Bukit Jugra: Aktiviti Menarik Di Sekitar
Jugra merupakan ibu kota diraja yang terdapat di Selangor. Bangunan yang terdapat di sana jelas menunjukkan kesenian dan kemegahan di masa lalunya. Pada masa ini, Bukit Jugra masih menjadi tempat yang popular dalam kalangan pelancong dalam negara mahupun luar negara.
Sekiranya anda merancang percutian ke Selangor, anda boleh datang ke sini untuk mencuba berbagai jenis aktiviti seperti paragliding, hiking, melawat muzium, melawat makam sultan, pergi ke pantai dan banyak lagi. Jika anda ingin datang ke sini bersama rakan-rakan, anda mungkin akan menyukai aktiviti yang ditawarkan di sini, kerana kebanyakannya merupakan aktiviti yang lasak. Jom datang ke sini untuk merasai sendiri pengalaman anda.
Paragliding
Sekiranya anda selalu melihat movie inggeris yang terjun menggunakan payung terjun, kini anda juga boleh merasai pengalaman yang sama jika datang ke sini. Paragliding merupakan sukan ekstrem yang terdapat di Bukit Jugra. Sukan ini dilakukan dengan meluncur di udara menggunakan payung terjun lebar dengan terjun dari tempat yang tinggi.
Selain itu, sukan ini hanya dapat dilakukan sekiranya cuaca baik dan tidak hujan. Keadaan tiupan angin juga mempengaruhi tiupan payung terjun. Jangan risau sekiranya anda ingin melakukan aktiviti ini. Hal ini kerana, anda akan ditemani oleh seorang pilot yang akan mengawal payung terjun tersebut. Rasai pengalaman ekstreme yang hanya didapati di sini.
Makam Almarhum Sultan Abdul Samad
Aktiviti menarik yang terdapat di Bukit Jugra ini ialah melawat makam Armahrum Sultan Abdul Samad. Jika biasanya di televisyen, anda akan melihat makan sultan, tetapi di sini, anda akan melihat sendiri makan Sultan Abdul Samad di hadapan mata anda sendiri. Kawasan ini dikenali sebagai Kompleks Makam Diraja. Kawasan di sini juga mempunyai keluasan lebih kurang 5 ekar.
Selain itu, makan Sultan Abdul Saman juga berada berdekatan dengan makam Sultan Abdul Samad Ibni Almarhum Tengku Abdullah yang telah mangkat pada bulan Februari 1898. Beliau telah memerintah dari tahun 1859 hingga 1898. Di sini juga terdapat beberapa makam lain yang boleh anda lawati. Sekiranya anda seorang yang sukakan sejarah, tempat ini sememangnya sangat sesuai untuk anda lawati sendiri.
Drift Trike
Walaupun Bukit Jugra merupakan tempat yang penuh bersejarah, jangan terkejut dengan aktivitinya yang satu ini. Jika anda seorang yang sukakan cabaran baru, apa kata cuba aktiviti drift trike yang terdapat di sini. Rasai pengalaman melalui bukit yang curam dengan selekoh yang tajam di bukit tersebut. Sekiranya anda ingin datang ke sini, pastikan anda merasai sendiri aktiviti di sini.
Selain itu, anda juga diingatkan untuk memakai kasut yang tertutup untuk memastikan keselamatan anda terjamin. Disebabkan aktiviti ini memerlukan anda untuk melalui jalan bukit yang curam, aktiviti ini tidak sesuai untuk kanak-kanak. Jika anda ingin melakukan aktiviti ini, anda perlu menempahnya terlebih dahulu. Taklimat dan peralatan keselamatan juga akan diberikan oleh pihak berkenaan.
Alamat: Jalan Bukit Jugra, Jugra Lama, 42700 Banting, Selangor
Waktu Operasi: 9:00 pagi–4:00 petang
Jeti Vaking
Bagi kaki pancing, anda boleh datang ke Jeti Vaking. Jeti ini merupakan pangkalan yang digunakan sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad dahulu. Pangkalan ini sebenarnya digunakan untuk menghubungkan Daerah Kuala Langat dan Klang. Kawasan di sekitarnya juga turut dihubungkan dengan menggunakan laluan ini. Pada zaman dahulu, pangkalan ini digunakan untuk membawa bijih timah, hasil hutan serta memudahkan penduduk di sini pada ketika dahulu.
Walaupun begitu, jeti ini tidak lagi digunakan sebagai pangkalan untuk membawa hasil hutan dan bijih timah. Jika anda datang ke sini, jeti ini telah menjadi tempat untuk kaki memancing di sini. Jangan terkejut jika anda terjumpa dengan beberapa komander ketika memancing. Hal ini kerana, terdapatnya Latihan komander yang dilakukan pada hari-hari yang tertentu. Di sini juga anda akan melihat terdapatnya tokong cina.
Bukit Jugra
Sekiranya anda peminat hiking, keindahan Bukit Jugra pastinya akan menarik perhatian anda. Jangan risau untuk datang ke sini jika anda baru bermula untuk belajar hiking. Hal ini kerana, pendakian di sini sangat sederhana dan tidak mempunyai jalan yang curam mahupun sukar untuk dilalui. Terdapat pelbagai tumbuhan dan haiwan yang menarik untuk anda lihat dan terokai.
Menariknya di sini, anda juga boleh memilih jenis trak yang mahu dilalui ketika mendaki di sini. Antara jalan yang dapat anda lalui ialah laluan yang cepat dan tidak mencabar mahupun laluan yang mencabar dan mengambil amsa sedikit lama untuk dilalui. Sekiranya anda sukakan cabaran, anda boleh melalui trek yang mencabar. Walau bagaimanapun, perbezaan di antara 2 trek ialah 15 minit.
Muzium Insitu, Jugra
Bagi mereka yang meminati sejarah, anda mungkin akan menyukai muzium yang terdapat di sini. Muzium yang dikenali sebagai Muzium Insitu ini telah dibina sejak zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad. Menariknya mengenai muzium ini, bangunannya dibina menggunakan batu granit yang dipotong menjadi bentuk segi empat.
Selain itu, terdapat banyak barang bersejarah yang dapat anda lihat jika datang ke sini. Antara barangan bersejarah ialah telefon lama, duit syiling yang digunakan ketika zaman British, camera lama, basikal lama dan banyak lagi. Di sini juga, anda boleh membaca pelbagai maklumat mengenai sejarah mengenai daerah Kuala Langat, maklumat Pemerintahan Kesultanan Selangor dan banyak lagi.
Muzium ini mempunyai 3 buah balai pameran yang menempatkan maklumat sejarah yang berbeza. Jadi, tidak rugi untuk anda membawa anak-anak mahupun rakan-rakan untuk mempelajari dan mengetahui mengenai sejarah yang terdapat di Selangor. Tiket masuk ke sini adalah percuma. Memang berbaloi dan menarik untuk dilawati.
Alamat: Bukit Jugra, 42700 Banting, Selangor.
Waktu Operasi: 10.00 pagi – 5.00 petang (Selasa-Jumaat)
                             10.00 pagi – 5.30 petang (Sabtu, Ahad dan Cuti Umum)
                             Tutup (Isnin)
Pantai Morib
Percutian pastinya tidak terasa lengkap sekiranya anda tidak datang ke pantai. Jangan lepaskan peluang anda untuk menikmati keindahan pantai Morib yang terdapat di Bukit Jugra ini. Jika anda datang ke bersama keluarga, anak-anak anda pastinya akan menyukai aktiviti yang dapat dilakukan ketika di sini.
Terdapat pelbagai aktiviti menarik yang dapat anda lakukan di sini. Antara aktiviti yang biasa dilakukan ialah bermain layang-layang, bermain buih, bermandi manda, membina istana pasir dan banyak lagi. Anda juga boleh melakukan konvo basikal dan memancing di sini. Jangan lepaskan peluang untuk menikmati keindahan matahari terbenam berlatarkan pantai yang cantik.
Menariknya di sini, anda bukan sahaja dapat melakukan pelbagai aktiviti yang menarik, malah anda juga dapat menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini. Jangan risau sekiranya anda berasa lapar ketika melakukan pelbagai aktiviti. Hal ini kerana, terdapat beberapa gerai makan di sekitar pantai ini yang dapat anda pergi. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri pengalaman anda.
Kesimpulan
Terdapat banyak aktiviti yang dapat anda lakukan di sekitar Bukit Jugra. Anda pastinya tidak mahu melepaskan peluang untuk melihat sendiri keindahan dan tempat menarik yang terdapat di sini. Walaupun begitu, Bukit Jugra sangat menarik untuk dijadikan tempat percutian sekiranya anda ingin merancang bercuti bersama rakan-rakan anda.
Di sini juga, bukan sahaja terkenal disebabkan aktivitinya yang pelbagai, tetapi sejarah tempat itu sendiri yang menjadikannya sebagai tumpuan pelancongan. Jangan lepaskan peluang anda untuk datang ke sini dan rancang percutian idaman anda sendiri.
Anda juga dijemput untuk membaca artikel menarik kami yang lain seperti: