20 Tempat Menarik di Thailand Wajib Anda Terjah. Yindee Tunrab Tuktan Krab!
Nama Thailand dalam bahasa Thai adalah Prathet Thai iaitu “Tanah Kebebasan”. Thailand adalah satu-satunya negara yang tidak pernah di jajah oleh negara Eropah. Negara Thailang merupakan negara yang terkenal dengan Negeri Gajah Putih, Negara Seribu Pagoda dan juga Rumah Rakyat Merdeka.
1. Koh Lipe
Selain bersantai, aktiviti menyelam dan bersnorkeling paling tidak boleh dilepaskan apabila sudah sampai di sini. Melihat suasana pantai dan persekitarannya memang jauh beza, cuma di sini pulaunya lebih kecil dan air lautnya lebih jernih.
Pelbagai jenis kedai tersedia untuk para pengunjung Walking Street seperti deretan kedai makan, jualan cendera hati, kedai urut dan bar memenuhi selera pengunjung bagi melengkapkan percutian mereka. Bagi pelancong muslim, tidak menjadi masalah untuk mencari makanan halal kerana banyak kedai makan yang dimiliki oleh orang islam.
2. Bangkok
Majoriti penduduk di Thailand ini adalah penganut Buddha, jadi tidak hairanlah kalau di Thailand kaya dengan tokong-tokong dan lokasi patung Buddha. Menariknya, usia tempat menarik di Thailand ini mencecah rattusan tahun, bukan mudah untuk mengekalkan kecantikan sesuatu yang telah wujud begitu lama.
Di Bangkok juga, terdapat bangunan tinggi yang menawan untuk para pengunjung menikmati pemandangan yang menarik. Bagi penggemar shopping, Chatuchak market menempatkan 8000 gerai yang membuatkan ia salah satu pasar terbesar di dunia. Pelbagai jenis makanan dan barangan seperti pakaian dan perkakas di jual di pasar ini.
Bangkok juga menyediakan perkhidmatan menaiki feri yang merentasi sungai Chao Phraya. Anda boleh menikmati pemandangan kawasan yang sarat dengan pembangunan dan juga kawasan lain yang agak kontra iaitu kampung yang dipenuhi dengan pondok-pondok kayu.
3. Chiang Mai
Letaknya yang jauh dari pusat kota memberi keuntungan tersendiri iaitu udara yang lebih bersih dari tempat lain. Terdapat juga Pasar seperti pasar malam yang boleh di kunjungi di sekitar sini begitu juga hotel serta penginapan yang sesuai untuk pengunjung menginap.
Waktu terbaik untuk mengunjungi daerah Chiang Mai ini adalah pada bulan November sehingga Februari, kerana udara nya yang sejuk dan dingin.
4. Krabi
Krabi juga dilengkapi dengan pelbagai tempat penginapan, dari sekecil-kecil banglo pantai yang ringkas kepada resort pelancongan mega yang bertaraf lima bintang. Oleh itu, Krabi adalah salah satu tempat menarik di Thailand pilihan ideal untuk pengunjung bercuti.
5. Phi Phi Island
Perkhidmatan bot disediakan untuk pengunjung mengelilingi seluruh pulau dan menikmati keindahan pulau tersebut. Anda akan mendapatkan perkhidmatan terbaik untuk melihat Phi Phi Islands secara keseluruhan.
Phi Phi view ini menjadi tempat yang sesuai untuk fotografi ataupun beristirehat kerana banyak gerai kecil yang menjual makan dan minuman di sediakan. Pasti banyak kenangan manis dapat dilakukan sepanjang berada di Kepulauan Phi Phi ini.
6. Phang Nga
Pulau ini adalah habitat kepada fauna terlindung yang mungkin boleh diterokai dalam siri lawatan sambil belajar. Selain itu, Pulau James Bond dan Koh Panyee hanyalah dua daripada pelbagai lokasi terkenal di teluk ini.
7. Phuket
Walaubagaimanapun, itu tidak menghalang para pengunjung untuk terus datang dan menerokai kepulauan ini. Sepanjang perjalanan ke Phuket ini, pengunjung dapat menikmati keindahan pemandangan di sekelilingnya.
8. Koh Samui
Terdapat banyak perkara boleh dilakukan di pulau ini selain menyelam iaitu anda boleh melawat Taman Rama-Rama Samui, Taman Buaya Samui dan Taman Ular Samui. Patung Bih Buddha disaluti gangsa di Wat Phra Yai juga boleh anda lihat dari jauh.
Jika anda inginkan penerokaan kuil yang lebih indah, berkunjunglah ke Wat Plai Laem dengan patung berbilang tangan yang besar serta tasik dipenuhi ikan kap atau Wat Kiri Wongkaram, rumah mumia sami yang paling dimuliakan.
9. Koh Tao
Sama seperti kepulauan yang lain, Koh Tao ini mempunyai cirinya yang tersendiri dimana para pengunjung boleh melakukan aktiviti sukan air dan aktiviti bersantai di pulau tersebut.
Pilihan lokasi bajet ini dijadikan pilihan kepada para penggemar pengunjung untuk datang bersantai dan menikmati keindahan pulau ini.
10. Hua Hin
Banyak tempat reakreasi menarik terdapat di Hua Hin ini seperti Camel Republic yang bertemakan seni bina Morocco yang terletak 35 km dari Hua Hin. Memandusedikit selama 25 minit dari Hua Hin, pengunjung boleh jalan-jalan sekitar bangunan kedai, restoran dan taman hiburan di Santorini Park berdekatan.
Anda boleh ke Siss Sheep Farm, The Venezia,Muzium 3D, Vana Nava Water Park, Hua Hin Safari and Adventure Park, Bluport,Plearn Wan Village, Hua Hin Night Market,Cicada Market, dan Mrigadayavan Palace.
11. Ayutthaya
Mengembara melalui kota kuno yang dahulunya dahsyat ini akan membuatkan anda berasa seperti melangkah ke belakang dalam masa yang singkat. Selain meneroka semua runtuhan kuil, perkara lain yang perlu dilakukan termasuk merawat gajah yang di selamatkan dan berbasikal melalui suku Perancis, Portugal dan Belanda yang lama.
12. Sukhothai
Sukhothai bermaksud ‘fajar kebahagiaan’. Terdapat banyak kisah dan sejarah yang menjadikan Sukhothai ini sebagai pusat tarikan dunia dan para pelancong untuk melawat. Keunikan kuil tinggalan lama ini beserta senibina dan keaslian yang terdapat pada fasad tersebut membolehkan anda bergambar untuk kenang-kenangan.
13. Chiang Rai
Anda boleh membeli-belah di sini. Kebanyakannya tertumpu di kawasan sekitar Menara Jam. Bandar ini secara perlahan mengembangkan sektor pelancongannya, bermula dengan Pasar Malamnya sendiri iaitu Saturday Walking Street dan Festival Jazz.
14. Umphang
Pemandangan yang menakjubkan boleh anda nikmati dari semua arah dan aktiviti melawat perkampungan juga boleh dilakukan. Aktiviti sukan seperti berkayak, jungle trekking, berendam di mata air panas juga seronok untuk anda realisasikan. Terdapat juga air terjun yang cantik iaitu Tee Lor Su yang besar yang juga merupakan air terjun terbesar di negara ini.
15. Pulau Similan
Ia sering dikunjungi oleh pelancong asing terutama pelancong barat. Pulau ini juga menjadi tumpuan para penyelam untuk melakukan aktiviti selam dan skuba. Kepulauan Similan ini adalah salah satu kelompok pulau yang paling terkenal di Lautan Andaman kerana pemandangannya yang menakjubkan.
16. Koh Lanta

Koh Lanta sememangnya menjadi destinasi pilihan kerana ia merupakan salah satu pulau terkemuka di Thailand. Koh Lanta dikenali sebagai Pulau Sa-Tuk tetapi pada 1917, Raja Thailand telah mengubah nama pulau ini kepada Koh Lanta.
Kini, sebuah jambatan yang menghubungkan dua pulau iaitu Koh Lanta Noi dan Koh Lanta Yai telah siap untuk digunakan. Walaubagaimanapun, pengunjung masih perlu menaiki feri dari tanah besar ke Koh Lanta Noi. K
oh Lanta menjadi destinasi tumpuan utama pelancung kerana tarikan pantainya yang cantik di samping terdapat pulau-pulau yang merupakan destinasi utama untuk menyelam, snorkeling atau berkayak laut seperti Emerald Cave di Koh Muk dan tapak menyelam di Hin Daeng dan Hin Muang.
17. Koh Chang
Kuil Chao Por Koh Chang, adalah kuil yang paling dihormati, dipercayai membawa keamanan dan nasib yang baik kepada rakyat di pulau itu. Sekiranya anda ingin melihat bagaimana penduduk tempatan melakukan aktiviti harian mereka, anda boleh melawat kawasan perkampungan tersebut dan merasai sendiri kehidupan di situ sambil mengeratkan silaturahim.
18. Pattaya
Perkembangan kota ini sangat pesat dan semakin popular. Salah satu tarikan menarik di Pattaya ini adalah Pattaya Floating Market, dimana tempat menarik di Thailand ini menyajikan bermacam jenis makanan popular Siam di atas sampan.
Dikelilingi dengan bangunan kayu dengan gaya tradisional, ia menjadikan kawasan Pattaya ini cantik dan unik. Bukan Floating market sahaja yang terdapat di sini, malah terdapat beberapa tempat menarik lagi untuk anda lawati.
19. Pai
Pai Walking Street merupakan pasar yang dipenuhi dengan gerai yang menjual pelbagai jenis menu makanan dan minuman. Bukan itu sahaja, barangan seperti perkakas, perhiasan dan cenderamata turut di jual di sini. Terdapat air terjun yang sering di kunjungi iaitu Pombok dan Mo Paeng.
Lokasi air terjun ini sering didatangi oleh pengunjung untuk bermandi manda dan beristirehat. Terdapat juga Kuil Buddha yang dijadikan ‘spot’ untuk pengunjung melawat kerana kecantikan senibina Kuil tersebut. Walaupun Pai sangat terpencil, ia tetap merupakan tempat menarik di Thailand.
20. Kanchanaburi
Beberapa tempat menarik boleh di lawati di Kanchanaburi ini contohnya, The Jeath War Museum, Hellfire Pass Memorial Museum, Jambatan Sungai Kwai, Tiger Temple, Sai Yok National Park dan banyak lagi. Tidak rugi untuk datang ke Kanchanaburi ini, dengan hanya tiket keretapi yang berharga 50 bhat dari Bangkok anda akan dapat melawat kawasan menarik di sini.
Rujukan: