Sabah dikenali sebagai negeri di bawah bayu kerana dikelilingi oleh lautan. Pantai di Sabah menjadi antara pantai yang cantik untuk di lawati. Sabah juga terkenal dengan pemandangan alam semulajadi yang cantik dikelilingi oleh hutan dan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara.

Disebabkan itu, Sabah bukan sahaja terkenal dengan Gunung Kinabalu tetapi terdapat juga beberapa pantai di Sabah yang cantik dan berbaloi untuk di lawati.

Pantai Tanjung Aru

Imej via [trekearth.com]

Pantai Tanjung Aru merupakan antara pantai di Sabah dengan pemandangan yang cantik. Walaupun begitu, ramai pelancong yang tidak mengetahui mengenai pantai ini. Sekiranya anda seorang yang suka dengan keadaan sunyi, mungkin anda boleh datang ke pantai ini.

Keadaan pantai yang tidak ramai dengan pelancong menyebabkan suasana pantai yang tidak terlalu sesak. Anda boleh datang ke sini untuk meluangkan masa bersama keluarga besar anda. Keadaan pantai yang cantik dengan pasir putih halus menjadikan pemandangan di sini seakan pemandangan di luar negara.

Pantai ini terkenal dengan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik. Pantai Tanjung Aru ini juga dekat dengan pusat bandar dan hotel. Pantai Tanjung Aru juga terkenal di Kota Kinabalu. Terdapat gerai-gerai yang menjual makanan.

Sekiranya anda datang ke sini bersama keluarga, anda boleh melakukan aktiviti seperti membina istana pasir, berkelah, bermain layang-layang dan menangkap gambar yang menarik. Anak-anak anda juga bebas berlari kerana keadaan pantai yang bersih dan pasir halus yang lembut. Memang sangat menarik!

Alamat: Tanjung Aru, 88100 Kota Kinabalu, Sabah

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (10am-11pm)

No. Telefon:  016-833 0678

Pantai Sawangan Kuala Penyu Sabah

Imej via [mysabah.com]

Sama seperti nama yang diberikan. Pantai Sawangan Kuala Penyu ini merupakan antara pantai yang membolehkan anda untuk melihat penyu. Apa yang lebih menarik, anda bukan sahaja dapat melihat penyu. Malah terdapat beberapa jenis hidupan laut seperti gamat, karang, kerang dan banyak lagi.

Menariknya di pantai ini, apabila air surut, anda dapat melihat batu besar yang seakan kolam kerana terdapat sedikit air yang akan bertakung di dalam batu tersebut.

Pantai ini sangat menarik perhatian pelancong kerana hidupan laut yang dapat dilihat di mana-mana. Hal ini terjadi kerana hidupan laut ini tidak diganggu oleh manusia.

Pantai Sawangan (Pantai Sawangan) Kuala Penyu membolehkan saya melihat sesuatu yang tidak terdapat di pantai yang popular. Ini kerana penghuni hidupan liar tersebut tidak diganggu oleh manusia.

Keadaan pantai yang bersih dengan keindahan pantai yang membiru menjadikan pantai ini terkenal di kalangan pelancong asing. Anda bukan sahaja dapat menikmati keindahan pantai tetapi dapat melihat hidupan laut yang menarik.

Alamat: Jalan Bakong Sawangan, 89709 Kuala Penyu, Sabah

Pantai Kenangan, Bongawan

Imej via [worldorgs.com]

Salah satu pantai di Sabah yang menarik ialah Pantai Kenangan. Pantai yang dihiasi dengan pasir putih dan air pantai yang kebiruan memberikan anda perasaan yang tenang.

Antara fasiliti yang terdapat di pantai ini ialah surau, tandas awam, kerusi untuk berehat dan tempat BBQ untuk anda yang ingin berkelah di sini.

Di pantai ini juga terdapat beberapa gerai yang menjual makan dan minuman. Terdapat juga kedai dan restoran yang menjual makanan laut untuk dinikmati sambil melihat matahari terbenam. Memang sangat menarik untuk anda datang ke sini dan merasai pengalaman di pantai ini.  

Alamat: Jalan Pantai Kenangan, Papar, Sabah

Waktu Operasi: Isnin-Ahad (24 jam)

No. Telefon: 014-202 1696

Pantai Sikuati (Kudat)

Imej via [kudat-riviera.com]

Sekiranya anda seorang yang suka mengambil gambar, mungkin pantai ini dapat menarik perhatian anda. Terdapat jambatan yang di bina di pantai ini. Anda dapat menikmati pemandangan matahari terbenam dengan lebih dekat.

Bagi anda yang ingin meluangkan masa bersama keluarga dan bersantai, pantai ini sangat sesuai. Tiket masuk di sini adalah sebanyak RM 5. Anda mungkin rasa yuran masuk agak mahal, anda jangan risau kerana yuran tersebut boleh ditebus dengan makanan dan minuman.

Di pantai ini juga mempunyai restoran terapung yang menyajikan pelbagai jenis makanan laut. Anda juga dibenarkan memancing di sini. Anda dapat menikmati makanan laut sambal melihat pemandangan matahari terbenam. Sememangnya sangat berbaloi!

Alamat: Jln Pantai Sikuati, 89050 Kudat, Sabah

Pantai Shahbandar Tuaran

Imej via [bluekinabalu.com]

Pantai Shahbandar merupakan pantai yang terkenal kerana keindahan matahari terbenam di pantai tersebut. Berbeza dengan pantai lain, pantai ini mempunyai pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan serta kemudahan yang pelbagai.

Pantai ini juga menyediakan pelbagai kemudahan untuk keselesaan pengunjung pantai. Antara kemudahan yang disediakan adalah tandas awam, bilik mandi, pondok rehat, kerusi yang menghadap pantai dan banyak lagi.

Sekiranya anda ingin menikmati keindahan pantai sambil menikmati makanan, anda boleh membelinya di gerai-gerai yang terdapat di sini.

Aktiviti yang dapat anda lakukan ialah bermain bola pantai, mandi, bina istana pasir dan berkelah. Aktiviti lain yang boleh anda nikmati ketika di pantai ini ialah menunggang kuda. Terdapat beberapa pemilik kuda yang menyewakan kuda untuk pengunjung yang ingin mengambil pengalaman menunggang.

Terdapat aktiviti seperti meluncur air yang dapat anda nikmati di pantai ini. Ini kerana ombak di pantai ini yang kuat membolehkan pengunjung mengadakan aktiviti luncur air. Di ingatkan, papan luncur perlu di bawa sendiri kerana tidak di sediakan.

Pantai Kelambu

Imej via [facebook.com]

Salah satu pantai yang dikenali dengan laut akuamarin. Pantai Kelambu menyajikan pemandangan air pantai yang jernih, pasir putih dan dikelilingi dengan kehijauan hutan. Pantai ini sering menjadi tumpuan penduduk untuk datang meluangkan masa dan beriadah bersama keluarga.

Pantai ini sesuai untuk melakukan aktiviti seperti berkelah bersama keluarga, mengumpul kulit kerang yang cantik dan berwarna-warni, berjalan-jalan serta menikmati keindahan pantai dengan melihat matahari terbenam.

Pantai Kelambu ini mungkin menjadi tempat yang sesuai sekiranya anda ingin melepaskan tekanan dan lari dari keadaan yang bising. Hal ini kerana, kedudukan pantai ini jauh dari kesibukan dunia luar. Anda juga perlu mencari kereta untuk menuju ke pulau ini kerana tiada pengangkutan yang menuju ke pulau ini. Sekiranya anda ingin ke sini, lebih baik untuk anda membawa kenderaan sendiri.

Walaupun begitu, pengalaman yang akan anda perolehi di sini tidak mungkin dapat anda lupakan!

Alamat: Jalan Pantai Kelambu, Kudat 89050 Malaysia

Kesimpulan

Keindahan Pantai sememangnya dapat memberikan ketenangan kepada seseorang. Senarai di atas menunjukkan pantai di Sabah yang menarik dan sesuai untuk percutian anda dan keluarga. Selain artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami yang lain.

Penulis: Kira Asla

Writing makes me happy!

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.