Sungai Gabai merupakan tempat pelancongan yang menjadi tarikan pengunjung untuk melakukan aktiviti menarik bersama keluarga dan kawan-kawan.

Mandi-manda

Imej Via[ Air Terjun Sungai Gabai]

Apabila anda datang ke Sungai Gabai, disyorkan untuk datang ke air terjun untuk merasai kedamaian dan ketenangan yang dikelilingi dengan alam semulajadi. Malahan mereka yang ingin merasakan dingin dan kesejukan air terjun digalakkan datang ke sini. Kejernihan air yang menjadikan satu tarikan pengunjung, merupakan satu simbol Air Terjun Sungai Gabai.

Ingin merasakan santai dengan suasana yang tenang, boleh datang ke air terjun sungai gabai ini yang dijadikan sebagai aktiviti menarik untuk dilakukan dengan keluarga atau kawan kawan.

Alamat : 43100 Hulu Langat, Selangor

Barbecue( BBQ)

Selain daripada mandi di air terjun, anda juga boleh melakukan aktiviti bbq bersama kawan-kawan mahupun keluarga. Terdapat beberapa gabezo yang disediakan untuk meletakkan barang-barang masak yang dibawa dari rumah. Namun pastikan anda membawa segala kelengkapan bbq yang secukupnya dan dapat merasai pengalaman berbakar di tepi sungai sambil melihat keindahan flora dan fauna. Bbq bersama kawan atau keluarga dijadikan sebagai aktiviti menarik untuk dilakukan.

Hiking

Imej Via [Jungle Trekking]

Bagi Peminat Adventure,anda boleh datang ke sungai Gabai untuk melakukan aktiviti hiking dengan kawan kawan. Anda juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi iaitu dapat melihat pohon merimbun, aliran sungai yang mengalir , kicaun burung. Namun anda dinasihatkan untuk berhati berhati semasa menaiki bukit dan menuruni tangga yang tinggi. Walaupun anda teruja bercuti yang dikelilingi dengan keindahan alam namun keselamatan harus diutamakan. Hiking ini merupakan salah satu aktiviti yang menarik dilakukan apabila sampai ke Sungai Gabai.

Alamat: Air Terjun Sungai Gabai, 41300 Hulu Langat, Selangor

Aktiviti Perkelahan

Di Sungai Gabai ini anda juga boleh melakukan aktiviti perkelahan atau picnic bersama keluarga dengan cara santai sambil melihat pemandangan indah flora fauna. Anda juga boleh mencipta kenangan dengan keluarga mahupun insan tercinta di sungai ini melalui aktivi berkelah. Sebelum ini hanya menghabiskan masa dengan kerja, sekarang ini lah masanya luangkan waktu yang ada dengan mereka. Sambil berkelah, boleh mengambil swafoto untuk dijadikan kenangan indah dalam kehidupan.

Selain habiskan masa bercuti anda di sungai Gabai, apa kata anda semua datang ke:

Rujukan

1.10 air terjun di Selanggor paling menarik https://ammboi.my/air-terjun-di-selangor/

2. Sungai Gabai- Air terjun menarik di Hulu Langat https://www.caridestinasi.com/air-terjun-sungai-gabai/

Penulis: ilya

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.