New Zealand merupakan salah satu destinasi perlancongan yang menjadi pilihan utama rakyat Malaysiakerana pemandangan dan bentuk muka buminya yang istimewa. Nak-nak pula kalau anda sukakan filem Trilogi Lord of The Ring. Tiap kali menonton filem tersebut, membuak-buak rasa nak jejakkan kaki ke New Zealand.

Atau mungkin juga anda teringin nak mengembara merentas New Zealand dengan menaiki karavan. Pengalaman melihat salji di pergunungan sambil menaiki karavan pastinya takkan anda lupakan sampai bila-bila. Istimewa untuk anda, jom kami kongsikan 15 tempat menarik di New Zealand.

tempat menarik di new zealand

Sumber: Cnn

1. Hobbiton, Matamata

Kalau anda peminat tegar filem Trilogi Lord of The Ring, ini adalah destinasi yang wajib untuk anda kalau melawat ke New Zealand. Hobbiton merupakan tapak pengambaran filem The Hobbit, iautu sequel kepada filem Lord of The Ring. Apa yang lagi menarik, Hobbiton terletak di tengah-tengah sebuah ladang biri-biri. Suasananya sangat tenang dan mendamaikan.

Di sini anda berpeluang untuk melihat kehidupan dunia The Hobbit dengan lebih dekat. Anda akan terasa seolah-olah masuk ke dalam filem tersebut. Seharian di sini, anda takkan berasa puas.  Hobbiton menawarkan 4 pakej dengan harga berbeza yang boleh anda pilih mengikut kesesuaian bajet. Pakej yang disediakan ialah:

  • Hobbiton Movie Set Tour
  • Private Tour
  • Evening Banquet Tour
  • Chinese Tour.

Pastikan anda sampai ke sini sebelum pukul 4 petang. Kami cadangkan anda tempah tiket dengan lebih awal bagi memastikan percutian anda berjalan dengan lancar.

2. Glowing Worm Cave, Waikato

Anda pernah masuk ke dalam gua yang bercahaya? Mesti tak pernah, kan? Ini adalah peluang sekali seumur hidup yang patut anda cuba apabila sampai di New Zealand. Jika anda memandu dari Auckland, akan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk sampai ke Gua Waitomo.

Glowing Worm Cave atau Gua Waitomo merupakan sebuah gua yang unik di mana ia boleh mengeluarkan cahaya. Bagaimana ianya terjadi? Yang sebenarnya, dinding gua ini dihuni oleh sejenis ulat yang boleh mengeluarkan cahaya. Apa yang menarik, ulat ini telah menghuni Gua Waimoto sejak 30 juta tahun yang lalu. Sejak itu, ulat-ulat ini tidak pernah keluar meninggalkan gua ini.

Ada pelbagai cara untuk anda meneroka Gua Waimoto. Salah satu daripadanya ialah dengan menaiki bot. Sebelum memasuki gua, anda akan diberikan taklimat oleh pemandu pelancong yang bertugas. Namun harus diingat, anda wajib mematuhi beberapa larangan semasa berada di dalam Gua Waitomo. Di antara larangan di sini ialah:

  • Tidak dibenarkan merokok
  • Tidak dibenarkan mengambil gambar
  • Tidak dibenarkan mengambil video
tempat menarik di new zealand

Sumber: Backpakerguide

3. Sky Tower, Auckland

Sky Tower merupakan salah satu daripada menara ikonik di New Zealand. Ia terletak betul-betul di tengah-tengah Bandar Auckland. Anda boleh melihat pemandangan seluruh Bandar Auckland dari dek peninjau menara ini. Nak lagi cantik, anda boleh datang pada waktu malam. Kerlipan lampu yang menghiasi Bandar Auckland pastinya membuatkan anda terpesona. Selain melihat keindahan Bandar Auckland, menara ini juga terkenal dengan aktiviti sky jump dan sky walk. Kalau anda jenis tak gayat dan sukakan aktiviti mencabar, bolehlah cuba lakukannya di sini.

4. Wai-O-Tapu Thermal Wonderland, Rotorua

Kalau anda jenis yang sukakan adventure dan aktiviti lasak yang menakutkan, Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah destinasi terbaik untuk anda. Wai-O-Tapu adalah satu perkataan dalam bahasa Maori yang bermaksud air suci.

Di Wai-O-Tapu Thermal Wonderland terdapat banyak kolam air panas dan ia merupakan kawasan aktif geoterma. Asalnya, ia merupakan kawasan bekas kawah gunung berapi yang pernah meletuspada 200 ribu tahun dahulu. Taman tema ini dibahagikan kepada 2 kawasan iaitu Thermal Area & Lady Knoxx Geyser.

Di sini anda berpeluang untuk melihat sendiri aktiviti kawah gunung berapi, geoterma, dan gaiser. Kat Malaysia takde semua ni. Menarik sungguh kan? Pemandangan di sini juga lagi dari yang lain. Kalau anda dah sampai ke New Zealand, rugi sangat kalau tak melawat ke sini.

Wai-O-Tapu Thermal Wonderland dibuka setiap hari sepanjang tahun, termasuk semasa cuti umum. Waktu operasinya berbeza mengikut bulan. Dari bulan April hingga Oktober, waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland bermula dari pukul 8 pagi hingga 6 petang. Sementara dari bulan November hingga Mac pula, waktu operasi Wai-O-Tapu Thermal Wonderland adalah dari 8.30 pagi hingga 1.30 petang.

tempat menarik di new zealand

Sumber: Getyourguide

5. Marae

Kalau anda berminat nak mengenali kaum Maori dengan lebih dekat, anda boleh berkunjung ke Marae. Di sini anda akan dapat mengetahui dengan sejarah dan asal usul, tradisi, budaya, dan bahasa mereka. Jika anda tunggu hingga waktu makan malam, anda berpeluang untuk melihat bagaimana kaum Maori memasak secara tradisional. Sementara menunggu hidangan dimasak, anda akan disajikan dengan pertunjukan tarian tradisional kaum Maori. Lawatan ke sini pastinya akan melengkapkan lawatan anda ke New Zealand.

6. Lake Tapou

Lake Tapou terbentuk sejak 2000 tahun yang lalu akibat letusan gunung berapi yang amat dahsyat. Selain melihat keindahan sekitar tasik, anda juga boleh bermain ski, berlayar, berkayak dan memancing. Anda juga boleh menaiki feri sambil beri itik makan atau memancing. Perjalanan menaiki feri mengelilingi tasik ini adalah selama 2 jam. Anda boleh memancing sepuas-puasnya.

tempat menarik di new  zealand

Sumber: Newshub

7. Huka Prawn Park

Huka Prawn Park terletak berhampiran Lake Tapou. Ia merupakan pusat ternakan udang galah yang terbesar di New Zealand. Di sini anda boleh tangkap & makan udang galah sepuas-puasnya. Bayaran masuk ialah  NZD $29.50 untuk dewasa, $16.00 kanak-kanak, dan $22.00 untuk warga emas dan pelajar. Jika anda datang bersama keluarga, boleh ambil pakej keluarga yang berharga $75.00 untuk  2 orang dewasa + 5 orang kanak-kanak.

8. Skyline, Rotorua

Di sini anda boleh menaiki gondola untuk mendaki ke puncak bukit. Setibanya di puncak bukit, anda boleh bermain luge, iaitu sejenis kenderaaan seperti go cart. Kalau biasanya go cart dipandu di atas permukaan yang rata, luge pula di pandu menuruni bukit. Terdapat 3 jenis trek yang anda boleh pilih iaitu sama ada amatur, profesional atau ekstrim. Kalau anda jenis gila-gila dan sukakan aktiviti lasak, sila pilih trek ekstrim. Kalau anda cuma nak mencuba permainan tersebut dan mahukan aktiviti yang santai, boleh pilih trek amatur.

Kalau anda tak berminat nak bermain luge, anda boleh bersantai menaiki cable chair sambil melihat pemandangan yang indah dari puncak bukit. Skyline merupakan destinasi yang sangat sesuai untuk anda yang sukakan keindahan alam.

tempat menarik di new zealand

Sumber: Skyline

9. White Island

White Island adalah gunung berapi paling aktif di New Zealand. Di sini anda boleh melihat sendiri kawasan gunung berapi. Kalau anda suka skuba diving, boleh juga menyelam untuk melihat gunung berapi dari bawah air.

10. Fox Glasier

Fox glasier terletak di Taman Negara Wetland Tai Poutini di Pantai Barat Pulau Selatan New Zealand. Ia merupakan salah satu tarikan utama pelancong dari seluruh dunia ke New Zealand. Di antara aktivti yang boleh anda lakukan di sini ialah berjalan-jalan di Terminal Face, melincur ski, atau sekadar melihat keindahan glasier.

tempat menarik di new  zealand

Sumber: Imagenesmy

11. The Bay Of Islands

Ini merupakan syurga untuk memancing, belayar, dan aktiviti air yang lain seperti skuba dan melihat hidupan marin. Di sini anda brpeluang melihat ikan lumba-lumba dan ikan paus dari bot. Nak berenang dengan ikan lumba-lumba pun boleh. Kalau anda jenis yang sukakan laut dan aktiviti di laut, ini adalah destinasi untuk anda.

12. Coronet Peak

Coronet Peak merupakan salah satu destinasi perlancongan popular di New Zealand. Ia merupakan syurga bagi peminat sukan luncur ski. Di sini anda boleh meluncur ski sambil melihat keindahan alam dari aras ketinggian 3,894 kaki. Satu destinasi perlancongan popular di New Zealand. Terutama sekali untuk yang minat meluncur ski. Nak lagi cantik? Tunggu sehingga matahari terbenam. Pemandangannya pasti takkan boleh anda lupakan sehingga ke akhir hayat.

tempat menarik di new zealand

Sumber: Queenstown

13. G Force Paragliding

Kalau anda sukakan aktiviti sukan paragliding, anda boleh lakukan sukan paragliding dengan berlatar belakangkan pergunungan salji yang cantik. Menarik kan?

14. Kiwi Birdlife Park

Kiwi Birdlife Park terletak di Queenstown. Ia merupakan pusat perlindungan bagi burung kiwi. Kalau anda tak pernah tengok burung kiwi, bolehlah ke sini.

15. The Remarkables

The Remarkables merupakan satu lagi kawasan pusat peranginan ski di New Zealand yang popular. Kalau anda tak suka bersesak di Coronet Peak, anda bolehlah pilih untuk datang ke sini.

tempat menarik di new zealand

Sumber: Everythingqueenstown

Itulah dia 15 tempat menarik di New Zealand yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Anda tak sabar nak melancong ke New Zealand? Jangan lupa untuk masukkan tempat-tempat di atas dalam jadual pelancongan anda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.