10 Tempat Menarik Di Pulau Sentosa Singapura Sesuai Dikunjungi Ramai
Pulau Sentosa Singapura adalah salah satu destinasi percutian pelancongan yang menjadi pilihan ramai sebelum Universal Studio Singapore mendapat nama. Nama dahulunya adalah Pulau Belakang Mati, Pulau Sentosa mempunyai perairan laut yang cukup indah dan merupakan pusat peranginan di Singapura.
Terdapat beberapa zon hiburan yang berbeza di Pulau Sentosa, namun kesemuanya merupakan tempat terbaik untuk anda berhibur. Jom lihat antara tempat menarik di Pulau Sentosa yang boleh anda kunjungi.
1. Pantai Siloso Atau Pantai Pulau Sentosa
Jangan lepaskan peluang untuk bergambar di Pantai Siloso memandangkan ia adalah pantai utama harus anda kunjungi di Pulau Sentosa.
2. Aquarium Underwater World
Bagi yang suka berenang, sertailah aktiviti berenang yang dibuka di sini. Anda boleh bergambar dengan haiwan dan hidupan laut sepanjang berjalan di Aquarium Underwater World ini.
3. Merlion
Untuk pengetahuan anda, anda boleh menaiki eskelator dan naik ke atas patung tersebut. Inilah masanya untuk anda melihat pemandangan dan panorama sekitar tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini.
4. Fort Siloso
Terdapat pelbagai barangan peninggalan yang boleh dilihat dan untuk bergambar. Tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura ini juga merupakan sebuah pelabuhan yang terpelihara di Singapura.
5. Cove Waterpark
Untuk bermain air di puncak, tak perlu menaiki eskelator, cuma duduk sahaja, anda akan dibawa ke puncak. Bagi anda yang suka bermandi dan gemarkan cabaran, Cove Waterpark adalah lokasi percutian harus anda kunjungi.
6. Wings Of Time
Anda akan berasa seperti berada di dunia magik kerana ia sangat unik, cantik, penuh dengan kesan api, lampu laser, air pancut, video, muzik dan sebagainya. Sungguh menghiburkan sesuai untuk anda kunjungi ketika bercuti di Pulau Sentosa Singapura.
7. Sentosa 4D Adventureland
Antara penerokaan yang seakan-akan real adalah anda dapat merasa seperti mendaki gunung, hutan, berada di kawasan misteri lain dan situasi ketika menyelamatkan diri dari haiwan liar.
Anda juga boleh merasai simulasi pergerakan roller coaster dengan aktiviti Extreme Log Ride yang membawa anda ke Himalamazon dan lain-lain lagi. Hebat sungguh teknologi 4D ini!
8. Sentosa Boardwalk
Selain berjalan kaki di sekitar Sentosa Broadwalk, anda boleh menyewa basikal di sekitar jalan ini untuk bersiar-siar di sekeliling kota ini. Amat romantik jika bersiar-siar dan menaiki basikal bersama pasangan. Tiada masalah juga jika anda ingin sewa basikal untuk satu keluarga.
9. Sentosa Skyride Luge
Ketika berada di puncak, anda boleh menggunakan luge yang disediakan untuk turun semula. Anda akan turun melalui Dragon Trail yang berukuran 688 meter panjangnya.
10. Nature Walk Dragon Trail
Pasti anda akan menemui sebuah patung naga yang besar dan beberapa patung haiwan lain. Anda boleh bersantai dan bergambar berdekatan patung tersebut. Menarik bukan? Kanak-kanak pasti teruja dan suka.
Itulah dia 10 tempat menarik di Pulau Sentosa Singapura wajib anda kunjungi. Jom baca juga tempat menarik untuk bercuti, tempat menarik di Pulau Songsong, tempat menarik di Pulau Sibu dan tempat menarik di Pulau Sipadan.