Dataran Lang
|

20 Tempat Menarik Di Langkawi WAJIB Pergi

Langkawi bukan sekadar sebuah pulau yang menjadi tarikan pelancong kerana ia diisytihar sebagai kawasan zon bebas cukai.

Tetapi banyak kisah lagenda yang terdapat di Langkawi yang menjadi faktor pulau ini sangat menarik untuk dilawati. Nak tahu apa kisah yang manerik di Langkawi? Jom kita lihat tempat-tempat best yang terdapat di sini.

1) Dataran Lang

Dataran Lang
Imej via naturallylangkawi

Dataran Lang adalah mercu tanda bagi Langkawi. Ia adalah lokasi paling ikonik untuk anda tangkap gambar sebagai bukti bahawa anda telah berjaya menjejakkan kaki ke Langkawi. Memandangkan ia terletak berdekatan dengan jeti, jadi, sekiranya anda ke Langkawi dengan menaiki feri, bolehlah bergambar dahulu di sini sebelum berangkat pulang.

 

Lokasi: Kuah Jetty, 07000 Kuah, Langkawi

 

2) Kereta Kabel Langkawi

Kereta Kabel Langkawi
Imej via klick

Kereta Kabel Langkawi yang merupakan kereta kabel paling curam di Asia dengan kecuraman 42 darjah dan merupakan kereta kabel yang terpanjang  di dunia dengan kepanjangan 2.2km dan mempunyai tali kabel sepanjang 950 meter. Kereta Kabel Langkawi ini terletak di Gunung Mat Cincang yang berketinggian 709 meter di atas paras laut ke puncak.

Walaupun tinggi dan mungkin anda berasa gayat, namun percayalah, keindahan panorama serta rupa bentuk geologi pulau dan pantai yang anda akan lihat sepanjang perjalanan dalam kereta kabel itu pasti membuatkan anda terpukau. Malah, anda juga berpeluang untuk melihat keindahan pemandangan laut hindi ,laut andaman dan pulau-pulau di selatan Thailand dengan jelas.

Kereta Kable ini mempunyai 3 stesyen. Stesyen pertama yang jauhnya 1700 meter terletak pada ketinggian 650 Meter, disini anda boleh turun untuk mengambil kereta kabel yang seterusnya yang akan membawa anda kepuncak.

Untuk keselamatan pengunjung, perkhidmatan kereta kabel Langkawi akan dihentikan ketika angin kencang dan bergantung kepada keadaan cuaca.

Di sekitar Kereta Kabel Langkawi ini juga terdapat banyak tarikan serta aktiviti lain yang boleh dilakukan di Oriental Village seperti 6D Cinemotion, Skyrex dan 3D Art Langkawi.

 

Lokasi: Cable Car Station, Oriental Village, Burau Bay, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap Hari (9.30pagi – 7.00petang)

Harga Tiket: Dewasa: RM40 (Berserta Mykad) | Kanak-Kanak: RM30 (Berserta Mykad)

 

3) Kilim Geoforest Park

Kilim Geoforest Park
Imej via flickr

Kilim Geoforest Park merupakan sebuah kawasan taman hutan yang dipenuhi dengan gua-gua indah, pantai yang memukau pandangan mata, kawasan paya bakau dan banyak lagi. Antara lokasi yang menjadi tarikan di sini adalah Gua Kelawar, Gua Buaya, Rumah Terapung dan kawasan Eagle Feeding.

 

Lokasi: Sungai Kilim Tourist Jetty, Kampung Kilim, Mukim Ayer Hangat, 07000 Kilim, Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (8.30pagi – 5.00petang) | Waktu terbaik (Sept – Mac)

Harga Tiket: Dari RM250 – RM500

 

4) Bird Paradise

Bird Paradise
Imej via denai

Taman Burung ini juga dikenali sebagai Langkawi Wildlife Park. Ia merupakan hutan tropical yang didiami oleh 2500 burung eksotik yang terdiri daripada 150 spesies burung yang berlainan. Burung-burung di taman ini hidup bebas berterbangan dalam habitat yang direkacipta untuk menyamai habitat semulajadi burung-burung ini. Disamping itu, taman burung ini juga mempunyai air terjun buatan manusia. Pasti lawatan anda ke sini memberikan anda satu pengalaman yang menakjubkan.

 

Lokasi: Lot 1485, Jalan Ayer Hangat, Kampung Belanga Pecah

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa RM24 | Kanak-kanak (3 – 12 Tahun) RM16 | Warga Emas (55 Tahun & Keatas) RM16

 

5) Taman Buaya Langkawi

Taman Buaya Langkawi
Imej via zine

Taman Buaya Langkawi menempatkan hampir 1,000 ekor buaya yang dipamerkan kepada para pengunjung. Buaya-buaya di sini diasingkan ke dalam tiga kolam yang berlainan, iaitu kolam pembiakan, kolam pemakanan, kolam pertunjukan.

Antara aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di sini adalah menyaksikan pertandingan gusti “Manusia vs Buaya” yang diadakan setiap hari antara pelatih buaya dan buaya yang terlatih. Jangan lupa juga untuk melawat buaya istimewa yang bernama Bujang Kawi. Bujang kawi merupakan seekor buaya yang besar yang lahir tanpa gigi, berukuran 13 kaki dan mempunyai keberatan 450 kilo.

 

Lokasi: Jalan Datai, Kubang Badak, Mukim Air Hangat, 07000, Langkawi, Kedah Darul Aman

Harga Tiket: Dewasa – RM18 | Kanak-kanak – RM12

 

6) Taman Agroteknologi Mardi

Taman Agroteknologi Mardi
Imej via naturallylangkawi

Terdapat lebih 20 jenis pokok buah-buahan tempatan termasuk pulasan, buah naga dan belimbing di sini.Dengan bayaran masuk yang sangat berpatutan, anda boleh makan buah-buahan secara percuma dan menyewa tapak perkhemahan bersama keluarga di sini. Terasa seperti bersantai di pondok dalam dusun buah-buahan. Pengalaman seperti pasti sesuatu yang baru dan istimewa terutama bagi anak-anak yang hidup di bandar.

 

Lokasi: Jalan Padang Gaong, Taman Harmoni, 07000 Langkawi, Kedah

Waktu Operasi: Sabtu-Khamis (8:30pagi – 5:00petang)

Harga Tiket: RM7 (dewasa) | RM3 (kanak-kanak) | RM25 (warga asing dewasa) | RM10 (warga asing kanak-kanak).

 

7) Underwater World Langkawi

Underwater World Langkawi
Imej via malaysiatourism

Underwater World Langkawi merupakan salah satu lokasi menarik di Pulau Langkawi yang sentiasa mendapat kunjungan ramai lebih-lebih lagi bagi pengunjung yang ada anak kecil.

Akuarium seluas 60,000 kaki persegi ini merupakan akuarium terbesar di Malaysia yang memuatkan lebih 500 spesies haiwan laut termasuk penguin, jerung, dan arapaima Amazon gergasi. Ia meliputi 4000 haiwan laut dan pelbagai jenis batu karang. Tarikan juga meliputi terowong dalam air sepanjang 15m, teater 3D dan galeri hidupan liar bagi tujuan pendidikan.

 

Lokasi: Zon Pantai Cenang, Mukim Kedawang, 07000, Langkawi

Waktu Operasi: Setiap hari (10.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Dewasa – RM36 (Beserta MyKad) | Kanak-kanak – RM26 (Beserta MyKad) | Warga Emas – RM29 (Beserta MyKad)

 

8) Kompleks Kraf Langkawi

Kompleks Kraf Langkawi
Imej via yelp

Kompleks Kraf Langkawi memiliki dua buah muzium untuk anda terokai iaitu Muzium Warisan dan Muzium Adat Istiadat Perkahwinan. Di sinilah anda dapat melihat dengan dekat bermacam barangan dan artifak peninggalan masa lampau seperti keris dan banyak lagi.

Dalam kawasan kompleks ini juga terdapat sebuah restoran yang menghidangkan masakan tradisional Melayu. Jadi, setelah puas melihat bahan pameran di muzium, bolehlah anda si perut anda dengan juadaha tradisional Melayu yang menyelerakan.

 

Lokasi: Kompleks Kraf Langkawi, Teluk Yu, Mukim Bohor

Waktu Operasi: 10.00pagi – 6.00petang

Harga Tiket: Percuma

 

9) Galeria Perdana

Galeria Perdana
Imej via flickr

Galeria Perdana merupakan sebuah galeri yang ditubuhkan untuk mempamerkan hadiah-hadiah dan anugerah yang telah diterima oleh Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah bt. Mohd. Ali.

Untuk pengetahuan anda, muzium ini mempamerkan sekitar 2000 daripada 9000 koleksi pada satu-satu masa yang ditukar dari masa ke masa. Jadi, kalau anda datang ke sini pada waktu yang berbeza, anda mungkin dapat melihat koleksi yang lain daripada sebelumnya.

Pameran di dalam galeri ini terbahagi kepada 3 bahagian. Masa yang diambil untuk habis melihat setiap koleksi di sini adalah dalam sekitar 2 jam.

 

Lokasi: Jalan Ayer Hangat, Mukim Kilim, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap Hari (8.30pagi – 5.30petang) | Cuti Sekolah & Cuti Umum (8.30am – 6.00pm)

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM2

 

10) Laman Padi

Laman Padi
Imej via naturallylangkawi

Laman padi merupakan sebuah destinasi eco-pelancongan yang menonjolkan budaya dan tamadun Melayu didalam bidang menanam padi.

Laman ini bertemakan perkampungan Melayu dan mempunyai muzium dan juga sawah yang kecil jika anda hendak cuba tangan menanam padi sendiri dengan cara tradisional. Sesuailah dengan nama jolokan bagi negeri Kedah iaitu Negeri Jelapang Padi. Sudah pastilah padi merupakan tumbuhan ikonik bagi negeri ini.

 

Lokasi: Jalan Pantai Cenang, Pantai Cenang, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Setiap Hari (10.00pagi – 6.00petang)

Harga Tiket: Bermula Dari RM3 Seorang

 

11) Nusantara Gamat

Nusantara Gamat
Imej via naturallylangkawi

Antara kedai menjual gamat yang popular di Langkawi adalah Nusantara Gamat. Ia bukan sekadar kedai jual gamat dan lain-lain produk yang berasaskan gamat, tetapi juga anda berpeluang untuk melihat sendiri di depan mata macam mana proses dari awal sampai akhir minyak gamat dihasilkan.

 

Lokasi: Nusantara Gamat, Jalan Padang Mat Sirat

Waktu Operasi: 8.30pagi – 5.30petang

 

12) Kompleks HIG

Kompleks HIG
Imej via alwzbemybaby

Langkawi sebagai zon bebas cukai, memang tak sah lah datang ke sini tapi tak shopping. Jika anda nak lakukan aktiviti membeli-belah, inilah tempatnya. Kompleks HIG adalah salah satu tempat ideal untuk anda ‘melabur’ duit anda. Di sini ada bermacam barangan yang dijual dengan harga berpatutan. Ikutkan nafsu membeli, memang rasa nak borong semua.

Dari pinggan-mangkuk, aneka coklat yang menyelerakan, kain pelikat, minyak gamat dan macam-macam lagi disediakan di sini. Pilih sahaja mana yang berkenan. Tapi kena beringat juga, jangan sampai terlebih bajet pula. Sebab bukan Kompleks HIG sahaja yang ada untuk anda memborong sakan, ada lagi tempat lain di Langkawi ini.

Memandangkan ia adalah sebuah kompleks, maka ia bukan setakat ada kedai sahaja, tetapi ada food court dan juga hotel.

 

Lokasi: Jalan Pandak Mayah, Pusat Bandar Kuah, 07000 Kuah

Waktu Operasi: 10.00pagi – 10.00petang

 

13) Idaman Suri

Idaman Suri
Imej via twitter

Idaman Suri adalah sebuah lagi lokasi membeli-belah yang menarik di Langkawi. Kalau di Kompleks HIG adalah bermacam-macam kedai di bangunan tersebut, tetapi idaman suri adalah sebuah khas yang menjual bermacam barangan kelengkapan rumah yang termasuklah pingan-mangkuk dijual dengan harga yang membuatkan wanita rambang mata. Aneka coklat import juga turut dijual di sini. Paling penting adalah, sediakan bajet kewangan secukupnya di sini, kerana kebarangkalian untuk anda membeli diluar perancangan itu sangat besar untuk terjadi. Sebab memang rambang mata, semua set pinggan mangkuk cantik-cantik.

 

Lokasi: Bangunan Idaman Suri, No. 1, Taman Seri Berlian, Kedah, 07000 Kuah

Waktu Operasi: Setiap Hari Kecuali Jumaat (9.30pagi – 8.00petang | Jumaat Tutup

 

14) Pantai Cenang

Pantai Cenang
Imej via langkawi-info

Pantai Cenang adalah antara kawasan pantai yang paling meriah di Langkawi. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh lakukan di sini. Antara aktiviti air yang ditawarkan adalah jet ski, parasailing, banana boat dan banyak lagi. Di pantai ini juga terdapat banyak gerai jualan. Sambil-sambil anda menghirup udara di tepi pantai, bolehlah berkelah makan-makan bersama keluarga di sini. Apa-apapun, yang paling penting, selepas kenyang makan dan beristirehat di sini, bekas-bekas makanan serta sisa makanan dibuang ke dalam tong sampah. Kebersihan kawasan pantai tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya.

 

Lokasi: Pantai Cenang, Langkawi 07000

 

15) Air Terjun Telaga Tujuh

Air Terjun Telaga Tujuh
Imej via flickr

Telaga Tujuh merupakan salah satu destinasi popular di Pulau Langkawi. Antara factor kepopularannya adalah kerana kisah mitos yang dikaitkan dengan kawasan ini. Ia digelar Telaga Tujuh kerana di sini terdapat 7 buah telaga kecil yang menurut mitosnya menjadi tempat puteri-puteri kayangan bermandi-manda.

Ia terletak di tebing Gunung Mat Chinchang menghala ke Teluk Burau. Air Terjun Telaga Tujuh setinggi 91 meter ini boleh didaki melalui 900 anak tangga curam sehingga bahagian pertama air terjun. Untuk ke puncak air terjun, anda perlu mendaki lebih kurang 45 minit ke 1 jam perjalanan.

 

Lokasi: Telaga Harbour Park, 07000 Langkawi, Kedah

Harga Tiket: Percuma

 

16) Kota Mahsuri

Kota Mahsuri
Imej via cintazakirah

Kota Mahsuri merupakan tempat dimana terletaknya makam Mahsuri iaitu tempat yang dipercayai jenazah Mahsuri Binti Pandak Maya dikuburkan.

Siapakah Mahsuri? Ia dikatakan seorang wanita cantik di Langkawi yang telah difitnah berlaku curang terhadap suaminya. Sewaktu dia dibunuh, darah putih telah mengalir keluar dari tubuhnya dan hal ini membuktikan bahawa dia sebenarnya tidak bersalah dan tidak berlaku curang. Begitulah sedikit kisah Mahsuri yang dipanjang-panjang sehingga sampai kepada generasi kini.

Makam Mahsuri ini telah dibina semula dan dilengkapi dengan muzium, teater traditional dan rumah Kedah yang melambangkan seni bina rumah Langkawi yang popular pada ketika itu. Tempat ini juga dikatakan dibina di bekas tapak rumah Mahsuri. Di dalam kompleks tersebut juga terdapat sebuah perigi yang digelar perigi Mahsuri.

 

Lokasi: Jalan Makam Mahsuri, Kampung Mawar, 07000 Langkawi

Waktu Operasi: Isnin – Jumaat (8.00pagi – 6.00petang) | Sabtu & Ahad (8.00pagi – 6.30petang)

Harga Tiket: Dewasa RM7 | Kanak-kanak RM3.50

 

17) Tasik Dayang Bunting

Tasik Dayang Bunting
Imej via livingnomads

Pulau Dayang Bunting menempatkan sebuah tasik yang dikatakan menjadi tempat kegemaran puteri kayangan yang bernama Mayang Sari. Malahan kalau dilihat dari jauh, tasik yang terletak dalam jejeran bukit ini kelihatan seperti seorang wanita yang bunting dalam keadaan berbaring.

Sekiranya anda sampai ke kawasan tasik ini, anda boleh menikmati pemandangan dari platform terapung yang disediakan sambil merendamkan kaki di dalam air tasik. Nak lebih ekstrim, anda juga boleh mandi di sini. Tetapi, untuk keselamatan, silalah pakai jaket keselamatan terlebih dahulu. Selain itu, perkhidmatan sewaan bot kayuh juga disediakan di sini.

 

Lokasi: Pulau Dayang Bunting

Harga Tiket: Dewasa RM5 | Kanak-kanak RM3

 

18) Taman Lagenda

Taman Lagenda
Imej via travelingthruhistory

Taman Lagenda Langkawi adalah hasil cetusan idea daripada Tun Dr. Mahathir. Taman yang berkeluasan 50 ekar ini adalah sebuah lokasi yang menonjolkan kisah-kisah mitos yang melibatkan Langkawi.

Segala bentuk tugu atau ukiran patung yang menggambarkan legenda atau mitos Langkawi dapat dilihat di sini. Ia juga lengkap dengan papan yang menyampaikan kisah di sebalik arca yang dipamerkan, tak ubah seperti sebuah ‘muzium terbuka’.

Antara tarikan lain yang terdapat di sini adalah 4 buah tasik buatan yang indah, bukit tinjau yang berketinggian 20 kaki, laluan berjogging dan banyak lagi.

 

Lokasi: Kuah, 07000 Langkawi

 

19) Pasar Malam Langkawi

Pasar Malam Langkawi
Imej via pumpkincheeks

Pasar Malam bukan sesuatu yang asing di Malaysia. Ia ada di seluruh negara dan dikunjungi pengunjung dari dalam dan luar negara. Ia adalah antara keunikan budaya masyarakat di rantau ini. Apa yang menarik mengenai pasar malam adalah barangan dan makanan tempatan yang dijual. Jika anda mahu ke Pasar Malam di Langkawi, berikut adalah lokasi dan masanya:

 

Pasar Malam Ulu Melaka

Lokasi: Ulu Melaka, Jalan Padang Matsirat

Waktu Operasi: Isnin (6.00petang – 10.00malam)

 

Pasar Malam Padang Matsirat

Lokasi: Tempat Letak Kereta Beras Terbakar, Padang Matsirat

Waktu Operasi: Ahad (6.00petang – 10.00malam)

 

Pasar Malam Air Hangat

Lokasi: Berdekatan Bulatan Simpang 4, Ayer Hangat

Waktu Operasi: Jumaat (6.00petang – 10.00malam)

 

Pasar Malam Padang Wahid

Lokasi: Simpang Tiga Dimat / Padang Wahid

Waktu Operasi: Selasa (6.00petang – 10.00malam)

 

Pasar Malam Kuah

Lokasi: Depan Hotel Baron, Kuah

Waktu Operasi: Sabtu dan Rabu (6.00petang – 10.00malam)

 

20) Pekan Kuah

Pekan Kuah
Imej via pulaulangkawi

Pekan utama di Pulau Langkawi dalah Pekan Kuah. Mengikut lagenda, Pekan Kuah mendapat namanya daripada peristiwa pergaduhan anatara dua gergasi, Mat Cincang dan Mat Raya yang wujud pada masa silam. Akibat daripada pertarungan ini kuah gulai tertumpah mengenangi kawasan ini dan dari situ Pekan Kuah mendapat namanya.

Terdapat banyak kemudahan yang terdapat di pekan ini. Antaranya tempat beli-belah bebas cukai, restoren, bank, hotel dan banyak lagi.

 

Lokasi: Kuah, 07000 Bandar Kuah, Kedah

 

Itulah dia 20 tempat menarik di Pulau Langkawi yang ingin kami kongsikan kepada anda untuk hari ini.  Selamat bercuti ke Pulau Langkawi. Jemput juga baca artikel Tempat Menarik Di Perlis dan Tempat Menarik Di Kulim.

Similar Posts

One Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *