air terjun di perak

12 Air Terjun Di Perak Boleh Dikunjungi Ramai

Bercuti di Perak adalah cadangan yang sangat baik di mana terdapat pelbagai kawasan menarik boleh anda kunjungi. Selain taman tema dan kawasan bandar, anda juga boleh bercuti di Air terjun yang terdapat di Perak.

Percaya atau tidak, banyak air terjun di Perak yang boleh anda kunjungi untuk bercuti dan bersuka ria. Jom lihat satu demi satu.

1. Air Terjun Lubuk Timah

air terjun di perak
Imej via [tempatmenarik]

Cuti sekolah makin terasa seronok apabila anda dan keluarga berkunjung ke Air Terjun Lubuk Timah di Perak ini. Kawasannya agak luas sangat sesuai untuk aktiviti bersama keluarga dan rakan-rakan.

Suasana alam semulajadi seperti flora dan fauna amat mengujakan kerana kawasan ini sangat tenang, bersih dan segar. Beberapa kemudahan yang disediakan pasti akan memudahkan anda sepanjang berkunjung ke sini. Mandi-manda dan berkelahlah sepuas hati!

2. Air Terjun Lata Iskandar

air terjun di perak
Imej via [trip]

Siapa tak kenal akan Air Terjun Lata Iskandar? Ia sangat terkenal di Perak sebagai salah satu air terjun disulami flora dan fauna yang indah. Air Terjun Lata Iskandar terletak kira-kira 15 km dari pekan Tapah. Ia berdekatan dengan Cameron Highland juga.

Sekiranya bercuti di sini, jangan lupa untuk dapatkan kraf tangan yang dijual di gerai-gerai berhampiran tempat ini. Kemudahan asas seperti parking dan tandas juga disediakan di sini.

3. Air Terjun Sungai Bil

air terjun di perak
Imej via [tempatmenarik]

Air terjun di Perak ini sangat lapang, boleh berenang walaupun air nya cetek. Anak-anak pasti suka bermandi-manda di sini. Lata Sungai Bil ini membolehkan anda berkelah, berkhemah, melakukan BBQ dan macam-macam lagi.

Anda boleh datang melalui arah Utara Tanjung Malin yang kira-kira 24 km untuk ke sini. Duduk lama di sini pun tiada masalah kerana di sini ada tandas, pondok, rumah rehat dan lain-lain.

4. Air Terjun Ulu Kenas

air terjun di perak
Imej via [syamimisaad]

Ramai yang cukup menyukai kawasan Air Terjun Ulu Kenas yang merupakan salah satu air terjun di Perak ini. Ia sangat indah dan menyeronokkan kerana suasana dingin dan air yang sejuk sekiranya anda bermandi-manda di sini.

Antara aktiviti yang paling best boleh anda buat di sini adalah berkhemah, memasak dan berkelah. Air terjun ini tidak terlalu deras membuatkan anak-anak juga sesuai mandi di sini.

5. Air Terjun Ulu Cepor

air terjun di perak
Imej via [gokelah]

Sekiranya anda risaukan keselamatan anak-anak, Air Terjun Ulu Cepor ini merupakan pilihan terbaik buat anda. Air terjun di Perak ini sangat luas, memiliki ruang-ruang yang sesuai untuk anak-anak dan dewasa.

Ia terletak di Chemor, Perak dan lokasinya adalah kira-kira 10 kilometer dari bandar Ipoh. Setiap petang, anda boleh beriadah dan beristirehat di sini kerana ia amat menenangkan dan menyeronokkan.

6. Air terjun Kinjang

air terjun di perak
Imej via [jiwarosak]

Air terjun Kinjang ini terkenal sebagai air terjun bertingkat-tingkat. Ia mempunyai ketinggian kira-kira 850 meter dan merupakan air terjun yang tertinggi di Asia Tenggara. Sekiranya anda inginkan kelainan, datanglah ke air terjun di Perak ini.

7. Air Terjun Lata Kekabu

air terjun di perak
Imej via [teamtravel]

Sama seperti air terjun di Perak yang lain, terdapat banyak kemudahan asas yang boleh anda gunakan sepanjang bercuti di sini. Mandi-manda di sini sangat sejuk dek air terjun yang jernih, pastinya akan membuatkan anda lega!

Hutan Lipur Lata Kekabu ini sebenarnya terletak dalam Hutan Simpan Bintang Hijau. Tahukah anda, air terjun ini tidak jauh dari Geleri Arkeologi Lenggong yang merupakan tempat bersejarah di Perak.

8. Air Terjun Pecah Batu

air terjun di Perak
Imej via [teamtravel]

Tidak perlu risau jika datang bersama keluarga beramai-ramai kerana terdapat kolam yang cetek dan kolam yang dalam di sini. Anda boleh pilih tempat untuk mandi-manda mengikut kesesuaian masing-masing.

Air terjun di Perak ini sering dikunjungi oleh pengunjung tempatan. Ia berada di kaki Gunung Bubu, Trong. Terdapat banyak batu licin di sini dimana pastinya anda perlu berhati-hati.

9. Air Terjun Lata Tebing Tinggi

air terjun di perak
Imej via [emily2u]

Air Terjun Lata Tebing Tinggi terletak di Selama Perak dan menjadi tarikan pengunjung tempatan. Berdekatan air terjun ini, terdapat chalet ataupun penginapan yang mampu milik sekiranya anda datang dari jauh. Ia amat sesuai untuk percutian yang menenangkan.

10. Air Terjun Batu Berangkai

air terjun di perak
Imej via [dkosonglapan]

Air Terjun Batu Berangkai merupakan salah satu air terjun di Perak yang tidak dikenali ramai. Ini mungkin kerana air terjun ini agak berbahaya kerana terdapat beberapa kes lemas yang telah berlaku. Tiada masalah untuk ke sini tetapi dinasihatkan anda agar berhati-hati.

11. Buntong Falls

Siapa sangka rupanya terdapat banyak air terjun di Perak yang jarang diterokai. Salah satunya adalah Buntong Falls. Buntong Falls terletak di Menglembu Perak.

Ia sesuai dijadikan kawasan mandi untuk anda yang ingin bercuti, namun ia agak berbahaya kerana berbatu-batu besar. Apa-apapun, pemandangan yang boleh dilihat di sini sangat-sangat menakjubkan.

12. Bukit Jana Fall

Jauh di Kamunting, Perak, terdapat sebuah air terjun di Bukit Jana Fall. Penuh dengan alam semulajadi bukit, namun terdapat air terjun yang membolehkan anda bermandi-manda di sini.

Ia tidaklah seluas air terjun yang lai tetapi agak meriah. Terdapat ikan-ikan di dalam air yang jernih, anda juga boleh melihatnya.

Itulah dia air terjun di Perak yang boleh anda kunjungi untuk percutian santai bersama keluarga dan kawan-kawan. Jom baca juga air terjun di Kelantan, tempat menarik di Malaysia yang tidak diketahui dan negara murah untuk melancong.

Rujukan:

  1. Air Terjun Di Perak. https://www.teamtravel.my/air-terjun-di-perak/
  2. Air Terjun Di Perak. https://www.google.com
  3. Air Terjun Di Perak. https://www.teamtravel.my/air-terjun-di-perak/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *