8 Tempat Menarik Di Pulau Manukan Pilihan Utama Pelancong
1. Jesselton Point
Jesselton Point adalah laluan utama yang harus anda kunjungi sebelum bergerak ke Pulau Manukan. Ia berada berdekatan dengan Suria Sabah Shopping Mall yang merupakan salah sebuah pusat beli belah di Kota Kinabalu.Di sini, anda boleh memilih pakej yang ditawarkan oleh beberapa syarikat untuk menaiki bot ke Pulau Manukan dan melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik. Harga pula berbeza-beza bagi setiap syarikat, tiada masalah untuk anda bandingkan dahulu.
Antara pulau-pulau yang termasuk dalam pakej selalunya adalah Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Sapi, Pulau Mamutik, Pulau Sulung, Water Village dan banyak lagi. Mana pun anda pilih, anda akan menaiki bot dari Jesselton Point ini.
1. Pulau Manukan
Pulau Manukan adalah salah sebuah pulau terbesar dalam kawasan Taman Tunku Abdul Rahman. Pulau indah yang telah diiktiraf sebagai taman laut negara ini juga merupakan kawasan tarikan utama negeri Sabah yang amat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan luar negara.Ia terletak bersebelahan pulau-pulau lain yang popular dalam daerah Kota Kinabalu. Oleh itu, berkunjung ke Pulau Manukan, penting untuk ke tempat menarik di Pulau Manukan ini. Caranya amat mudah iaitu dengan menaiki bot yang disediakan sahaja.
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Di Pulau Manukan
- Menyelam dan snorkeling
Ramai pengunjung tidak melepaskan peluang untuk menyelam atau snorkeling di sini memandangkan lautannya amat jernih dan bersih sekali. Dari atas air, anda boleh melihat warna-warna hijau biru yang jernih serta ternampak keindahan yang ada di dalam air seperti terumbu karang, batu dan ikan-ikan yang cantik.
- Berkelah
Bawalah makanan dan minuman untuk berkelah di Pulau Manukan bersama rakan-rakan dan keluarga. Keseronokan dan keindahan pantai Pulau Manukan amat menakjubkan dan menenangkan sesuai untuk anda berkelah.
- Parasailing
Aktiviti parasailing amat menyeronokkan dimana anda dapat merasai bagaimana naik ke atas lautan dan mencecah udara dengan menggunakan payung terjun. Menarik bunyinya kan? Kenalah rasai sendiri pengalaman ini!
2. Pulau Sapi
Selesai berhibur di Pulau Manukan, naik bot bergerak ke Pulau Sapi pula. Tempat menarik di Pulau Manukan ini juga berada dalam taman laut Tunku Abdul Rahman.Pulau Sapi adalah pulau bersaiz kecil yang mengambil masa kira-kira 10 minit dari Pulau Manukan. Airnya juga biru dan jernih membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti air di sini. Antaranya adalah parasailing, snorkeling, mandi-manda dan lain-lain lagi.
3. Pulau Mamutik
Pulau Mamutik merupakan tempat menarik di Pulau Manukan yang sesuai untuk anda beriadah dan berisitrehat. Sama seperti pulau lain, anda boleh melakukan aktiviti air di sini. Namun, Pulau Mamutik lebih kecil membolehkan anda bergambar secara dekat dengan pantai dan lautan. Pasti amat menyeronokkan!4. Pulau Sipadan
Tempat menarik di Pulau Manukan seterusnya adalah Pulau Sipadan. Pulau Sipadan sangat indah dan unik kerana ia adalah satu-satunya pulau samudera lengkap dengan batu kapur setinggi 600 meter dari dasar laut. Malah ia dikategorikan sebagai 77 bentuk muka bumi ajaib dan terbaik di dunia oleh New 7 Wonders of Nature votes committee.Antara aktiviti menyeronokkan boleh kita lakukan di sini adalah menyelam menyelam skuba (scuba diving), melihat pemandangan hidupan laut marin seperti penyu, karang yang cantik, Barracuda, ikan dan banyak lagi. Terdapat juga batu rungkupan dan gua besar yang terbentuk cantik di dunia boleh anda saksikan.
5. Toojou Fun Boat
Toojou Funboat dikatakan sebagai aktiviti wajib sekiranya anda bercuti di tempat menarik di Pulau Manukan. Toojou Funboat akan membawa anda bersiar-siar dengan bot ke sekitar pulau-pulau berhampiran dengan Kota Kinabalu. Jom rasai pengalaman hebat menaiki Toojou Funboat sambil melihat pemandangan pulau yang indah!6. Manukan Island Resort
Selain tempat menarik di Pulau Manukan khas untuk anda berhibur, Manukan Island pula menawarkan penginapan yang terbaik bagi anda. Suasana segar, sejuk dan tenang di Manukan Island Resort pastinya membuatkan anda ingin menetap lebih lama di sini dan tak nak pulang lagi. Bergambar pada siang atau malam hari, amat cantik sekali pemandangannya.7. Shangri La Tanjung Aru Resort and Spa
Tak sangka berdekatan tempat menarik di Pulau Manukan juga terdapat Shangri La Tanjung Aru Resort and Spa yang sangat indah serta menakjubkan. Ia lengkap dengan pelbagai kemudahan serta hiburan untuk anda, keluarga dan juga amat sesuai anak-anak.8. The Magelian Sutera Resort
Penginapan ini berada hampir 3 km dari IMAGO Shopping Mall dan Kota Kinabalu. Ia dikelilingi oleh kolam renang dan landskap yang sangat cantik dan dikatakan sebagai resort mewah. Keindahan dan kecantikan resort ini adalah yang terbaik sekali di Pulau Manukan untuk anda bermalam.Pasti seronok berkunjung ke tempat menarik di Pulau Manukan ini. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Ko Yo, tempat menarik di Pulau Komodo, tempat menarik di Pulau Kapas dan tempat menarik di Pulau Gaya.