|

Pulau Jerejak Aktiviti Menarik Di Sana

Pulau Jerejak yang terletak di Pulau Pinang merupakan tempat yang telah dibangunkan semula menjadi tempat pelancongan. Pulau ini pernah dijadikan tempat pertahanan perang. Disebabkan sejarah tersebut, pantai ini tidak mendapat sambutan ramai.

Sekiranya anda ingin datang ke Pulau Jerejak, anda perlu menaiki feri. Harga tiket pergi dan balik adalah sebanyak RM 22 untuk dewasa dan RM 18 untuk kanak-kanak. Waktu operasi feri adalah di antara pukul 6.30 pagi hingga 12 tengah malam. Di ingatkan feri terakhir adalah pada pukul 11.30 malam.

Segalanya berbeza apabila Pulau Jerejak ini mula dibangunkan dan dihiasi dengan pelbagai idea yang sememangnya menarik perhatian para penggemar selfie.

Jeti Pelangi

Imej via [hmetro.com]

Jeti ini merupakan jeti yang menjadi tempat perhentian bagi feri-feri yang datang ke pulau ini. Sekiranya anda selalu mendengar mengenai jeti biasa, bagaimana pula dengan jeti pelangi.

Jeti Pelangi sememangnya akan menarik perhatian anda untuk mengambil gambar di sini. Berlatar belakangkan air laut yang berwarna biru, kawasan jeti yang berwarna-warni tentunya membuatkan gambar anda nampak lebih menarik.

Tangga Ke Syurga

Imej via [libur.com]

Sama seperti nama yang diberikan, tangga ini dibina betul-betul menuju ke atas. Sekiranya anda bergambar di sini, gambar anda akan dilihat seakan anda mendaki tangga untuk ke langit. Anda dapat menangkap gambar dengan suasana yang berbeza bergantung pada keadaan cuaca pada hari tersebut. Lebih menarik jika anda dan pasangan mengadakan photoshoot romantik di sini. Memakai baju berwarna putih pastinya membuatkan gambar anda lebih menarik.

Gambar anda mungkin berlatar belakang langit biru putih, berwarna oren kekuningan mahupun berwarna merah jambu. Memang sangat menarik!

Basikal Mengelilingi Pulau

Sekiranya anda seorang yang suka bersiar-siar menikmati keindahan alam semulajadi, anda mungkin akan tertarik dengan aktiviti yang ditawarkan di Pulau Jerejak ini.

Menaiki basikal untuk mengelilingi Pulau. Anda dapat menyewa basikal yang terdapat di sini dengan RM 15 sahaja per jam. Anda dapat menikmati keindahan Pulau Jerejak. Sekiranya anda memang merancang untuk menaiki basikal mengelilingi pulau, anda boleh membuat persediaan awal untuk mengembara dengan mengenakan kasut yang sesuai.

Jungle Trekking

Percutian yang mencabar sememangnya menjadi pilihan sesetengah orang. Sekiranya anda seorang yang menyukai cabaran, anda mungkin akan sukakan aktiviti jungle trekking yang dapat anda lakukan di sini.

Hutan di Pulau Jerejak mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Anda mungkin akan dapat merasai pengalaman melihat helang laut, biawak dan banyak lagi.

Anda juga dapat melihat kawasan bersejarah yang akan anda temui di dalam hutan ini. Tempat bersejarah tersebut merupakan sisa runtuhan penjara lama British. Memang sangat menarik untuk anda terokai!

OOTD Di Banyak Sudut

Imej via [lyanaishak]

Di tepi Pulau Jerejak, terdapat beberapa tempat bergambar yang pastinya menarik perhatian anda. Antara tempat yang menjadi tarikan pelancong ialah buaian yang dipasang di tepi pantai. Buaian yang diperbuat daripada kayu itu mempunyai tulisan “Pulau Jerejak” dan menghadap ke arah laut. Anda dapat melihat pemandangan sambil menikmati hayunan buaian di sana.

Imej via [klook.com]

Selain itu, terdapat juga buai yang seakan sarang burung diletakkan di sepanjang pantai. Anda tidak perlu lagi pergi ke Bali untuk cuba sendiri buaian sarang burung. Memang sangat menarik!

Imej via [klook.com]

Terdapat juga beberapa rumah kecil yang berwarna-warni yang terdapat di pantai tersebut. Memang sangat memukau peminat selfie.

Taman LED Resort Pulau Jerejak

Imej via [hmetro.com]

Kalau di Kuala Lumpur terkenal dengan ICT yang penuh dengan keindahan lampu malam berwarna-warni, anda juga dapat merasai pengalaman menikmati cahaya yang berwarna menghiasi malam di Pulau Jerejak.

Taman LED yang terletak di Pulau Jerejak ini di kelilingi hutan. Lampu-lampu ini pula dihiasi di pokok-pokok dan lingkaran jalan tertentu. Keadaan ini tentunya memberikan anda pengalaman merasai kesunyian malam tetapi dihiasi dengan pemandangan cantik yang romantik.

Tempat ini juga sesuai sekiranya anda ingin membawa anak-anak anda datang bercuti. Anak-anak anda pastinya akan sukakan suasana malam yang penuh dengan lampu.

Bagi peminat selfie pula, mereka pasti merasakan tempat ini merupakan antara tempat yang terbaik untuk mereka mengambil gambar. Jangan lepaskan peluang untuk mengabadikan pengalaman anda mengambil gambar di sini!

Melihat Matahari Terbenam

Anda yang bercuti di pulau pastinya ingin menikmati keindahan melihat matahari terbenam.

Berbeza dengan pemandangan matahari terbenam di pulau lain, Pulau Jerejak merupakan pulau dengan pemandangan matahari terbenam yang sangat cantik.

Disebabkan terdapat pelbagai tempat yang menarik untuk berselfie, anda dapat merakamkan memori anda di pelbagai tempat berbeza dengan pemandangan matahari yang berbentuk bulat, dihiasi dengan pantulan cahaya di atas air laut dan latar belakang awan yang berwarna oren kekuningan.

Memancing

Pulau Jerejak terkenal dengan hidupan laut yang pelbagai. Jika anda seorang yang berminat dengan aktiviti memancing, jenis-jenis ikan yang terdapat di Pulau ini tentunya akan menaikkan semangat anda untuk pergi memancing.

Terdapat beberapa jenis ikan seperti ikan kerapu, ikan duri, ikan siakap dan banyak lagi. Ikan di pulau ini juga bersaiz besar. Terdapat kedai yang menjual umpan yang terletak di bawah jambatan Pulau Pinang.

Kesimpulan

Sekiranya anda ingin bercuti bersama keluarga di Pulau Pinang, Pulau Jerejak mungkin merupakan tempat percutian yang anda cari. Selain dari dapat melakukan pelbagai aktiviti di sini, kemudahan yang disediakan di sini juga sangat banyak dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Rasai percutian dengan harga yang berbaloi dan pengalaman menarik yang akan anda perolehi di sini! Memang sangat berbaloi!

Selain daripada artikel di atas, anda juga dijemput untuk membaca artikel lain yang terdapat di website kami.

Similar Posts