yang terletak di Pulau Cebu Filipina. Anda boleh menaiki bot untuk ke sini. Menariknya, aktiviti island hoping di sini adalah pilihan utama pelancong kerana terdapat banyak coral dan ikan yang cantik dan bewarna-warni di sini. Anda pasti seronok dan tak menyesal hoping island di sini!10. Loboc Ecotourism Adventure Park
Tempat menarik di Pulau Cebu Filipina ini terletak di daerah Loboc yang sangat indah. Loboc Ecotourism Adventure Park merupakan sebuah pusat pelancongan yang menyediakan cabaran aktiviti lasak boleh anda sertai.Anda boleh menjalani aktiviti superman zipline di sini. Selain itu, pemandangan Lobok sangat cantik dimana terdapat Sungai Loboc yang boleh anda singgah.
11. Chocolate Hill Adventure Park
Di Loboc juga, anda boleh mendaki ke Chocolate Hill dan berkunjung ke Chocolate Hill Adventure Park (CHAP). Aktiviti di sini pula adalah menaiki basikal zipline dimana anda akan dibawa ke seberang sana secara berbasikal di udara.12. The Highlight – Falls
The Highlight Falls adalah sebuah air terjun indah yang sangat menakjubkan. Datang sini pasti rasa tak nak balik sebab terlalu melayan air terjun yang dingin ini.Anda boleh menaiki rakit bambu yang disediakan di sini dengan bayaran yang tertentu. Tunjuk ajar juga akan diberi. Bila lagi nak naik rakit ramai-ramai kalau bukan sekarang!
Berikut adalah 12 tempat menarik di Pulau Cebu Filipina terbaik untuk destinasi percutian. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Carey, tempat menarik di Pulau Bunting, tempat menarik di Pulau Banggi dan tempat menarik di Pulau Besar Melaka.