13 Tempat Menarik di Sepang Boleh Anda Luangkan Masa
Daerah Sepang adalah daerah yang terletak di bahagian selatan negeri Selangor di Malaysia. Daerah Sepang meliputi kawasan sekitar 600 kilometer persegi dan mempunyai penduduk sebanyak 190,889 orang.
Daerah Sepang juga terkenal dengan perbandaran Cyberjaya yang juga dikenali sebagai Lembah Silicon Malaysia berbanding dengan persatuannya dengan MSC Malaysia. Ibu kota Daerah Sepang ialah Salak Tinggi, yang mengambil alih dari bandar Sepang.
Sepang juga mengelilingi Putrajaya yang merupakan Wilayah Persekutuan. Siapa sangka bandar yang sibuk ini kaya dengan tempat-tempat yang menarik. Jika anda menganggap Sepang hanya kawasan perindustrian bermakna tanggapan anda salah. Terbanyak banyak tempat menarik di Sepang boleh anda kunjungi.
1. Pantai Bagan Lalang
Bukan sahaja anda boleh berkelah dan bersantai malah banyak lagi aktiviti menarik yang biasanya dilakukan di sini seperti bermain layang-layang, barbeque, berkhemah, menangkap ketam, menunggang kuda dan lain-lain lagi.
Jangan lepaskan peluang ketika air surut kerana anda boleh berjalan sekitar 300 ke 400 meter ke tengah laut. Anda boleh menangkap ketam atau kerang dengan mudah.
Selain itu, di pantai ini juga ada menyediakan restoran seafood yang pastinya menyelerakan dan dikatakan lebih segar berbanding restoran lain di sekitar Kuala Lumpur. Bagi yang datang dari jauh bolehlah singgah ke deretan kedai cenderahati di tepi pantai.
2. Avani Gold Coast Sepang
Jika anda melihat resort yang mempunyai hampir 315 unit ini dari pandangan udara, anda akan melihat bentuknya seakan sebatang pokok kelapa sawit. Segala kemudahan seperti tempat makan, kolam renang dan pelbagai lagi ada disediakan di sini.
Bayangkan anda berenang-renang di dalam kolam Infiniti sambil menikmati panorama matahari tenggelam. Amat mengasyikkan bukan? Harga untuk menyewa resort di tempat menarik di Sepang ini berbeza-beza mengikut tahap kelas dan mereka kerap mengadakan promosi potongan harga pada waktu cuti umum.
3. Litar Antarabangsa Sepang
Acapkali setiap tahun, litar ini menjadi tuan rumah berlangsungnya acara-acara penting dalam dunia permotoran. Antara acara popular kelas dunia yang selalu dipertandingkan di litar yang dibina pada tahun 1998 adalah Grand Prix A1, Grand Prix Motorsikal dan Formula 1.
Litar Sepang ini dibina dengan ciri moden dan penuh dengan kecanggihan teknologi. Bak kata orang High tech gitu. Anda boleh datang ke sini untuk merasai pengalaman berlumba di sini.
4. Go Kart Sepang
Anda boleh memilih jenis kereta dan kelas untuk anda pandu. Antara jenis kereta yang disediakan adalah Double Seater Kart, Cadet Kart, 125 cc Kart dan Pro Kart. Selain di Sepang, City Karting juga ada membuka cawangan mereka di Shah Alam dan Langkawi.
Litar ini beroperasi setiap hari isnin hingga ahad bermula jam 10 pagi hingga 7 petang. Bayaran untuk menyewa go kart yang boleh anda dapatkan adalah serendah RM40. Tempat menarik di Sepang ini pastinya menjaminkan pengalaman baru dan menggujakan anda.
5. Restoran Bayu Malam Wak Lan Ikan Bakar Dan Seafood
Jika anda menginap di Avani Goldcoast Resort, restoran ini terletak sekitar 5 minit perjalanan dari tempat penginapan anda. Pelbagai juadah berkonsepkan makanan laut disajikan di sini dengan harga makanan yang amat berbaloi.
Saya syorkan anda datang sekitar jam 6 petang kerana restoran ini akan sarat dengan orang bermula jam 7 malam. Jika anda datang bersama keluarga dan kawan yang ramai, anda boleh membuat tempahan meja terlebih dahulu.
6. Jeti Memanding Wak Sempung
Antara ikan yang sering menjadi buruan penggemar memancing di sini ialah siakap, jenahak, senangin dan banyak lagi ikan yang boleh dikatakan jenis gred A. Joran dan umpan di sini juga boleh dibeli dengan harga yang murah.
Disamping itu, jeti ini juga menawarkan perkhidmatan menyewa bot. Anda boleh bersantai di kafe sebelah jeti ini untuk anda menyantap makanan yang amat menyelerakan. Destinasi menarik ini tepatnya terletak di Kampung Bagan Lalang, Tanjong Sepat.
7. KLIA / KLIA II
Tempat menarik di Sepang ini turut dikenali sebagai salah satu lapangan terbang utama di Asia Tenggara dan di seluruh dunia. Ia terletak di Daerah Sepang, kira-kira 45 kilometer di selatan pusat bandaraya Kuala Lumpur dan berkhidmat di conurbation Greater Klang Valley.
KLIA adalah lapangan terbang terbesar dan tersibuk di Malaysia. Pada 2017, ia mengendalikan 58,554,627 penumpang dan 710,186 tan kargo. Alang-alang berkunjung ke Sepang, sekali-sekala anda datang membawa anak kecil melihat pelbagai kapal terbang hebat pasti mereka teruja.
8. National Automobile Museum
Muzium ini juga mempamerkan pelbagai jenis koleksi kereta klasik dan mempunyai sejarah tersendiri. Pastinya pengunjung disajikan dengan informasi berkenaan sejarah dan pencapaian negara dalam industri automotif.
Pameran muzium ini dibahagikan kepada beberapa bahagian misalnya tingkat bawah mempamerkan pelbagai koleksi kereta yang digunakan di Malaysia seperti The Brushmobile yang dibuat pada tahun 1904, Ford Speedster pada tahun 1923 dan Alvis Tourer 1935.
9. Paya Indah Wetlands
Taman tanah lembap yang besar ini terdiri daripada 18 buah tasik dan kolam, termasuk kolam badak air, kolam buaya, kolam ekologi, kolam waterlily dan kolam penangkapan ikan. Bahkan ia juga kaya flora dan fauna yang kebanyakkannya dari spesis burung, di mana lebih daripada 210 spesis burung telah direkodkan.
Taman ini juga menyediakan penginapan dalam bentuk chalet, asrama dan tapak perkhemahan. Anda juga boleh melihat bilik pameran tradisional Melayu, di mana aktiviti kebudayaan sering diadakan.
10. KLIA Jungle Broadwalk
Jangan lepaskan peluang untuk merakam momen-momen indah berlatar belakangkan alam semulajadi. Jika anda bosan menunggu kapal terbang bolehlah anda singgah sebentar. Taman ini dibuka dari jam 7 pagi hingga 7 petang.
11. Restoran Senandung Malam
Makanan di sini juga amat mewah, banyak tetapi ia amat berpatutan. Memang berbaloi jika anda datang makan malam besar di tempat menarik di Sepang ini bersama keluarga dan kawan-kawan.
12. Pantai Morib
Anda berpeluang melihat matahari terbit pada siang hari dan matahari terbenam pada senja hari. Itulah sebabnya anda perlu datang ke pantai yang menjadikan suasana anda dan pasangan lebih romantis ini.
13. Restoran Terapung H.M Sri Bagan
Pelbagai juadan seafood turut disediakan di sini dan pastinya kelazatan makanan ini tidak mengecewakan anda. Suasana tempatnya yang cantik dan selesa juga amat menarik hati para pelanggan.
Pastinya berbaloi dan berkualiti buat anda. Jom baca artikel tempat menarik di Manjung dan tempat menarik di Maldives.