13 Tempat Menarik Di Phu Quoc Bagi Percutian Menyeronokkan
Daerah Phu Quoc atau dikenali sebagai Phu Quoc Island ini bertempat di Vietnam bersempadan dengan Cambodia. Secara tepatnya, ia terletak di hujung selatan Vietnam. Sekiranya anda pernah berkunjung ke Vietnam, sudah pasti destinasi tersebut adalah Saigon atau Ho Chi Min bukan? Anda pasti jarang mendengar nama Phu Quoc atau pulau Phu Quoc ini.
Sebenarnya, Phu Quoc adalah salah sebuah daerah yang memiliki tempat menarik atau destinasi pelancong boleh anda singgah. Ia sangat terkenal dengan pantai dan lautan yang cantik, bersih dan menakjubkan. Jika anda berkunjung ke sini melalui ejen pelancongan, sudah pasti anda takkan terlepas untuk melawat ke mana-mana pantai yang terdapat di Phu Quoc ini.
Perjalanan dari Malaysia jika anda bertolak dari Kuala Lumpur ke Phu Quoc, ia akan mengambil masa kira-kira 1 jam 45 minit sahaja. Di sini, anda akan melihat kebanyakan pelancong yang datang ke Phu Quoc adalah mereka yang berasal dari China, Korea, Australia dan lain-lain lagi. Pelancong dari Malaysia pula boleh dikira kerana tak berapa ramai.
Mungkin selepas anda mengetahui tempat menarik di Phu Quoc yang penuh aktiviti menyeronokkan ini, pasti anda akan berkunjung ke sini. Jom lihat tempat menarik di Phu Quoc bagi percutian menyeronokkan ini.
1. Sunset Sanato Beach Club, Phu Quoc
Antara tempat menarik di Phu Quoc yang boleh anda kunjungi adalah Sanato Beach Club. Ia dikatakan sebagai sebuah tempat clubbing tetapi jangan risau, ia bukanlah seperti yang anda fikirkan. Memang terdapat parti dan orang asing tetapi di bahagian club sahaja. Anda boleh ke Pantai Sanato untuk melihat keindahan alam semulajadi yang penuh dengan kecantikan lautan biru dan pasir nan putih.
Anda juga boleh bermain pasir bersama anak-anak di sini memandangkan pasirnya sangat halus dan menyeronokkan. Mengambil gambar di kawasan ini tidak boleh anda lepaskan.
Selain itu, terdapat replika 4 ekor gajah di atas laut di tepi pantai yang merupakan simbolik bagi daerah Phu Quoc. Menarik bukan? Anda juga boleh melihat keindahan matahari terbenam di sini di samping terdapat muzik dan hiburan yang ditawarkan.
2. Phu Quoc Night Market
Amat menyeronokkan, Phu Quoc Night Market ini dibuka pada setiap hari dari jam 4.30 petang sehingga 3 pagi. Cuma sediakan wang untuk berjalan-jalan di pasar malam ini. Anda boleh melihat pelbagai barangan yang dijual di sini seperti barang perhiasan, pakaian, mainan, aksesori, makanan dan banyak lagi.
Paling tak sabar adalah melihat makanan yang dijual di sini. Antaranya adalah makanan seafood seperti clam, kerang, sotong dan aneka hidupan laut yang dibakar tampak menyelerakan sekali! Jika risau akan perkakas masakan yang digunakan tidak berapa halal, anda boleh dapatkan oyster egg yang dibakar. Tetapi kelihatannya makanan seafood di sini adalah halal dan boleh dibeli.
Selain itu, terdapat juga jualan seperti pakaian, kasut, beg dan lain-lain lagi yang bakal membuatkan anda rambang mata. Harganya juga boleh tahan murah dan mampu milik untuk anda yang melancong ke sini. Jom datang beramai-ramai untuk mencuci mata dan membeli apa-apa.
3. Phu Quoc Cable Car
Rugi sekali jika berkunjung ke Phu Quoc tetapi tidak menaiki kereta kabel di sini. Phu Quoc Cable Car yang merupakan tempat menarik di Phu Quoc ini juga dikenali sebagai “An Thoi” Kien Giang cable car. Cakap sahaja nama tempat itu, seluruh penduduknya pasti tahu dan membantu anda untuk sampai ke sini.
Untuk pengetahuan anda, kereta kabel di Phu Quoc ini adalah kereta kabel yang terpanjang di dunia dan merentasi 3 pulau yang cantik di sekelilingnya. Nampaknya agak lama juga untuk anda duduk di dalam kereta kabel ini kan! Ketinggiannya pula adalah paras 7.899,9 m.
Harga untuk menaiki kereta kabel ini kira-kira dalam 200,000 Dong (RM 35 wang Malaysia) untuk pergi dan balik. Memang murah tak terjangka. Jangan takut sepanjang menaiki kereta kabel ini, anda boleh melihat pemandangan seluruh lautan di sini dan bot-bot nelayan di lautan biru. Ianya sangat menakjubkan.
Anda juga boleh bergambar sepanjang berada di dalam kereta kabel. Usai keluar dari situ, terdapat monumen yang membolehkan anda bergambar untuk kenang-kenangan.
4. Starfish Beach
Pantai Starfish ini amat unik sekali dan merupakan tarikan terbesar buat pelancong. Banyak negara yang pantainya tidak ada satu starfish pun, tetapi di sini banyak sekal starfish boleh anda lihat. Airnya pula amat jernih, pantai yang putih dan halus, amat menyeronokkan untuk anda bermandi-manda atau bermain air.
Anda boleh bergambar berlatar belakangkan starfish ataupun boleh memegang starfish. Tiada masalah untuk anda mengangkat starfish tetapi dikhuatiri ia akan mati kerana jangka hayatnya akan jadi pendek jika anda sudah mengangkatnya. Itulah fenomena alam fauna di sini.
5. Vinpearl Land, Phu Quoc
Tempat menarik di Phu Quoc yang merupakan destinasi percutian menyeronokkan ini membolehkan anda bermain air and pelbagai luar dan dalam bermula dari tengahari sehinggalah ke malam. Biarpun Vinpearl Land, Phu Quoc ini agak besar, tetapi ia tak begitu ramai orang, jadi amat menyeronokkan untuk anda bersuka ria di sini. Apa pun boleh anda main dan lakukan.
Anda boleh menaiki mini vuvuzela dan bermain permainan extreme di sini seperti roller coaster, gelongsor tinggi bagi orang dewasa di water theme park, permainan outdoor, menonton 5D, menyaksikan keindahan water fountain yang berwarna-warni dan lain-lain lagi. Tidak terkecuali juga untuk menaiki eye of vinpearl, melihat mermaid show, dolphin show, aqua park dan membeli souvenir di kedai yang disediakan di sini.
6. Fingernail Island
Inginkan suasana yang tenang di pantai? Fingernail Island adalah pulau yang indah dan sesuai untuk anda luangkan masa. Mandi-manda di sini pasti akan memuaskan anda kerana airnya yang jernih, bersih, tidak bahaya malah anda juga boleh lakukan pelbagai aktiviti sukan air di sini.
Ia berdekatan dengan jeti memudahkan anda melihat pemandangan dan bersiar-siar. Selain itu, anda juga boleh menaik bot untuk ke sini. Terdapat hidupan laut yang unik dan menarik boleh anda temui.
7. Dam Ngang Island
Dam Ngang Island juga dikatakan sebagai tempat menarik di Phu Quoc yang boleh anda lawati. Pastinya ia adalah tempat percutian yang sesuai bagi anda yang sukakan aktiviti air seperti berenang, bermain air, snorkeling, menyelam dan lain-lain lagi. Anda juga berpeluang melihat kecantikan coral di dasar laut di pulau Dam Ngang ini.
8. May Rut Island
Tidak kurang hebatnya pantai ini, ia membolehkan anda menemui sea urchin iaitu sejenis hidupan laut yang mempunyai duri-duri tajam yang panjang. Unik kan? Anda juga boleh bermain buaian gantung yang disediakan di pantai ini. Kebanyakan mereka yang ingin bersesi fotografi akan berkunjung ke sini kerana ingin mengambil gambar sambil berbuai. Ramai juga yang berkunjung ke sini untuk snorkeling kerana dasar lautan ini amat indah dan cantik sekali dengan pelbagai hidupan laut.
9. Phu Quoc Bee Farm
Jom bersantai di Phu Quoc Bee Farm yang merupakan salah satu tempat menarik di Phu Quoc pasti anak anda suka! Anda boleh melihat pekerja yang bertugas mengambil madu daripada lebah-lebah yang mengelilingi madu dengan hebat sekali. Daripada lebah, sehinggalah ke madu asli dan produk-produk madu boleh anda temui di sini.
Ia juga adalah tempat rekreasi yang sesuai untuk anda bersantai dan berjalan-jalan. Selain lebah dan madu, anda juga boleh melihat pemandangan di sekitar tasik berdekatan dan juga kecantikan alam flora dan fauna di sini. Terdapat bunga-bunga yang cantik, indah dan segar boleh anda lihat. Jika datang bersama pasangan, pasangan wanita anda pasti suka!
10. Perkampungan Nelayan Ham Nihn
Siapa sangka, Phu Quoc juga mempunyai tempat menarik dan destinasi percutian yang berkonsepkan kampung nelayan seperti Ham Nihn. Anda boleh melihat para nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan masing-masing. Jeti yang dikelilingi oleh bot-bot nelayan juga amat meriah sekali. Mereka juga menjual hasil tangkapan kepada sesiapa yang ingin membeli secara terus dari mereka. Pada petang hari, anda boleh menyaksikan keindahan matahari terbenam. Sungguh indah sekali!
11. Air Terjun Suoi Tranh
Jangan ingat Phu Quoc ini tidak ada air terjun, di sini juga terdapat air terjun yang sangat indah terletak jauh dalam pedalaman dan di kawasan hutan tropika. Air terjun ini amat sesuai untuk anda bermandi-manda kerana ia tidak terlalu dingin dan sejuk, tetapi sangat segar.
Sambil-sambil mandi-manda, jangan lupa bawa makanan ke sini, anda boleh berkelah di sini. Namun, kebersihan tetap perlu diutamakan ya. Barulah alam pun suka!
12. Penjara ‘Coconut Tree’
Antara semua tempat percutian, tempat ini agak mencabar emosi anda. Anda boleh melihat keadaan penjara dan suasana banduan yang berada di penjara ‘Coconut Tree’ ini. Mungkin kerana penjara ini terbuka di luar, maka ia dinamakan Coconut Tree memandangkan terdapat pokok kelapa di kawasan sekitarnya.
Apa yang nak buat di sini? Cukuplah anda mengunjungi bagi mendapatkan maklumat, mengambil gambar, mendapatkan pengalaman berharga yang tak semua orang tahu. Pasti amat mencabarkan buat anda bukan? Tetapi jika datang beramai-ramai, anda pasti teruja dan tidak takut.
13. Pantai Long Beach (Sao Beach)
Patutlah tempat menarik di Phu Quoc ini dinamakan Long Beach, ia mempunyai luas panjang kira-kira 150km. Anda boleh bersihar-siar di sini melihat keindahan pantai dan bermandi-manda di sini. Tahukah anda, pantai ini amat terkenal dalam kalangan pelancong? Terdapat restoran, kedai dan resort yang berdekatan yang menawarkan perkhidmatan kepada para pelancong dan juga penduduk tempatan yang datang bercuti.
Itulah dia tempat menarik di Phu Quoc yang amat menarik penuh dengan pelbagai aktiviti menyeronokkan sekaligus memberi pengalaman terbaik untuk anda rasai. Jom baca juga tempat menarik di Queensland Australia, tempat menarik di Queenstown New Zealand, tempat menarik di Quebec dan tempat menarik di Qatar.
Rujukan: