15 Tempat Rekreasi Di Selangor Extreme, Santai Dan Penuh Aktiviti
Anda mencari tempat rekreasi sekitar Selangor? Jangan risau kerana artikel kali ini pasti akan membantu anda. Tetapi sebelum itu mari kita mengenal negeri Selangor secara ringkas. Selangor terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Perak di utara, Pahang di timur, Negeri Sembilan di selatan dan Selat Melaka di barat.
1. Gua Damai Exreme Park
Jika ini adalah kali pertama anda mencuba segala aktiviti ini, jangan takut kerana mereka menyediakan jurulatih yang berpengalaman untuk membantu anda. Lagipula, mereka membahagikan pakej sama ada untuk pemula ataupun yang sudah mahir mengikut tahap masing-masing.
- Waktu Operasi: 9 am – 6 pm
- Alamat: No 15 blok 2, Kampung Melayu Wira Damai, 68100 Batu Caves, Selangor
2. Jump Street Trampoline Park
Bagi kanak-kanak, mereka haruslah berusia 3 tahun ke atas dan terdapat ruangan khas untuk kanak-kanak bermain. Anda juga boleh membuat tempahan untuk menyewa ruangan ini sama ada untuk majjlis, parti ataupun hari keluarga. Seronokkan tempat rekreasi di Selangor ini.
- Harga Tiket: RM 27
- Waktu Operasi: 11 am – 9 pm Isnin – Jumaat / 10 am – 9 pm Sabtu dan Ahad
- Alamat: 8, Jalan 13/6, Seksyen 13, 46200 Petaling Jaya
3. Icescape Ice Rink
- Harga Tiket: RM 25
- Waktu Operasi: 10 am – 10 pm / Setiap hari
- Alamat: IOI City Mall, Lebuh IRC, IOI Resort City, 62502 Selangor
4. Camp 5 Indoor Climbing Door
Kelas asas permulaan ditawarkan bagi setiap pemula dalam aktiviti ini. Jika anda berminat anda juga boleh melanggan secara bulanan. Seronok juga menggunakan masa untuk aktiviti berfaedah di tempat rekreasi di Selangor ini.
- Harga Tiket: RM 33 Dewasa / RM 15 Kanak-kanak
- Waktu Operasi: 2 pm – 11 pm Isnin – Jumaat / 10 am – 8 pm Sabtu – Ahad
- Alamat: EZ501, 5th Floor, 1 Utama Shopping Centre, Bandar Utama, Damansara, Petaling Jaya 47800, Selangor
5. Skytrex Shah Alam
Misalnya, pakej Little Adventure sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak dalam sukan lasak manakala Extreme Challenge pula buat mereka yang sudah terbiasa dengan aktivti seperti ini dan menyukai cabaran lasak.
- Waktu Operasi: 8.30 am – 5.00 pm / Setiap hari
- Alamat: Jalan Liku 8/1, Seksyen 8, 40000 Shah Alam, Selangor
6. Paragliding Bukit Jugra
Sewaktu anda berada di awangan, anda akan disajikan dengan pemandangan indah daripada atas. Menarik bukan? Untuk terbang secara sendiri anda memerlukan lesen terlebih dahulu. Jika pertama kali, anda akan dipandu oleh pilot yang berpengalaman.
- Harga Tiket: RM 220
- Alamat: Bukit Jugra, Banting
7. Sunway Lagoon
- Harga Tiket: RM 180 Dewasa / RM 150 Kanak-kanak
- Waktu Operasi: 10am – 6 pm / Setiap hari
- Alamat: Bandar Sunway, Subang Jaya, Selangor
8. Pantai Morib
Terdapat sebuah monumen kecil ditepi pantai yang menceritakan sejarah tentang Pantai Morib. Hal ini kerana pantai ini menjadi tempat pendaratan tentera British sewaktu perang dunia kedua berlangsung. Menarik kan? Sekali sekala jom ke sini!
- Alamat: Morib, 42700 Banting, Selangor
9. Kidzania
Bukan sekadar imaginasi, Kidzania boleh menawarkan kepada anak-anak anda ingin menjadi polis, bomba, jurugambar dan macam-macam pekerjaan lain. Sekaligus Kidzania dapat memberikan pengalaman dan pembelajaran secara tidak langsung kepada mereka.
Di dalam dunia Kidzania, apa sahaja pekerjaan yang anak-anak lakukan akan diberikan gaji dalam matawang Kidzo yang seterusnya boleh digunakan untuk membeli-belah atau berseronok dengan aktiviti lain yang terdapat di sini. Bukan sekadar hiburan malah anak-anak dapat belajar tentang kehidupan yang bakal mereka tempuhi.
- Waktu Operasi: 10 am – 5 pm / Ahad – Jumaat
- Alamat: KidZania Kuala Lumpur, Curve NX, 18 Jalan PJU 7/5, Mutiara Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor
10. Sepang International Kart Circuit
Ramai anak muda yang menjadikan tempat rekreasi ini sebagai port lepak dan melakukan aktiviti berfaedah.
- Waktu Operasi: 10 am – 7pm / Selasa – Ahad
- Alamat: Sepang International Kart Circuit, Jalan Pekeliling, 64000 KLIA, Selangor
11. Taman Alam Kuala Selangor
- Waktu Operasi: RM 4 Dewasa / RM 1 Kanak – kanak
- Alamat: Taman Alam Kuala Selangor, Jalan Klinik, Kuala Selangor, 45000 Kuala Selangor, Selangor
12. Farm In The City
Tak cukup sekadar menyentuh dan bermain, anda juga boleh memberi makan kepada haiwan-haiwan ini. Zoo ini dibahagikan kepada 11 bahagian bagi memudahkan pengunjung. Jom bawa anak-anak bercuti ke tempat rekreasi di Selangor ini!
- Harga Tiket: RM 32 Dewasa / RM 27 Kanak-kanak
- Waktu Operasi: 10 am – 6pm Isnin – Jumaat kecuali Selasa / 9.30 am – 6 pm Sabtu – Ahad
- Alamat: Eureka Farm Sdn. Bhd., Lot 40187 & 40188, Jalan Prima Tropika Barat, Bandar Putra Permai, Seri Kembangan
13. Air Terjun Serendah
Segala kemudahan seperti tandas, bilik persalinan dan surau lengkap disediakan. Tempat rekreasi di Selangor ini amat menyeronokkan dan sesuai untuk anda datang bersama keluarga atau kawan-kawan.
- Alamat: Kampung Orang Asli Serendah, 48200 Serendah, Selangor
14. Bukit Broga
Tempat rekreasi di Selangor ini terkenal dalam kalangan para pendaki. Pendakian pula hanya sekitar 20 ke 25 sahaja mengikut kudrat masing-masing. Maka , tak hairanlah Nukit Broga sering menjadi pilihan penduduk setempat untuk menggerakkan tulang empat kerat mereka.
- Alamat: Jln Broga, 43500, Semenyih Selangor
15. Mudtrekkerz Paintball Park
Tempat rekreasi di Selangor ini sesuai untuk semua golongan terutamanya yang muda remaja. Anda boleh merasai pengalaman menjadi tentera di sini.
Alamat: Jalan Hijau Serindit U9/68, Seksyen U9, Cahaya SPK, 40150 Shah Alam, Selangor
Jom baca juga tempat menarik di Kelantan, tempat menarik di Miri dan tempat menarik di Butterworth.
Rujukan