10 Ikan Bakar Selangor yang Sedap dan Best
Pasti ramai yang tak tahu banyak port ikan bakar Selangor yang enak dan perlu anda cuba. Tak perlu ke Melaka lagi untuk mencari ikan bakar tersedap kerana di Selangor juga ada dan pasti menyelerakan anda.
Ikan bakar yang sedap adalah ikan yang diperap dengan rempah secukup rasa, dibakar dengan teknik yang betul dan dicicah dengan kicap pedas mahupun air asam. Makan dengan nasi panas pasti membuatkan anda bertambah.
Setiap kedai mempunyai keunikan dan rasa ikan bakar yang berbeza. Ini senarai kedai Ikan Bakar di Selangor yang perlu anda cuba!
Dulang Tokmi Ikan Bakar
Dulang TokMi Ikan Bakar adalah pilihan ramai netizen terutama peminat ikan bakar. Banyak komen positif yang diberikan terhadap kedai ini di laman sosial. Rata-rata memang mengesyorkan untuk ke sini kerana kebersihan kedai terjamin, makanan enak dan kena dengan harga.
Antara menu yang mendapat sambutan hangat adalah pari bakar, siakap bakar dan sotong bakar. Lebih berbaloi jika anda memilih makanan berset kerana lengkap dengan lauk, ulam, gulai dan air. Nak masakan panas atau masakan bergoreng seperti biasa juga ada.
Alamat: Gerai No.12 Seksyen U19, Sebelah Shell , 47000 Sungai Buloh, Selangor.
Waktu operasi: Selasa-Ahad (4.00 petang – 12.00 malam)
Cik Melur
Terdapat satu cawangan di Selangor dan dua cawangan di Kuala Lumpur, ikan bakar di Cik Melur tidak kurang hebatnya. Selain ikan bakar, menu yang patut anda cuba adalah sotong celup tepung, kerang bakar dan lala krim kari.
Ramai yang ke sini memilih dan mencuba set Bako Platter yang sesuai untuk makan bersama dua hingga empat orang. Anda juga boleh memilih sama ada Siakap Bako Platter, Talapia Bako Platter atau set paling letupss iaitu SeeFood Bako Platter. Semuanya pasti menjilat jari!
Alamat: No 27, Jalan PJU 5/20A, The Strand Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari (9.00 pagi – 10.00 malam)
Abah Ikan Bakar Sungai Besar
Abah Ikan Bakar memang cukup terkenal dengan keenakan pelbagai menu bakar terutama makanan laut yang sedap. Semua bahan adalah segar dan harganya memang berpatutan. Berada di Sekinchan, memang rugi ke sini jika tidak mencuba ikan bakar di kedai ini.
Selain ikan bakar, ada juga king crab dan lobster yang dimasak dengan butter milk dan salted egg. Ada juga makanan laut yang lain yang boleh anda cuba. Paling best adalah sambil makan anda boleh menikmati pemandangan menarik sekitar bot nelayan sambil ditiup angina sepoi-sepoi Bahasa.
Alamat: D’Muara Marine Park, Sungai Haji Dorani, Sungai Besar, Selangor.
Waktu operasi: Rabu-Ahad ( 12.30 tengahhari – 10.00 malam)
Ikan Bakar Terangkat
Berada di Kajang, kedai ini seakan medan selera. Anda boleh memilih sendiri ikan serta masakan yang anda inginkan. Tiga rasa, sweet sour mahupun dimasak secara stim, pasti membuatkan anda bertambah. Ramai yang ke sini untuk mencuba ikan merah dan ikan jenahak bakar yang dikatakan memang ‘terangkat’ jika dirasai.
Jika anda ingin ke sini, seeloknya membuat tempahan terlebih dahulu kerana kedai ini sentiasa dipenuhi peminat ikan bakar. Dengar kata, lebih ramai selepas maghrib. Jadi rancang sebaiknya agar anda dapat menikmati makanan dengan lebih tenang.
Makanan laut yang disajikan memang berbaloi dan segar belaka. Bukan itu sahaja, pes yang digunakan memang enak lebih-lebih lagi jika dibakar dengan menu lain secara garing. Jangan lepaskan peluang untuk mencuba sotong celup tepung.
Alamat: No 1, Lot 3083, Jalan Ayer Hitam, Kampung Sungai Merab Luar, 43000 Kajang Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari ( 5.00 petang – 12.00 malam)
Ikan Bakar Petai Banjir
Ada penggemar petai di sini? Anda memang perlu datang ke Medan Selera Adikku yang menyediakan ikan bakar unik bersama petai. Bukan sahaja petai yang membanjiri menu-menu tersebut malah pes dan rempah turut menyelaputi menu dengan enak.
Apa yang menarik, pes atau sambal ikan tersebut mengikut resepi turun-temurun dan dimasak selama 8 jam. Tak hairanlah pesnya pekat dan enak. Tak cuma ikan bakar, sotong bakar petai banjir juga menjadi menu terlaris di sini.
Alamat: Medan Selera Adikku,Jalan Sungai Ramal Dalam, 40300 Kajang, Selangor.
Waktu operasi: Selasa – Ahad | Makan Tengahhari ( 11.00 pagi – 4.00 petang ),Makan Malam (7.00 – 10.00 malam)
Gerai Syam Bawah Pokok
Berbeza dengan ikan bakar yang lain, rasa ikan bakar di sini dimasak dengan citarasa Thai. Kelainan pada resepinya membuatkan ikan bakar disini digemari ramai pengunjung. Jangan ketinggalan untuk merasai sotong bakar buncit, perut bakar dan kambing bakar madu.
Nak cuba makanan Thai yang lain juga berbaloi dari segi harga, rasa dan kuantitinya. Menu yang menjadi kegemaran ramai adalah daging harimau menjerit, miang pla, mukbang talam dan shellout. Mi celup dan somtam turut menjadi menu terlaris di kedai ini.
Buat pengetahuan anda, gerai ini turut dibuka seawal 9.00 pagi dengan menu sup tulang daging bakar, nasi ala kak wok, nasi ayam dan nasi ikan bawal goreng sambal kicap. Hanya di satu kedai, anda dapat merasai pelbagai menu unik dan menarik.
Alamat: Lot 356, Jalan Indah 1, Taman Puchong Indah, 47100 Puchong, Selangor.
Waktu operasi: Menu pagi (9.00 pagi-4.00 petang) | Menu malam (5.30 petang-1.30 pagi)
Restoran Tirai Kayangan
Terletak di Seksyen 7, Shah Alam, antara menu yang perlu anda cuba jika ke sini semestinya aneka ikan bakar yang padu. Siakap, tilapia dan pari semestinya menjadi pilihan ramai.
Kami cadangkan anda untuk merasai menu paling laris iaitu chicken buttermilk, mee kari nyonya marvellous, tomyum chiangmai marii padu dan nasi goreng seafood daun pisang. Jika datang bersama keluaga atau rakan-rakan, tempah kesemuanya dan rasai setiap menu dengan penuh selera.
Alamat: 1, Jalan Kristal K7/K, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: Setiap hari (11.000 pagi – 3.00 petang) , 4.00 petang – 12.00 pagi)
AZR Mentarang Bakar & Seafood Sekinchan
Walaupun nama kedai mentarang bakar, namun ikan bakar di sini tidak mengecewakan dari segi rasanya dan kesegaran ikan. Pelbagai jenis ikan anda boleh pilih termasuklah siakap, pari dan belut.
Menu terkenal di sini jangan dilupa iaitu mentarang dan belangkas. Boleh dimasak gulai lemak atau dibakar. Memang sedap dan rata-rata mendapat pujian pelanggan terhadap menu unik ini.
Pelbagai makanan laut juga boleh anda tempah seperti lala, pepahat, kerang, udang dan sotong. Semuanya memang segar dan pasti membuatkan anda bertambah nasi.
Lokasi: Tepi Jalan Besar Parit 8, Sungai Leman, Sekinchan, Selangor.
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 pagi-7.00 petang)
Sisik Medan Ikan Bakar
Di Shah Alam juga ada port ikan bakar yang sedap dan pasti membuatkan anda menjilat jari. Datang sahaja ke Sisik Medan Ikan Bakar dan rasai ikan bakar yang segar dan diperap dengan rempah yang padu.
Antara menu yang patut anda cuba adalah siakap bakar rempah, telur sotong bakar tempoyak dan siakap bakar tempoyak. Sotong bakar juga adalah yang terlaris. Bukan sahaja saiznya besar malah rasanya pasti buat anda ingin datang lagi ke sini.
Banyak kemudahan disediakan termasuk parkir yang luas, kawasan dan tempat makan yang luas serta anda akan dihidangkan dengan persembahan busking secara langsung. Ramai yang mengatakan walaupun ramai pengunjung yang datang, mereka tak perlu menunggu makanan dengan lama.
Alamat: Seksyen 13, Shah Alam, Selangor.
Restoran Mak Kimbong
Restoran Mak Kimbong dibuka seawal 7.00 pagi untuk sarapan dengan pelbagai menu termasuk kuih-muih. Untuk makan tengahhari pula, semestinya aneka ikan bakar menjadi pilihan rata-rata pengunjung.
Anda mahukan pari, siakap, keli dan bawal semuanya ada di sini. Semua ikan segar dan besar. Rempah yang digunakan untuk perapan ikan bakar memang cukup rasa dan pasti menjilat jari.
Sotong bakar juga menjadi pilihan rata-rata pengunjung. Saiznya cukup besar dan kenyal. Makan ikan bakar bersama lauk-pauk kampung pasti mengimbau masakan ibu. Sedap tak terkata.
Alamat: No 17, Jalan 4/1A Seksyen 4 Bandar Baru Bangi, Bangi, Selangor.
Waktu operasi: 7.00 pagi-5.00 petang
Tak usah lagi pening mencari tempat ikan bakar Selangor yang sedap. Pilih sahaja yang tersenarai di atas, pasti tak menghampakan anda. Kesemua senarai tersebut dipilih mengikut rekomendasi peminat ikan bakar di Selangor.
Apa tunggu lagi? Jom ajak pasangan, keluarga atau rakan-rakan untuk merasai keenakan ikan bakar di Selangor.
Berada di Selangor? Jom teroka banyak lagi tempat menarik yang terletak di negeri ini seperti: