Huda’s Haven Resort: Resort Terbaik Bertemakan Nature
Pernah dengar tentang Huda Haven Resort? Resort yang pasti meninggalkan 1001 memori indah buat anda dengan persekitaran yang cantik, pelbagai aktiviti menarik, perkhidmatan terbaik dan sebagainya.
Hanya satu jam dari Kuala Lumpur, bolehlah anda bercuti dengan tenang tanpa ke tempat yang lebih jauh. Kenapa lebih tenang? Semestinya kerana resort ini berada jauh dari kesibukan kota. Berada dikelilingi alam flora dan fauna sambil mendengar kicauan burung dan deruan air sungai, pasti menenangkan jiwa setiap pengunjung.
Huda’s Haven Resort berada di Kampung Ulu Rening, Batang Kali dimana anda dapat meluangkan masa seharian hanya dalam satu kawasan dan melakukan aktiviti santai mahupun lasak.
Terdapat tiga kategori penginapan menarik iaitu villa, glamping dan field side. Setiap kategori ini mempunyai banyak jenis bilik dengan nama bunga dan nama panggilan klasik seperti Mak Long, Mak Ngah dan Mak Yong.
Kadar penginapan di 19 buah jenis bilik bermula dari RM 480 hingga RM 960. Untuk mendapatkan harga yang lebih rendah dan berbaloi, kunjungi laman web Huda’s Haven Resort dan dapatkan maklumat lanjut di sana.
Setiap penginapan mempunyai kemudahan asas seperti pendingin hawa, televisyen, pemanas air, kipas siling dan lain-lain. Semakin tinggi harga bilik, semakin banyak kemudahan lain yang anda dapat nikmati. Tak kira jenis penginapan yang mana anda pilih, kesemuanya amat selesa, luas, bersih dan teratur.
Jika anda bercuti di sini, anda tak perlu risau tentang makanan kerana setiap penginapan adalah termasuk makan malam dan sarapan. Jika anda menginap lebih dari satu hari satu malam, makanan tengahhari disediakan buat anda.
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, percutian anda pasti tidak menghampakan kerana banyak aktiviti disediakan untuk mengisi masa lapang anda sepanjang berada di sini. Ada yang berbayar dan ada juga yang percuma!
Antara aktiviti percuma disediakan adalah badminton, pin pong, frisbee, memancing dan berbasikal. Aktiviti dalam yang lebih relaks pun ada seperti karom, congkak dan kad.
Nak aktiviti yang lebih mencabar fizikal dan mental? Tambah aktiviti seperti menunggang ATV, paintball, jungle trekking dan karaoke. Namun tak perlu risau kerana harga yang dikenakan memang sangat berbaloi. Untuk aktiviti dalam kumpulan yang ramai, sukaneka dan treasure hunt pasti menyeronokkan.
Jangan lupa dengan aktiviti utama jika berada di Huda’s Haven Resort iaitu mandi sungai dan barbeku. Tak lengkap percutian anda ke sini jika tidak menyertai aktiviti ini. Sungai yang dinamakan sebagai Sungai Hijau ini sangat jernih dan bersih.
Sungai berada di luar perkarangan resort tetapi hanya 50 meter sahaja untuk anda berjalan ke sana. Mandi sungai bersama keluarga atau rakan-rakan pasti menimbulkan keseronokan berganda. Ada bahagian cetek dan ada bahagian sungai yang dalam. Sesuai untuk bawa anak-anak namun anda haruslah memantau keselamatan mereka.
Beberapa buah gazebo di bina untuk anda bersantai dan menikmati udara yang segar dan persekitaran yang mempersona. Anda boleh pilih untuk bersantai dan barbeku di dalam perkarangan resort atau di luar.
Kemudahan di sekitar resort seperti parkir yang luas, surau, dewan makan, kolam renang dan padang pasti menyenangkan anda sekeluarga. Kawasan untuk melakukan sebarang aktiviti juga luas dan pasti anda selesa berada di sini.
Huda’s Haven Resort sesuai untuk dijadikan lokasi percutian untuk hari keluarga, majlis korporat, kem dan lain-lain. Pihak resort juga menyediakan penyewaan terhadap bilik seminar yang mampu memuatkan 40 orang dalam satu masa.
Akhir kata, Huda’s Haven Resort pasti menjadi lokasi percutian indah lebih-lebih lagi buat pecinta alam. Walaupun jauh di tengah rimba, anda pasti terpukau sebaik sahaja sampai di pintu masuk.
Menginap satu hari pasti tidak puas. Oh ya, jangan lupa untuk bergambar di setiap sudut resort. Bergambar berlatarkan alam pasti dapat menghasilkan gambar yang cantik dan menarik.
Jika anda mempunyai perancangan untuk menginap di sini, lakukan tempahan bilik dengan segera kerana resort ini sering dipenuhi pengunjung terutama cuti sekolah. Jom ajak family atau rakan-rakan untuk back to nature!
Alamat: Huda’s Haven Resort, Kampung Hulu Rening, 44300, Batang Kali, Selangor.
WhatsApp: +6 012 800 5608
Email: [email protected]
Berada di Selangor? Tak lengkap kunjungan anda ke negeri ini jika tidak lawati tempat-tempat menarik yang lain seperti: