Helsinki adalah ibu negeri Finland yang merupakan sebuah bandar terbesar di Finland. Ia terletak di semenanjung granit pantai utara Teluk Finland yang menghadap ke Laut Baltik. Raja Gustavus Vasa dari Sweden mengasaskan Helsinki pada tahun 1550. Setelah berlakunya kebakaran besar yang menghancurkan sepertiga bandar tersebut pada tahun 1808, Carl Ludwig Engel telah ditugaskan untuk membina semula bandar Helsinki, maka terhasillah pusat kota Neo Klasik yang indah dengan taman-taman yang menakjubkan.
Terdapat pelabuhan yang terletak di tengah-tengah Helsinki yang menjadi faktor tarikan pengunjung ke sini. Helsinki adalah bandar yang hebat untuk dikunjungi dengan berjalan kaki atau basikal. Daerah ini juga mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat baik yang merangkumi kapal-kapal ke pulau-pulau serta kereta api ke destinasi lain yang terletak di Finland.
Jom kami akan senaraikan 15 tempat menarik di Helsinki, Finland. Semoga ia dapat membantu anda memilih tempat percutian menarik di Helsinki.
Imej via [viator]
Pada tahun 1918, pulau ini telah dimiliki oleh Finland dan diberi nama Suomenlinna Finland (Istana Finland). Sepanjang 1950 sehingga 1960-an, pulau Suomenlinna telah diserahkan oleh tentera kepada pihak berkuasa awam. Sejak itu, pulau ini telah dipulihkan dan ditukarkan untuk kegunaan budaya dan rekreasi.
Kini, ia merupakan monumen warisan dunia UNESCO dan juga muzium, taman, juga tempat seni. Kawasan ini dibuka sepanjang tahun tetapi waktu perjalanan ke sini adalah berbeza-beza. Oleh itu, pastikan anda melayari laman web mereka untuk mendapatkan maklumat terkini. Jika anda peminat sejarah lama, lokasi ini amat sesuai untuk anda kunjungi ketika berada di Helsinki.
Imej via [smailingtour]
Bahagian dalamnya disinari dengan cahaya semulajadi yang memasuki kubah gereja ini. Gereja ini juga digunakan sebagai dewan konsert kerana akustiknya yang sangat baik yang dicipta oleh permukaan batu yang kasar. Disebabkan pelancong amat gemar ke sini untuk melihat keindahannya, ia dikatakan salah satu tempat menarik di Helsinki.
Imej via [pinterest]
Selain itu, anda akan melihat kapal nelayan yang berbaris di dalam air menjual makanan laut terus dari perahu. Pada musim sejuk, gerai-gerai pasaran dilindungi di bawah khemah-khemah dan terdapat balai pasar sepanjang tahun dengan vendor yang lebih banyak.
Pengunjung harus menjaga makanan mereka dengan berhati-hati kerana terdapat burung camar yang akan terus mematuk makanan anda di pasar besar.
Imej via [commons]
Tempat menarik di Helsinki ini membolehkan anda belajar bagaimana Finland bermula dahulu, sebelum zaman moden. Berdekatan Meilahti 7, terdapat sebuah rumah kayu lama yang kini dihiasi dengan pameran karpet rai dan tekstil tradisional lain serta kraftangan Finland. Pelawat yang datang ke sini boleh melihat tukang tenun memenun di sini.
Imej via [tripadvisor]
Imej via [tripadvisor]
Selain itu terdapat ukiran lain yang sangat indah dan mempersonakan di gereja ini. Tempat menarik di Helsinki ini menjadi salah satu tatapan pengunjung yang hadir ke sini.
Imej via [jrrny]
Taman hiburan yang merupakan tempat menarik di Helsinki ini dibuka pada tahun 1950 dan telah terus diubahsuai serta ditambah baik dengan adanya pameran, kedai dan restoran. Harga dan masa kemasukan adalah berbeza-beza sepanjang tahun kerana perubahan sering terjadi. Anda disaran mendapatkan maklumat harga terkini dan info kemasukan terbaru di taman hiburan ini supaya tidak salah maklumat.
Imej via [globuzzer]
Imej via [tripadvisor]
Hebat juga kan penangan menara jam ini sehingga Amerika Syarikat tertarik untuk meniru design menara jam ini kepada menara pencakar langitnya. Kini, kalau pelancong berkunjung ke Helsinki, lokasi ini tidak terkecuali untuk mereka lawati.
Imej via [discoverhelsinki]
Di hadapan pintu masuk muzium ini pula, anda boleh melihat patung gangsa Albert Edelfelt oleh V. Vallgren. Ada masa-masa tertentu yang boleh anda masuk ke sini tanpa bayaran. Nak tahu bila, kenalah rajin semak maklumat di website mereka.
Imej via [architravel]
Auditorium konsert utama adalah tapak yang menakjubkan dan terkenal dengan seni akustiknya. Ciri lain yang menonjol pada dewan ini adalah tangga Venetian yang luas yang mengarah dari tingkat bawah ke auditorium utama. Dewan muzik ruang juga boleh dilihat di sini. Anda juga boleh berkunjung ke taman yang sangat menakjubkan serta merupakan tempat bermain catur iaitu di bahagian utara dewan Finland.
Imej via [discoveringfinland]
Hampir 1,000 spesies tumbuhan berkembang di sini bagi mereplikasi persekitaran asli dari 150 spesis haiwan yang berbeza. Zoo ini dibuka sepanjang tahun. Bolehlah anda berkunjung ke sini dengan menaiki kereta sewa dan juga bas.
Imej via [ttnotes]
Tempat menarik di Helsinki ini juga memaparkan dokumen pembangunan Finland dari Zaman Pertengahan melalui empayar Sweden dan Rusia dan menjadikannya sebuah negara moden.
Dewan masuk muzium ini dihiasi dengan lukisan siling hebat yang diilhamkan oleh Kalevala, mitos negara Finland. Lukisan dinding itu dicat oleh Akseli Gallén-Kallela, seorang artis Finland.
Imej via [finland]
Imej via [theculturetrip]
Bandar ini dijadikan sebagai City Garden yang dipenuhi dengan tanaman hijau dan plot sayur-sayuran yang segar-segar. Tempat menarik ini boleh anda kunjungi untuk bersantai dan bersiar-siar.
Itulah dia 15 tempat menarik di Helsinki yang boleh anda kunjungi dan bersantai. Tidak rugi bercuti di sini kerana bukan sahaja anda mendapat pengalaman, tetapi ilmu yang mahal juga boleh didapati secara percuma. Jom baca juga tempat menarik di dunia, tempat menarik di Danau Toba dan tempat menarik di fukuoka.