10 Pantai Di Utara Untuk Percutian Menarik
Utara Malaysia menjadi bualan ramai dalam sektor pelancongan. Yang sering dikatakan adalah Kedah, Pulau Pinang dan juga Perlis.
Utara Malaysia sememangnya kaya dengan tempat-tempat menarik yang boleh dilawati oleh mereka yang inginkan percutian seperti di kawasan pantai. Jom kami kongsikan antara pantai di utara khas untuk percutian terbaik.
1. Pantai Batu Feringhi (Pulau Pinang)
Pantai Batu Ferringhi merupakan pantai yang paling dikenali bagi para pengunjung yang selalu datang ke Pulau Pinang. Pantai ini juga senang untuk dilalui dengan kereta dan banyak tarikan untuk dinikmati oleh anda jika berkunjung ke pantai ini.
Sekiranya anda menenangkan fikiran, melakukan aktiviti air, berkelah di pantai dan sebagainya, pantai Batu Feringhi amat sesuai untuk anda.
Disebabkan pantai ini dekat dengan beberapa tempat penginapan, maka amat mudah untuk anda berjalan-jalan ke pantai tersebut.
2. Pantai Tengkorak (Kedah)
Pantai Tengkorak adalah pantai di Pulau Langkawi agak kurang popular berbanding dengan pantai di utara yang lain. Namun, ianya masih merupakan destinasi yang indah dan menakjubkan.
Pantai Tengkorak juga antara pantai di utara yang menjadi pilihan yang tepat bagi anda yang ingin merehatkan minda.
3. Pantai Kerachut (Pulau Pinang)
Sekiranya anda inginkan percutian di luar kesibukan bandar, apa kata anda melawat ke Pantai Kerachut. Pantai ini amat terkenal dengan pantainya yang bersih dan jauh daripada kesibukan bandar.
Menariknya di sini, terdapat Tasik Meromiktik yang lapisan airnya tidak bercampur. Anda boleh melawat ke tempat perlindungan penyu. Sekiranya anda bernasib baik, anda dapat melihat anak penyu menetas dan menuju ke pantai.
Anda boleh datang ke pantai ini dengan menaiki bot melalui Taman Negara di Teluk Bahang. Sekiranya anda merancang untuk aktiviti hiking, terdapat juga laluan hiking yang memakan masa dua jam.
4. Pantai Murni (Kedah)
Pantai Murni merupakan antara pantai di utara yang menarik terletak di negeri Kedah. Pantai ini mempunyai pantai yang menarik dan sangat sesuai untuk rekreasi anda bersama keluarga seperti mengadakan aktiviti hari keluarga.
Pantai Murni terletak tidak jauh dari bandar Yan dan pengunjung dapat menikmati keindahan panorama pulau-pulau di seberang laut seperti Pulau Bidan, Pulau Telor Bunting dan Terbalik terutamanya ketika matahari terbenam.
5. Pantai Gertak Sanggul (Pulau Pinang)
Terletak di pantai barat daya Pulau Pinang, Pantai Gertak Sanggul adalah merupakan lokasi perkampungan nelayan yang sesuai untuk memancing, bersantai, dan juga aktiviti fotografi ketika matahari terbenam.
Anda boleh berehat sambil menikmati pemandangan yang diindahkan dengan lambaian pokok kelapa sambil berjalan di atas pasir yang hangat.
Di pantai ini juga terdapat beberapa kedai makan yang berdekatan seperti Ilyana Cafe yang terkenal dengan mi udang yang pasti menyelerakan.
6. Pantai Merdeka (Kedah)
Pantai di utara yang terkenal bagi para pelawat seterusnya adalah Pantai Merdeka. Pantai Merdeka ini merupakan tempat peranginan yang popular di Sungai Petani dan sering menjadi pilihan untuk mereka yang mahukan percutian yang tenang.
Di sini juga terdapat beberapa buah chalet dan resort untuk anda yang menginginkan penginapan di pantai ini.
7. Pantai Tanjung Bungah (Pulau Pinang)
Pantai Tanjung Bungah adalah merupakan pantai pinggir bandar yang terletak hanya 30 minit daripada bandar George Town. Walaupun pantai ini berdekatan dengan bandar, ia tidak selalunya dipenuhi dengan pengunjung.
Bercuti ke sini adalah idea yang baik jika anda tidak mahu melakukan perjalanan terlalu jauh dengan menaiki bot ataupun mendaki di dalam hutan.
Lokasi di Pantai Tanjung Bungah ini juga sesuai jika anda bercadang untuk mencuba makanan laut yang segar setelah penat bersiar-siar di pantai ini seharian. Terdapat masjid terapung yang indah yang dihiasi dengan panorama pemandangan lautnya juga.
8. Pantai Tanjung Dawai (Kedah)
Pantai Tanjung Dawai adalah merupakan pantai di utara yang terkenal dengan kawasan perkampungan nelayan. Pantai ini merupakan pantai yang kaya dengan makanan laut dan juga banyak restoran yang menyediakan makanan laut segar. Jadi bagi anda yang menggemari makanan laut, jangan lupa datang ke sini tau!
9. Pantai Monyet (Pulau Pinang)
Sekiranya anda ingin ke pantai yang terpencil dan jauh daripada orang ramai, anda boleh datang ke Pantai Monyet. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang ataupun daripada pantai Batu Feringghi.
Selain itu, anda juga boleh datang ke sini dengan trekking di hutan melalui laluan di sepanjang pantai Taman Negara Pulau Pinang ini.
Seperti namanya, Pantai Monyet sememangnya dipenuhi dengan monyet liar dan makhluk lain seperti biawak dan tupai yang tinggal di pantai ini.
Ini menunjukkan bahawa pantai ini masih lagi terpelihara dengan sangat baik. Selain itu terdapat beberapa prasarana yang disediakan seperti terdapat beberapa buah pondok yang menjual makanan ringan dan minuman.
10. Pantai Kuala Perlis (Perlis)
Tidak seperti kebanyakan pantai di utara yang lain, Pantai Kuala Perlis tidak sesuai untuk aktiviti beriadah. Namun, menariknya di sini adalah restoran makanan laut yang sangat enak di tepi pantai.
Di sini, anda boleh menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang indah dan menakjubkan. Pantai Kuala Perlis ini juga sangat tenang dan berangin.
Itulah dia pantai di Terengganu yang boleh anda bercuti. Memang menarik sekali! Jom baca juga pantai di Perak, air terjun di Selangor, air terjun di Pahang dan air terjun di Malaysia.
Rujukan
- Tak perlu google lagi: Ini 5 pantai di Pulau Pinang yang patut anda pergi. https://blog.traveloka.com/ms/panduan-tips/tak-perlu-google-lagi-ini-5-pantai-di-pulau-pinang-yang-anda-patut-pergi/
- Senarai pantai di Malaysia yang menarik dan popular. https://www.percutianbajet.com/malaysia/senarai-pantai-di-malaysia-yang-menarik-dan-popular
One Comment