TOP 14+ Tempat Menarik Di Tanjung Malim, Perak Untuk Percutian Rileks dan Menyeronokkan
Tanjung Malim yang terletak di negeri Perak sangat masyhur sebagai sebuah bandar yang melahirkan ramai cendekiawan tersohor dan juga pejuang bangsa. Pekan ini bersebelahan sahaja dengan negeri Selangor dan asalnya adalah sebuah tanjung iaitu kawasan tanah yang wujud daripada hakisan sungai yang sangat luas.
Pekan Tanjung Malim ini juga disebut-sebut oleh masyarakat sebagai ‘Bandar Pendidikan’ kerana sejarah pembukaannya  bermula dengan pembukaan sebuah Universiti Pendidikan Sultan Idris sekitar tahun 1992. Terdapat pelbagai tempat menarik di Tanjung Malim yang boleh anda kunjungi.  Mari kami kongsikan sedikit sebanyak beberapa tempat menarik di Tanjung Malim sesuai untuk percutian rileks dan menyeronokkan.ÂÂ
1. Muzium Pendidikan Nasional
Sesuai disebut sebagai Bandar Pendidikan, Muzium Pendidikan Nasional inilah tempatnya untuk anda mengetahui lebih lanjut tentang sejarah bidang pendidikan di Malaysia. Muzium ini terletak di dalam Universiti Pendidikan Sultan Idris yang sudah sememangnya tersohor dalam bidang pendidikan di Malaysia.Para pengunjung akan dapat melihat pelbagai peralatan lama yang digunakan dalam bidang pendidikan di Malaysia di sini. Antaranya adalah pembaris lama, kalkulator ‘abacus’, patung anatomi manusia dan sebagainya.
Selain peralatan lama yang dipamerkan, turut terdapat informasi berkenaan tokoh-tokoh ilmuwan pendidikan masa lampau yang dapat anda pelajari di tempat menarik di Tanjung Malim ini. Mereka semua telah berjaya membawa kemodenan kepada sistem pendidikan Negara kita.
Â
2. Taman Tasik Embayu
Terkenal bukan sahaja dalam kalangan penduduk tempatan, malah para pengunjung dari luar daerah, Taman Tasik Embayu sebenarnya adalah sebuah tasik buatan yang luas dengan pelbagai kemudahan rekreasi. Untuk pengetahuan anda, tempat menarik di Tanjung Malim ini adalah sebahagian daripada bandar terancang Proton City yang dikelilingi oleh rumah-rumah banglo mewah yang menyerlahkan lagi panoramanya.Lanskap di sekitar taman ini dijaga dengan sangat rapi dan teliti. Disebabkan itu, ramai pengunjung gemar beriadah di sini hanya untuk menikmati keindahan panoramanya. Terdapat suatu sudut di tasik ini yang sangat sesuai untuk anda mengambil gambar iaitu di pelantar titi yang dihubungkan ke kolam cantik.
Pelbagai aktiviti menarik boleh anda lakukan di taman ini seperti bersenam, berkelah dan bermain di taman permainan yang disediakan.
Â
3. Taman Perkelahan Kampung Sungai Bil
Antara tarikan semulajadi popular yang terdapat di Tanjung Malim ini adalah Sungai Bil. Bagi mereka yang gemarkan ketenangan, tempat menarik di Tanjung Malim ini sangat sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga dan teman tercinta untuk menikmati keindahan alam dan bermain-main di air jernih.Terdapat permukaan sungai yang sedikit berbatu-batu dan di sekelilingnya ditumbuhi pokok-pokok menghijau yang pasti dapat menenangkan jiwa anda apabila berkunjung ke Sungai Bil ini. Pelbagai kemudahan juga turut disediakan seperti tandas, ruang rehat, kemudahan barbeku, kedai makanan dan sebagainya.
Rancanglah perjalanan percutian anda bersama keluarga ke sini untuk mandi-manda di Sungai Bil ini supaya anda dapat merasai sendiri ketenangan suasana alam flora dan faunanya. Kemudahan penginapan juga turut tersedia bagi mereka yang ingin bermalam di sini.
Â
4.  Go Kart Tanjung Malim
Kepada mereka yang meminati sukan lasak, bolehlah datang berkunjung ke sini. Anda tidak perlu lagi bersusah payah ke bandar besar hanya untuk bermain Go Kart kerana di Tanjung Malim juga ada menyediakan permainan lasak ini. Litar terbuka yang disediakan sangat sesuai untuk semua peringkat umur.Jangan khuatir bagi ibu-ibu yang risau akan keselamatan anak-anak ketika bermain kerana soal keselamatan sangat dititikberatkan oleh pemilik tempat permainan ini. Penggunaan helmet adalah wajib buat semua peserta dan penghadang tayar terpakai juga digunakan untuk melembutkan impak risiko kemalangan.
Rekabentuk litar ini sangat menarik dengan liku-liku tajam dan separuh daripada litarnya dibina di bawah sebuah lebuhraya utama. Terdapat juga gerai minuman ringan bagi anda yang kehausan dan keletihan setelah bermain go-kart.
Â
5. Ladang Halia ENE
Dengan berkunjung ke ladang ini, para pengunjung akan dapat melihat sendiri penanaman halia secara komersial di Perak. Siapa yang tidak tahu bahawa halia adalah sejenis tumbuhan rizom yang sangat berkhasiat dan sangat baik untuk tubuh. Spesis halia yang ditanam di ladang ini disebut sebagai ‘Bentong’. Ia bersaiz sedikit besar dari halia biasa dan lebih pedas rasanya.Sangat menarik bagi mereka yang suka bercucuk tanam untuk melihat sendiri bagaimana halia ditumbuh, diproses dan kemudiannya dibungkus untuk dijual di seluruh Malaysia.
Anda juga dapat melihat kilang pemprosesan di mana terletaknya mesin-mesin gergasi yang turut digunakan untuk memproses halia segar. Para pengunjung juga berpeluang untuk meminum teh halia panas segar daripada ladangnya.
Â
6. Seni Jalanan Tanjung Malim
Seni jalanan di Pekan Lama Tanjung Malim ini mewarnai jalan belakang deretan kedai-kedai di kawasan pekan itu. Sudah menjadi suatu trend dimana seni jalanan menjadi antara tarikan utama yang popular di kebanyakan bandar besar di Malaysia.Pada suatu ketika dahulu, kawasan jalan belakang atau deretan kedai belakang lorong sangat muram namun dengan perkenalan terhadap seni jalanan seumpama ini telah menaikkan seri dan menjadi tarikan utama pelancongan yang sangat popular dan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengunjung.
Lukisan mural yang terlakar indah di dinding-dinding jalanan di sini adalah bertemakan binatang tempatan, sains dan teknologi, semangat patriotik dan sebagainya.
Â
7. Mata Air Panas Ulu Slim
Mendengarkan namanya pasti anda berfikir ianya tempat yang sesuai untuk mandi-manda. Awas! Mata air ini tidak sesuai untuk mandi-manda kerana suhunya yang mencecah 100 darjah celcius. Menariknya, sebenarnya di Mata Air Panas Ulu Slim ini adalah tempat para pengunjung boleh datang untuk mendidih makanan seperti telur didih, jagung, petai dan sebagainya.Dipercayai bahawa penduduk tempatan dapat memberi lebih khasiat kepada badan. Tempat ini juga sangat sesuai bagi mereka yang meminati seni fotografi kerana pemandangan unik yang terhasil oleh wap-wap mata air panas dan spesis lumut hijau mata air panas menambahkan lagi efek mempesona kepada gambar-gambar yang diambil di sini.
Pelbagai kemudahan awam juga turut tersedia seperti pondok rehat, laluan pejalan kaki dan kawasan merebus. Jom berkunjung ke tempat menarik di Tanjung Malim ini!
Â
8. Kolam Ikan ‘Natural Exotic’
Bagi pemancing tegar, kolam ikan ini pasti menarik minat anda. Kolam ikan ini sangat luas untuk kegiatan pemancingan rekreasi yang telah dibina di Tanjung Malim khusus untuk pemancing-pemancing tegar tempatan dan juga pengunjung luar.Terdapat pelbagai ikan yang boleh dipancing seperti ikan baung, mekong, tilapia dan sebagainya. Konsep yang digunakan di kolam ini adalah tangkap dan lepas. Kesemua ikan di sini besar belaka dan mempunyai lingkungan berat sekitar 7 kilogram sehingga 40 kilogram.
Tempat menarik di Tanjung Malim ini dibuka selama 24 jam setiap hari. Setiap bulan, pemilik kolam ini pasti mengadakan cabutan bertuah untuk para pengunjung.Â
Â
9. Arung Jeram Sungai Ulu Slim
Penggemar sukan air pasti amat mengenali tempat menarik di Tanjung Malim ini. Arung Jeram Sungai Ulu Slim ini merupakan sungai yang mengalir di Tanjung Malim yang sangat sesuai dijadikan tempat pertarungan air.Sungai ini mempunyai jeram kelas 1 sehingga 3 dan berjarak 6 kilometer dari hulunya ke muara sungai. Masa terbaik untuk melawati Arung Jeram ini adalah pada musim peralihan monsoon apabila air menjadi lebih deras. Setiap kali sebelum memulakan aktiviti di sini, taklimat keselamatan pasti akan disampaikan terlebih dahulu kepada semua peserta supaya mereka lebih peka dan mementingkan keselamatan diri sendiri.
Untuk bersukan di arung jeram ini anda tidak perlukan sebarang pengalaman kerana semua teknik-teknik pengendalian akan diajar terlebih dahulu.
Â
10. Teratak Riverview
Teratak Riverview ini adalah sebuah resort yang bertentangan dengan Sungai Malaysia. Sungai ini antara Perak dan Selangor dan sangat terkenal sebagai salah satu tempat menarik di Tanjung Malim bagi mengadakan team building. Resort ini mempunyai pelbagai kemudahan seperti chalet, tempat berkhemah, asrama, dewan, surau dan penggunaan umum yang lain.Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di sini seperti water tubing, abseiling dan flying fox. Bermula pada tahun 2008 sehingga sekarang, Teratak Riverview berkembang semakin pesat.
Sekarang, Teratak Riverview menggunakan tenaga solar untuk menjana kuasa elektrik. Para pelawat pasti mengagumi pemandangan yang menakjubkan dan suasana yang selesa bersama rakan-rakan dan orang tersayang.
Â
11. Restoran Garden Seafood
Restoran yang ini sangat popular dan disebut-sebut ini bukan sahaja menjadi buah mulut masyarakat tempatan malah pengunjung luar juga. Tempat menarik di Tanjung Malim ini sebenarnya merupakan restoran cina tetapi mempunyai sijil halal yang sah.ÂOleh itu, restoran ini terkenal bukan sahaja dalam kalangan kaum Cina malah Melayu dan juga India. Terdapat pelbagai makanan laut yang enak tersaji di sini dengan harga yang berpatutan seperti sizzling tilapia, sotong madu dan steam turbot fish. Restoran ini dibuka setiap hari dari jam 12 tengah hari sehingga 10:30 malam.
Â
12. Hitz Café
Penggemar hipster pasti sukakan café ini. Hitz Café ini sangat terkenal dengan konsep hipster. Makanan yang wajib anda cuba apabila berkunjung ke sini adalah makanan fusion dan pastri. Seni hias dan dekorasi unik ala hipster café ini juga sangat cantik sehingga sesuai untuk berfoto sebagai kenangan dan juga sangat instagram-worthy!Selain makanannya yang lazat, servisnya juga sangat bagus kerana kesemua pekerja di sini sangat ramah dan mesra. Tempat menarik di Tanjung Malim ini juga sangat sesuai untuk mengadakan majlis hari jadi atau majlis korporat.
Â
13. Akademi ESPEK
Jika anda mahu merasakan pengalaman yang sedikit berbeza dan unik, datanglah ke tempat menarik di Tanjung Malim ini. Penginapan di sini berbentuk kabin dan terletak dalam kebun kelapa sawit.Terdapat 20 kabin yang tersedia di sini yang boleh memuatkan sekitar 120 orang dalam satu-satu masa. Tambah menarik lagi, penginapan akademi ESPEK ini terletak bersebelahan dengan jeram yang dipanggil dengan Lubuk Timah.
Memang sangat seronok jika dapat berendam di dalam air sejuk Lubuk Timah. Pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda lakukan seperti memancing, berkhemah, menaiki ATV, flying fox dan banyak lagi.
Â
14. Sarang Art Hub
Kepada yang memiliki jiwa seni, tempat menarik di Tanjung Malim ini pasti menarik minat anda. Sarang Art Hub ini diilhamkan oleh pengarah filem terkenal Mamat Khalid di  mana ia merupakan port lepak anak muda masa kini untuk mengekspresikan seni mereka dengan platform yang cukup santai dan menarik.Seni yang dimaksudkan tidak sahaja termaktub kepada lukisan dan penulisan tetapi juga nyanyian dan mainan alat muzik. Terdapat jamming yang disediakan pada waktu malam untuk menemani malam anda yang hening.  Selain menghargai seni, anda juga boleh menyerlahkan bakat artistik anda di samping menikmati sajian sedap di sini.
Itulah dia antara tempat menarik yang boleh anda lawati di Tanjung Malim. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada percutian anda sekeluarga. Selamat bercuti! Jom baca tempat menarik di Malaysia, tempat makan menarik di Kuantan dan tempat bersejarah di Terengganu juga.Rujukan:
- Â Â Â bidadari
- Â Â Â hasifhamsyari
- Â Â Â mdtm.gov