13 Tempat Menarik Di Queenstown New Zealand Penuh Aktiviti. Jom Pergi!
Dengar sahaja New Zealand, pasti anda membayangkan padang rumput hijau dan dipenuhi lembu serta susu segar asli yang sedap tu! Tidak kurang juga dengan suasananya yang aman damai dan tenang. Itulah negara New Zealand yang memiliki khazanah alam semulajadi dan tempat menarik untuk anda kunjungi.
Tahukah anda, terdapat banyak bandar peranginan di negara New Zealand seperti Dunedin dan Invercargill. Berdekatan bandar tersebut, terdapat sebuah bandar indah iaitu Queenstown atau lebih disebut dengan nama penuhnya Queenstown New Zealand oleh para pelancong luar.
Pasti anda belum pernah tiba di sini bukan? Mari kita lihat tempat menarik di Queenstown New Zealand wajib anda lawati.
1. Glenorchy
Anda dapat melihat gunung biru di hujung tasik dan juga cabin merah jambu yang merupakan ikon bagi Glenorchy. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah bot dartriver mengelilingi tasik, menaiki kuda, berbasikal, berkelah dan macam-macam lagi.
Sungguh, anda patut datang ke sini untuk bercuti dan merehatkan minda. Anda boleh bermalam di tempat yang bersih, aman dan tenteram ini kerana terdapat penginapan yang disediakan di sini.
2. Lake Wakatipu
Lake Wakatipu amat jernih, cantik dan bersih, malah anda boleh berenang dan melakukan aktiviti sukan air di sini. Namun, ramai pelancong lebih suka menaiki bot untuk meronda kerana tasik ini amat luas sekali.
3. Queenstown Mall
Boleh dikatakan ia sangat popular dengan tempat makan dan tempat jalan-jalan dari satu kedai ke satu kedai. Queenstown Mall juga membolehkan anda menikmati makanan negara ini yang unik dan mengenali budaya masyarakat dengan lebih dekat. Sama ada berkunjung ke sini pada malam atau siang hari, tiada masalah kerana ia sentiasa terbuka.
4. Frankton Arm Lake
Frankton Arm Walk terletak di tepi Lake Wakatipu. Di sini juga disediakan sebuah meja dan kerusi kayu merah untuk anda berehat dan singgah duduk. Begitu juga dengan jeti yang bersebelahan dengan Frankton Arm Lake ini.
5. Skyline Gondola Queenstown
Sepanjang berada di langit, lihatlah sepuas-puasnya pemandangan Queenstown dari atas. Skyline gondola pula terdiri daripada skyline tertutup dan terbuka. Anda akan terkena angin dan betul-betul berada di udara jika menaiki skyline gondola terbuka. Memang mencabar kan!
Untuk pengetahuan anda, di sini juga anda boleh memilih sama ada ingin menaiki Luge. Ia seperti sebuah kereta mainan terbuka, tidak berbumbung dan kecil, tetapi ia adalah luge. Anda boleh menaiki luge dengan anak kecil anda juga. Pastikan mereka memegang tempat pegang luge di hadapan anda.
6. Queenstown Garden
7. Snow Farm NZ
Kanak-kanak juga tiada masalah untuk melakukan aktiviti ski di sini dengan pengawasan ibu bapa mereka. Adakalanya, Snow Farm NZ mengadakan program dan aktiviti yang berkaitan di sini. Amat menyeronokkan, anda boleh bermain salji dan ski bersama pelancong yang lain dan masyarakat New Zealand.
8. Ben Lomond
Ben Lomond tidaklah mempunyai gunung yang berbatu-batu sahaja, anda juga kawasannya yang mempunyai rumput-rumput hijau dan cantik seperti dalam filem english yang sering anda lihat. Yang pasti, anda boleh merasai udara dingin dari atas puncak ini walaupun ia tidaklah sesejuk salji turun.
9. Lakes District Museum
Anda pasti takkan bosan dengan muzium ini kerana suasananya juga meriah. Diluarnya, anda dapat melihat ramai orang menaiki basikal dan berjalan kaki kerana ia berdekatan dengan trek pejalan kaki juga.
10. Shotover River and Kawarau River
Aktiviti menaiki jet bot ini akan mengambil masa kira-kira 45 minit atau 1 jam, seronok bukan? Amat rugi jika anda ke Tasik Wakatipu tetapi tidak berkunjung ke sini. Jet bot akan mengambil anda dari Frankton Marina ataupun mana-mana tasik hotel yang anda menginap.
Jangan risau, kanak-kanak juga boleh menaiki bot ini dengan syarat haruslah berusia 2 tahun ke atas dan muat memakai jaket kecil yang disediakan. Anda boleh membawa kamera, kaca mata hitam, barang-barang beg yang besar pula adalah tidak dibenarkan. Pengendali jet bot profesional akan membawa anda sepanjang perjalanan jet bot, jadi anda tak perlu risau!
11. Kelvin Heights
Untuk pengetahuan anda, orang yang have-have sahaja selalu ke sini kerana kawasan ini amat mahal kos nya dari segi penginapan, baikpun restoran-restoran yang boleh anda kunjungi. Kos berada di tempat ini dikatakan sangat mahal di seluruh New Zealand. Dari sini, anda juga dapat menikmati keindahan pemandangan tasik biru, padang golf, rumah tumpangan mewah dan lain-lain lagi.
Kelvin heights juga mempunyai kawasan pejalan atau bukitnya yang membolehkan anda berjalan kaki, menaiki mountain bike ataupun hiking di situ. Jika sudah mendapatkan ilham atau ketenangan dan ingin kembali melakukan aktiviti, anda boleh ke Kelvin Height Walk. Untuk bermain golf, pergilah ke Kelvin Heights Golf yang berdekatan. Mudahnya bercuti di sini!
12. Moonlight Track
Moonlight Track juga bukanlah puncak tinggi seperti gunung-gunung lain, anda boleh menaiki kenderaan untuk pulang kelak. Ia memberikan anda pengalaman untuk berjalan atau hiking sambil menikmati keindahan alam semulajadi dan mendapatkan ketenangan.
13. Edith Cavell Bridge
Sekali sekala berdating dari atas sungai seronok juga kan! Pemandangan sungai yang berbatu-batu, air yang jernih dan dikelilingi pokok-pokok hijau kuning ini sangat cantik dan menakjubkan. Anda juga boleh membuat kejutan kepada pasangan dengan membawa mereka melihat pemandangan di sini.
Itulah dia 13 tempat menarik di Queenstown New Zealand yang penuh dengan aktiviti menarik dan mencabar untuk anda. Apa lagi, jom pilih tempat yang ingin anda kunjungi, pasti seronok! Jom baca juga tempat menarik di Qatar, tempat menarik di Okayama, tempat menarik di Odaiba dan tempat menarik di Okinawa.
Rujukan
1. selekeh
3. tripadvisor