13 Aktiviti Indoor di Johor Untuk Dewasa dan Kanak-kanak
Apa aktiviti Indoor di Johor yang seronok dan sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak? Bukan apa, kebanyakan orang memilih untuk melakukan aktiviti indoor kerana lebih selamat dan sesuai walaupun keadaan cuaca yang panas atau hujan.
Kini lebih banyak pusat aktiviti indoor yang muncul bukan sahaja untuk hiburan semata, malah melibatkan aktiviti fizikal, kemahiran, pembelajaran dan sebagainya. Ada tempat yang yang memerlukan keberanian dan ada tempat untuk bersantai.
Walaupun berada dalam premis tertutup, anda masih boleh berhibur dengan seronok. Ada tempat baru dan best di Johor untuk aktiviti keluarga. Nak tahu tempat apa? Jom tengok senarai aktiviti Indoor di Johor yang boleh anda kunjungi pada waktu cuti!
Bear & Bad 3D Animation
Tempat yang paling instagrammable di Johor semestinya Bear & Bad 3D Animation yang menggabungkan pelbagai tema dan sudut. Bear & Bad terbahagi kepada enam mini muzium dan tiga ruang permainan kanak-kanak.
Anda boleh bergambar sepuasnya di muzium yang berkonsepkan muzium layang-layang, muzium dinasour, muzium angkasa lepas dan sebagainya. Sementara anda berootd sepuasnya, anak-anak boleh bermain dan belajar di Ballpool dan Little Steam Lab Centre.
Selain itu, ada juga ruangan untuk membaca komik dan menonton video animasi. Harga tiket anda boleh dapatkan RM 58 untuk dewasa.
Alamat: 1413,1414, 1415, Jln Lagenda 51, Taman Lagenda Putra, 81000 Kulai, Johor
Waktu operasi: Rabu-Isnin (10.00 am-8.00 pm)
Game On @ Themepark Toppen
Taman tema ini baru dibuka iaitu pada penghujung 2023. Terdapat 13 tarikan dengan pelbagai konsep sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Ada aktiviti santai, ada juga aktiviti yang menguji keberanian serta melibatkan fizikal. Dengan tema Endless Fun For Everyone, kesemuanya anda boleh bermain hanya di sebuah tempat.
Jika mahukan aktiviti yang lasak, apa kata anda cuba flying fox, cabaran Ninja, Bubble Bang dan trampolin yang semestinya menaikkan adrenalin. Kanak-kanak pula boleh menguatkan otot mereka menerusi aktiviti Dodge Dash Mario, Let’s Jump dan Sticky Wall.
Bagi mereka yang lebih memilih aktiviti yang santai, anda boleh karaoke di Sing On, bermain permainan e-sukan atau arked di Arcade Battle. Kanak-kanak bawah 10 tahun pula boleh bermain di ruangan Little World dengan lebih banyak tarikan yang sesuai buat umur mereka.
Harga tiket untuk dewasa adalah RM 38 manakala kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahunsekadar RM 35 sahaja. Tiket untuk keluarga lebih berbaloi iaitu RM 110 untuk 2 dewasa dan 1 kanak-kanak.
Alamat: L2-51, Toppen Shopping Centre No, 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
PLSC Drift
PLSC Drift merupakan pusat lumba kereta elektrik yang termurah di Johor. Bukan sahaja murah, malah anda pasti selesa berada di ruangan dalam atau indoor yang dilengkapi dengan pendingin hawa. Nikmati saat genting berlumba kereta tanpa mengeluarkan peluh!
Walaupun berada di tempat tertutup, trek lumbaan juga mencabar dengan pelbagai selekoh tajam. Seperti cawangan PLSC Drift yang lain, ruangan di sini juga memukau dengan lampu neon yang berwarna-warni. Kanak-kanak seawal 5 tahun dan ke atas boleh turut berlumba dengan selamat. Harga tiket adalah serendah RM 18 untuk 5 minit.
Alamat: Lot 1368, batu 18 jalan raya Saleng, Jalan Saleng, 81400 Senai, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
EnerG X Park
Terdapat lebih 15 tarikan atau aktiviti yang boleh anda lakukan di EnerG X Park. Paling penting, aktiviti indoor di Johor ini sesuai untuk dewasa dan kanak-kanak. Nak bawa satu keluarga berhibur sambil bersukan di sini pasti mereka puas.
Antara aktiviti popular semestinya Trampoline Wipeout, Tower Jump, Spiderman dan Tubby Ride. Pastikan stamina anda tinggi jika ke sini kerana anda perlu cuba kesemua aktiviti yang ada. Mencabar tetapi menyeronokkan!
Harga tiket pula serendah RM 48 sahaja tertakhluk pada hari dan pakej yang anda pilih. Datang ke EnerG X Park pasti anda keletihan kerana banyak permainan menyeronokkan yang ada dan rugi jika tidak cuba kesemuanya!
Alamat: Jalan Medini Selatan 1, 81550 Iskandar Puteri, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Bang Bang Vent
Bang Bang Vent juga antara tempat untuk melakukan aktiviti Indoor di Johor yang pasti memuaskan hati anda. Sesuai untuk mereka yang mahu hilangkan tekanan kerja mahupun belajar serta boleh dijadikan port untuk dating bersama pasangan.
Turut dikenali dengan BangHistory Escape & Smash Amusement, lima tarikan yang ada memang luar biasa. Tarikan pertama adalah Rage Room dimana pemain dapat melepaskan geram dengan cara memukul atau membaling pelbagai barang seperti botol dan kaca. Childbirth Experience pula memberikan pengalaman bersalin menggunakan simulator untuk lelaki mahupun perempuan. Tiket masuk untuk Rage Room dan Childbirth adalah RM 35.
Tiga lagi tarikan merupakan Escape Room dimana pemain perlu melalui peristiwa seram dan melepaskan diri dari bilik yang dipilih iaitu terdiri daripada Cecil Hotel, Hongkong Boardcasting Station dan Resentment Teacher-Student. Setiap pengembaraan mengambil masa selama 1 jam 30 minit dengan tahap keseraman dan aktiviti yang berbeza. Harga tiket adalah RM 78 untuk dewasa dan RM 68 untuk pelajar dan kanak-kanak. Jom uji keberanian anda di sini!
Alamat: 16,Persiaran Austin Heights 8/6,Taman Mount Austin,81100 Johor bahru.16-01, 12-01, Jalan Austin Heights 8/6, Taman Mount Austin, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin – Jumaat (12.30 pm-11.00 pm) | Sabtu & Ahad (12.30 pm – 12.00 am)
Roller Coast Eco Palladium
Nak lakukan aktiviti luar biasa? Jom cuba roller skate di Eco Palladium. Satu tarikan di sini semestinya ruang yang sangat selesa dan dihiasi dengan lampu neon. Ruang kelihatan estetik dan sangat sesuai untuk ootd sambil bermain kasut roda.
Pemain boleh membawa kasut roda sendiri dan kadar bayaran adalah RM 35 untuk 2 jam dan RM 55 untuk tempoh masa seharian. Jika tiada kasut, pemain boleh menyewa kasut di sini dengan kadar RM 45 untuk dua jam manakala RM 65 untuk seharian. Harga tiket ini adalah untuk dewasa. Jika tidak mahu bermain dan sekadar ingin menemani, hanya RM 5 dikenakan untuk tiket masuk.
Alamat: Eco Palladium, B02-06, Blk B, Jalan Ekoflora 7/1, Pusat Perdagangan Ekoflora, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (12.00 pm-12.00 am)
Good Times DIY
Good Times DIY sesuai untuk mereka yang lebih memilih untuk melakukan aktiviti santai bersama pasangan atau rakan baik. Di sini anda boleh mengait atau menyulam, membuat tembikar mahupun melukis dan mewarna.
Harga pakej untuk semua aktiviti berlainan mengikut jenis dan tempoh masa. Namun semua peralatan lengkap diberikan dan mendapat bimbingan serta tunjuk ajar dari krew Good Times DIY. Paling best, anda dapat membawa pulang kraf yang telah dibuat. Memang best!
Alamat: Level 1F-03A, Paradigm Mall, Jalan Bertingkat Skudai, Taman Bukit Mewah, 81200 Johor Bahru
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-7.00 pm)
VR+ Zone
VR+ Zone pula memberi ruang buat peminat game secara maya untuk bermain seperti realiti. Menggunakan teknologi VR, permainan ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa. Pelbagai tema pengembaraan boleh dipilih sama ada seram, fantasi, aksi dan sebagainya.
Dalam satu kumpulan, anda boleh bermain bersama tiga rakan yang lain. Pasti lebih menyeronokkan mengembara bersama tersayang. Harga setiap permainan serendah RM 40 sahaja mengikut bilangan permainan.
Alamat: Level 4, TM-022, The Mall, Mid Valley Southkey, 1, Persiaran Southkey 1, Kota Southkey, 80150 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Camp5
Jom lawan rasa gayat dengan menyertai aktiviti Camp5 iaitu rock climbing yang berada di Skudai Paradigm Mall. Aktiviti ini memerlukan kekuatan tubuh badan dan secara tak langsung menyihatkan anda.
Antara kelebihan Camp5 di Paradigm Mall adalah berpendingin hawa, ketinggian dinding mencapai 15 meter, kafe dan kemudahan lain. Anda juga boleh memanjat dengan ketinggian dan permukaan berbeza. Buat anda yang pertama kali ingin mencuba aktiviti ini, anda boleh menyertai kelas belajar memanjat atau 1HR Fun Climb.
Alamat: 7F-08 Level 7, Skudai Paradigm Mall, Skudai Hwy, 81200 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (12.00 pm-10.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am-8.00 pm)
Laser Battle
Laser Battle atau Laser Tag menjadi aktiviti Indoor di Johor yang kian popular kerana lain daripada yang lain. Laser yang digunakan tidak berbahaya kerana datang dari pistol elektronik. Jika paintball merupakan permainan yang menyakitkan namun tidak bagi laser battle.
Pemain boleh memilih antara 55 mod berbeza mengikut tahap kesukaran. Pemain akan dibekalkan dengan peralatan canggih iaitu Helios Pro. Peralatan ini mambantu menyelamatkan dan mengenal pasti pemain apabila ditembak serta memberi kesan sampingan lain ketika bermain. Yang penting, pemain perlu bijak mengatur strategi untuk melawan musuh.
Alamat: Lot MS-11, Innercity Level 4, Johor Bahru City Square, 108, Jalan Wong Ah Fook, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Isnin-Jumaat (10.00 am-10.00 pm) | Sabtu & Ahad (10.00 am-8.00 pm)
BookXcess
BookXcess di Sunway Big Bog merupakan kedai buku terbesar di selatan. Bagi ulat buku, anda datang ke sini untuk mendapatkan buku, majalah, komik dan alat tulis. Sebut sahaja genre apa yang anda mahukan semuanya ada di sini.
Bukan sekadar beli buku, ramai juga yang datang ke sini untuk bergambar. Mana tidaknya, terdapat rak buku yang sangat besar di tengah-tengah ruang ini. Masuk sahaja perkarangan BookXcess, pasti ramai yang terpukau dengan kekemasan dan pelbagai jenis buku yang disusun.
Alamat: Box Retail Park, F-01 First Floor, Sunway Big, Persiaran Medini 5, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-10.00 pm)
Stars Archery
Kebanyakan tempat memanah berada di perkarangan terbuka, terkena cahaya matahari yang memancar dan ruang luas seperti di padang. Namun lain pula konsep di Stars Archery dimana pengunjung memanah di ruangan tertutup dan berpendingin hawa.
Selain di Toppen, satu lagi cawangan Stars Archery terletak di Paradigm Mall. Harga pakej mengikut jumlah panah iaitu serendah RM 18 untuk 20 panah. Makin banyak panah yang anda pilih, makin jimat harga pakej!
Alamat: 33A, Jln Harmonium, Taman Desa Tebrau, 81100 Johor Bahru, Johor
Waktu operasi: Setiap hari (10.00 am-7.00 pm)
X Park
Di Johor juga ada taman tema yang extreme dan penuh dengan pengembaraan dan berada di Sunway Big Box Retail Park. Berkeluasan 32 ekar, EnerG X Park menjadi pusat sukan indoor yang terbesar di Malaysia. Hanya dalam satu tempat, pelbagai aktiviti lasak disediakan buat semua peringkat umur.
Dari halangan Ninja, memanah, go-kart hinggalah flying fox, memang memerlukan keberanian dan tenaga yang banyak. Pelbagai lagi aktiviti menarik menanti anda. Harga tiket adalah berbeza mengikut jenis aktiviti yang dipilih.
Alamat: Jalan Medini Selatan 2, Medini Zone F, Bandar Medini Iskandar, 79250 Iskandar Puteri, Johor
Waktu operasi: Isnin-Khamis (2.00 pm-12.00 am) | Jumaat-Ahad & Cuti Umum (10.00 am-12.00am)
Dah ada aktiviti Indoor di Johor yang menjadi pilihan anda semasa cuti ini? Kami cadangkan anda untuk pergi ke laman sesawang tempat tersebut dan semak harga terkini serta keperluan yang perlu dibawa. Hal ini memudahkan perjalanan sepanjang percutian pada hari tersebut.
Nak sihat dan seronok sewaktu cuti tidak semestinya perlu menyertai aktiviti luar. Kini, lebih banyak aktiviti dalaman atau indoor yang muncul. Bukan sahaja untuk hiburan, malah untuk pembelajaran, kesihatan dan jati diri.
Apa tunggu lagi? Jom ajak pasangan, keluarga dan rakan-rakan untuk ke tempat-tempat di atas. Nak dating atau nak buat team building juga sesuai. Selamat bercuti!
Nak tahu lebih banyak tempat menarik di Johor? Jom ke tempat-tempat berikut: