11 Tempat Menarik Di Pulau Marina Terbaik Wajib Kunjungi
Teruja sungguh dapat bercuti ke pulau buatan Manusia pertama di Malaysia yang amat indah dan menakjubkan. Dari Pulau Pangkor, anda akan melalui kawasan Pulau Marina kerana ia dihubungkan oleh sebuah jambatan berdekatan. Pulau Marina mempunyai keluasan yang luas kira-kira 316.9 hektar.
Tidak hairanlah terdapat banyak kemudahan, infrastruktur dan juga tarikan terbaik untuk para pengunjung. Pulau buatan yang terletak di Lumut ini membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan. Selain pantai, penginapan dan tempat beriadah pastinya menjadi pilihan ramai. Jom lihat tempat menarik di Pulau Marina yang boleh anda lawati.
1. Pulau Marina
Pulau Marina terletak bertentangan dengan Pulau Pangkor dan Pulau Laut Resort. Terdapat banyak aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau yang cantik ini seperti bermandi-manda dan bermain sukan air. Selain melihat keindahan pantai dan lautannya yang biru, anda boleh melihat keindahan matahari terbenam pada petang hari.
Antara Aktiviti Lain Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Marina:
- Berselam scuba
- Bola tampar
- Kayak & kanu
- Bermain di pantai
- Berenang
- Memancing
- Menaiki Bot
2. Kolam Pancing Marina Island
Kolam Pancing Marina Island merupakan salah satu tempat menarik di Pulau Marina yang sesuai untuk anda lawati. Sambil bersiar-siar, lakukan aktiviti menarik dengan memancing bersama suami di sini.
Bayaran dikenakan mengikut masa memancing, tapi tak perlu risau. Anda boleh menjual semula ikan di sini sebelum pulang. Terdapat juga kedai makan atau restoran di sekitar kolam pancing ini, bolehlah singgah kenyangkan perut juga.
3. Galeri Seni Pulau Marina
Galeri Seni Pulau Marina terletak berdekatan pantai pulau Marina dan berada tidak jauh dari situ. Datanglah ke sini untuk menyaksikan lukisan cantik serta karya seni yang unik dan menakjubkan. Di samping mencuci mata melihat hasil seni, anda juga boleh bersiar-siar di kawasan sekitar Pulau Marina. Tempat menarik di Pulau Marina ini juga sering dijadikan tarikan para pelancong luar negara.
4. Kelas Mencanting Batik
Tempat menarik di Pulau Marina ini menyajikan pembelajaran mencanting batik secara tradisional dan berkonsepkan batik Malaysia. Dikatakan juga corak batik ini amat eksotik dan mempunyai tahap terbaik di Malaysia.
Pelancong dari luar negara tidak jemu untuk berkunjung ke sini mempelajari karya Malaysia, anda pula bagaimana? Jom jadikan tempat menarik di Pulau Marina ini sebagai port percutian seterusnya.
5. Yoga & Taichi – Yoga Park
Tempat menarik di Pulau Marina boleh anda luangkan masa juga adalah Yoga Park. Di sini, aktiviti yoga dan taichi menjadi pilihan utama penduduk dan juga pengunjung. Bukan sahaja bersiar-siar, nak bersenam pun tiada masalah sekiranya anda ke Yoga Park di Pulau Marina.
6. Frenzy Hippo Waterpark
7. Teluk Batik
8. Pulau Pangkor
- Pantai Pasir Bogak
- Pantai Teluk Nipah
- Pantai Teluk Ketapang
- Coral Bay
- Teluk Dalam
- Teluk Segadas
9. Pasar Malam Lumut
10. Coral Beach
11. Dutch Fort (Kota Belanda)
Tempat yang bersejarah ini adalah Dutch Fort atau Kota Belanda yang pernah didiami oleh Belanda suatu masa dahulu. Selain melihat keunikan sejarah di sini, terdapat juga kedai yang menjual cenderahati boleh anda singgah. Anda juga boleh melihat meriam yang mempunyai sejarah lampau di sini.
Itulah dia 11 tempat menarik di Pulau Marina boleh anda lawati jika bercuti ke Lumut, Perak. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Manukan, tempat menarik di Pulau Komodo, tempat menarik di Pulau Ko Yo dan tempat menarik di Pulau Kapas.