7 Chalet Tepi Sungai Di Perak Yang Menarik
Chalet tepi sungai di Perak merupakan lokasi percutian yang terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga mahupun kawan-kawan.
Chalet Kampung Bersah
Sekiranya anda datang ke Sungai Siput, Perak anda seharusnya cuba menginap di kawasan perkampungan orang asli yang akan membuat anda semua terpegun apabila melihat kawasan tersebut. Kawasan penginapan yang berada di tepi sungai dan dipenuhi dengan keindahan alam semulajadi. Anda bangun pada waktu pagi akan mendengar kicauan burung, unggas yang merdu mengulit merdu serta pokok yang redup mampu memukau pandangan dan jiwa seseorang.
Tempoh perjalanan dari kuala lumpur hanya mengambil 4 jam 30 minit sahaja dan anda tidak perlu risau kemudahan juga disediakan seperti tandas, ruang memasak dan ruang makan di tepi sungai sambil menghirup udara segar dan bersih. Tidak ketinggalan juga anda boleh berkhemah di tepi sungai namun harus membawa kelengkapan secukupnya.Oleh itu percutian di chalet kampung bersah akan menjadikan satu pengalaman berbeza kali ini.
Alamat: Chalet Bersah, Pos Kuala Mu, Perak., Perak
Chalet Latip D’Ayer Itam
Anda mencari tempat percutian yang menyediakan penginapan konsep warna warni dan berada di tepi sungai ,chalet latip D’ ayer itam menawarkan pakej tersebut. Anda boleh melakukan aktiviti family day di sini malahan berkelah pun boleh. Malahan chalet ini juga berada di kawasan batu kurau yang terkenal dengan dusun durian, apabila dalam perjalanan menuju ke sini, akan terlihat gerai menjual durian di tepi jalan. Apabila anda semua bangun pagi akan berasa sangat best kerana membuka jendela terus nampak keindahan alam ,sekaligus menghirup udara segar di situ.
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan iaitu antara 150-350 berdasarkan pakej penginapan anda semua. Satu cottage yang disediakan mampu memuatkan dalam 5-7 orang dan disediakan dengan kemudahan keperluan asas. Oleh itu tunggu apa lagi, ayuh datang ke sini bersama keluarga anda semua.
Alamat: Lot 6836A, Jalan Buah Manggis, Kg Air Hitam, 34500 Batu Kurau, Perak
Chalet Atuk Dollah
Chalet Atuk Dollah menawarkan pakej pelancongan yang menarik pengunjung untuk datang ke sini iaitu kawasan yang dikelilingi dengan alam semulajadi , aliran sungai mendamaikan jiwa anda semua daripada kesibukan di ibu kota. Mereka yang merupakan pencinta alam tempat ini memang sesuai untuk dijadikan tempat percutian kerana rimbunan pokok menghijau boleh dijadikan sebagai satu terapi untuk menghilangkan tekanan dalam fikiran anda semua.
Chalet Atuk Dollah tidak jauh dari pekan Kampar hanya mengambil masa dalam 10-15 minit sahaja jika menaiki kenderaan , malahan kemudahan yang disediakan amat terbaik dan menyediakan penginapan dengan harga berpatutan. Aktiviti yang ditawarkan adalah jungle tracking, bagi ikan makan, memasang bubu dan sebagainya. Aktiviti tersebut mampu mengeratkan hubungan silaturahim bersama kelaurga tersayang .Oleh itu, anda seharusnya datang ke Chalet Atuk Dollah untuk merasai percutian yang berbeza daripada sebelum ini.
Alamat: Jalan Batu Berangkai, Kampung Batu Berangkai, 31900 Kampar, Perak
Lenggong Longhouse Campsite
Perak memang terkenal dengan lokasi percutian yang dikelilingi alam semulajadi dan berdekatan dengan sungai. Tidak ketinggalan juga kawasan sungai yang bersih dan jernih yang menjadi salah satu tarikan pengunjung datang bercuti ke negeri ini. Oleh itu tidak asing lagi Lenggong dikenali dengan tempat yang kaya dengan flora dan fauna memberikan aura positif kepada anda semua.
Penginapan yang dinamakan lenggong longhouse campsite menawarkan konsep perkampungan di mana pondok yang menggunakan daun nipah sebagai atap rumah ala ala klasik serta santai. Tidak ketinggalan juga anda bangun pagi terus dapat melihat aliran sungai yang mengalir tenang, kicaun burung dan dapat mandi manda di situ. Sekiranya anda datang ke Perak janga lupa untuk singgah ke Lenggong Longhouse Campsite ,untuk mendapatkan chalet dan percutian yang menarik.
Alamat: Kampung Lenggong, 33400 Lenggong, Perak
Ulu River Lodge
Ulu River lodge merupakan satu penginapan chalet yang menarik kerana konsep ditawarkan amat berbeza daripada tempat lain. Hal ini kerana chalet yang berdekatan dengan sungai, dapat melihat flora dan fauna, malahan bagi yang merindui suasana kampung, anda seharusnya datang ke sini. Pemandangan di Ulu River Lodge amat menenangkan terletak di Kampung Jahang Gopeng, Perak.
Pelbagai aktiviti yang ditawarkan untuk dilakukan bersama keluarga tersayang seperti memancing, bbq dan berkhemah. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk datang ke sini dan merasai suasana kampung yang jauh berbeza di bandar.
Alamat: 19, Jln Kampung Rawa, Kampung Jahang, 31600 Gopeng, Perak
Chalet Pos Yum
Chalet Pos Yum terletak di perkampungan suku orang asli di Sungai Siput,Perak. Kawasan penginapan yang menarik dan menjanjikan kedamaian kepada anda semua dan melupakan tekanan di bandar mahupun tempat kerja. Apabila anda sampai ke sini, segala tekanan akan hilang setelah melihat pohon yang merimbun kehijauan , malahan kemudahan asas juga disediakan seperti ruang memasak, bbq, tandas dan ruang tempat makan yang diperbuat daripada buluh.
Mereka juga menawarkan tempat kebudayaan untuk melihat persembahan daripada Suku orang asli dan sekali gus mengenali budaya mereka. Jadi, ayuh datang ke sini untuk merasai suasana perkampungan bersama dengan suka orang asli serta belajar mengenai budaya mereka.
 Alamat: Jalan Bawong Lasah Perak, Perak
Rumah Sungai
Bagi anda yang mencari tempat percutian yang santai dan dikelilingi dengan alam semulajadi, apa kata anda datang ke rumah sungai, Lenggong mampu memenuhi cita rasa anda. Pada waktu malam suasana sangat cantik dan sejuk tanpa menggunakan penghawa dingin. Rumah Sungai ini juga menawarkan masakan kampung bagi merindui makanan di kampung halaman, boleh laa anda datang ke sini bersama keluarga.
Tidak ketinggalan juga anda boleh mengambil swafoto dengan insan tercinta untuk dijadikan kenangan terindah. Jadi, tunggu apa lagi ayuh datang ke sini merasai suasan perkampungan yang menarik.
Itulah antara lokasi chalet yang menarik berada tepi sungai di Perak menjadi tumpuan percutian orang ramai. Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk merasai pengalaman percutian tidak dilupakan dalam sejarah percutian anda semua.
 Alamat: Kg Lata Papan, Kampung Kuak, 33400 Lenggong, Perak
Alang-alang anda bercuti di Perak,apa kata anda semua singgah ke Pantai di Perak dan Tempat makan best di perak.
Rujukan
- Homestay Rumah Sungai,Lenggong ,Perak https://gokelah.com/2019/09/30/homestay-rumah-sungai-lenggong-perak
- 13 tempat menarik untuk family day di Perak https://ammboi.my/tempat-menarik-untuk-family-day-di-perak/
- 20 tempat menarik di Lenggong, Perak https://cariblogger.com/tempat-menarik-di-lenggong/