15 Tempat Menarik Di Christchurch Yang Ramai Tak Tahu
Christchurch adalah sebuah kota penuh budaya dan sejarah yang terletak dalam negara New Zealand. Ia berada di pintu masuk South Island iaitu di Pulau Selatan, sememangnya wajiblah dijadikan tempat perkunjungan bagi setiap percutian anda dan kawan-kawan. Terdapat banyak tempat menarik di Christchurch yang ramai tak tahu.
1. Canterbury Museum
Canterbury Museum adalah tempat menarik di Christchurch yang wajib anda kunjungi kerana keunikan pelbagai pameran boleh anda saksikan. Antaranya adalah pameran Kura Pounamu (Maori Treasure Green Stone), Dogs in Antartica Discovery, Pameran Tunnel, Fred and Myrtle’s Paua Shell house dan banyak lagi.2. Christchurch Botanic Garden
Cantik sungguh pemandangan di Christchurch Botanic Garden yang terletak di sebelah muzium ini. Tempat menarik di Christchurch ini juga berdekatan dengan Hagley Park dengan Sungai Avon. Taman ini penuh dengan keindahan pelbagai spesis pokok dan landskap. Jika penat berjalan, anda boleh menaiki skuter awam yang disediakan.3. Christchurch Tramway
Apa kata anda luangkan masa menaiki Tramway di sini. Sungguh menyeronokkan kerana anda boleh ronda-ronda di tempat bersejarah di Christchurch sehingga adanya 17 perhentian. Ala-ala bas, anggap sahajalah anda boleh menaiki bas di sekitar banda Christchurch ini!4. Tebing Sungai Avon
Tempat menarik di Christchurch yang menenangkan ini membolehkan anda menaiki bot dan bersiar-siar di sekeliling Sungai Avon. Anda juga boleh berkelah, mengambil angin, bermain itik, berkayak, berbasikal dan beriadah di tebing Sungai Avon. Ia sangat indah dan sesuai untuk anda bergambar.5. Caterpillar Botanic Garden Tour
Banyak rama-rama dan kupu-kupu di Botani Garden ini. Jika penat berjalan, anda boleh menaiki bas hijau yang disediakan khas untuk bersiar-siar melawati tempat ini. Anak-anak pasti sukakannya! Masa yang sesuai untuk anda berkunjung ke sini adalah pada petang hari.6. Maori Dance Performance
Tak pernah lihat kaum Maori menari dan menyanyi? Inilah masanya untuk anda menikmati dan mempelajari Budaya Kaum Maori. Tempat menarik di Christchurch ini dibuka di South Island pada tahun 2018. Jom singgah ke sini untuk melihat persembahan dan menghiburkan hati!7. International Antarctic Centre
Tempat menarik di Christchurch ini terletak di 38 Orchard Road, Christchurch Airport. International Antarctic Centre sesuai untuk anda dan keluarga yang suka bermain salji walaupun ketika bukan musim salji. Terdapat ‘ Snow and Ice Experience’ yang boleh anda alami di sini.8. Christchurch Gondola
Jom naik gondola udara di tempat menarik di Christchurch ini. Anda boleh melihat pemandangan seluruh Lyttelton Harbour, Canterbury Plains, dan Southern Alps. Jiwa harus kental untuk melakukan aktiviti di sini. Jangan risau, terdapat banyak kemudahan sepanjang berada di sini termasuk juga bas.9. Christchurch Town Hall
Christchurch Town Hall adalah sebuah pusat seni persembahan utama di New Zealand yang juga merupakan tempat menarik di Christchurch. Anda boleh menyaksikan pertunjukan persembahan daripada para artis dan lain-lain karya seni di sini. Ianya pasti tidak akan membosankan!10. Willowbank Wildlife Reserve
Tempat menarik di Christchurch ini beralamat di 60 Hussey Road, Northwood. Ia adalah umpama sebuah zoo dimana terdapat banyak spesis haiwan dan burung yang boleh anda lihat di sini. Suasananya juga sangat indah untuk bersiar-siar di petang hari.
11. 185 Empty White Chairs – Earthquake Memorial
185 Empty White Chairs adalah tempat bersejarah memandang ia dibina sebagai peringatan akan kejadian gempa bumi beberapa tahun yang lalu. Terdapat banyak kerusi putih yang disusun di sini boleh anda saksikan. Ia juga berdekatan dengan gereja tradisional Christchurch.12. Volo Jetski Adventures
Bagi anda yang sukakan cabaran, datanglah bermain sukan dan olahraga air di sini. Menaiki jetski atau perahu merupakan aktiviti utama di sini. Paling kurang pun, anda boleh bermandi-manda sepuasnya di lautan dingin ini. Pastinya anda takkan lupakan pengalaman Volo Jetski Adventures ini.13. Riccarton House & Bush
Rumah Riccarton yang merupakan salah sebuah tempat menarik di Christchurch ini yang sesuai anda kunjungi. Selain bersiar-siar dan menikmati pemandangan taman, sungai Avon dan hutan belakang rumah ini, anda boleh menikmati hidangan lazat yang disajikan di sini. Ia adalah umpama rumah santai dan tempat makan yang boleh disinggah oleh sesiapa sahaja.14. Ferrymead Heritage Park
Terasa seperti zaman English dahulu kala pula, semuanya seakan-akan klasik di sini. Barangan lama berada di sekitar tempat ini sebagai koleksi besar. Antaranya adalah kedai, pondok, alat pemadam api, gereja, kereta api model dan lain-lain lagi. Bila lagi anda nak bergambar dengan koleksi besar klasik kalau bukan sekarang?15. The Palms Shopping Centre
Tahukah anda, The Palms Shopping Center ini adalah supermarket yang boleh anda kunjungi untuk membeli-belah atau mencari pelbagai barangan. Pastinya anda ingin membeli cenderamata atau barang keperluan bukan, inilah lokasi harus anda kunjungi. Antara lokasi boleh anda singgah di sini adalah Kmart, Countdown, pujasera, Bioskop Bacaan dan banyak kedai yang menarik.Berikut adalah 15 tempat menarik di Christchurch ramai tak tahu, tetapi haruslah anda kunjungi! Jom baca juga tempat menarik di Balkan, tempat menarik di Auckland, tempat menarik di Bosnia dan tempat menarik di Pulau Jerejak.