15 Tempat Menarik Di Australia Sesuai Untuk Percutian Seisi Keluarga
Pulau terbesar yang terletak di antara Lautan Pasifik dan Lautan Hindi ini membolehkan anda melihat pelbagai tarikan alam semulajadi yang sangat menarik. Bagi anda yang ingin merasai pengalaman 4 musim, Australia adalah negara terdekat yang boleh anda lawati.
1. Western Australia Maritime Museum
Pertahanan tentera laut, industri perikanan dan macam-macam lagilah yang berkaitan dengan lautan di Australia ini dipamerkan di sini. Anda juga boleh masuk ke dalam kapal selam perang yang terdapat di sini.
- Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30am – 5.00pm)
- Bayaran: Dewasa AUD 15 | Kanak-kanak (5-15 Tahun) Percuma
- Alamat: Victoria Quay, Fremantle, Western Australia, 6160
2. Round House
Pada mulanya, bangunan ini digunakan sebagai penjara bagi tahanan-tahanan penduduk asli dan penjajah sehinggalah tahun 1990. Selepas itu, ia dijadikan kuarters bagi ketua konstabel dan keluarganya. Namun kini ia dijadikan destinasi pelancongan sebagai penjara pertama yang dibina di Fremantle.
Jika anda berkunjung ke sini, anda boleh memasuki terowong yang terletak di bahagian bawah bangunan dan berjalan-jalan di bahagian penjara yang turut lengkap dengan foto-foto lama dan maklumat berkaitan penjara di sini. Anda juga boleh menaiki tingkat atas bangunan untuk menikmati pemandangan indah lautan yang terletak berdekatan dengan Round House. Alang-alang dah sampai ke sini, jangan lepaskan peluang melihat meriam dibunyikan pada setiap pukul 1.00pm.
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10.30am – 3.30pm)
- Bayaran: Sumbangan Ikhlas
- Alamat: Captains Lane, Fremantle, Western Australia 6160
3. Aviantion Heritage Museum
Bukan itu sahaja, anda juga dapat melihat pameran lencana, insignia dan pakaian uniform termasuklah 3 pasang daripada tentera udara Jerman. Di samping itu, terdapat juga stesen kawalan trafik udara yang lengkap dengan paparan video dan audio untuk melihat kawasan kawalan. Selalu tengok dalam tv je, kali ni depan mata, mana tak excited.
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 4.00pm)
- Bayaran: Dewasa (16 Tahun & Keatas) AUD 15 | Kanak-kanak (4-16 Tahun) AUD 7.50
- Alamat: Air Force Memorial Estate, Bull Creek Drive, Bull Creek, Western Australia, 6149
4. Margaret Rivee Chocolate Company
- Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
- Bayaran: Percuma
- Alamat: 5123 West Swan Road, West Swan WA 6055
5. Elizabeth Quay
Anda juga boleh berjalan-jalan di sekitar sungai dan menaiki jambatan yang terdapat di sini untuk mengambil gambar kenangan bersama keluarga dengan latar belakang yang sangat cantik.
- Alamat: The Esplanade, Perth WA 6000
6. Fremantle Markets
Bukan itu sahaja, bangunan pasar ini dibina pada tahun 1897 iaitu pada waktu ketika masih ramai orang menggunakan kereta kuda sebagai pengangkutan utama. Masih terasa aura klasik pasar ini bila anda sampai ke sana nanti.
- Waktu Operasi: Jumaat (9.00am – 8.00pm) | Sabtu & Ahad (9.00am – 6.00pm) | Isnin – Khamis (Tutup)
- Alamat: Cnr Henderson Street & South Terrace, Fremantle
7. Lakeside Joondalup Shopping City
- Alamat: 420 Joondalup Drive, Joondalup, WA 6027
8. Kings Park
Ia juga adalah taman dalam kawasan bandar yang terbesar di dunia. Anda boleh menaiki DNA Tower yang terletak di sini untuk menikmati pemandangan sekitar yang sangat mempesonakan.
Bukan sahaja pemandangan yang indah, Kings Park ini turut kaya dengan flora dan fauna termasuklah sebatang pokok yang sudah berusia 750 tahun. Sambil berjalan-jalan di sekitar taman ini, pasti terdengar bunyi kicipan lebih daripada 70 jenis burung di sini.
- Alamat: Fraser Ave, Perth WA 6005
9. Perth Zoo
Zon di Perth Zoo ini terbahagi kepada 3 bahagian berbeza iaitu Australian Walkabout, African Savannah dan Asian Rainforest serta beberapa pameran mini. Pameran mini tempat menarik di Australia ini melibatkan burung-burung dari selatan Amerika, kura-kura Galapalagos dan bermacam lagi.
- Waktu Operasi: Setiap Hari (9.00am – 5.00pm)
- Bayaran: Dewasa AUD 31 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 15 | Warga Emas AUD 24
- Alamat: 20 Labouchere Rd, South Perth, WA 6151
10. Aquarium of Western Australia
Melalui kaca akuarium, anda dapat melihat ikan jerung, ikan pari dan banyak lagi hidupan laut lain dengan dekat. Tahukah anda, anda boleh melihat lebih daripada 4000 ekor ikan? Semuanya terdiri daripada 400 spesies yang berbeza.
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 5.00pm)
- Bayaran: Dewasa (16 Tahun Dan Ke Atas) AUD 30 | Kanak-kanak (4-15 Tahun) AUD 18
- Alamat: 91 Southside Dr, Hillarys WA 6025
11. Marmion Marine Park
Lebih seronok lagi, anda boleh menyewa bot untuk meneroka pulau-pulau yang terdapat di sekitar perairan dan kawasan terumbu karang yang lebih indah. Anak-anak anda juga pasti gembira melihat ikan lumba-lumba yang berkeliaran di sini.
- Alamat: Marmion WA 6020
12. The Bell Tower
Terdapat 12 buah loceng di menara ini yang didatangkan dari sebuah gereja terkenal di London yang dikatakan telah wujud sejak abad ke-14 lagi. Sekiranya anda naik ke dek pemerhatian menara ini, anda dapat melihat pemandangan 360 darjah sekitar Perth dan Swan River.
- Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00am – 4.00pm)
- Bayaran: Dewasa AUD 18 | Kanak-kanak (5-14 Tahun) AUD 9 | Warga Emas AUD 16
- Alamat: Barrack Square, Riverside Drive, Perth WA 6000
13. Art Gallery of Western Australia
Walaupun masuk percuma, karya-karya yang dipamerkan di tempat menarik di Australia ini tidak ternilai harganya. Tak ada sebab untuk anda menolak untuk meluangkan masa mencuci mata melihat karya-karya hebat di muzium ini.
- Waktu Operasi: Rabu – isnin (10.00am – 5.00pm)
- Bayaran: Sumbangan Ikhlas
- Alamat: Perth Cultural Centre, Perth, Western Australia
14. Penguin Island
Dari feri lagi, anda sekeluarga pasti terhibur dengan fauna hidupan yang terdapat di sini. Sampai sahaja di Penguin Island, anda dapat mendekati penguin-penguin yang tercomel dan terkecil di dunia!
Dah puas bermain-main dengan penguin, anda boleh menghabiskan masa di pulau ini dengan aktiviti snorkeling, berenang, berjalan-jalan untuk menikmati flora dan fauna atau bersantai sambil menikmati pemandangan di sekitar pulau yang cukup mengasyikkan.
15. Jurien Bay Skydiving
Pasti anda sanggup bayar walaupun beribu. Sungguh tak ternilai memori yang tercipta di sini. Debaran yang dirasakan sekejap je, bila payung terjun anda terbuka, perasaan terawang-terawangnya memang indah. Anda juga akan mendapat foto-foto dan video HD anda yang diedit secara profesional selepas skydiving, cool tak cool?