10 Tempat Shopping di Langkawi dan 6 Tips Bercuti di Langkawi
Siapa tidak suka membeli-belah di Langkawi? Langkawi sangat terkenal dengan barangannya yang murah, maklumlah ia merupakan Pulau Bebas Cukai, maka kerana itu banyak barangannya jauh lebih murah berbanding di Semenanjung.
1. HIG Mall
HIG Mall ini adalah pusat membeli-belah yang terbesar di Langkawi selain merupakan cawangan yang terbesar juga bagi Haji Ismail Group. Kesemua barangan di sini dikatakan berpatutan dan merupakan kedai termurah berbanding kedai-kedai yang lain.
Tersedia juga medan selera yang mempunyai variasi makanan resipi masakan dari Langkawi sendiri yang boleh anda pilih. Dari nasi campur hinggalah masakan barat kesemuanya boleh didapati di sini. Waktu operasi HIG Mall ini adalah dari jam 10 pagi sehingga jam 10 malam. Lokasi HIG Mall ini terletaknya di Jalan Penarak, Kuah.
2. Rams Home Decor Sdn Bhd
Para pelancong biasanya akan membeli coklat, pinggan mangkuk, cadar, bantal, minyak wangi dan sebagainya, tidak tertakluk kepada barangan rumah sahaja. Lokasi kedai ini terletaknya di Dayang Business Centre, Pekan Rabu.
Harga yang ditawarkan juga amat berpatutan justeru ia menjadi salah satu tempat tumpuan untuk para pelancong berkunjung ke sini. Rams Home Decor Sdn Bhd ini dibuka dari jam 9 pagi sehingga jam 9.30 malam sahaja.
3. Idaman Suri
Pasti rata-rata mereka akan menjawab Idaman Suri. Bangunan yang berwarna kekuningan dan besar ini sudah lama utuh dan berjaya memenuhi kehendak keperluan para ibu-ibu dan suri rumah tangga sejak bertahun-tahun lamanya. Lokasinya terletak di Taman Seri Berlian iaitu beberapa minit perjalanan dari Bandar Kuah.
Pelbagai barangan yang sangat murah boleh anda dapatkan di sini termasuklah peralatan dapur seperti periuk dan kuali, cawan dan piring. Anda boeh lihat reka hiasan pada barangan dapurnya semuanya adalah unik dan cantik belaka. Terdapat juga coklat, peralatan rumah dan perabot yang ada dijual di sini.
Idaman Suri ini dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi sehingga 9 malam kecuali pada hari Jumaat, ianya tutup sepanjang hari dan tidak beroperasi.
4. Jetty Point
Antaranya adalah barang kemas, jam tangan, coklat, barangan cenderamata, kaca mata hitam, cermin mata, kasut, produk elektronik, batik, barangan kraftangan, pakaian lelaki dan wanita, kristal dan pelbagai barangan kaca, minyak wangi serta banyak lagi.
Terdapat juga restoran yang tersedia untuk anda bersantap setelah penat membeli-belah. Waktu operasi Jetty Point ini adalah pukul 9 am-5.30 pm untuk Isnin hingga Khamis, Jumaat pula adalah dari pukul 9am-6pm manakala untuk hari Sabtu ia hanya dibuka pada pukul 9 am-1 pm dan ditutup sepenuhnya pada hari Ahad.
5. Zeno Duty Free Shopping Centre
Pembeli dinasihatkan untuk menyemak dahulu tarikh luputnya sebelum membuat pembayaran. Zeno Duty Free Shopping Centre ini terletak di tengah-tengah Bandar Kuah iaitu di Jalan Pandak Mayah 6.
Tempat shopping di Langkawi ini bersebelahan sahaja dengan Eastern Native Duty Free yang menjual rokok dan cerut, beg bagasi, minyak wangi, pakaian dan peralatan dapur. Semuanya dijual dengan pada harga yang cukup-cukup memuaskan dan sangat murah sekali. Pusat membeli-belah ini dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 9.30 malam.
6. Langkawi Saga Shopping Centre
Langkawi Saga Shopping Centre terletak di pusat Bandar Kuah iaitu di Jalan Penarak. Langkawi Saga Shopping Centre merupakan pusat membeli-belah yang pakar dalam pembuatan barangan rumah, pakaian, seramik hiasan dan kristal. Ia dibuka setiap hari dari jam 10pagi hingga 10 malam.
7. Langkawi Fair
Meskipun tidak semua kedai di sini menawarkan barangan yang bebas cukai namun barangan seperti coklat, tembakau dan beberapa barangan lain masih boleh didapati dengan harga bebas cukai. Pusat beli-belah ini juga mempunyai pasar yang besar.
Banyak kemeja T yang cantik-cantik boleh anda dapatkan di sini pada harga yang berpatutan. Langkawi Fair ini dibuka setiap hari buat pengunjung bermula pukul 10 pagi sehingga 10 malam.
8. Langkawi Parade
9. Cenang Mall
Pengunjung juga boleh menjamu selera di beberapa tempat makan yang terletak di pusat membeli-belah itu seperti KFC yang dibuka 24 jam, Starbucks, McDonalds, The Loaf, Old Town White Coffee serta Wakaba iaitu restoran Jepun yang terletak di aras 1.
10. Cenang Street
Tempat shopping di Langkawi ini adalah destinasi percutian yang sangat popular dan wajib pergi jika anda ke Langkawi. Terdapat banyak tarikan mesra untuk keluarga dan kanak-kanak seperti Underwater World Langkawi, Muzuim Padi dan Kiki Club di Meritus Pelangi Resort dan Spa.
7 Tips Bercuti Di Langkawi
Selain tempat shopping di atas, mari kami kongsikan tips-tips bercuti di Langkawi juga untuk kemudahan anda.

- Bawa Luggage Yang Sesuai Dan Mencukupi
Jika anda seorang kaki shopping, disarankan anda membawa paper beg kain lebih untuk mengisi coklat-coklat atau barang yang bakal di bawa pulang mahupun pinggan mangkuk dan barangan lain yang dibeli.
- Pilih Laluan Feri Yang Lebih Singkat Untuk Menjimatkan Masa
Jika anda seorang yang mabuk laut, disarankan anda menaiki feri melalui laluan Kuala Perlis kerana ia cuma memakan masa selama lebih kurang 55 minit sahaja berbanding melalui Kuala Kedah yang mengambil masa sehingga 2 jam. Secara tidak langsung, anda juga boleh menjimatkan masa perjalanan anda.
- Jangan Menjejakkan Kaki Ke Restoran Yang Dipenuhi Akuarium
Jika bajet anda tidak besar, jangan sesekali berkunjung ke tempat makan yang terlihat indah haiwan laut berenang-renang di dalam akuarium kerana dikhuatiri memakan belanja yang sangat besar. Perlu diingatkan setiap makanan laut yang di caj adalah berdasarkan 100 gram bukannya 1 kg.
Jangan menganiaya restoran tersebut dengan mengviralkan restoran tersebut menjual pada harga yang tidak masuk akal apabila anda sendiri yang tidak ‘ukur wang di poket sendiri’.

- Rancang Perbelanjaan Dengan Bijak
Mereka yang bijak adalah mereka yang merancang perbelanjaan. Sebelum tiba di tempat shopping di Langkawi, anda seharusnya sudah siap membuat kira-kira tentang segala kos yang mungkin terlibat apabila berada di sana. Dari pengangkutan , makanan, penginapan sehinggalah membeli-belah, anda harus tahu berapa bajet yang perlu disediakan. Jangan pula terkandas di sana gara-gara terbelanja lebih.
- Beli Tiket Feri Awal Dan Tempah Penginapan Sebelum Tiba Di Langkawi
Terdapat banyak isu pelancong yang terkandas dan tidak dapat keluar dari tempat shopping di Pulau Langkawi kerana kehabisan tiket akibat membelinya ‘last minute’. Ada juga yang terpaksa tidur di jeti kerana hotel-hotel telah penuh akibat cuti musim sekolah. Jangan biarkan percutian anda rosak gara-gara anda tiada perancangan awal.
- Keluar Awal Untuk Elak Jem
Jika anda telah mendapatkan tiket feri pada masa-masa tertentu, sila rancang perjalanan anda dan keluar dari hotel 3 jam lebih awal. Kita tidak boleh menduga kesesakan lalu lintas yang bakal terjadi terutamanya di jalan-jalan berhampiran bandar Kuah menghala ke jeti. Risau jika anda terlepas feri pula!