“Sepanjang hidup, belum pernah kita melancong ke Frankfurt. Kalau dapat ke sana kan best”
Frankfurt adalah bandar pemerintahan lama di sungai utama dan merupakan sebuah pusat perniagaan juga ekonomi yang sangat penting. Pemandangan kota yang dikuasai oleh kelompok bangunan tinggi ini dianggap sebagai sebuah bandar global. Ia kerap ditabalkan sebagai sepuluh teratas bandar terbaik sesuai untuk perniagaan dan kehidupan.
Frankfurt juga telah menjadi pusat penting untuk aktiviti budaya dan pelancongan. Kompleks perdagangan besarnya, Messe Frankfurt, menyelenggarakan acara penting seperti Frankfurt Book Fair yang merupakan acara penerbitan terpenting di dunia). Frankfurt juga terkenal dengan jumlah muzium yang luar biasa meliputi seni, sains dan sejarah.
Tidak dilupakan, Frankfurt Jerman juga amat terkenal dengan destinasi pelancongan. Terdapat banyak tempat menarik di Frankfurt yang boleh anda lawati dan pastinya anda wajib bergambar! Jom lihat 15 tempat menarik di Frankfurt, Jerman yang harus anda kunjungi.
Imej via [flickr]
Imej via [trover]
Mengikut sejarah, ia telah dimusnahkan semasa Perang Dunia II, namun telah dibina semula dan dibuka semula pada tahun 1981 sebagai salah satu tempat konsert yang paling penting di bandar ini. Rumah opera baru di bandar ini membolehkan anda melihat Opera Frankfurt, drama teater, Schauspiel Frankfurt dan juga berkongsi tempat yang kontemporari yang terkenal sebagai Opern-und Schauspielhaus Frankfurt.
Imej via [britannica]
Tarikan yang paling popular di sini adalah Rumah Grzimek yang unik dengan paparan pelbagai fauna Madagascar. Selain itu, terdapat dengan haiwan dari pelbagai kawasan iklim, termasuk kehidupan laut, reptilia dan amfibia yang ditempatkan di zoo ini. Hutan Borgori merupakan tempat tinggal bagi kera di dalam suasana hutan yang asli.
Antara tarikan lain termasuklah Nocturnal Animals House dan Bird Hall. Pelbagai acara dan program seperti festival keluarga, pameran dan lawatan bertema turut terdapat di sini.
Imej via [e-architect]
Daripada tahun 1960-an hingga kini, kerja-kerja di sini dilakukan oleh artis-artis seperti Andy Warhol, Roy Lichtenstein dan Francis Bacon. Muzium ini juga mengendalikan MMK Zollamt iaitu ruang pameran satelit yang memperlihatkan karya oleh artis yang lebih muda dan belum diketahui.
Di ruangan Muzium Seni Gunaan Frankfurt pula terdapat lebih daripada 30,000 barang penerapan seni Eropah dan Asia, termasuk perabot, permaidani, kaca, seramik dan buku manakala ruangan di Schirn Kunsthalle Frankfurt, ia menunjukkan seni moden dan kontemporari.
Imej via [dreamstime]
Kini tempat menarik di Frankfurt ini turut berfungsi sebagai kafe. Dataran itu sendiri adalah salah satu kawasan membeli-belah utama di Frankfurt, lengkap dengan pusat membeli-belah bawah tanah.
Di sini juga terdapat sebuah stesen kereta api utama di bandar ini yang dibina pada 1888. Ia turut dikenali sebagai salah satu stesen kereta api terbesar di Eropah. Suasana di sini sememangnya sesak dengan orang ramai serta para peniaga.
Imej via [inspirock]
Di situ jugalah dia menulis banyak karya awal serta terdapat juga ruangan zaman kecilnya. Di bahagian pintu depan Muzium Goethe, sebuah galeri 14 bilik yang mempamerkan karya seni dari zaman penulis, termasuk karya-karya Baroque Akhir dan Romantik.
Antara tarikan lain di Frankfurt yang memberi keterangan kepada kemasyhuran penulis ialah Menara Goethe, struktur kayu berukuran 43 meter yang menawarkan pemandangan bandar yang hebat dan Goethestrasse, kawasan membeli-belah mewah dengan banyak butik halus, galeri seni dan kafe.
Imej via [avitour]
Di bawah menara itu adalah Crucifixion yang diukir indah oleh Hans Backoffen pada tahun 1509 manakala di Marienkapelle adalah Maria-Schlaf-Altar dari 1434. Lain-lain tarikan di sini termasuklah kubur Raja Günther von Schwarzburg, yang meninggal di Frankfurt pada tahun 1349. Perkara yang paling penting di sini ialah skullcap St. Bartholomew, yang disimpan di dalam Choir Akhir Romanesque Bartholomew.
Imej via [200jahresenckenberg]
Terdapat dengan pelbagai paparan yang berkaitan dengan biodiversiti planet kita dan evolusi organisma boleh anda lihat di sini. Muzium ini juga menempatkan pameran dinosaur terbesar di Eropah yang menjadikannya sangat popular dengan sebilangan replika dinosaur yang menyambut tetamu di hadapan muzium.
Ia juga merupakan tempat simpanan koleksi burung terbesar di dunia. Anda boleh saksikan pameran meluas yang menggariskan perkembangan peradaban manusia. Sekiranya anda tidak fasih berbahasa Jerman, jangan risau kerana terdapat penterjemahan audio yang disediakan di sini.
Imej via [pinterest]
Dari Palmengarten, Europaturm, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang dikenali sebagai Menara Eropah yang turut menjadi tumpuan para pengunjung di sini. Jaraknya dari Taman Palm tidaklah jauh sangat.
Imej via [frankfurt-tourismus]
Apa yang akan menarik perhatian anda di sini adalah Römer iaitu tiga gedung perumahan lama di dewan bandar raya Frankfurt sejak tahun 1405. Terdapat juga pusat membeli belah, bar dan gereja sejak abad ke 15, iaitu gereja Nicholas berdekatan dengan tempat menarik di Frankfurt ini.
Imej via [dff]
Terdapat juga pameran terperinci secara teratur mengenai tokoh penting dari sejarah filem iaitu Kubrick, Rainer Werner Fassbinder dan Romy Schneider. Semuanya dipaparkan di tempat menarik di Frankfurt ini. Akhir sekali, terdapat juga pementasan seni pawagam yang sangat penting dan klasik turut di sini.
Imej via [pinterest]
Ia kini memungut koleksi arca untuk Städtische Galerie Frankfurt, yang dipilih pada permulaan abad ke-20 untuk memberikan gambaran keseluruhan patung yang berusia lebih daripada 5,000 tahun itu. Pameran itu adalah gabungan yang menakjubkan kerana ia adalah dari Mesir Kuno, Yunani dan Rom. Di sini juga terdapat barang-barang antik yang jarang ditemui di mana-mana tempat sekali pun.
Imej via [klassikstadt]
Terdapat pelbagai jenis kereta di sini, antaranya adalah Porches, BMW, Jaguars, Mercedes dan banyak lagi. Kereta-kereta di sini dipamerkan di dalam kaca untuk memastikan kelembapannya terjaga. Jika anda seorang peminat kereta, jemputlah datang ke sini. Pasti amat menyeronokkan.
Imej via [smartcitymakassar]
Imej via [wikipedia]
Frankfurt menyediakan tempat-tempat menarik yang menakjubkan untuk anda lawati. Sekiranya anda berada di sini, pasti 1 atau 2 hari tidak cukup untuk mengunjungi tempat-tempat menarik yang kami kongsikan. Rancanglah percutian anda sebaik-baiknya. Jom baca juga tempat menarik di Helsinki, tempat menarik di dunia dan tempat menarik di Danau Toba.