10 Tempat Menarik Di Pulau Sebatik Ramai Tak Tahu
Pulau Sebatik terletak di dalam daerah Indonesia dimana ia juga bersempadan dengan Malaysia berhampiran Tawau. Kebanyakan penduduk di daerah situ juga mudah merentasi sempadan Sabah dan Kalimantan melalui Kampung Haji Kuning. Saiz pulau Sebatik ini adalah sedikit besar dari Pulau Langkawi.
Pulau Sebatik mempunyai penduduk dalam anggaran 8,000 orang termasuklah penduduk Bugis, Suluk, Tidung, Bajau dan lain-lain lagi. Sekiranya anda berada di Pulau Sebatik, bermakna anda berada bersebelahan dengan Bandar Tawau Sabah dan Kota Nunukan Kalimantan Timur.
Tahukah anda, Pulau Sebatik juga menjadi bualan ramai orang dimana anda boleh datang sendiri berkunjung ke sini. Terdapat beberapa tempat menarik di Pulau Sebatik boleh anda lawati.
1. Pulau Sebatik
Tidak ramai yang tahu tempat menarik di Pulau Sebatik yang sangat indah dan memukau ini. Pemandangan darat dan lautannya amat mempersonakan ditambah pula dengan hembusan angin serta kicauan burung amat meriah sekali. Ia umpama hamparan bukit hijau yang penuh tumbuhan di atas pulau ini.
Anda dapat merasai pulau ini sedikit tinggi dan bertebing. Tiada masalah untuk bersantai di pantai, bermain air, berkelah dan sebagainya. Amat menyeronokkan, ia agak jauh dari kota-kota yang sibuk.
2. Kampung Nelayan, Pulau Sebatik
Salah satu tempat menarik di Pulau Sebatik juga adalah Kampung Nelayan. Keadaan pantai ini agak ramai pengunjungnya kerana banyak nelayan yang bekerja di sini dan singgah berhenti di sini membawa ikan.Anda boleh melihat nelayan pulang dengan membawa hasil tangkapan untuk dijual. Perkampungan nelayan ini tidaklah mempunyai banyak tempat tinggal dan rumah, ia hanyalah rumah para nelayan singgah, berehat dan membawa ikan.
3. Desa Tanjung Aru, Pulau Sebatik
Desa Tanjung Aru adalah sebuah tempat menarik di Pulau Sebatik yang boleh anda kunjungi. Siapa sangka pantai yang indah ini berada di kawasan Nukukan, Sebatik Timur. Dengar kata, terdapat kampung Tanjung Aru yang bakal menjadi ibu kota daerah Sebatik.Anda boleh melawat ke kampung Tanjung Aru dan singgah di Pantai Tanjung Aru yang panjang ini. Ia mempamerkan keindahan alam yang cukup hebat. Pemandangan pantai pada senja dan subuh hari amat indah.
4. Bukit Keramat, Pulau Sebatik
Selain pantai dan kampung, terdapat bukit yang sangat indah boleh anda kunjungi di sini. Ia sangat indah dan tenang dimana anda akan laluinya untuk ke Desa Bambangan Sebatik Barat.Di samping berjalan-jalan di tempat menarik di Pulau Sebatik ini, anda juga berpeluang ke Pos Pengamanan Batas wilayah Indonesia dan Malaysia. Di situlah anda boleh lihat sempadan antara dua negara ini.
5. Tugu Garuda Perkasa, Pulau Sebatik
Tugu Garuda Perkasa merupakan sebuah ikon di Pulau Sebatik yang membolehkan anda bergambar di sini sebagai kenang-kenangan. Ia terletak di Aji Kuning Sebatik Timur, Indonesia. Tempat menarik di Pulau Sebatik ini juga dikatakan sebagai Pusat Pulau Sebatik yang menjadi tarikan pengunjung.6. Pulau Nunukan
Berada berdekatan dengan Pulau Sebatik, Pulau Nunukan sangat indah untuk anda terajui. Terdapat pantai pasir putih dihiasi dengan jeti sebagai kemudahan bagi pengunjung datang menaiki bot dan ingin bersiar-siar di sekitar pulau ini.Di sini, anda boleh melakukan aktiviti air seperti mandi-manda, snorkeling, berkelah dan lain-lain lagi. Tempat menarik di Pulau Sebatik ini merupakan sebuah pulau dalam kawasan Nunukan di Kalimantan Utara, Indonesia.
7. Pantai Batu Lamampu
Pantai Batu Lamampu merupakan sebuah tempat menarik di Pantai Sebatik yang boleh anda singgah. Suasananya sangat tenang dan luas, sesuai untuk melakukan aktiviti dan program-program bagi organisasi dan bersama kawan-kawan. Sekitar kawasan ini juga, terdapat spesis tumbuhan yang boleh anda lihat dan terokai.8. Pantai Kayu Angin
Pulau Kayu Angin adalah pantai yang berhampiran Nunukan dan juga dikatakan tempat menarik di Pulau Sebatik wajib anda singgah. Berdekatan dengan pulau Batu Lamampu dan Pantai Marina, anda boleh menaiki bot ke sini.Selain beriadah dan menikmati pemandangan alam yang cukup indah, anda boleh berhibur di malam hari dengan mengadakan BBQ di sini. Tetapi jangan lupa sediakan lampu atau api kerana di sini agak gelap pada malam hari.
9. Pulau Marina, Sebatik
Tahukah anda, terdapat sebuah pulau berhampiran Pulau Sebatik yang diberi nama Pulau Marina, sama nama dengan sebuah pulau di Malaysia. Namun, tempat menarik di Pulau sebatik ini sangat meriah kerana pantainya lengkap dengan port bergambar yang cantik.Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah bermandi-manda, berkelah, berenang, menyelam dan banyak lagi. Ia sangat bersih untuk diterokai. Jadi, jangan teragak-agak untuk bermain sukan air di sini.
10. Taman Kota Nunukan
Tempat menarik di Pulau Sebatik ini merupakan sebuah kota yang terletak di daerah Nunukan. Anda boleh ke Taman Kota Nunukan untuk bersantai, berhibur dan berjalan-jalan di bandar.Terdapat ikon tanda Nunukan dan pelabuhan Kota Nunukan boleh anda singgah melawat. Sambil-sambil itu bolehlah anda bergambar dengan kota berdekatan Pulau Sebatik ini.
Berikut adalah 10 tempat menarik di Pulau Sebatik tak ramai orang tahu. Jom baca juga tempat menarik di Pulau Rawa Johor, tempat menarik di Pulau Marina, tempat menarik di Pulau Nami dan tempat menarik di Pulau Madura.