tempat menarik di pasir gudang
|

20 Tempat Menarik di Pasir Gudang Untuk Bersiar-siar, Makan Dan Bergembira

Tiada idea tempat menarik di Pasir Gudang?

Pasir Gudang adalah sebuah bandar perindustrian yang terletak di Mukim Plentong, Daerah Johor Bahru, Johor, Malaysia. Pelbagai industri seperti pengangkutan, logistik, perkapalan dan juga industri berat seperti petrokimia juga terdapat di sini.

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [wikimedia]
Jumlah penduduk pula melebihi 100 000 orang. Walupun begitu, Pasir Gudang juga kaya dengan pelbagai tempat-tempat percutian untuk dikunjungi. Mari sama-sama kita bahas mengenai 20 tempat menarik di Pasir Gudang.

1.  TS Wonderland Indoor Water Theme Park

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [youtube]
Tempat menarik di Pasir Gudang ini sangat unik kerana ia dibina bertemakan indoor water park. Ini bermakna anda tidak akan terkena panas terik matahari. Segala kemudahan seperti tempat makan, tempat persalinan dan tempat parkir kereta lengkap disediakan.

Persekitaran moden dan selamat yang ditawarkan pasti mengujakan kita semua. Selain itu, terdapat juga sebuah taman permainan yakni Space Adventure yang pastinya membuatkan anak-anak anda teruja.

  • Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari
  • Harga Tiket: RM25 | Bawah 75cm Percuma | Warga emas Percuma
  • Alamat: 6015-C, Jalan Ciku Utama 2, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor

2.  Muzium Layang-Layang

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [Johortravel]
Muzium ini dibuka pada tahun 2002 dan merupakan muzium layang-layang pertama di Malaysia. Muzium ini mempamerkan peralatan dan pelbagai jenis layang-layang yang digunakan seluruh dunia. Anda bakal mendapatkan pelbagai ilmu dan sejarah mengenai layang-layang di muzium ini. Untuk pengetahuan anda, festival layang-layang saban tahun diadakan di Pasir Gudang.

  • Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang setiap hari
  • Harga Tiket: Dewasa RM2 | Kanak kanak RM1
  • Alamat:  Kompleks Pusat Bandar,81700 Pasir Gudang, Johor, Malaysia

3.  Sarang Buaya Tanjung Langsat

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [urtv]
Luas keseluruhan sarang buaya ini tiga hektar (lapan ekar), dimana ia dibina dalam kawasan hutan paya bakau berhampiran pelabuhan dan zon bebas cukai Tanjung Langsat pada tahun 2009. Sebanyak 12 kolam khas telah dibina bagi menempatkan pelbagai jenis dan spesis buaya. Hampir 592 ekor buaya telah dipelihara dan dipamerkan di tempat menarik di Pasir Gudang ini. Selain melihat buaya secara dekat, pengunjung juga boleh melihat pekerja memberi buaya makan.

  • Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang setiap hari
  • Harga Tiket: Dewasa RM8 | Remaja RM6 | Kanak-kanak RM4
  • Alamat: Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor

4.  Bazaar Karat Pasir Gudang

tempat menarik di pasir gudang
imej via [destination]
Nak cari barang dengan harga yang murah? Bazar Karat Pasir Gudanglah tempatnya. Bagi penggemar barangan antik, tempat menarik di Pasir Gudang ini membolehkan anda membeli pelbagai jenis barangan antik yang sangat berbaloi.

Disamping itu, bazar ini menjual pakaian, perhiasan, makanan dan sebagainya. Sambil jalan-jalan dan membeli-belah, anda akan disajikan alunan lagu yang pastinya mengusik jiwa daripada busker-busker jalanan sekitar bazar.

  • Waktu Operasi: 5 petang – 12 malam / khamis hingga ahad
  • Alamat: Terminal Bas Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

5.  Taman Pertanian Kong Kong

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [picswe]
Taman Pertanian Kong Kong yang terkenal sebagai tempat menarik di Pasir Gudang ini berfungsi sebagai muzium buah-buahan termasuk buah-buahan nadir yang hampir pupus sebagai khazanah warisan negeri. Ia dibina atas tujuan untuk mewujudkan satu persekitaran semula jadi yang menarik selain menggalakkan pelancongan berkonsepkan pertanian.

Pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan di sekitar taman ini antaranya memetik dan merasai buah buahan segar, memancing, berbasikal dan macam-macam lagi. Segala kemudahan awam lengkap disediakan di sini.

  • Waktu Operasi: Setiap hari
  • Alamat: 81700, Johor

6.  Makan Klimaks Chop And Grills

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [rileklah]
Restoran yang menyediakan sajian western ini adalah salah satu tempat menarik di Pasir Gudang. Restoran yang sering menjadi sebutan pengujung ini biasanya akan meriah dengan orang ramai pada waktu malam. Pelbagai hidangan menarik mereka sediakan seperti Grilled Lamb Rack, Grilled Salmon, Grilled Chicken dan lain-lain lagi.

Menu utama mereka adalah Nasi Lemak Pandan Grilled Chicken dan Murtabak Cheese. Anda pasti tidak akan percaya, Chicken Chop yang dijual di sini hanya serendah RM 5.90. Murah bukan?

  • Waktu operasi: 5 petang – 12.30 malam
  • Alamat: 26,Jalan Helang 2, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang, Johor

7.  Sri Pantai Seafood

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [omaralattas]
Sri Pantai Seafood adalah salah satu kedai makan bertemakan makanan laut yang terbaik di Johor. Makanan lautnya segar dan lazat manakala harga pula berpatutan. Sambil menikmati juadah, anda akan disajikan angin laut yang bertiup sesepoi bahasa.

Menu yang sering menjadi pilihan ramai di sini adalah Tomyam campur, sotong goreng tepung, udang mentega, siakap steam limau, ketam dan lain lain.

  • Waktu Operasi: 4 petang – 12 malam
  • Alamat:Jalan Pengkalan 13, Kampung Pasir Puteh, 81700 Pasir Gudang, Johor

8.  Masjid Jamek Pasir Gudang

temapt menarik di pasir gudang
Imej via [en.wikipedia]
Masjid Pasir Gudang Jamek (Masjid Jamek Pasir Gudang) adalah masjid pertama yang dibina di Pasir Gudang, Johor, Malaysia. Ia mula digunakan pada tahun 1989.  Menariknya, masjid ini telah memenangi anugerah Lanskap Peringkat Kebangsaan bagi Kategori Masjid.

Reka bentuk tempat menarik di Pasir Gudang ini mengikut senibina campuran antara timur tengah dan barat. Rugi rasanya jika datang ke Pasir Gudang tetapi tidak singgah beribadah dulu di masjid agung ini.

  • Alamat: Masjid Jamek Bandar Pasir Gudang, 81750 Pasir Gudang, Johor Bahru

9.  Bukit Layang-Layang

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [Youtube]
Bukit Layang-Layang sangat sesuai untuk anda bersantai-santai mahupun berekreasi. Tempat menarik di Pasir Gudang ini terletak di tengah-tengah kesibukkan kota industri Johor.  Ia juga terkenal sebagai tempat pertemuan pelayang-pelayang dari segenap penjuru dunia ketika Festival Layang-layang Antarabangsa Pasir Gudang yang dianjurkan pada setiap tahun berlangsung.  

Acara ini menarik ratusan ribu pelawat dan peminat layang-layang dari seluruh dunia.Sewaktu festival ini berlangsung, anda dapat melihat ratusan layang-layang bewarna warni menghiasi layar langit.

  • Alamat: Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

10.  Pasir Layar

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [rileklah]
Pasir Layar adalah sebuah pantai yang agak masyhur di daerah Pasir Gudang. Kedudukan pantai ini sangat strategik selain laut dan pantainya juga bersih dan jernih. Pasir Layar telah menjadi lokasi tetap bagi Kejohanan Perahu Layar Terbuka Johor bermula pada tahun 2003.

Kejohanan ini menghimpunkan lebih 100 orang pelayar untuk bertanding. Disini mungkin tidak sesuai untuk mandi manda kerana terdapat banyak batu-batu besar, namun pemandangan disini cukup cantik untuk bergambar. Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Pasir Gudang ini bersama keluarga tersayang.

  • Alamat:  Pantai Pasir Layar, Pasir Gudang, Johor

11.  Tanjong Puteri Golf Resort

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [golfinmalaysia]
Anda cari tempat penginapan menarik sekitar Pasir Gudang. Silalah ke Tanjong Puteri Golf Resort?  Resort yang dibina dengan keluasan 833 ekar ini merupakan salah satu daripada resort golf yang terbesar dan paling berprestij di Malaysia. Lokasi ini pastinya menjanjikan pengalaman yang tak boleh dilupakan buat penggemar sukan golf.

Ia lengkap dengan segala kemudahan termasuklah tempat rekreasi dan penginapan. Resort ini  dilengkapi dengan 20 bilik tetamu, 34 villa 2 tingkat, 7 bilik mesyuarat dan kemudahan rekreasi yang lain.

  • Alamat: Jalan Tanjong Puteri 1, Taman Tanjung Puteri Resort, 81700 Pasir Gudang, Johor

12.  Litar Pasir Gudang

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [karangkraf]
Litar yang terletak di Pasir Gudang ini merupakan satu-satunya litar bagi sukan permotoran yang terdapat di negeri Johor. Ia dibina pada tahun 1985 dan dirasmikan oleh Sultan Iskandar yang merupakan Sultan Johor 1986.

Litar ini  pernah menjadi hos bagi kejohanan Grand Prix Motosikal Malaysia pada tahun 1998 dan Superbike World Championship pada tahun 1992 dan 1993. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berkunjung ke tempat menarik di Pasir Gudang ini.

  • Alamat:  Kawasan Perindustrian Pasir Gudang, 81700 Pasir Gudang, Johor

13.  Aeon Mall Permas Jaya

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [thecoverage]
Aeon Mall cawangan Permas Jaya ini boleh dikatakan sebagai tempat membeli belah di daerah Pasir Gudang selain dari tempat menarik di Pasir Gudang. Walaupun ia terletak di Masai, namun tempoh perjalanan ke sini sekitar 10 minit sahaja dari Pasir Gudang.

Cawangan Aeon Mall ini banyak menempatkan premis perniagaan. Butik kecantikan, pakaian, tempat hiburan dan restoran bertaraf antarabangsa.

  • Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari.
  • Alamat: Aeon Mall Permas, No. 1, Jaya Utara,, Jalan Permas 7, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor

14.  Uptown Pasir Gudang

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [SGMYTAXIj]
Sejak pembukaannya bulan Julai tahun lalu, Uptown ini mendapat sambutan hebat bukan sahaja daripada penduduk setempat malah dari daerah lain juga turut hadir. Ia bukan sahaja tapak jual beli semata-mata namun Uptown ini lebih mengutamakan konsep tempat untuk melepak dan bersantai-santai pada semua peringkat umur.

Ada sebuah kafe tak berbumbung yang sering menjadi tumpuan pengujung. Mereka bukan sahaja menyediakan juadah malah terdapat persembahan nyanyian turut disediakan. Setiap minggu pasti sahaja akan diadakan aktiviti menarik disini.

  • Waktu Operasi: 6 petang – 2 pagi setiap hari
  • Alamat: Jalan Suria 8, Bandar Baru Seri Alam, 81750 Masai, Johor

15.  Turkish Restaurant

Anda harus datang ke Turkish Restaurant untuk mencuba masakan asli tradisional Turki. Restoran ini menyajikan kepada anda juadah asli Turki dan lebih menarik ais krim Turki yang terkenal itu turut berada di sini. Saya syorkan kepada anda untuk mencuba kebab dan Lamb Mendy di restoran ini. Cuba sekali pasti nak lagi.

  • Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam
  • Alamat: Taman Bukit Dahlia, 81700 Pasir Gudang, Johor

16.  Char Koey Teow Sentap

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [retech]
Kedai yang menyajikan Char Koey Teow ini sememangnya sudah menjadi buah mulut penduduk tempatan. Bertepatan dengan namanya ‘sentap’ rasanya juga tidak mengecewakan. Menu yang paling istimewa disini adalah Char Koey Teow ketam dan semestinya ketam yang dihidangkan bersaiz besar.

Jarang untuk menemui Char Koey Teow bersama ketam di gerai-gerai Char Koey Teow lain. Selain itu, mereka turut menyediakan menu lain seperti mee dan nasi.

  • Alamat: 8A, Jalan Rusa, Taman Scientex, 81700 Pasir Gudang

17.  ECO Shop Nusa Damai

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [eco-shop]
Mungkin sekilas pandang anda akan nampak seperti kedai biasa. Namun barangan yang dijual disini sungguh murah dan berbaloi. Maka tidak hairanlah jika kedai ini sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat. Barangan rumah, permainan kanak-kanak, makanan ringan dan sebagainya dijual disini. Kebanyakkan barang dijual dengan harga serendah RM 2.10 sahaja.

  • Waktu Operasi: 10 pagi – 10 malam setiap hari
  • Alamat: 48, Jalan Perdagangan Damai, Johor, 81700 Nusa Damai, Malaysia

18.  Restoran Selera Sambal

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [HungryGoWhere]
Restoran ini menyajikan masakan penyet tradisional jawa. Empat jenis makanan berkonsepkan penyet yakni ayam penyet, puyuh penyet, daging penyet dan sotong penyet. Sambalnya mampu membuatkan lidah anda masih teringat-ingatkan rasanya walaupun sudah pulang ke rumah. Disamping itu, banyak lagi makanan jawa disajikan di sini.

  • Waktu Operasi: 10.15 pagi – 7.30 malam setiap hari
  • Alamat: No.25, Jalan Pengkalan 5, Taman Pasir Mas, Kampung Pasir Putih, 81700 Pasir Gudang

19.  Leva Leur Cafe

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [Instagram]
Dekorasi dalamannya yang bersifat elegan tidak kalah hebatnya dengan rasa juadah yang disajikan di sini. Kafe ini adalah lokasi sheel out yang saban hari menjadi pilihan ramai. Makanan laut panas-panas sangat sedap dan segar dimakan beramai-ramai ala-ala makan lambak. Sesuai untuk datang secara berkumpulan ataupun keluarga.

  • Waktu Operasi: 11 pagi – 11 malam setiap hari kecuali isnin
  • Alamat: 110, Jalan Sierra Perdana 4/1, Taman Sierra Perdana, 81750 Masai

20.  Murtabak Spesial Cheese Amir

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [imagenesmi]
Jika anda berpeluang ke Pasir Gudang, singgahlah sebentar mencuba murtabak istimewa ini. Selain murtabak ayam, daging dan sardin, terdapat juga menu murtabak cheese. Jika anda belum pernah mencubanya, saya cadangkan agar anda cuba. Jika sudah muak dengan murtabak, nasi bryani dan nasi dalca turut disediakan di sini.

  • Alamat:  28, Jalan Serangkai 11, Taman Bukit Dahlia, 81750 Pasir Gudang, Johor

tempat menarik di pasir gudang
Imej via [homestayrambai]
Itulah 20 tempat menarik di Pasir Gudang yang telah kami kongsikan. Walaupun daerah Pasir Gudang jarang disebut sebagai pusat pelancongan, tetapi siapa sangka daerah ini kaya dengan tempat makan, rekreasi, penginapan dan bersejarah.  

Semoga artikel kali ini menjadi info yang bermanfaat dan berguna buat anda. Jom baca tempat mandi-manda di Selangor, tempat memancing di Selangor dan tempat menarik di Bintulu juga.

Rujukan:

  1. Jom Johor
  2. Tripadvisor
  3. Saji

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *