13 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Melaka
Sambutan family day di Melaka tidak kurang meriahnya kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh anda lawati bersama keluarga di sini. Melaka yang dikenali sebagai tempat bersejarah dan berdagang, tidak terkecuali mempunyai lokasi percutian yang menarik.
Bagi penginapan di Melaka, anda tak perlu risau kerana ia lengkap dengan chalet, resort, hotel dan banyak lagi penginapan terbaik yang sesuai dengan bajet anda.
Jom lihat antara tempat menarik untuk family day di Melaka. Bolehlah anda kunjungi bersama keluarga untuk sambutan hari yang meriah ini. Jom lihat satu demi satu.
1. Taman Botanikal Melaka
Taman Botanikal Melaka adalah sebuah taman rekreasi yang dahulunya merupakan Hutan Rekreasi Ayer Keroh. Ia sangat sesuai dikunjungi bersama keluarga kerana pelbagai aktiviti boleh anda lakukan di sini.
Terdapat ruang pejalan kaki dan jogging untuk anda gunakan bagi bersenam dan jogging di sini. Ambil angin dan bersantai bersama keluarga juga amat menenangkan kerana taman ini penuh pokok hijau yang segar.
Terdapat juga taman bunga, muzium hutan, Taman Dinasour yang memiliki 15 replika dinasour, jambatan gantung serta kampung Buku. Anda harus terokai semuanya di kawasan ini.
2. Pantai Pengkalan Balak
Bersiar-siar di tepi pantai yang indah sambil membeli belah di gerai tepi pantai sangat menyeronokkan. Pantai Pengkalan Balak ini juga mempunyai perkampungan nelayan yang sebenar dimana anda boleh melihat para nelayan menangkap ikan dan pulang dari laut.
Jangan lupa juga untuk bawa peralatan memancing kerana anda boleh lakukan aktiviti memancing bersama keluarga. Menarik bukan? Apabila sudah letih bersuka ria, jom menginap di chalet atau hotel yang berhampiran tempat menarik untuk family day di Melaka ini.
3. Air Terjun Asahan
Salah satu tempat menarik untuk family day di Melaka juga adalah Air Terjun Asahan. Anda bebas bermandi-manda dan berkelah di sini bersama keluarga. Anak-anak pasti suka.
Tahukah anda, Air Terjun Asahan ini terletak di Pekan Asahan, Melaka. Selain mandi dan berkelah, anda juga boleh berkhemah, mendaki puncak Gunung Ledang, merentas hutan dan menyaksikan keindahan flora dan fauna.
4. Kolam Air Panas Cherana Putih
Anak-anak pasti sukakan tempat ini. Mereka bebas bermain air dan mandi-manda di Kolam air panas Cherana Putih yang terletak di Alor Gajah ini. Air panas ini berkonsep Toji Bath iaitu kolam-kolam air panas kecil yang boleh anda pilih anda mandi.
5. Freeport A’famosa Outlet Village
Sekiranya anda ingin menghadiahkan sesuatu barangan berjenama untuk keluarga anda, apa kata datang sambut family day di Freeport A’famosa Outlet Village.
Anda boleh membeli barangan premium di sini memandangkan ia merupakan premium outlet bagi barang berjenama antarabangsa seperti Nike, Adidas, Levis, Puma dan banyak lagi.
6. Melaka River Cruise
Tak sah jika berkunjung ke Melaka tetapi tak ke Melaka Cruise River. Ia juga merupakan antara tempat menarik untuk family day di Melaka boleh anda kunjungi.
Anda boleh membawa keluarga anda menaiki cruise pada siang atau malam. Cruise ini akan mengambil anda di Jeti Muara dan ke Jeti Tanah Rempah. Di samping itu, dapatlah anda sekeluarga menikmati keindahan bandar Melaka.
7. Menara Taming Sari
Jadikan kegembiraan keluarga anda dengan menaiki Menara Taming Sari. Menara yang tinggi 110 meter ini merupakan Gyro tower pertama di Malaysia. Anda boleh melihat pemandangan Kota Melaka sebanyak 360 darjah Bandar Melaka.
8. Melaka Wonderland Theme Park
Taman Tema Air Melaka Wonderland ini juga menjadi pilihan ramai untuk menyambut family day. Terdapat banyak tarikan permainan air seperti 1 Big Wave Pool, Tornado chaser, Kamikaze Race, dan Adventure Island yang boleh anda naiki. Anak-anak pasti sukakannya!
9. A Famosa Resort
A Famosa Resort bukan sahaja memberikan penginapan terbaik buat anda, tetapi anda dan keluarga dapat menikmati keseronokan di sini. Taman tema A Famosa yang menarik adalah seperti Safari Wonderland, Old West Carniva dan Water Theme Park harus anda kunjungi.
10. Maya Cottage Kg Tehel
Seronok jika dapat berkunjung ke tempat menarik untuk family day di Melaka ini. Maya Cottage Kg Tehel ini sangat lengkap dengan pelbagai kemudahan dan terdapat kolam renang besar untuk anda dan keluarga bermandi-manda.
11. D’Faro 812 Villa
Sekiranya anda ingin bercuti bersama keluarga besar, D’Faro sangat sesuai dijadikan penginapan dan lokasi percutian. Rumah banglo besar lengkap dengan kolam renang besar ini memuatkan 20 orang dalam 1 masa.
Anda juga bebas buat BBQ dan berparti di sini bersama keluarga. Ia sangat selesa dan sesuai untuk ahli keluarga yang dewasa, bayi, kanak-kanak dan warga tua.
12. Kolam Air Panas Jasin
Kolam Air panas Jasin di Kampung Air Panas Bemban ini juga merupakan salah satu tempat menarik untuk family day di Melaka boleh anda lawati. Anda pasti terhibur berendam di air panas sambil meluangkan masa dengan keluarga di sini.
13. Philea Resort & Spa
Hanya dari RM 367 untuk 1 malam, anda boleh menginap di sini. Ia tidak jauh dari bandar Melaka dan sangat tenang jauh dari kesibukan kota. Anda akan berasa tenang umpama berada di dalam hutan dan kampung.
Penginapan dan tempat dalam kawasan ini sangat menarik kerana berkonsepkan kayu balak dan logwood. Ia sangat mewah dan klasik seperti yang dihasilkan di negara barat. Pokok-pokok sekeliling resort ini juga sangat segar dan sejuk.
Itulah dia tempat menarik untuk family day di Melaka. Jom baca juga tempat menarik untuk family day di Kedah, tempat menarik untuk family day di Perak, tempat menarik untuk family day di Terengganu dan tempat menarik untuk family day di Pulau Pinang.
Rujukan:
- Homestay muslim terbaik untuk family day di Melaka https://www.letsgoholiday.my/p/11-homestay-muslim-terbaik-untuk-family-day-di-melaka
- Tempat menarik di Melaka. https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-melaka