tempat menarik di helsinki
|

15 Tempat Menarik Di Helsinki Sesuai Untuk Bersantai Dan Berhibur

Helsinki adalah ibu negeri Finland yang merupakan sebuah bandar terbesar di Finland.  Ia terletak di semenanjung granit pantai utara Teluk Finland yang menghadap ke Laut Baltik. Raja Gustavus Vasa dari Sweden mengasaskan Helsinki pada tahun 1550. Setelah berlakunya kebakaran besar yang menghancurkan sepertiga bandar tersebut pada tahun 1808, Carl Ludwig Engel telah ditugaskan untuk membina semula bandar Helsinki, maka terhasillah pusat kota Neo Klasik yang indah dengan taman-taman yang menakjubkan.

Terdapat pelabuhan yang terletak di tengah-tengah Helsinki yang menjadi faktor tarikan pengunjung ke sini. Helsinki adalah bandar yang hebat untuk dikunjungi dengan berjalan kaki atau basikal.  Daerah ini juga mempunyai sistem pengangkutan awam yang sangat baik yang merangkumi kapal-kapal ke pulau-pulau serta kereta api ke destinasi lain yang terletak di Finland.

Jom kami akan senaraikan 15 tempat menarik di Helsinki, Finland. Semoga ia dapat membantu anda memilih tempat percutian menarik di Helsinki.

 

1.  Pulau Suomenlinna (Suomenlinna Island)

tempat menarik di dunia
Imej via [viator]
Pulau Suomenlinna adalah sebahagian dari Helsinki yang sangat indah.  Untuk ke tempat menarik di Helsinki ini, anda boleh  menaiki feri selama 20 minit dengan menggunakan tiket yang sama dengan bas terus ke sini. Benteng Sveaborg (Istana Swedish) yang terdapat di pulau itu dibina pada pertengahan abad ke-18 untuk menghalang laluan Rusia ke Baltik. Semasa perang Sweden-Rusia pada tahun 1808, ia jatuh ke tangan Rusia yang selepas itu diperbesarkan lagi bentengnya. 

Pada tahun 1918, pulau ini telah dimiliki oleh Finland dan diberi nama Suomenlinna Finland (Istana Finland).  Sepanjang 1950 sehingga 1960-an, pulau Suomenlinna telah diserahkan oleh tentera kepada pihak berkuasa awam.  Sejak itu, pulau ini telah dipulihkan dan ditukarkan untuk kegunaan budaya dan rekreasi.

Kini, ia merupakan monumen warisan dunia UNESCO dan juga muzium, taman, juga tempat seni. Kawasan ini dibuka sepanjang tahun tetapi waktu perjalanan ke sini adalah berbeza-beza. Oleh itu, pastikan anda melayari laman web mereka untuk mendapatkan maklumat terkini. Jika anda peminat sejarah lama, lokasi ini amat sesuai untuk anda kunjungi ketika berada di Helsinki.

 

2.  Gereja Batu Temppeliaukio (Rock Church)

tempat menarik di helsinki
Imej via [smailingtour]
Di utara kawasan Hietaniemi, Fredrikinkatu terdapat Gereja Batu Helsinki, yang direka oleh Timo dan Tuomo Suomalainen pada akhir 1960-an. Bahagian dalaman gereja diukir dan dibina terus ke dalam batu padat purba semenanjung Helsinki.

Bahagian dalamnya disinari dengan cahaya semulajadi yang memasuki kubah gereja ini. Gereja ini juga digunakan sebagai dewan konsert kerana akustiknya yang sangat baik yang dicipta oleh permukaan batu yang kasar. Disebabkan pelancong amat gemar ke sini untuk melihat keindahannya, ia dikatakan salah satu tempat menarik di Helsinki.

 

3.  Pasar Kauppatori

tempat menarik di helsinki
Imej via [pinterest]
Dataran Pasar (Kauppatori) adalah dataran terancang dan berturap utama di pusat Helsinki.  Tempat menarik di Helsinki ini  merupakan salah satu pasar luar yang paling terkenal di Eropah utara. Bersempadan dengan Laut Baltik, di hujung timur Esplanadi, ia penuh dengan jualan makanan Finland, bunga, dan cenderahati untuk pelancong.

Selain itu, anda akan melihat kapal nelayan yang berbaris di dalam air menjual makanan laut terus dari perahu. Pada musim sejuk, gerai-gerai pasaran dilindungi di bawah khemah-khemah dan terdapat balai pasar sepanjang tahun dengan vendor yang lebih banyak.

Pengunjung harus menjaga makanan mereka dengan berhati-hati kerana terdapat burung camar yang akan terus mematuk makanan anda di pasar besar.

 

4.  Seurasaari

tempat menarik di helsinki
Imej via [commons]
Timur pusat bandar adalah pulau Seurasaari, yang dikaitkan dengan daratan dengan jambatan kaki.  Pulau ini mempunyai muzium terbuka yang menarik dengan rumah-rumah lama, farmsteads, rumah manor, sebuah gereja dari Kiruna dan bangunan kayu lain yang dibawa ke sini untuk semua bahagian Finland.

Tempat menarik di Helsinki ini membolehkan anda belajar bagaimana Finland bermula dahulu, sebelum zaman moden. Berdekatan Meilahti 7, terdapat sebuah rumah kayu lama yang kini dihiasi dengan pameran karpet rai dan tekstil tradisional lain serta kraftangan Finland. Pelawat yang datang ke sini boleh melihat tukang tenun memenun di sini.

 

5.  Monumen dan Taman Sibelius

tempat menarik di helsinki
Imej via [tripadvisor]
Anda boleh ke tempat menarik di Helsinki ini untuk melawat monumen.  Direka oleh Eila Hiltunen, monumen komposer Finland yang hebat ini telah dibina pada tahun 1967.  Monumen ini berkonsepkan tugu asli yang dibentuk oleh koleksi paip logam besar yang mengeluarkan muzik ketika angin mengalir melaluinya. Patung tradisional Sibelius pula telah ditambahkan kemudian sebagai tindak balas kepada aduan tentang konsep asal. Monumen ini adalah sebahagian daripada taman yang indah, salah satu tarikan pelancongan utama di Finland. 

 

6.  Katedral Uspensky

tempat menarik di helsinki
Imej via [tripadvisor]
Salah satu daripada dua gereja utama yang terdapat di Helsinki, Katedral Uspensky adalah sebuah gereja batu bata yang mempunyai menara yang sangat menakjubkan. Bahagian dalamnya sangat mengagumkan, ia dipenuhi corak yang rumit pada gerbangnya serta dihiasi dengan emas dan batu marmar.

Selain itu terdapat ukiran lain yang sangat indah dan mempersonakan di gereja ini. Tempat menarik di Helsinki ini menjadi salah satu tatapan pengunjung yang hadir ke sini.

 

7.  Taman Hiburan Linnanmäki

tempat menarik di helsinki
Imej via [jrrny]
Di sebelah timur Stadium Olimpik di Helsinki, di luar laluan kereta api, terdapat taman hiburan Linnanmäki yang dilengkapi dengan menara air juga roda gergasi yang sangat menakjubkan. Terdapat juga Menara Televisyen yang berdekatan, ia membentuk satu visi yang hebat di kaki langit Helsinki.

Taman hiburan yang merupakan tempat menarik di Helsinki ini dibuka pada tahun 1950 dan telah terus diubahsuai serta ditambah baik dengan adanya pameran, kedai dan restoran. Harga dan masa kemasukan adalah berbeza-beza sepanjang tahun kerana perubahan sering terjadi.  Anda disaran mendapatkan maklumat harga terkini dan info kemasukan terbaru di taman hiburan ini supaya tidak salah maklumat.

 

8.  Muzium Seni Kontemporari

tempat menarik di helsinki
Imej via [globuzzer]
Muzium Seni Kontemporari dianggap sebagai salah satu tempat penting seni bina moden Finland yang telah direka oleh arkitek Amerika Steven Holl. Rekaan dalaman melengkungnya telah mewujudkan ruang pameran yang unik, bersesuaian untuk memaparkan karya kontemporari seni. Bersama koleksi-koleksi seni Finland pasca 1960, muzium ini mempunyai teater yang khusus untuk drama muzik, eksperimen dan tarian.

 

9.  Stesen Kereta api Art Nouveau

tempat menarik di helsinki
Imej via [tripadvisor]
Stesen kereta api Art Nouveau yang asli di Helsinki direka oleh Eliel Saarinen dan akhirnya terbinanya Chicago Tribune Tower 1922 iaitu pencakar langit pertama Amerika Syarikat. Jadi asal usul Chicago Tribune Tower 1922 di Amerika Syarikat adalah daripada menara jam kereta api di sini.

Hebat juga kan penangan menara jam ini sehingga Amerika Syarikat tertarik untuk meniru design menara jam ini kepada menara pencakar langitnya. Kini, kalau pelancong berkunjung ke Helsinki, lokasi ini tidak terkecuali untuk mereka lawati.

 

10.  Ateneum (Muzium Seni Kebangsaan Finland)

tempat menarik di helsinki
Imej via [discoverhelsinki]
Di sebelah selatan Helsinki terdapat Muzium Seni Kebangsaan Finland yang biasanya dikenali dengan Ateneum direka oleh Theodor Höijer.  Tempat menarik di Helsinki ini siap pada tahun 1887 sebagai sebuah muzium yang menakjubkan.  Terdapat pelbagai koleksi seni karya-karya bersejarah Finland danseni kontemporari di sini.

Di hadapan pintu masuk muzium ini pula, anda boleh melihat patung gangsa Albert Edelfelt oleh V. Vallgren. Ada masa-masa tertentu yang boleh anda masuk ke sini tanpa bayaran. Nak tahu bila, kenalah rajin semak maklumat di website mereka.

 

11.  Dewan Finland

tempat menarik di helsinki
Imej via [architravel]
Sebuah tempat yang sarat pelancong, juga tempat menarik di Helsinki ini terletak di Utara Muzium Perbandaran Helsinki.  Dewan Finland adalah sebuah dewan konsert dan konvensyen yang direka oleh Alvar Aalto serta dibina pada tahun 1971 dengan marmar putih Carrara.

Auditorium konsert utama adalah tapak yang menakjubkan dan terkenal dengan seni akustiknya. Ciri lain yang menonjol pada dewan ini adalah tangga Venetian yang luas yang mengarah dari tingkat bawah ke auditorium utama.  Dewan muzik ruang juga boleh dilihat di sini.  Anda juga boleh berkunjung ke taman yang sangat menakjubkan serta merupakan tempat bermain catur iaitu di bahagian utara dewan Finland.

 

12.  Zoo Korkeasaari

tempat menarik di helsinki
Imej via [discoveringfinland]
Diasaskan pada tahun 1880-an, Zoo Korkeasaari merupakan salah satu zoo yang tertua di dunia.  Ia merupakan tempat utama untuk program pembiakan luar biasa bagi spesies terancam. Persekitaran zoo ini telah direka sedekat mungkin kepada habitat semulajadi.

Hampir 1,000 spesies tumbuhan berkembang di sini bagi mereplikasi persekitaran asli dari 150 spesis haiwan yang berbeza.  Zoo ini dibuka sepanjang tahun. Bolehlah anda berkunjung ke sini dengan menaiki kereta sewa dan juga bas.

 

13.  Muzium Negara Finland (Kansallismuseo)

tempat menarik di helsinki
Imej via [ttnotes]
Muzium Negara Finland telah dibina pada tahun 1912 bertujuan untuk mengumpul dan mentafsirkan bahan berkaitan budaya dan etnografi Finland. Bahagian prasejarah merupakan koleksi bahan arkeologi kekal terbesar di negara ini.

Tempat menarik di Helsinki ini juga memaparkan dokumen pembangunan Finland dari Zaman Pertengahan melalui empayar Sweden dan Rusia dan menjadikannya sebuah negara moden. 

Dewan masuk muzium ini dihiasi dengan lukisan siling hebat yang diilhamkan oleh Kalevala, mitos negara Finland. Lukisan dinding itu dicat oleh Akseli Gallén-Kallela, seorang artis Finland.

 

14.  Central Park (Keskuspuisto)

tempat menarik di helsinki
Imej via [finland]
Central Park Helsinki adalah sebuah taman besar di tengah-tengah bandar Helsinki.  Ia meliputi lebih dari 10 kilometer persegi dan sesuai untuk anda melakukan aktiviti meluncur ski.  Kawasan meluncur ski yang luas turut disediakan. Taman ini dimuatkan dengan laluan basikal, laluan pejalan kaki dan kawasan aktiviti lain. Bagi anda yang gemarkan aktiviti bersantai, taman ini merupakan pilihan yang tepat jika anda berada di Helsinki.

 

15.  Daerah Rumah Kayu Helsinki

tempat menarik di helsinki
Imej via [theculturetrip]
Apabila bandar berkembang pada awal abad ke 20, Kerajaan Helsinki telah membina kejiranan keseluruhan untuk kelas buruhnya.  Terdapat kawasan-kawasan seperti Puu Vallila yang mempunyai kedai-kedai kopi dan bar tampak bergaya serta Puu-Käpylä yang hijau ruangannya.

Bandar ini dijadikan sebagai City Garden yang dipenuhi dengan tanaman hijau dan plot sayur-sayuran yang segar-segar. Tempat menarik ini boleh anda kunjungi untuk bersantai dan bersiar-siar.

Itulah dia 15 tempat menarik di Helsinki yang boleh anda kunjungi dan bersantai. Tidak rugi bercuti di sini kerana bukan sahaja anda mendapat pengalaman, tetapi ilmu yang mahal juga boleh didapati secara percuma. Jom baca juga tempat menarik di dunia, tempat menarik di Danau Toba dan tempat menarik di fukuoka.

Rujukan:

  1. planetware
  2. thecrazytourist
  3. traveltriangle

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *