12 Tempat Menarik di Tanjung Karang Lokasi Santai
Nak tahu tempat menarik di Tanjung Karang?
Tahukah anda, Tanjung Karang merupakan salah sebuah negeri Jelapang Padi kedua terbesar di Malaysia selain kedah. Tanjung Karang mungkin tidak begitu popular seperti bandar-bandar lain di Malaysia, tetapi jangan terpedaya dengan bandar kecil ini. Tanjung Karang adalah destinasi pelancongan yang lebih kecil tetapi sangat indah dan patut dikunjungi ramai.
Terdapat beberapa perkara yang unik bakal anda temui di sini dan pastinya destinasi tersembunyi ini amat sesuai bagi anda yang suka menerokai tempat menarik dan makanan istimewa. Jom lihat antara tempat menarik di Tanjung Karang sesuai untuk anda bersiar-siar.
1. Keropok Losong Tanjung Karang
Keropok losong yang sama rasa seperti di Terengganu, boleh didapati di gerai Keropok Losong Tanjung Karang ini. Anda boleh datang ke premis milik Norull Hayana Binti Muda untuk membeli keropok losong. Rasa keropoknya amat sedap dan harganya pula amat berpatutan. Bolehlah beli untuk dibuat stok makan di rumah dan diberikan kepada sanak saudara.2. Kolam Pancing Bagan Pasir
Bagi anda yang gemar memancing, apa kata anda singgah di Kolam Pancing Bagan Pasir yang terletak di Tanjung Karang ini. Suasananya amat mempersona penuh dengan keindahan panorama air kolam yang tenang. Jika datang pada malam hari, anda boleh melihat kecantikan kolam ini.Â3. Kolam Pancing Siakap
Selain itu, Kolam Pancing Siakap yang terletak di utara Tanjung Karang ini juga merupakan sebuah tempat menarik di Tanjung Karang boleh anda kunjungi. Di sini, anda boleh memancing ikan siakap dan banyak lagi spesis ikan air tawar. Dapatkan anda meluangkan masa bersama keluarga sambil melakukan aktiviti memancing yang menyeronokkan.4. Masjid Darul Iman
Masjid Darul Iman yang terletak di Tanjung Karang ini amat sesuai dikunjungi jika anda melawat ke Tanjung Karang. Suasana di masjid ini amat menenangkan dan memudahkan anda bagi menunaikan ibadah. Tidak salah jika anda ingin singgah sebentar berehat di sini.5. Satay Hut
Sebelum hospital di Tanjung Karang, terdapat sebuah restoran satay yang sangat sedap diberi nama ‘Satay Hut’. Satay tempat menarik di Tanjung Karang ini dihidangkan dalam dua saiz iaitu satay besar dan kecil.Di sini turut disediakan tandas dan surau untuk kemudahan para penggunanya. Bagi mereka yang penggemar satay, amat rugi jika tidak singgah di sini sekiranya datang ke Tanjung Karang.
6. Kilang Padi PLS Marketing
Kilang padi PLS Marketing terletak tidak jauh dari sawah padi di Tanjung Karang. Anda tidak memerlukan temujanji untuk datang ke kilang ini. Apa yang perlu dilakukan adalah anda perlu membeli tiket di kaunter dan anda akan dibawa ke bilik pameran.Tempat menarik di Tanjung Karang ini memaparkan video tentang penanaman padi sebelum seorang staf akan menerangkan dengan lebih lanjut mengenai proses penanaman padi.
Kemudiannya, anda akan dibawa melihat aktiviti-aktiviti pekerjaan melalui kaca yang disediakan. Anda juga dibenarkan untuk melihat kesemua barang pameran yang berada di sini. Menarik kan?
7. Ah Ma House
Binaan rumah tradisional di Ah Ma House ini pasti mengingatkan kita semua kepada zaman era 80an dahulu. Walaupun tarikan ini tidaklah begitu besar, namun ia penuhi dengan nostalgia barangan yang kini jarang dilihat oleh anak-anak muda zaman sekarang.Barang-barang seperti telefon lama, radio, mesin taip dan sebagainya boleh anda lihat sini. Ia seolah-olah seperti muzium zaman dulu-dulu. Barang yang dipamerkan tempat menarik di Tanjung Karang ini bukan hanya menjadi pameran namun sesetengahnya turut dijual.
Antara yang dapat anda saksikan adalah kuih kapit dibuat secara tradisional menggunakan arang, proses pembuatan gula-gula, aiskrim dan sebagainya lagi.
8. Sawah Padi Tanjung Karang
Antara aktiviti menarik yang boleh anda lakukan bersama keluarga adalah berbasikal mengelilingi sawah padi. Anda boleh menyewa basikal di Padi Box yang merupakan hotel berdekatan Tanjung Karang. Padi Box menyediakan pelbagai pilihan basikal biasa atau jenis yang boleh membawa dua penunggang sekaligus.ÂSelain itu, anda juga boleh menyewa basikal di Farmville Cafe & Homestay atau di Pekan Tanjung Karang. Sambil berbasikal, anda boleh menikmati suasana padi yang menghijau dan suasana udara yang menyegarkan tempat menarik di Tanjung Karang ini.
9. Pantai Redang
Pantai Redang bukanlah pantai di mana anda boleh berenang dan bermandi-manda namun ianya menjadi tempat yang sesuai untuk bersiar-siar meluangkan masa bersama keluarga. Tempat menarik di Tanjung Karang ini sangat tenang dan sesuai dikunjungi pada waktu petang.10. Bukit Melawati
Bukit Melawati adalah salah satu tarikan popular bagi pelancong yang berkunjung ke Selangor. Bukit ini menghadap ke Selat Melaka dan mempunyai sebuah rumah api serta kubu Kota Melawati. Untuk pengetahuan anda, kubu itu dibina pada akhir 1700-an oleh Sultan Ibrahim dari Selangor untuk berlindung terhadap pencerobohan Belanda.ÂNamun, Belanda menangkapnya dan kubu tersebut dinamakannya Fort Altingburg. Sultan Ibrahim kemudiannya menawan semula kubu tersebut pada tahun 1785 tetapi dimusnahkan semasa Perang Saudara Selangor. Rumah Api Altingsburgh dibina kembali oleh Belanda pada tahun 1794.
11. Agro Tourism Homestay Sungai Sireh
Tempat menarik di Tanjung Karang ini merupakan sebuah penginapan yang lengkap dengan pelbagai program percutian untuk anda. Anda boleh menyertai Agro Explorace yang memberi pengalaman menarik di samping menikmati keindahan sawah padi. Anda juga dapat bertemu dengan Orang kampung Sungai Sireh.12. Mango King
Bagi penggemar buah mangga, jangan lepaskan peluang ke Mango King Sekinchan. Anda boleh membeli dan merasai pelbagai jenis buah mangga yang ranum, lazat dan sangat enak.Itulah dia 12 tempat menarik di Tanjung Karang sesuai berkonsepkan santai dan rekreasi boleh anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Tuba, tempat menarik di Pulau Tinggi, tempat menarik di Riau dan tempat menarik di Pulau Romania.