Bercuti dalam negara adalah pilihan terbaik dalam meningkatkan ekonomi negara dan mengembangkan industri pelancongan negara. Terdapat banyak tempat menarik untuk bercuti di Malaysia yang ramai terlepas pandang, tetapi amat menyeronokkan.
Siapa sangka Malaysia mempunyai destinasi percutian terbaik untuk dikunjungi bersama keluarga, pasangan dan anak-anak. Pilih sahaja tempat yang anda berkenan, takkan ada halangan untuk anda bercuti di sini. Jom lihat tempat menarik untuk bercuti pilihan utama pengunjung.
Imej via [maisinggah]
Percutian anda lebih menyeronokkan kerana terdapat banyak tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang berada di sini. Tempat menarik untuk bercuti ini juga sangat sejuk dan dingin pastinya suasananya sangat berbeza dengan tempat tinggal anda.
Imej via [ibusyurga]
Tidak lupa juga berkunjung ke ladang strawberi dan rasai pengalaman memetik buah strawberi sendiri. Antara benda yang boleh dibeli di sini adalah strawberi, sayur-sayuran yang sangat murah dan pelbagai serta bunga-bunga hidup dan kering yang tahan selama 2 tahun. Menarik bukan?
Imej via [kedah]
Imej via [mnn]
Pada malam hari, anda berpeluang ke taman untuk menghirup udara segar. Ia merupakan tempat menarik untuk bercuti bagi para pasangan.
Imej via [agoda]
Sekiranya bercuti bersama keluarga, kawan-kawan atau pasangan, datanglah pada cuaca baik. Jika hujan lebat, sukar untuk melakukan aktiviti air dan mandi-manda. Anda juga boleh mendapatkan pelbagai cenderahati di sekitar pantai.
Imej via [pinterest]
Anda boleh menginap di sini kerana terdapat sebuah bilik penginapan khas untuk para pengunjung. Aktivit terkenal di sini adalah snorkeling dan menyelam bagi mendalami dasar lautan dan meneroka keindahan semulajadi bawah laut.
Imej via [agoda]
Ia juga terletak berdekatan dengan Kampung orang asli. Amat menyeronokkan bercuti di sini. Anda berpeluang untuk menaiki bot merentasi Tasik Royal Belum, Perak ini.
Imej via [booking]
Tempat menarik untuk bercuti ini mempunyai pelbagai kemudahan dan pastinya menjadi salah sebuah lokasi percutian yang mampu milik berbanding jika anda membawa anak-anak bercuti di Legoland.
Imej via [jandabaikpahang]
Anda boleh memilih sama ada ingin bermalam di resort sekitar sini atau di beberapa tempat menarik bagi penginapan. Antaranya adalah Fifty4Ferns Resort yang agak terpencil penuh pemandangan flora dan fauna, mempunyai kolam renang dan juga Tudor Pond Zone yang membolehkan anda berkhemah dan bermandi di sungai berdekatan.
Imej via [lexissuitespenang]
Pada malam hari, singgahlah ke Night Market Batu Feringghi untuk mencuci mata melihat barang-barang yang dijual. Kebanyakannya sesuai untuk dijadikan cenderamata untuk kawan dan keluarga.
Imej via [8excite]
Tempat menarik untuk bercuti ini adalah sebuah aquarium besar yang penuh dengan hidupan laut boleh anda saksikan. Terdapat lebih dari 250 spesis hidupan laut dan lebih 5,000 hidupan tanah yang berasal dari Malaysia dan serata dunia.
Itulah dia tempat menarik untuk bercuti di Malaysia yang menjadi pilihan utama semua. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Sipadan, tempat menarik di Pulau Sabang, tempat menarik di Pulau Songsong dan tempat menarik di Pulau Sibu.