Pulau Tioman merupakan sebuah pulau berbentuk titisan air mata yang terletak 58 kilometer di pantai timur Semenanjung Malaysia, di Laut Cina Selatan. Pulau Tioman merupakan pulau terbesar dalam kumpulan 64 buah pulau gunung berapi yang ada.

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [peoples]

Profilnya yang menyerlah dengan dua puncak Gunung Simukut menawarkan mercu tanda yang menonjol kepada pulau indah ini, di reputasikan sebagai salah satu daripada sepuluh buah pulau tercantik dan mempersona di dunia. Jom lihat 15 tempat menarik di Pulau Tioman boleh anda kunjungi!

 

1.  Pulau Renggis

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [tioman]

Pulau Renggis merupakan pulau kecil yang terletak di perkampungan Tekek. Tempat menarik di Pulau Tioman ini terletak berhampiran dengan Pulau Tioman.  Biasanya, Pulau Renggis ini dijadikan tempat persinggahan pada para pengunjung untuk melakukan aktiviti seperti snorkeling dan diving di pulau tersebut.

Tiada kemudahan chalet mahupun resort disediakan kerana saiz pulaunya yang kecil. Walaubagaimanapun, Pulau Renggis ini sangat unik dan cantik kerana keindahan coral dan air kelilinya yang sangat cantik dan jernih.

 

2.  Pulau Tulai

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [cavinteo]

Pulau Tulai terletak di bahagian utara Pulau Tioman, turut dikenali sebagai Coral Island, ia juga merupakan salah sebuah tempat menarik di Pulau Tioman yang cukup terkenal di sini.

Jarak perjalanan antara Pulau Tioman ke Pulau Tulai memakan masa 1 jam perjalanan. Sepanjang perjalanan menuju ke pulau Tulai ini, anda akan dapat menikmati bayu dan kebiruan laut yang sangat menyegarkan sambil mencuci mata melihat pemandangan air laut yang kebiruan.

Pelbagai pakej aktiviti yang boleh dilakukan di sekitar pulau ini, penginapan seperti chalet juga disediakan bagi pengunjung yang ingin bermalam di Pulau Tulai ini. Sambil menikmati keindahan laut biru, aktiviti sukan seperti bersnorkeling, diving dan banyak lagi boleh anda lakukan.

 

3.  Pusat Taman Marin

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [maisinggah]

Pusat Taman Marin ini merupakan pusat perikanan yang berfungsi sebagai tempat pemuliharaan dan riadah untuk pengunjung. Pusat ini tidak membenarkan aktiviti penangkapan hidupan marin yang boleh memberi kesan terhadap hidupan laut.

Tempat menarik di Pulau Tioman ini juga menyediakan kepada para pengunjung aktiviti menyelam dan anda boleh merasai sendiri kehidupan laut yang terdapat di pusat ini. Jangan lepaskan peluang untuk datang singgah dan lihat sendiri segalanya di sini.

 

4.  Monkey Bay

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [tioman]

Monkey Bay adalah pantai yang indah yang terletak di belakang Kampung Salang di pantai barat Pulau Tioman.  Anda boleh ke tempat menarik di Pulau Tioman ini dengan menaiki bot laju ataupun meredah hutan.

Teluk yang luas ini mempunyai pantai yang indah dengan kolam air laut biru yang tenang dan persekitaran hutan hujan yang subur. Ia adalah salah satu tempat snorkeling yang paling popular serta anda boleh mengelilingi pulau dengan menggunakan bot laju sambil melihat kawasan kampung. Para pengunjung yang mendaki dari Salang ke sini memakan masa 1 jam perjalanan.

 

5.  Salang

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [tioman-scuba]

Salang adalah destinasi pantai yang popular di utara Pulau Tioman, ia terletak di sepanjang pantai barat di teluk yang terpencil. Tempat menarik di Pulau Tioman yang berkonsepkan kampung ini merupakan tempat yang sesuai untuk para backpacker berkumpul dari satu dunia.

Ia merupakan tempat penyelam dan kampung yang paling dekat dengan banyak kawasan terumbu dan bangkai kapal di Tioman termasuk Coral Island, Chebeh, Batu Malang dan Fan Canyon. Pub dan Restoran di sini juga menyediakan aktiviti malam seperti permainan unggun api.  Biasaannya, pengunjung eropah melakukan aktiviti santai sambil menikmati kedinginan pada waktu malam.

 

6.  Kampung Tekek

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [filaterritory]

Tekek merupakan ibu kota Pulau Tioman, ia terletak di sepanjang pantai iaitu 3 km di barat tengah pulau itu. Pada asalnya, terdapat pelbagai infrastuktur seperti kedai runcit, bank, lebuhraya, lapangan terbang, pusat marin dan kompleks jeti di tempat menarik di Pulau Tioman ini.

Kampung ini popular dalam kalangan pelawat kerana kekayaan kemudahan moden dan mempunyai kawasan belanja bebas cukai. Beberapa buah hotel disediakan dan terletak di sepanjang pantai selatan dan juga chalet. Anda juga boleh bersnorkeling di sini.

 

7.  Juara Turtle Project

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [megantasker]

Juara Turtle Project atau nama singkatannya JTP merupakan badan bukan kerajaan yang terletak di Kampung Juara Pulau Tioman. JTP merupakan satu inisiatif sukarelawan yang menumpukan pemuliharaan semula penyu laut dan alam sekitar dengan cara mendidik penduduk tempatan khususnya generasi muda dan pelancong yang berkunjung di kawasan pantai Kampung Juara.

Ia adalah kerjasama dengan warga luar negara dan rakyat tempatan. Organisasi ini ditubuhkan pada tahun 2006. Anda boleh melihat banyak penyu di tempat menarik di Pulau Tioman ini. Bukan sahaja dapat belajar tentang penyu, tetapi anda pasti gembira dan terhibur di sini.

 

9.  Air Terjun Asah

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [maisinggah]

Air Terjun Asah merupakan air terjun yang terbesar di pulau ini. Lokasinya terletak di bahagian selatan Pulau Tioman dan tidak jauh dari Kampung Mukut. Untuk menuju ke sini, pengunjung perlu berjalan dari kampung Mukut dalam masa 40 minit dan 20 minit daripada kampung Asah.

Sampai sahaja di tempat menarik di Pulau Tioman ini, anda boleh memulakan perkelahan sambil menikmati percikan air terjun yang segar daripada gunung. 

 

9.  Gunung Nenek Semukut

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [1511coconutgrove]

Gunung Nenek Semukut terletak di selatan Pulau Tioman. Puncak berkembar yang terdapat di gunung berkenaan adalah batuan granit tertinggi antara laluan pendakian paling sukar di sini. Bila dengar saja namanya, sudah terbayang mesti ada sebab kenapa ianya dinamakan sedemikian, tapi kisah yang dikaitkan dengan gunung ini tiada langsung kaitan dengan ‘nenek’.

Ia adalah tentang sepasang naga yang dikatakan pernah wujud pada suatu ketika dahulu sebelum berubah menjadi batu kerana melanggar pantang larang yang sepatutnya diikut. Dalam kisah itu, naga betina berubah menjadi pulau yang kini dinamakan Pulau Tioman.

Kalau dilihat dari jauh, terdapat sebuah kawasan di pulau ini yang berbentuk seperti tanduk naga dan inilah yang dinamakan sebagai Gunung Nenek Semukut. Manakala naga jantan pula berubah menjadi sebuah gunung bercabang tiga iaitu Gunung Daik.

 

Keseronokan Di Gunung Nenek Semukut

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [faizalriduan]

Anda boleh melihat pembentukan ‘wajah’ manusia pada bahagian puncaknya. Jika dilihat lebih teliti, kelihatan seperti wajah seorang lelaki yang lengkap dengan dagu, mulut, hidung dan bahagian dahi. Lihat sahaja bentuk gunung ini boleh membayangkan betapa sukarnya untuk mendaki menuju ke kawasan puncaknya.

Sekiranya para pendaki adalah golongan yang berani untuk menempuhi cabaran, maka anda dapat melihat pelbagai spesis flora dan fauna yang eksotik dengan lebih dekat.

 

10.  Gunung Kajang

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [headlampsclus]

Gunung kajang ini terletak di tengah-tengah Pulau Tioman dan lebih menakjubkan hutan tropika di sini adalah kategori hutan dara yang di penuhi dengan pelbagai flora dan fauna yang jarang di usik manusia. Dengan ketinggian 1038 meter dari aras laut, pendakian ke puncaknya sejauh 13 km dihiasi dengan pelbagai flora dan fauna.

Ia bermula dari pantai yang dipenuhi infrastuktur moden kepada hutan sekunder dan seterusnya meredah hutan dara yang meliputi satu pertiga laluan kepuncaknya. Para pendaki pasti teruja dengan keindahan semulajadi yang terdapat di tempat menarik di Pulau Tioman ini.

Anda boleh melakukan aktiviti mendaki dan riadah sambil melihat spesis-spesis yang jarang di temui.  Menjadikan Gunung Kajang ini sebagai destinasi pendakian adalah salah satu pilihan yang tepat untuk dicuba.

 

11.  Batu Malang

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [tioman-scuba]

Batu malang merupakan tempat menyelam popular di Pulau Tioman.  Seluruh tempat menyelam di sini terdiri daripada batu karang yang cantik dan banyak.  Biasanya, para penyelam melakukan aktiviti menyelam pada waktu petang kerana paras air yang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti menyelam.

Kawasan ini juga merupakan kawasan yang mudah untuk anda lihat hidupan sebenar laut, pelbagai spesis ikan dan hidupan lain yang jarang di temui. Melihat kehidupan laut dengan lebih dekat seperti jerung akan menjadikan pengembaraan ini yang paling hebat dan seronok.

 

12.  Tioman Dive Centre

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [smarti]

Tioman Dive Centre merupakan satu pusat menyelam yang di tawarkan kepada penyelam yang ingin belajar ataupun melakukan aktiviti menyelam di dasar laut. Pusat yang terletak di tempat menarik di Pulau Tioman ini menawarkan lesen yang berdaftar kepada pelanggan yang ingin berdaftar.

Beberapa latihan dan kursus di berikan kepada mereka yang gemarkan aktiviti menyelam secara bebas. Aktiviti menyelam skuba boleh disertai oleh semua individu berusia 10 tahun ke atas yang sihat dari segi mental dan fizikal. Ia boleh dilakukan di dalam kolam atau laut terbuka.

Tujuan penubuhan tempat menarik di Pulau Tioman ini  juga adalah untuk membantu penyelam yang mempunyai lesen untuk mengingati semula kemahiran menyelam selepas lama meninggalkannya. Aktiviti menyelam secara beramai-ramai menjadi wadah terbaik kepada penggemar aktiviti ini bagi berkongsi pengalaman dan mengeratkan silaturahim.

 

13.  Vision Commerce Duty Free Shop

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [Daphne’s Escapades]

Kedai bebas cukai di Pulau Tioman ini pastinya menjadi alasan utama bagi kebanyakan pelancong untuk datang ke pulau ini.  Tioman tidak sah jika tidak membeli barangan bebas cukai seperti Coklat, Rokok dan sebagainya kerana kos barangan ini jauh lebih murah berbanding dengan tempat lain. Selain itu, banyak cenderamata yang unik dan barangan pembuatan tangan di jual di sini dan boleh anda jadikan hadiah dan saguhati untuk dibawa pulang sebagai tanda anda melawat ke Pulau ini.

 

14.  1511 Coconut Groove Juara

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [booking]

1511 Coconut Groove merupakan penginapan bertaraf 3 bintang yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung datang untuk menginap. Resort ini menyediakan restoran dan bar untuk para tetamu datang berehat pada waktu petang dan bersantai sambil menikmati keindahan pulau.

Anda boleh ke tempat menarik di Pulau Tioman ini dengan berjalan kaki dari Pantai Kampung Juara. Lokasi ini kelihatan menarik kerana rekabentuknya yang agak santai dan ruang terbuka menjadikan ia sebagai salah satu tempat riadah yang di gemari oleh pelancong asing.

Kemudahan seperti Chalet juga disediakan yang bercirikan kayu dan berbumbungkan daun nipah menjadikan ia lebih menarik dan unik.

 

15.  Island Hoping

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [maisinggah]

Island Hoping ataupun melompat dari satu Pulau ke Pulau yang lain merupakan salah satu aktiviti ataupun perkhidmatan yang disediakan di Pulau Tioman ini. Dengan cara ini, pengunjung dapat menikmati keindahan yang di tawarkan segenap pelusuk tempat menarik di Pulau Tioman yang pasti akan memberikan kenangan.

Antara Pulau yang boleh dilawati adalah Pulau Chebeh, Pulau Sembilang, Pulau Sepoi, Pulau Labas, Pulau Sri Buat Tokong Bahara dan Pulau Jahat. Keseluruhan Pulau ini cukup indah dengan pasir yang putih dan air laut yang cukup jernih.

Jika bernasib baik, anda berpeluang terserempak dengan ikan lumba-lumba di sekitar lautan ini. Pulau Tioman ini banyak menyediakan pakej island hoping untuk pengunjung mencuba dan membuat pilihan.

tempat menarik di pulau tioman

Imej via [ticket2u]

Sambil menikmati percutian di tempat menarik di Pulau Tioman ini, sama-samalah kita menjaga dan memulihara kehidupan dan spesis laut yang terdapat di Pulau ini. Jom lihat  tempat menarik di Langkawi dan tempat menarik di Osaka pula. 

Rujukan:

  1. Percutian Bajet
  2. Kosmo
  3. World Heritage

 

Penulis: Zushazrina Zulkifli

Merupakan penulis bebas sepenuh masa yang suka berkongsi tips, ilmu dan penulisan di Malaysia.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.