12 Tempat Menarik Di Chiang Rai Destinasi Percutian Terbaik
Chiang Rai adalah salah sebuah lokasi percutian di Thailand yang indah untuk anda bergambar. Berkunjung ke sini, anda boleh ke tempat menarik yang penuh sejarah serta seni budaya masyarakat. Terdapat banyak tempat menarik di Chiang Rai boleh anda lawati, pastinya bakal menghiburkan anda dan keluarga!
1. Golden Triangle, Chiang Rai
2. Wat Rong Khun, Chiang Rai

Wat Rong Khun atau Kuil Putih ini juga seringkali disebut sebagai ‘Taj Mahal of Thailand’. Ia sangat berseni dan digayakan sebagai kuil Buddha sejak tahun 1997 lagi. Dimiliki oleh Chalermchai Kositpipat, ia mempunyai 9 bangunan serta ruangan kosong yang lengkap dengan tempat tinggal biarawan, galeri seni, dewan meditasi dan juga dewan peninggalan.
3. Maesai – Tachiliek (Sempadan Thailand – Myanmar)
Sempadan utama bagi negara Thailand dan juga Myanmar adalah Pekan Mae Sai. Anda boleh melalui Sungai Mae Sai untuk ke bandar Tachileik mengikut lebuh raya Asia AH2 yang merupakan jalan laluan Thailand 1 atau Phahonyothin. Kawasan ini agak mudah untuk anda menemui makanan halal.
4. Bandar Chiang Rai
Terdapat banyak tempat menarik di Chiang Rai yang boleh anda lawati di sini. Antaranya adalah menara jam, tempat hiburan, pusat membeli-belah, menaiki bot di sungai Mae Kok dan lain-lain lagi.
5. Pasar Malam Chiang Rai
Kebanyakan barang yang dijual di sini adalah fabrik, manik, perak, cenderamata, makanan dan macam-macam lagi. Anda juga boleh menjamu selera di ruang makanan yang disediakan. Pasti menyeronokkan!
6. Hall of Opium
Pelbagai sejarah lampau berkaitan Opium dan negara Thailand boleh anda saksikan di sini. Bayaran masuk ke sini adalah sekitar harga 200 Baht atau sekitar Rp 90 ribuan.
7. Doi Tung Royal Villa
Dahulunya, ia merupakan rumah kepada Srinagarindra atau Princess Mother iaitu salah seorang anggota keluarga kerajaan yang amat disegani. Kawasan sekitar Dui Tung Royal Villa ini dihiasi dengan pohon yang tinggi, bunga yang cantik serta bangunan senibina kayu yang sangat indah.
8. Mae Fah Luang Garden
9. Baan Dam atau Black House
Tempat menarik di Chiang Rai ini tampak amat menakutkan sekali! Ia adalah Baan Dam atau Black House yang agak gelap. Kebanyakan hiasan di sini adalah daripada tengkorak binatang dan tanduk kerbau.
Tempat ini amat sesuai bagi anda yang sukakan keunikan seni bina dan suka mengambil gambar. Antara karya artistik lain boleh anda lihat adalah kulit buaya dijadikan karya seni menarik.
10. Patung Besar Dewi Kwan Im
Patung besar Dewi Kwan Im dikatakan merupakan tempat menarik di Chiang Rai harus anda lawati. Ia sangat besar dimana terdapat 26 lantai dengan pelbagai ukiran yang sangat unik dan indah.
Warnanya putih pada keseluruhan menandakan warna Dewi kwan Im. Dengan menaiki ke puncak patung ini, anda dapat saksikan pemandangan seluruh kota Chiang Rai. Menarik bukan?
11. Choui Fong Tea Plantation
Choui Fong Tea Plantation adalah sebuah kebun teh yang terletak di dataran yang cukup tinggi dan dingin. Selain melihat pemandangan indah kebun ini, anda boleh menikmati teh dari kebun ini dan mencuba pelbagai jenis masakan di sini.
12. Wat Rong Suea Ten atau Kuli Biru
Berikut adalah tempat menarik di Chiang Rai destinasi percutian menyeronokkan. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Indah, tempat menarik di Can Tho, tempat menarik di Pulau Hainan dan tempat menarik di Pulau Dayang Bunting.