10 Hotel di KL View KLCC Cantik Sangat
Artikel ini akan membawa anda untuk meneroka hotel di KL view KLCC yang pasti menjadi idaman setiap pelancong tempatan mahupun luar negara jika bercuti di negeri ini.
Kuala Lumpur City Centre merupakan mercu tanda bagi Kuala Lumpur dan merupakan bangunan kebanggaan bagi rakyat Malaysia. Bangunan berkembar tertinggi di Malaysia ini mempunyai 88 tingkat.
Majoriti pelancong yang datang ke sini menginginkan penginapan yang mempunyai pemandangan yang memukau termasuklah permandangan KLCC yang berdiri megah.
Tanpa buang masa, jom kita teroka hotel di KL view KLCC!
Grand Hyatt Kuala Lumpur
Hotel mewah 5 bintang ini betul-betul terletak di tengah ibu kota. Di sini bukan sahaja anda dapat menikmati view KLCC dari bilik, malah anda boleh melihat pemandangan ini sewaktu di Sky Lobby, restoran dan kolam renang.
Nak mandi dalam bath tub sambil tengok view indah ni pasti membuatkan anda nyaman sampai rasa nak tertidur! Kalau anda nak tahu, di sini terdapat 14 bilik yang berkonsepkan Barbie. Sesuai untuk bawa anak-anak.
No telefon: +60 3 2182 1234
Lokasi: 12, Jalan Pinang, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Mandarin Oriental KL
Mandarin Oriental juga adalah hotel di KL view KLCC yang anda boleh kunjungi. Kalau anda tak tahu, Suria KLCC bersebelahan dengan hotel ini. Mudah untuk anda keluar membeli-belah, mencari makan atau bersiar-siar.
Oleh kerana hotel lima bintang ini bersebelahan dengan KLCC, anda memang akan melihat view KLCC dengan jarak paling dekat.
No telefon: +60 (3) 2380 8888
Lokasi: Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur
Traders Hotel Kuala Lumpur
Jika sebut hotel di KL view KLCC pasti ramai yang akan mengesyorkan anda untuk menginap di Traders Hotel. Ramai yang memberi feedback positif apabila menginap di sini.
Di sini anda boleh melihat view KLCC dari jarak dan sudut yang baik. Sambil tidur atas katil yang empuk, bolehlah anda melihat KLCC dari atas sampai bawah.
No telefon: Kuala Lumpur City Centre 50088
Lokasi: (60 3) 2332 9888
W Kuala Lumpur
View KLCC dari hotel W Kuala Lumpur tak kurang hebatnya. Hotel ini mempunyai 150 bilik yang berkonsepkan kontemporari.
Setiap bilik mempunyai reka bentuk menarik dan dilengkapi hiasan yang estetik. Mana tidaknya, setiap bilik diselitkan dengan elemen tradisional dan moden.
Anda juga boleh ke kolam renang untuk dapatkan view KLCC dan bandar Kuala Lumpur dengan baik. Jangan lepaskan peluang untuk ootd di sini!
No telefon: 03-2786 8888
Lokasi: No. 121, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur
The RuMa Hotel & Residences
Hotel berkonsepkan urban ini menyediakan pelbagai kemudahan yang pasti membuatkan anda tertawan dan ingin datang lagi ke sini. Antara bilik yang anda boleh dapatkan view KLCC adalah Grand Studio, Corner Studio dan Deluxe Suite.
Selain bilik yang mempunyai view yang menarik, setiap pakej juga termasuk sarapan untuk 2 orang di Restoran Atas atau anda juga boleh sarapan di dalam bilik. Banyak lagi perkhidmatan yang disediakan termasuk dalam pakej. Nak maklumat lanjut, hubungi nombor di bawah.
No telefon: +60 3 2778 0888
Lokasi: 7, Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
EQ Kuala Lumpur
Nak dapatkan bilik dengan view KLCC, anda boleh pilih samaada ingin menginap di bilik Deluxe King, Premier King Infinity atau suit mewah Presidential, Executive dan lain-lain.
Di sini terdapat kolam renang, spa, fitness studio dan sebagainya. Jika anda menginap di sini, jangan lepaskan peluang untuk menjamu selera di rooftop, Sky 51. Boleh layan panorama sekeliling dan melihat matahari terbenam.
No telefon: +603 – 2789 7777
Lokasi: EQ, Equatorial Plaza, Jln Sultan Ismail, Kuala Lumpur, 50250 Kuala Lumpur
Tamu Hotel & Suites
Hotel empat bintang ini terletak di Kampung Baru. Jika ada yang tak tahu, Kampung Baru merupakan syurga makanan. Banyak gerai dan restoran yang menyediakan aneka makanan yang sedap.
Berada di tempat yang strategik, mudah untuk anda mendapat akses ke mana-mana tempat menarik di sekitar. Antara kemudahan disediakan adalah kolam renang yang berada di rooftop, gymnasium, perkhidmatan concierge dan lain-lain.
No telefon: +603 2603 1999
Lokasi: 120, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Pullman Kuala Lumpur City Centre
Hotel ini menempatkan 450 bilik dan suit berkonsepkan kontemporari serta 127 kediaman disediakan dengan selesa buat anda.
Hotel Pullman Kuala Lumpur terletak berdekatan dengan Pavilion. Mudah untuk anda berjalan ke tempat pusat membeli belah sambil menghayati keindahan Kuala Lumpur.
Keselamatan dan keselesaan anda terjamin jika menginap di sini keran pihak hotel menyediakan pelbagai fasiliti terbaik di setiap bilik.
No telefon: +603 2170 8888
Lokasi: 4, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, 50450 Kuala Lumpur
Regalia Suites
Regalia Suites adalah salah satu hotel di KL view KLCC yang menawarkan penginapan yang selesa dan berbaloi.
Antara bilik yang mempunyai view KLCC adalah Executive Skyline dan Deluxe Skyline. Harga penginapan di sini lebih murah dan berpatutan.
Pelbagai kemudahan disediakan seperti infinity pool, family garden pool, mini market, perpustakaan dan gymnasium.
No telefon: +603-2725 0735 / 0739
Lokasi: No. 2, Jalan Anjung Putra, Off, Jln Sultan Ismail, 50480 Kuala Lumpur
Premiera Hotel
Premiera Hotel juga antara hotel yang berbaloi untuk anda menginap sambil layan panorama Kuala Lumpur dan KLCC.
Bilik deluxe merupakan bilik yang mempunyai keistimewaan yang satu ini. Dapatlah anda bermalam bertemankan dua bangunan pencakar langit ini.
Terdapat 90 buah bilik yang didekorasikan dengan sentuhan elegan, eksklusif dan moden. Berada di tengah-tengah bandar, sudah tentu anda dapat menikmati perkhidmatan lain dengan mudah.
No telefon: +603 – 26151000
Lokasi: Menara MARA, 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur
Dah buat pilihan hotel KL view KLCC untuk anda menginap nanti? Yang penting, semua senarai hotel di atas mempunyai pemandangan yang memukau dan harga memang mampu milik untuk setiap golongan.
Tempat menginap dah cari, apa kata anda rancang lawatan anda di Kuala Lumpur dengan tempat-tempat yang menarik. Rujuk artikel di bawah: