11 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Port Dickson
Lokasi percutian atau tempat menarik untuk family day di Port Dickson sangat pelbagai dimana anda boleh ke pantai, tempat hiburan dan lain-lain lagi. Ramai yang memilih destinasi Port Dickson untuk bersiar-siar dan menyambut hari penting bersama keluarga.
Kos percutian di Port Dickson juga tidak terlalu mahal, tetapi anda pasti berpuas hati dengan lokasi percutian yang terdapat di sini. Jom lihat antara tempat menarik untuk family day di Port Dickson.
1. Lake View Farm Port Dickson
Sambutan family day pasti menyeronokkan dan tenang jika memilih lokasi ini sebagai tempat menarik untuk family day di Port Dickson. Ia berkonsepkan suasana kampung dan alam semulajadi kerana terdapat tasik dan kawasan rumah kampung di sini.
Menariknya, anda boleh melakukan aktiviti di tasik seperti memancing, memberi haiwan makan, berkayak dan banyak lagi. Terdapat pelbagai jenis haiwan seperti kambing, ayam, itik, angsa dan banyak lagi di sini.
Pada musim buah, pokok-pokok berbuah dan anda boleh dapatkan buahnya. Suasana di sini sangat segar dan indah.
2. Widad Villa
Jika anda datang bersama keluarga besar, pastinya Widad Villa menjadi pilihan terbaik anda sekeluarga. Villa ini berhadapan dengan pantai dan anda boleh melakukan pelbagai aktiviti pantai pada bila-bila masa.
Pemandangan di sini juga sangat indah, sesuai untuk anda mendapatkan gambar yang cantik. Jangan lupa bawa kamera! Selain itu, anda juga bebas melakukan aktiviti BBQ, mandi-manda dan sebagainya.
3. Eagle Ranch Resort
Eangle Ranch Resort menampilkan keunikan dalam konsep penginapannya seperti Kampung House, Paddock Chalet, Eagle Terrace, Log Cabin dan Bandwagon Upper/ Lower. Anda bebas memilih mana-mana jenis konsep yang anda suka sepanjang menginap di sini.
Ia adalah umpama suasana bercuti di wild west dan Red Indian. Antara tarikan aktiviti boleh anda lakukan bersama keluarga sempena family day adalah berkuda, aktiviti memanah, berbasikal, go kart dan banyak lagi. Terdapat kolam mandi yang sangat besar untuk anda bermandi-manda.
4. Kapitan Lodge
Kapitan Lodge juga merupakan salah satu tempat menarik untuk family day di Port Dickson. Ia merupakan kawasan perkampungan yang indah dan meriah dengan warna-warni hiasannya.
Anda pasti berasa segar dengan keindahan tumbuh-tumbuhan serta pohon hijau di halaman rumah tersebut. Bolehlah anda bersantai dengan keluarga sambil menikmati udara segar dan kedegaran bunyi kokokan ayam.
5. Pantai Teluk Kemang
Keseronokan anda dan keluarga akan terpancar di Pantai Teluk Kemang kerana anda berpeluang bermandi-manda sepuasnya di sini. Selain itu, banyak sukan air yang boleh dilakukan seperti parasailing, jetski, speed boat dan sebagainya.
6. Avillion Port Dickson
Nak sambut family day secara mewah? Jom ke Avillion Port Dickson. Selain mandi-manda, anda pasti akan teruja melihat keindahan tempat percutian ini. Penginapan yang disediakan juga terdiri daripada bedroom water villa, premium water chalet, beach studio dan lain-lain.
7. Pantai Cahaya Negeri
Jika anda sukakan pantai, Pantai Cahaya Negeri tidak kurang indahnya. Ramai orang suka bersantai pada malam hari di sini kerana keindahan suasananya. Namun, anda boleh berkelah dan bermandi-manda di sini juga pada siang hari.
Terdapat sebuah jeti kayu ke arah laut menuju ke Pulau Burung boleh anda bersiar-siar dan mengambil foto. Ramai yang suka untuk menikmati keindahan alam semulajadi lautan di sini.
8. Hutan Lipur Pasir Panjang
Hutan ini berfungsi sebagai taman rekreasi di mana terdapat suasana tepi pantai dan sekitar taman hijau pelbagai tumbuhan. Anda boleh melihat keindahan pantai dan berjalan tepi pantai sambil berkelah bersama keluarga di sini.
Medan Ikan Bakar Kampung Teluk Pasir sangat terkenal di sini membolehkan anda menikmati makanan ikan bakar yang sedap pada siang atau malam. Tetap ia dibuka.
9. Villa DuaPuluh Sembilan
Villa DuaPuluh Sembilan terletak di PDVilla Country Resort, Port Dickson. Ia merupakan tempat menarik untuk family day di Port Dickson yang sangat sesuai untuk anda yang mempunyai keluarga besar.
Aktiviti pool party boleh dilakukan di sini dimana terdapat sebuah kolam besar private di rumah ini. Villa ini juga merangkumi 3 buah bilik dan 2 buah bilik air.
10. Glory Beach Resort
Pasti keluarga teruja berkunjung ke sini kerana selain dari resort penginapan, rupa-rupanya terdapat juga pusat pemuliharaan penyu yang boleh anda kunjungi di sini.
Glory Beach Resort sangat menarik untuk percutian keluarga terutamanya family day. Penginapannya bukan sahaja seperti hotel, tetapi seperti apartment juga mempunya ruang tamu, bilik berasingan yang banyak dan paling menarik, ia mempunyai kolam-kolam untuk anda bermandi-manda.
Jika anda sukakan aktiviti air, mandi di pantai membolehkan anda bermain sukan air. Begitu juga dengan anak-anak. Anda boleh luangkan masa bermain air di pantai bersama mereka.
11. Tasik Villa International Resort
Tempat menarik untuk family day di Port Dickson ini juga sangat privasi dan sesuai untuk anda seisi keluarga. Jika ingin bermandi-manda di kolam renang, dalam resort ini turut menampilkan kolam peribadi di dalam bilik masing-masing.
Anda juga boleh bermandi-manda di kolam besar yang disediakan serta bersantai di ruang balkoni villa ini mengambil angin. Sudah tentu ia sangat menenangkan dan menggembirakan hati anda.
Itulah dia tempat menarik untuk family day di Johor. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Kedah, tempat menarik untuk family day di Perak, tempat menarik untuk family day di Terengganu dan tempat menarik untuk family day di Johor.
Rujukan:
- Senarai Homestay Port Dickson Kolam Renang Pool https://siraplimau.com/senarai-homestay-port-dickson-kolam-renang-pool/
- Tempat menarik di Port Dickson. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-port-dickson/
- Homestay di Port Dickson. https://www.maisinggah.com/homestay-di-port-dickson/