tempat honeymoon di selangor

14 Tempat Honeymoon Di Selangor

Selangor terkenal sebagai pusat pelancongan bagi orang luar mahupun dalam negara. Ia mencakupi destinasi pelancongan seperti penginapan, pusat membeli-belah, aktiviti-aktiviti menarik, tempat makan dan pantai serta air terjun.

Demikian itu menjadikan Selangor sebagai destinasi yang sesuai untuk berhibur bersama keluarga ataupun pasangan yang ingin honeymoon. Terdapat beberapa tempat honeymoon di Selangor yang sesuai untuk anda kunjungi bersama pasangan.

1. Sunway Lagoon

tempat honeymoon di selangor
Imej via [nst]

Siapa yang tidak pernah mendengar tentang taman tema air yang terkenal ini. Bahkan ia lebih terkenal berbanding Lost World Of Tambun. 6 aktiviti utama yang ditawarkan iaitu Amusement Park, Wildlife Park, Lost Lagoon, Extreme Park, Scream Park dan Water Park.

Jangan salah faham, kesemua aktiviti bukan hanya tertakluk pada aktiviti air sahaja tetapi aktiviti darat juga ada. 

2. Snow Walk I City

tempat honeymoon di selangor
Imej via [i-city]

Nak main salji bersama pasangan anda ala-ala Winter Sonata? Di sini anda dapat mengecapinya. Snow Walk I City merupakan taman salji indoor yang berada pada suhu 5 darjah celcius.

Ianya merupakan satu-satunya di taman tema salji di Asia tenggara.  Di kawasan seluas 5000 kaki persegi ini anda boleh melakukan aktviti seperti membuat orang salji, tobogganing dan ice sliding.

3. Avani Sepang Gold Coast Resort

tempat honeymoon di selangor
Imej via [airlinestaffrates]

Avani Sepang Gold Coast menawarkan hampir 300 buah resort di atas air pelbagai pakej. Untuk pasangan yang ingin suasana romantis pastinya tempat honeymoon di Selangor ini amat ideal.

Harganya juga berpatutan. Disediakan juga infinity pool untuk anda bermandi manda dan menikmati panorama petang.

4. Kelip Kelip Kampung Kuantan

tempat honeymoon di selangor
Imej via [mdks]

Kata sebahagian orang, koloni kelip-kelip di kampung ini merupakan yang terbesar di dunia. Mereka menawarkan khidmat sampan yang akan membawa anda melihat haiwan eksotik ini sepanjang Sungai Selangor.

Anda dapat menikmati pemandangan indah waktu malam berkelip-kelap. Selalunya kelip-kelip suka melepak di pokok Berembang yang ada di tepi sungai.

5. Pantai Morib

tempat honeymoon di selangor
Imej via [maisinggah]

Pantai Morib mampu menjauhkan anda dari suasana kesibukan bandar Selangor. Kebiasaannya pengunjung datang beriadah dan bersiar-siar pada waktu petang.

Tak lupa juga yang datang untuk berkelah dan bermandi-manda. Destinasi ini juga berdekatan dengan pusat penginapan dan retoran.

6. Bukit Melawati Kuala Selangor

tempat honeymoon di selangor
Imej via [mdks]

Bukit Melawati adalah salah satu sejarah di negeri Darul Ehsan ini. Kawasan yang pernah menjadi Kubu Pertahanan Kesultanan Selangor pada abad ke 18 ini menyimpan banyak monumen bersejarah.

Terdapat replika meriam dan kubu kayu yang pernah diguna suatu ketika dahulu. Tempat-tempat sekitar Bukit Melawati yang boleh anda lawati adalah Perigi Beracun, Makam Diraja, Muzium Kuala Selangor dan banyak lagi sesuai dijadikan tempat honeymoon di Selangor juga.

7. Sky Mirror

tempat honeymoon di selangor
Imej via [epochtimes]

Sky Mirror adalah tempat yang akan membuatkan anda menyesal jika datang tanpa kamera. Sky mirror adalah fenomena alam semula jadi yang akan memantulkan permukaan air seperti cermin.

Berjalan ketika air surut seolah-olah membuatkan anda berjalan di atas langit. Berfoto adalah aktiviti terbaik untuk dilakukan di sini.

8. Taman Botani Negara Shah Alam

tempat honeymoon di selangor
Imej via [jomjalan]

Taman Botani Negara menghidangkan kepada anda kepelbagaian hiburan semula jadi. Tarikan menarik di sini antaranya Taman Kaktus, Taman Bunga, Rumah Iklim dan pelbagai lagi.

Anda juga boleh melakukan aktiviti riadah dan semestinya berfoto adalah pilihan terbaik. Jom berkunjung ke tempat honeymoon di Selangor yang penuh alam semulajadi ini.

9. Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

tempat honeymoon di selangor
Imej via [pinteres]

Masjid ini tidak asing lagi kerana kerap muncul di televisyen. Walaupun anda menganggap masjid sekadar tempat beribadah, namun percayalah keindahan masjid ini tidak akan mengecewakan anda.

Singgah sebentar melihat masjid bereka bentuk kombinasi tradisional Islam melayu, asia barat dan india. 

10. Bangi Wonderland Dan Park Resort

tempat honeymoon di selangor
Imej via [mstar]

Taman tema ini lebih murah berbanding Sunway Lagoon namun perbezaan keasyikkannya tidak ketara. Permainan air yang disediakan adalah seperti Wonder Loop, The Fall dan Insane Racer.

Hampir 14 gelongsor air disediakan. Disamping itu, tempat penginapan juga berhampiran dengan lokasi ini dan pastinya taman tema ini adalah sesuai untuk berbulan madu.

11. Bukit Broga

tempat honeymoon di selangor
Imej via [therakyatpost]

Jika anda dan pasangan meminati honeymoon yang rare, thrill dan aktiviti outdoor, anda harus ke Bukit Broga. Ia adalah bukit yang menjadi pilihan utama penduduk tempatan untuk aktiviti hiking.

Bukit Broga tidaklah mencabar seperti gunung-gunung lain tetapi tidaklah terlalu mudah. Semestinya tujuan mendaki puncak berketinggian 1300 kaki ini untuk menikmati pemandangan saujana mata memandang.

12. Selangor International Islamic Complex

tempat honeymoon di selangor
Imej via [mapio]

Kompleks keislaman ini dibahagikan kepada 3 bahagian yakni Galeri Al-Qur’an Mushaf Malaysia, Galeri Al-Qur’an Mushaf Nur Fatimah dan Galeri As-Sakinah.

Pengunjung dapat melihat sambil menimba ilmu baru tentang karya-karya dan sejarah islam. Selain itu, terdapat bahagian Rehlah Nabawiyyah iaitu pengembaran sirah Rasulullah SAW.

13. Tadom Hill Resort Banting

tempat honeymoon di selangor
Imej via [tadomhillresorts]

Resort ini menawarkan pelbagai jenis penginapan seperti Lakeside Bamboo Tent, Hammock Sphere, Hakka Village, Gendui Chalet dan lain-lain. Aktiviti di sini juga amat unik, baik darat ataupun air.

Lokasi ini dibina bertemakan hutan belantara. Honeymoon anda di sini semestinya akan mengeratkan lagi kemesraan bersama pasangan.

14. Zoo Negara

tempat honeymoon di selangor
Imej via [traveloka]

Zoo Negara sudah tidak asing lagi sebagai tempat pilihan untuk melihat haiwan selain Zoo Taiping. Zoo Negara menyimpan hampir 476 spesis haiwan yang mencakupi amfibia, mamalia, reptilia dan burung.

Kawasan ini dibahagikan kepada 16 bahagian. Mereka juga menawarkan persembahan haiwan agar anda tidak jemu. Honeymoon di sini, pasti akan mengeratkan hubungan anda dan pasangan.

Demikianlah 14 tempat Honeymoon di Selangor. Harga berpatutan, aktiviti menarik dan pemandangan indah menjadi kriteria pilihan yang kami cadangkan.

Jom baca juga tempat memancing di Melaka, tempat honeymoon di Melaka, tempat honeymoon di Johor dan tempat honeymoon di pahang.

Rujukan:

  1. Tempat Menarik Selangor. https://www.caridestinasi.com/tempat-menarik-selangor/
  2. Selangor. https://en.wikipedia.org/wiki/Selangor

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *