Bukit Bendera: Harga dan Aktiviti Menarik di Sini
Pernah berkunjung ke Bukit Bendera? Kalau tak pernah, anda memang patut terokanya dahulu melalui artikel ini agar anda mudah untuk membahagikan masa percutian dan bajet yang perlu anda sediakan.
Pulau Pinang mempunyai banyak tarikan menarik yang boleh anda kunjungi. Salah satunya memang diketahui umum iaitu Bukit Bendera. Tempat ini merupakan mercu tanda dan tempat yang anda harus kunjungi sewaktu percutian.
Hanya dalam satu kawasan, pelbagai tempat dan aktiviti menarik yang anda boleh lakukan dalam satu hari. Pasti anda tak bosan bila berada di sini.
Sebelum anda ke sini, anda perlu tahu waktu operasi dan harga tiket. Bukit Bendera dibuka pada setiap hari bermula 6.30 pagi hingga 10.00 malam. Kaunter tiket pula dibuka seawal 6.15 pagi dan ditutup pada 7.45 petang.
Untuk ke puncak Bukit Bendera, anda perlu menaiki keretapi furnikular dan perkhidmatan ini disediakan setiap satu jam. Namun berkemungkinan akan ditambah mengikut keadaan atau situasi semasa.
Harga Tiket
Kadar tiket berbeza mengikut kategori umur dan jenis lane. Layari laman Penang Hill untuk dapatkan maklumat lanjut tentang pakej tiket masuk. Harga tiket keretapi furnikular untuk dua hala bagi anda yang mempunyai mykad atau mykid, anda boleh rujuk di bawah.
Kategori | Harga Tiket Normal Lane (RM) | Harga Tiket Fast Lane (RM) |
Kanak-kanak | 6 | 20 |
Dewasa | 12 | 40 |
Warga Emas | 6 | 6 |
Jom lihat tempat menarik dan aktiviti yang boleh anda lakukan di sini:
Menginap di Bukit Bendera
Pasti ada yang tak tahu, di puncak Bukit Bendera terdapat dua buah penginapan menarik iaitu Bellevue Hotel dan Hillside Retreat. Jika anda ingin merasai pengalaman menginap di puncak bukit dan dikelilingi alam, cubalah menginap di sini.
Bellevue Hotel mempunyai 12 buah bilik. Hotel yang berkonsepkan rumah banglo ini mampu memuatkan sehingga 3 orang dalam setiap bilik. Kadar harga penginapan disini bermula RM 320 sehingga RM 470 untuk satu malam. Cukup berbaloi dengan kemudahan, persekitaran dan pengalaman yang akan anda perolehi.
Hillside Retreat pula merupakan penginapan sebuah bangle unik yang dibina berabad-abad dahulu. Terdapat 8 jenis bilik dan 14 khemah disediakan jika anda ingin berkhemah. Setiap bilik atau khemah boleh memuatkan 4 orang. Kadar penginapan serendah RM 50 hingga RM 250.
Bersiar-siar mengelilingi Bukit Bendera
Trek untuk mengelilingi Bukit Bendera sangat panjang dan luas. Jika anda mempunyai tenaga, anda bolehlah berjalan sambil menghirup udara yang segar. Seeloknya ambil peta yang disediakan di kaunter agar mudah anda merancang perjalanan sejauh 4 km pergi dan balik.
Namun jika anda tidak ingin kepenatan, sewa sahaja buggy untuk menikmati puncak bukit ini. Jangan risau jika anda menaiki buggy kerana anda masih boleh berhenti dimana-mana tempat untuk membuat aktiviti, bergambar atau singgah di kawasan tumpuan. Sewaan sebuah buggy adalah RM 30 dan mampu memuatkan 5 orang.
Di sini pelbagai sudut anda melihat keindahan Pulau Mutiara ini seperti di Observation Area yang menyediakan teropong-teropong untuk anda melihat dengan lebih jelas.
The Habitat Penang Hill
RM 60 adalah bayaran yang dikenakan untuk memasuki The Habitat Penang Hill. Harga sedikit tinggi namun berbaloi dan pasti anda puas hati kerana pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh cuba seperti Sunset Walk, Trail & Gardens, Langur Way Canopy Walk, The Flight of The Colugo dan aktiviti utamanya Curtis Crest Tree Top Walk.
The Habitat Penang Hill dibuka setiap hari pada pukul 9.00 pagi sehingga 7.00 petang tetapi anda dibenarkan masuk sehingga pukul 6.00 petang sahaja. Untuk menikmati perjalanan matahari terbenam, ianya dibuka pada hujung minggu sahaja bermula 5.30 petang sehingga 8.00 malam.
Anda yang suka akan aktiviti lasak memang patut singgah di sini. Layari laman web The Habitat.my untuk menyertai sebarang acara atau menjadi ahli dan mendapat diskaun tiket yang lebih berbaloi.
Bergambar di Little Village
Cari lebih banyak tempat ootd dengan latar lebih awesome? Nikmatinya di Little Village. Anda dapat bergambar berlatarkan tanaman menghijau serta bunga yang berwarna-warni.
Jika anda memasuki The Little Village, anda akan dapati bukan sahaja latar flora yang ada, malah latar replika hati, Dwarf Village dan lain-lain. Waktu operasi bagi Little Village bermula 9.30 pagi hingga 9.00 malam. Nak lebih menarik, sewa pelbagai kostum yang cantik.
Merasai pengalaman gempa bumi di Earthquake & Typhoon
Jom rasai pengalaman unik persis seperti gempa bumi dan sunami di sini. Simulasi yang disediakan memang sama seperti keadaan sebenar dari segi bunyi, gegaran dan persekitaran. Semua ini disediakan bagi memberi pendidikan atau maklumat sebagai langkah pencegahan dan pemeliharaan alam sekitar.
Dibuka pada setiap hari bermula 9.00 pagi hingga 7.00 petang, ianya terletak bersebelahan balai polis. Anda akan merasai pengalaman unik ini selama 18 minit.
Dinasour and Aviary Garden
Anak-anak pasti menyukai tempat ini. Mana tidaknya, koleksi haiwan yang paling digemari untuk golongan ini. Tempat ini hanya 100 meter sahaja dari Bellevue Hotel. Banyak fakta menarik serta sejarah tentang kewujudan dinasour sejak berates tahun dahulu.
Dinasour and Aviary Garden dibuka awal iaitu bermula 8.00 pagi hingga 7.00 petang. Kadar tiket pula adalah RM 10.
Banyak aktiviti menarik di Bukit Bendera. Pasti anda memerlukan lebih satu hari untuk mencuba dan menikmati kesemuanya. Bayaran juga sangat berbaloi buat setiap pengunjung.
Yang penting semua kemudahan ada seperti pengangkutan, tempat makan, tandas, spa dan surau. Kemudahan yang ada bersih dan selesa. Rugi jika anda ke Penang tetapi tidak singgah di sini. Tips penting jika anda tidak ingin bersesak, datanglah seawal yang mungkin.
Berada di Penang? Ini tempat menarik yang boleh anda kunjungi: