tempat menarik untuk family day di janda baik

10 Tempat Menarik Untuk Family Day Di Janda Baik

Janda Baik terletak di dalam kawasan Pahang tak jauh jika anda datang dari Kuala Lumpur. Terdapat banyak resort dan tempat percutian menarik boleh anda kunjungi terutamanya jika anda ingin menyambut hari lahir, hari anniversari dan juga tak terkecuali, hari keluarga.

Pasti meriah sambutan hari keluarga kali ini jika berkunjung ke sini. Terdapat banyak tempat menarik untuk family day di Janda Baik berkonsepkan air terjun, hutan yang pastinya alam semulajadi indah harus anda kunjungi. 

Jangan lepaskan peluang untuk bercuti di sini! Jom lihat antara tempat menarik untuk family day di Janda Baik.

1. Hawa Resort, Janda Baik

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [maisinggah]

Hawa Resort menjadi kegemaran ramai keluarga kerana keindahan penginapan ini berada berdekatan dengan air sungai. Anda boleh bermandi-manda dan menginap di Hawa Resort. 

Bilik untuk keluarga dan kemudahan turut disediakan buat anda. Tempat menarik untuk family day di Janda Baik ini berada di kawasan perkampungan yang sangat cantik dan bersih.

Antara aktiviti menarik adalah seperti menerokai hutan berdekatan, mandi-manda di sungai, berkelah dan juga aktiviti BBQ. 

2. Chengal Hill Retreat

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [maisinggah]

Chengal Hill Retreat yang penuh dengan kehijauan alam ini menyediakan pelbagai jenis penginapan buat anda dan keluarga. Antaranya adalah water chalet, chalet tepi sungai dan juga rumah unik atau apachi.

Selain menikmati alam indah di sini, anda dan keluarga boleh bermandi-manda di kolam renang dan sungai yang terdapat di sini. Tarikan menarik lain juga adalah seperti ATV, aktiviti memanah, berbasikal, meredah hutan dan juga aktiviti 4X4. Pastinya cukup mengihiburkan.

3. Fifty4ferns

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [traveloka]

Fifty4ferns tidak terkecuali dari kawasan air terjun dan aktiviti mandi-manda. Tempat menarik untuk family day di Janda Baik ini menawarkan resort yang sangat selesa dan tempat percutian menyeronokkan. 

Kawasan menarik Fifty4ferns terdiri daripada chalet standard, treehouse, sungai mandian berhadapan chalet, kolam renang kanak-kanak dan dewasa, jakuzi, taman Fifty4ferns, kawasan pokok buah-buahan dan lain-lain lagi. Dijamin anda takkan bosan menyambut family day di sini.

 4. Happy Paradise

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [makemytrip]

Siapa sangka Janda Baik memiliki tempat menarik untuk family day yang sangat menyeronokkan. Happy Paradise membolehkan anda melakukan pelbagai aktiviti seperti bermandi di kolam reang, BBQ, kunjungi taman haiwan, menaiki kuda dan lain-lain lagi.

Sambil menyambut family day, anda juga dapat menghiburkan hati sekeluarga terutamanya dapat menggembirakan anak-anak. Untuk bermalam di sini, ianya hanyalah serendah RM 150 sahaja.

5. Sailor’s Rest Resort

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [thebesthotels]

Unik mengenai Sailor’s Rest Resort ini adalah ia terletak di Banjaran Titiwangsa. Terdapat pelbagai jenis penginapan menarik untuk anda dan keluarga seperti kampung Chalet, Boathouse, Chalet Moden, On-room Annex dan juga Berglamorous Camping. Namanya sahaja pun sudah menarik bukan?

6. Seri Pengantin Resort 

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [readymap]

Jika anda ingin bercuti bersama keluarga besar, pastinya Seri Pengantin Resort ini sangat sesuai buat percutian anda. Tempat menarik untuk family day di Janda Baik ini lengkap dengan kolam mandi serta pilihan bilik dari harga RM170 sehinggalah yang lebih premium dan mewah. Jom ke tempat menarik yang menenangkan ini!

7. Al Sakinah Eco Resort

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [siraplimau]

Salah satu tempat menarik untuk family day di Janda baik adalah Al Sakinah Eco Resort. Berdekatan dengan tasik, anda boleh meluangkan masa bersama keluarga untuk memancing di sini. Kemudian, bolehlah lakukan aktiviti bakar ikan atau BBQ bersama keluarga. 

Selain itu, mandi kolam juga adalah aktiviti keluarga boleh anda lakukan. Suasana yang sejuk dan nyaman ini menarik perhatian ramai. Kos penginapan di sini adalah serendah RM 400.

 8. D’Ark Resort

tempat menarik untuk family day di janda baik
Imej via [gokelah]

Sebagai salah satu tempat percutian keluarga, konsep kampung diketengahkan di sini. Bukan sahaja suasana rumah dan sekitarnya, tetapi aktiviti permainan atau hobi di sini juga amat menyeronokkan. 

Anda berpeluang untuk bermain badminton,congkak, ping-pong, karom, jungle trek, sepak takraw, bola jaring, memancing, berbbq, rafting dan banyak lagi. Anak-anak pasti suka dengan aktiviti yang sebegini.

 9. Chalet Mama Papa

tempat menarik untuk family day di port dickson
Imej via [maisinggah]

Ingin menaiki ATV dan bermandi sungai? Anda boleh ke Chalet Mama Papa bagi percutian keluarga dan menyambut hari keluarga. Air sungai di sini tidak terlalu dalam malah ia sesuai untuk anak-anak dan keluarga anda.

Tiada masalah untuk berkelah di Sungai. Jaraknya dengan chalet tidak jauh, hanya bersebelahan sahaja. Bangun pagi sahaja sudah boleh mandi sungai!

 10. Ena’s Place

tempat menarik untuk family day di port dickson
Imej via [mai singgah]

Seperti yang kita ketahui, Janda Baik sangat terkenal dengan kawasan sungai dan airnya yang dingin. Tak kurang juga dengan tempat menarik untuk family day di Janda Baik, Ena’s Place ini. Ia lebih kepada privasi kerana keadaannya sangat tenang dan aman, jauh dari kesibukan kota.

Sungainya mengalir di kawasan tepi rumah sangat cantik. Sesuai untuk anda bergambar dan mandi-manda. Tak perlulah ibu-ibu risau akan anak yang ingin mandi jauh-jauh kerana semuanya hanya bersebelahan dengan rumah. 

Berikut adalah tempat menarik untuk family day di Janda Baik yang boleh anda kunjungi. Jom lihat juga tempat menarik untuk family day di Johor,tempat menarik untuk family day di Perak, tempat menarik untuk family day di Terengganu dan tempat menarik untuk family day di Pulau Pinang. 

Rujukan:

  1. Family day terbaik di Janda Baik. http://inaachik.blogspot.com/2014/12/family-day-terbaik-di-janda-baik.html
  2. Tempat menarik di Janda Baik. https://aliffchannel.com/travel/tempat-menarik-janda-baik/
  3. Tempat menarik di Janda Baik. https://mytrip123.com/tempat-menarik-di-janda-baik/

Similar Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *