12 Tempat Menarik Di Pulau Madura Cantik Semulajadi
Pulau Madura yang terletak di utara Pulau Jawa, Indonesia ini sangat indah dan penuh dengan alam semulajadi yang cantik. Ia juga luas sekitar 5,250 km² serta mempunyai penduduk yang agak ramai iaitu 4 juta orang. Pulau Madura terbahagi kepada beberapa daerah iaitu Sampang, Pamekasan, Sumenep dan juga Bangkalan.
Menariknya, pulau ini kaya dengan keindahan pulau dan khazanah alam semulajadi seperti flora, tumbuh-tumbuhan, lautan biru dan pasir putih yang cantik. Banyak tempat menarik di Pulau Madura yang harus anda kunjungi tatkala bercuti di sini.
1. Air Terjun Toroan Sampang
Air Terjun Toroan Sampang adalah salah satu tempat menarik di Pulau Madura harus anda kunjungi. Keindahan air terjun ini lengkap dengan air yang jernih, batu dan bukit yang mempersonakan selaras dengan kehijauan alamnya.Anda boleh bermandi-manda dan berkelah di sekitar kawasan ini. Ambillah gambar sepuas-puasnya, tambahan pula anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam di sini.
2. Gili Genting Sumenep
Tempat menarik di Pulau Madura seterusnya adalah Gili Genting Sumenep. Ia juga dikataka sebagai perantaraan lokasi Sembilan sehinggalah ke Pantai Kahuripan. Kecantikan pantai Gili Genting ini bak Hawaii dimana anda akan berasa bercuti di Hawaii pula. Lihat sahaja pantai cantik dan pondok-pondok atap, sangat menarik bukan?3. Gili Pandan
Pulau Gili Pandan adalah pulau yang tidak berpenghuni dan saiznya amat kecil sekali. Sekadar datang menaiki bot dan pusing-pusing tiada masalah. Anda boleh bermain air laut dan bersantai di pantai pasir putih yang halus ini. Datanglah bersama kawan-kawan dan jangan datang seorang diri kerana tiada sesiapa di sini.4. Telaga Kermata, Sarogi, Sumenep
Terdapat Telaga Kermata dalam daerah Sumenep, ia bukanlah sekadar pantai sahaja. Anda boleh menaiki bot ke sini dan melalui di tengah-tengah pantai. Jangan lupa bergambar di kawasan pantai dan telaga Kermata yang cantik dan indah ini. Pastinya ia akan menjadi memori terindah bagi percutian anda kali ini.5. Gili Labak
Gili Labak adalah sebuah pulau tropika yang sangat cantik dengan ombak biru serta terumbu karang yang tampak dari air yang hijau. Pastinya anda boleh melakukan aktiviti sukan air menarik di sini seperti snorkeling dan menyelam. Ke tengah laut sedikit, anda akan melihat coral, ikan berwarna-warni dan kecantikan alam dasar lautan.6. Gili Iyang
Apa kata anda berkunjung ke Gili Iyang yang merupakan tempat menarik di Pulau Madura. Lokasi percutian ini sangat sesuai untuk anda berkelah, mengambil angin dan beristirehat bersama orang tersayang. Selain melihat pemandangan bot mendarat, anda juga boleh menenangkan jiwa kerana pulau ini sangat dingin dan sangat berangin.7. Bukit Jaddih, Bangkalan
Bagai berada di Mesir, penuh dengan batu-batu di sekelilingnya, Bukit Jaddih Bangkalan merupakan tempat menarik di Pulau Madura harus anda kunjungi. Selain bermandi-manda, anda akan puas bergambar dan mencipta memori di sini.8. Arosbaya, Bangkalan
Berkonsepkan bukit kapur, Arosbaya yang terletak di Bangkalan merupakan salah sebuah tempat menarik di Pulau Madura yang agak eksotik. Ia dipahat dan diukir oleh ‘petani kapur’ sehingga menjadi unik dan menarik. Anda boleh bergambar di setiap pelusuk Bukit Arosbaya ini.9. Boekit Tinggi Daramista
Agak tinggi juga perlu anda naiki, namun ia amat berbaloi. Anda boleh bergambar sepuas-puasnya apabila sampai ke puncak yang anda tujui ini. Selain dapat menyaksikan pemandangan indah di seluruh kawasan Sumenep, rasailah kesejukan angin yang bertiup di atas bukit ini.Di Boekit Tinggi Daramista ini,terdapat sebuah pondok kecil atau persinggahan yang diperbuat daripada kayu boleh anda singgah. Tempat percutian menarik ini pasti membuatkan anda lupa akan masalah kerja yang anda sedang alami.
10. Pantai Siring Kemuning
Dikatakan Pantai Siring Kemuning ini mempunyai pasir yang berwarna kekuning-kuningan. Ia adalah faktor semulajadi pantai ini. Namun ia amat indah sekali terutamanya pada waktu senja dimana anda boleh melihat pemandangan matahari terbenam. Terdapat juga kemudahan yang disediakan bagi anda yang berkunjung dan bercuti ke sini.11. Museum Sultan Sumenep
Muzium Sultan Sumenep membolehkan anda melihat pelbagai pameran sejarah berkaitan dengan kerajaan Sumenep Indonesia. Antara barang pameran yang boleh dilihat adalah seperti gambar-gambar lama, barang dari kerajaan Sumenep, kereta kencana dan lain-lain lagi.Anda perlu membeli tiket untuk masuk ke muzium ini. Tempat menarik di Pulau Madura ini juga membolehkan anda mempelajari kisah sejarah berkaitan keraton bermula dari menganut Hindu sehinggalah menjadi keraton Islam.
12. Masjid Sultan Sumenep
Masjid Sultan Sumenep atau dikenali dengan nama The Great Mosque Sumenep merupakan tempat ibadat dan lawatan untuk anda singgah. Anda boleh saksikan sendiri hasil senibina masjid ini yang mempunyai ciri-ciri senibina menarik berkait rapat dengan beberapa seni arkitekstur.Ia sering dibuka untuk pengunjung tempatan mahupun pelancong luar untuk menggunakannya sebagai pusat ibadat dan ilmu, malah untuk melihat keindahan dalaman serta kawasan luar masjid ini juga terbuka untuk semua.
Berikut adalah tempat menarik di Pulau Madura cantik semulajadi. Jom lihat juga tempat menarik di Pulau Marina, tempat menarik di Pulau Komodo, tempat menarik di Pulau Manukan dan tempat menarik di Pulau Koyo.