10 Hotel Terapung Di Malaysia Boleh Try
Senarai 10 Hotel Terapung di Malaysia yang boleh anda lawati ketika pergi bercuti. Bila pergi bercuti, pasti ramai yang inginkan tempat penginapan yang terbaik untuk merehatkan badan dari aktiviti yang memenatkan.
Apa yang lebih menarik, servis yang disediakan oleh hotel tersebut juga bagus dan ditambah dengan pemandangan yang cantik, sesuai dengan jiwa anda yang menginginkan ketenangan dan suasana yang santai ketika pergi bercuti.
Selain lokasinya yang unik kerana berada di atas air, suasana yang damai pastinya membuatkan percutian anda lebih menarik.
Lexis Hibiscus, Port Dickson
Lexis Hibiscus yang terletak di pantai Pasir Panjang ini sangat popular sebagai penginapan yang menjadi pilihan pelancong yang pergi bercuti di sini. Keunikan reka bentuknya yang menggambarkan bunga kebangsaan iaitu Bunga Raya. Kedudukan hotel yang terapung juga menarik minat orang ramai untuk mengambil pengalaman menginap di sini.
Apa yang menjadikannya lebih menarik, bukan sahaja tertuju pada reka bentuknya, malah kemudahan seperti kolam renang peribadi dan sauna. Aktiviti memberi makan ikan di laut pastinya menarik minat orang ramai untuk menginap dan mengalami pengalaman itu sendiri.
Tak rugi untuk datang dan ambil pengalaman disini dengan harga yang berpatutan dan kemudahan yang tip top.
Harga: Bermula dari RM684
Alamat: 12th Mile, Jalan Pantai, 71250 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon:Â 06-660 2626
Berjaya Langkawi Resort
Berjaya Langkawi Resort merupakan sebuah penginapan yang berlatarkan hutan hujan. Sesiapa yang suka dengan suasana yang tenang dengan latar flora fauna, pastinya akan suka dengan hotel ini. Kemudahan dan aktiviti yang ditawarkan oleh hotel ini juga sangat menarik seperti perkhidmatan lawatan berpandu, scuba diving dan Muzium 3D.
Selain itu, meraka yang suka meneroka hutan boleh mencuba aktiviti yang disediakan iaitu aktiviti menerokai hutan. Resort ini sangat menarik untuk dilawati sekiranya datang bersama keluarga. Pelbagai aktiviti yang ditawarkan sesuai dengan tahap umur tertentu. Apa lagi? Jom bawak keluarga anda mengalami sendiri pengalaman menginap di resort ini!
Harga: Bermula dari RM423
Alamat: Karung Berkunci 200 Burau Bay, 07000 Langkawi, Kedah
No. Telefon: 04-959 1888
Avani Sepang Resort
Berlainan dengan hotel Lexis Hibiscus, Avani resort terkenal dengan keunikan reka bentuknya yang seakan berbentuk kelapa sawit!
Apa yang menjadikannya menarik adalah, anda dapat melihat pemandangan matahari terbenam di setiap bilik. Reka bentuk dalaman yang cantik dan elegan juga sangat menarik untuk dijadikan tempat honeymoon.
Resort ini juga menawarkan aktiviti seperti Avanikids club yang merupakan tempat untuk kanak-kanak meluangkan masa dan melakukan aktiviti. Selain itu, berbasikal, fire show, sukan air dan banyak lagi pengalaman yang dapat anda alami sekiranya datang ke sini.
Harga: Bermula dari RM420
Alamat: 67 Jalan Pantai Bagan Lalang, Kg Bagan Lalang, Bagan Lalang, 43950 Sungai Pelek, Selangor
No. Telefon: 03-3182 3600
Pom Pom Island Resort
Pom Pom Island resort yang terletak di Sabah, merupakan resort yang menawarkan dua jenis vila iaitu vila air dan villa taman.
Selain pemandangan pantai yang berpasir putih dan warna air yang biru, anda bebas terjun ke dalam air jernihnya pada bila-bila masa. Terdapat aktiviti menyelam di sekitar pulau, berkayak, berbasikal mahupun bola sepak pantai yang boleh anda nikmati ketika bercuti bersama-sama keluarga mahupun rakan-rakan.
Harga: Bermula dari RM1237
Alamat: Jalan Causeway, Semporna, 91307 Pulau Sipadan, 88000 Semporna, Sabah
No. Telefon: 089-781 918
Avillion, Port Dickson
Resort ini merupakan salah satu hotel terapung di Malaysia. Terkenal kerana memenangi penghargaan sebagai spa resort terbaik di Malaysia.
Resort ini direka khas dengan balkoni peribadi yang menghadap laut dan tab jakuzi persendirian. Anda boleh menghargai masa bersendirian, tanpa perlu risau akan diganggu oleh orang lain.
Resort ini juga terkenal dengan hidangan menu tempatan dan antara bangsa yang pastinya dapat menarik selera anda.
Hiasan dalaman yang berasaskan kayu, diilhamkan oleh suasana perkampungan nelayan juga memberikan rasa damai bagi penginap disana.
Harga: Bermula dari RM277
Alamat:Â 3rd Mile, Jalan Pantai, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon:Â 06-647 6688
Pangkor Laut Resort
Hotel terapung di Malaysia yang lain ialah Pangkor Laut menawarkan penginapan di tepi laut dengan pemandangan taman tropika. Vila ini juga menyediakan balkoni peribadi yang direka khas, bagi pengunjung yang ingin menikmati pemandangan.
Terdapat banyak kemudahan lain yang disediakan seperti gym, gelanggang tenis dan skuasy. Rawatan spa juga terdapat di vila ini.
Apa yang lebih menarik adalah tempat makan yang menghadap ke arah laut. Direka khas bagi memberikan keselesaan bagi pelancong yang ingin menikmati makanan, sambil menikmati pemandangan laut.
Harga: Bermula dari RM1026
Alamat: Pangkor Laut Island Pangkor Laut, 32200 Lumut, Perak
No. Telefon: 05-699 1100
Grand Lexis Port Dickson
Privasi diutamakan. Jika anda merupakan seorang yang mahukan privasi ketika bercuti, grand Lexis merupakan pilihan yang terbaik. Setiap bilik dilengkapi dengan kolam persendirian. Hotel ini juga, memenangi anugerah untuk resort yang mempunyai bilangan kolam renang paling banyak.
Anda dapat menikmati kedamaian dan dimanjakan dengan kemewahan. Bukan itu sahaja, malah anda dapat karaoke di resort ini kerana bilik karaoke disediakan. Terdapat juga pusat sumber perniagaan yang menawarkan kemudahan internet dan percetakan. Sangat menarik bukan?
Aktiviti luar resort ini juga menyediakan aktiviti volleyball, jet ski, banana bot, kereta yoyo dan banyak lagi. Memang tak rugi check in kat sini!
Harga: Bermula dari RM460
Alamat: Batu 2, Jalan Seremban, 71000 Port Dickson, Negeri Sembilan
No. Telefon: 06-653 2200
Gayana Marine Resort, Sabah
Kalau cakap tentang kualiti, pasti ramai yang mahukan kualiti yang terbaik dengan harga yang dibayar. Apa kata datang ke Gayana Marine Resort! Terkenal dengan pemandangan laut, hutan bakau atau hutan tropika yang cantik, sekaligus dapat menikmati pemandangan gunung Kinabalu yang menakjubkan.
Jika anda seorang yang sukakan bunyi alam semulajadi, anda pasti akan suka dengan rekaan resort yang dikhususkan untuk meningkatkan bunyi ombak yang terdapat di bawah villa. Selain dari aktiviti snorkeling dan menyelam, di tengah-tengah resort mempunyai tempat perlindungan hidupan laut yang berharga di pulau ini.
Jika anda berminat, anda juga boleh melihat dan belajar mengenai hidupan laut yang semakin pupus. Memang sangat menarik dan berbaloi!
Harga: Bermula dari RM600
Alamat: Malohom Bay Pulau Gaya, 88000 Kota Kinabalu
No. Telefon: 088-380 390
Mabul Water Bungalow
Air yang jernih menjadikan tempat ini terkenal dengan aktiviti snorkeling dan menyelam. Bungalow ini mempunyai pemandangan yang sangat cantik. Bilik-bilik yang disediakan sangat luas. Apa yang menjadikan penginapan ini lebih menarik, ciri-ciri tradisional yang menjadi identiti bagi hiasan dan reka bentuk hotel ini tetapi tetap dilengkapi dengan peralatan moden.
Aktiviti yang terkenal ialah menyelam dengan penyu gergasi, serta melihat keindahan laut yang tidak dapat anda rasai di tempat lain. Di sini juga, menyediakan spa kesihatan untuk urutan, mandian susu. Anda juga boleh membeli barang cenderahati untuk diberikan kepada keluarga anda. Memang tak sia-sia datang!
Harga: : Bermula dari RM2800
Alamat: Lot A-1-G, Block A, Signature Office, KK Times Square, Off Coastal Highway, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 88100, Malaysia, 88100, Sabah
No. Telefon: 088-230 006
Sipadan Kapalai Water Village Resort
Reka bentuk yang di inspirasi dengan reka bentuk rumah masyarakat Bajau, menggunakan kayu Belian dari Borneo. Lokasi resort ini adalah di Semporna. Setiap bilik merupakan banglo individu yang dibina diatas air.
Resort ini juga, memilih susun atur dengan berhati-hati agar tidak mengganggu terumbu karang yang sedia ada. Bukan sahaja eksotik dan cantik, malah reka bentuknya juga disusun atur selaras dengan persekitaran.
Resort ini dihiasi dengan pokok palma, bugenvil dan bunga raya. Di bawah resort ini juga mempunyai akuarium semula jadi yang dipenuhi dengan karang dan terumbu. Terdapat 5 jenis dan 45 chalet air yang direka dengan cantik. Memang sesuai untuk bercuti bersama seisi keluarga mahupun rakan-rakan.
Harga: Bermula dari RM1554
Alamat: Mabul Island, 91031 Mabul, Sabah
No. Telefon:Â 089-751 777
Ini adalah antara senarai hotel terapung di Malaysia yang boleh anda lawati. Pengalaman yang dapat anda rasakan tanpa perlu ke luar negara. Semoga anda jumpa hotel yang dicari! Anda dijemput membaca artikel kami iaitu: