15+ Tempat Menarik Di Frankfurt, Jerman Ramai Tak Tahu [DESTINASI PELANCONG]
“Sepanjang hidup, belum pernah kita melancong ke Frankfurt. Kalau dapat ke sana kan best”
Frankfurt adalah bandar pemerintahan lama di sungai utama dan merupakan sebuah pusat perniagaan juga ekonomi yang sangat penting. Pemandangan kota yang dikuasai oleh kelompok bangunan tinggi ini dianggap sebagai sebuah bandar global. Ia kerap ditabalkan sebagai sepuluh teratas bandar terbaik sesuai untuk perniagaan dan kehidupan.
Frankfurt juga telah menjadi pusat penting untuk aktiviti budaya dan pelancongan. Kompleks perdagangan besarnya, Messe Frankfurt, menyelenggarakan acara penting seperti Frankfurt Book Fair yang merupakan acara penerbitan terpenting di dunia). Frankfurt juga terkenal dengan jumlah muzium yang luar biasa meliputi seni, sains dan sejarah.
Tidak dilupakan, Frankfurt Jerman juga amat terkenal dengan destinasi pelancongan. Terdapat banyak tempat menarik di Frankfurt yang boleh anda lawati dan pastinya anda wajib bergambar! Jom lihat 15 tempat menarik di Frankfurt, Jerman yang harus anda kunjungi.
1. Menara Eschenheimer (Eschenheimer Tower)
Tempat menarik di Frankfurt, Jerman yang agak legend ini adalah Menara Eschenheimer. Menara Eschenheimer ini telah dibina pada awal tahun 1400-an, kekal sebagai peninggalan terbaik dari bandar lama Frankfurt. Pada ketinggian 47 meter, ia amat mengagumkan. Dengan dimensi yang bagus, ia turut menguasai daerah Eschenheimer Gate. Hari ini, menara ini menempatkan sebuah kafe dan bilik mesyuarat yang digunakan oleh masyarakat tempatan.
2. Rumah Opera Lama (The Old Opera House)
Rumah Opera Lama yang merupakan tempat menarik di Frankfurt ini terletak di tengah-tengah Opera Square Frankfurt. Ia turut dikenali sebagai Old Opera House yang telah dibina pada tahun 1880 dalam gaya Renaissance Tinggi Itali.Mengikut sejarah, ia telah dimusnahkan semasa Perang Dunia II, namun telah dibina semula dan dibuka semula pada tahun 1981 sebagai salah satu tempat konsert yang paling penting di bandar ini. Rumah opera baru di bandar ini membolehkan anda melihat Opera Frankfurt, drama teater, Schauspiel Frankfurt dan juga berkongsi tempat yang kontemporari yang terkenal sebagai Opern-und Schauspielhaus Frankfurt.
3. Zoo Frankfurt
Zoo Frankfurt adalah rumah kepada habitat dari 4,500 binatang yang mempunyai sekurang-kurangnya 450 spesies yang berbeza, Zoo Frankfurt merangkumi 32 hektar berdekatan dengan bandar lama Friedberger Tor. Ia diasaskan pada tahun 1858 dan merupakan zoo tertua kedua di Jerman. Tempat menarik di Frankfurt ini amat terkenal sebagai zoo yang paling popular di Jerman.Tarikan yang paling popular di sini adalah Rumah Grzimek yang unik dengan paparan pelbagai fauna Madagascar. Selain itu, terdapat dengan haiwan dari pelbagai kawasan iklim, termasuk kehidupan laut, reptilia dan amfibia yang ditempatkan di zoo ini. Hutan Borgori merupakan tempat tinggal bagi kera di dalam suasana hutan yang asli.
Antara tarikan lain termasuklah Nocturnal Animals House dan Bird Hall. Pelbagai acara dan program seperti festival keluarga, pameran dan lawatan bertema turut terdapat di sini.
4. Muzium Seni Moden Frankfurt
Muzium Seni Moden Frankfurt dianggap sebagai salah satu galeri seni kontemporari yang paling penting di Eropah. Tempat menarik di Frankfurt ini dibuka pada tahun 1991 di sebuah bangunan pasca-moden yang menakjubkan di tengah-tengah bandar raya. Muzium ini menempatkan sebanyak 5,000 koleksi daripada lebih 450 artis terkemuka.Daripada tahun 1960-an hingga kini, kerja-kerja di sini dilakukan oleh artis-artis seperti Andy Warhol, Roy Lichtenstein dan Francis Bacon. Muzium ini juga mengendalikan MMK Zollamt iaitu ruang pameran satelit yang memperlihatkan karya oleh artis yang lebih muda dan belum diketahui.
Di ruangan Muzium Seni Gunaan Frankfurt pula terdapat lebih daripada 30,000 barang penerapan seni Eropah dan Asia, termasuk perabot, permaidani, kaca, seramik dan buku manakala ruangan di Schirn Kunsthalle Frankfurt, ia menunjukkan seni moden dan kontemporari.
5. Hauptwache
Terletak di tengah-tengah bandaraya dan salah satu kawasan pejalan kaki tersibuk di Frankfurt, Hauptwache terkenal dengan gabungan bangunan bersejarah dan struktur moden. Bangunan yang paling ketara di sini ialah Rumah Pengawal Baroque yamg telah dibina pada tahun 1730. Ia pernah menempatkan para tentera di bandar, penjara dan balai polis.Kini tempat menarik di Frankfurt ini turut berfungsi sebagai kafe. Dataran itu sendiri adalah salah satu kawasan membeli-belah utama di Frankfurt, lengkap dengan pusat membeli-belah bawah tanah.
Di sini juga terdapat sebuah stesen kereta api utama di bandar ini yang dibina pada 1888. Ia turut dikenali sebagai salah satu stesen kereta api terbesar di Eropah. Suasana di sini sememangnya sesak dengan orang ramai serta para peniaga.
6. Rumah Goethe Dan Muzium (Goethe House and Museum)
Frankfurt adalah tempat kelahiran penulis terbesar Jerman, Johann Wolfgang von Goethe. Rumah Goethe adalah rumah keluarganya, di mana Goethe dilahirkan pada 28 Ogos 1749 dan hidup sehingga 1765. Ia dijadikan tempat pelancongan dan tempat menarik di Frankfurt, Jerman ramai tak tahu. Anda dapat melihat segala-galanya dari ruang makan yang dihiasi dengan barangan mewah di lantai utama hingga ke bilik penulisan Goethe di tingkat atas.Di situ jugalah dia menulis banyak karya awal serta terdapat juga ruangan zaman kecilnya. Di bahagian pintu depan Muzium Goethe, sebuah galeri 14 bilik yang mempamerkan karya seni dari zaman penulis, termasuk karya-karya Baroque Akhir dan Romantik.
Antara tarikan lain di Frankfurt yang memberi keterangan kepada kemasyhuran penulis ialah Menara Goethe, struktur kayu berukuran 43 meter yang menawarkan pemandangan bandar yang hebat dan Goethestrasse, kawasan membeli-belah mewah dengan banyak butik halus, galeri seni dan kafe.
7. St. Bartholomew Cathedral
Katedral Roman Katolik St. Bartholomew (Frankfurter Dom atau Dom St. Bartholomäus) dibina dari batu pasir merah dalam gaya Gothik antara abad ke-13 dan ke-15. Menjadi salah satu tempat menarik di Frankfurt, gereja ini berketinggian 95 meter.Di bawah menara itu adalah Crucifixion yang diukir indah oleh Hans Backoffen pada tahun 1509 manakala di Marienkapelle adalah Maria-Schlaf-Altar dari 1434. Lain-lain tarikan di sini termasuklah kubur Raja Günther von Schwarzburg, yang meninggal di Frankfurt pada tahun 1349. Perkara yang paling penting di sini ialah skullcap St. Bartholomew, yang disimpan di dalam Choir Akhir Romanesque Bartholomew.
8. Muzium Sejarah Alam Senckenberg
Salah satu tempat menarik di Frankfurt penuh sejarah terletak di Senckenberg Gardens adalah Muzium Sejarah Alam Senckenberg. Ia merupakan sebuah muzium sejarah semula jadi yang paling moden di Eropah dan muzium kedua terbesar di Jerman.Terdapat dengan pelbagai paparan yang berkaitan dengan biodiversiti planet kita dan evolusi organisma boleh anda lihat di sini. Muzium ini juga menempatkan pameran dinosaur terbesar di Eropah yang menjadikannya sangat popular dengan sebilangan replika dinosaur yang menyambut tetamu di hadapan muzium.
Ia juga merupakan tempat simpanan koleksi burung terbesar di dunia. Anda boleh saksikan pameran meluas yang menggariskan perkembangan peradaban manusia. Sekiranya anda tidak fasih berbahasa Jerman, jangan risau kerana terdapat penterjemahan audio yang disediakan di sini.
9. Taman Palm (Palm Garden)
Tahukah anda, Bockenheimer Landstrasse menempatkan taman Palm yang indah seluas 54 hektar? Ia merupakan taman botani terbesar di Jerman. Taman ini juga menawarkan bot, taman permainan kanak-kanak dan tempat berkelah untuk pengunjung.Dari Palmengarten, Europaturm, terdapat sebuah menara telekomunikasi yang dikenali sebagai Menara Eropah yang turut menjadi tumpuan para pengunjung di sini. Jaraknya dari Taman Palm tidaklah jauh sangat.
10. Romerberg
Romerberg merupakan sebuah dataran yang paling indah di bandar Frankfurt. Ia dibina bersama rumah-rumah zaman pertengahan dimana terdapat bangunan pentadbiran bersejarah.Apa yang akan menarik perhatian anda di sini adalah Römer iaitu tiga gedung perumahan lama di dewan bandar raya Frankfurt sejak tahun 1405. Terdapat juga pusat membeli belah, bar dan gereja sejak abad ke 15, iaitu gereja Nicholas berdekatan dengan tempat menarik di Frankfurt ini.
11. Muzium Filem Deutsches
Muzium Filem Deutsches ini fokus kepada beberapa sudut yang berbeza. Ia seperti pameran yang mengendalikan topik-topik yang luas seperti asal-usul teknologi dan perkembangan panggung wayang serta mengesan ciptaannya pada tahun 1895 melalui kedatangan suara pada tahun 1930-an hingga ke abad ke-21.Terdapat juga pameran terperinci secara teratur mengenai tokoh penting dari sejarah filem iaitu Kubrick, Rainer Werner Fassbinder dan Romy Schneider. Semuanya dipaparkan di tempat menarik di Frankfurt ini. Akhir sekali, terdapat juga pementasan seni pawagam yang sangat penting dan klasik turut di sini.
12. Liebieghaus
Di tepi sungai di Museumsufer, Liebieghaus adalah sebuah vila abad ke 19 yang mewah dan mengandungi sebuah muzium arca. Liebieghaus telah dimiliki oleh tukang besi tekstil Baron Von Libieg sebagai rumah persaraan pada tahun 1890-an. Tidak lama selepas dia meninggal dunia, bangunan itu diperolehi bandar dan menjadi sebuah muzium.Ia kini memungut koleksi arca untuk Städtische Galerie Frankfurt, yang dipilih pada permulaan abad ke-20 untuk memberikan gambaran keseluruhan patung yang berusia lebih daripada 5,000 tahun itu. Pameran itu adalah gabungan yang menakjubkan kerana ia adalah dari Mesir Kuno, Yunani dan Rom. Di sini juga terdapat barang-barang antik yang jarang ditemui di mana-mana tempat sekali pun.
13. Klassikstadt
Klassikstadt sinonim dengan pelbagai aneka kereta. Untuk melihat pelbagai tarikan kereta klasik yang tidak dapat dilupakan ini, anda perlu menaiki kereta api RB atau RE ke timur untuk ke kawasan industri berdekatan dengan stesen Frankfurt-Mainkur.Terdapat pelbagai jenis kereta di sini, antaranya adalah Porches, BMW, Jaguars, Mercedes dan banyak lagi. Kereta-kereta di sini dipamerkan di dalam kaca untuk memastikan kelembapannya terjaga. Jika anda seorang peminat kereta, jemputlah datang ke sini. Pasti amat menyeronokkan.
14. Taman Gruneburg
Terletak di antara Goethe University dan Palmengarten, terdapat tempat kegemaran warga Frankfurt untuk bertemu dan bersantai iaitu di Gruneburgpark ataupun taman Gruneburg. Apabila cuaca baik, padang ini akan dipenuhi dengan orang ramai. Taman gaya Inggeris seluas 30 hektar ini telah direka pada tahun 1877 dan pernah dimiliki oleh keluarga Rothschild. Bagi anda yang nak bersantai, disinilah tempatnya. Ia juga merupakan tempat menarik di Frankfurt yang indah dan berkonsepkan rekreasi.
15. Mainkai
Tempat menarik di Frankfurt ini merupakan salah satu tempat yang sesuai untuk bersantai dan menikmati panorama yang indah. Pada hari yang cuacanya baik, biasanya ramai keluarga akan meluangkan masa berkelah di sini. Anda juga dapat melihat suasana matahari terbenam yang indah lagi menakjubkan.Frankfurt menyediakan tempat-tempat menarik yang menakjubkan untuk anda lawati. Sekiranya anda berada di sini, pasti 1 atau 2 hari tidak cukup untuk mengunjungi tempat-tempat menarik yang kami kongsikan. Rancanglah percutian anda sebaik-baiknya. Jom baca juga tempat menarik di Helsinki, tempat menarik di dunia dan tempat menarik di Danau Toba.