10 Tempat Menarik di Pulau Dayang Bunting Wajib Datang
Pulau Dayang Bunting merupakan sebuah pulau yang terletak di Daerah Langkawi, Kedah. Ianya terletak kira-kira 17.6 kilometer dari jeti Kuah, Langkawi. Untuk menuju ke Pulau Dayang Bunting, ia mengambil masa dalam 15 minit dengan menaiki bot dari jeti Kuah dan caj yang dikenakan adalah RM45.00 seorang.
Nama Pulau Dayang Bunting cukup terkenal dengan sejarahnya dan itulah keunikan dan tarikan tempat ini sebagai salah satu destinasi percutian di Langkawi. Jom lihat tempat menarik di Pulau Dayang Bunting yang indah ini.
1. Tasik Dayang Bunting
Pernahkah anda datang ke Tasik Dayang Bunting ini? Dulunya dikatakan bahawa tasik ini merupakan tempat mandi kegemaran Mambang Sari. Mambang sari dikatakan puteri dari kayangan.Mengikut sejarah, Mat Teja telah jatuh cinta kepada Mambang Sari dan ini telah menjebaknya untuk berkahwin dengan Mat Teja. Kemudian, Mambang Sari pun hamil tetapi malangnya anak mereka telah mati akibat penyakit misteri pada usia tujuh hari. Dengan perasaan sedih, Mambang Sari meninggalkan mayat anaknya di tasik ini dan kembali ke kayangan.
Disebabkan itulah tempat ini dipanggil Tasik Dayang Bunting. Hari ini, ada yang percaya bahawa mana-mana wanita yang mandi di tasik ini akan dikurniakan cahaya mata. Jadi, bagi anda yang nak mencubanya, bolehlah datang ke sini.
2. Pulau Singa Besar
Pulau Singa Besar yang merupakan tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini mempunyai cerita lagendanya yang tersendiri. Pada zaman dahulu, terdapat seekor raksasa memiliki seekor singa sebagai haiwan peliharaannya. Raksasa tersebut telah tinggal di pulau tersebut bersama singanya.Sebab itulah pulau tersebut diberi nama Pulau Singa Besar. Pulau ini dipenuhi dengan keindahan hutan yang subur, flora dan fauna yang eksotik serta rumah habitat hidupan liar.
Antaranya adalah seperti monyet, cicak, iguana, helang, rusa, enggang dan sebagainya. Anda boleh mengembara di sini bersama kawan dan keluarga. Untuk ke sini, anda perlu menaiki bot dari jeti Kuah.
3. Pulau Beras Basah
Pulau Beras Basah amat terkenal dengan perairannya yang cukup cetek untuk kanak-kanak berenang. Selain itu, anda boleh bersiar-siar di sepanjang dermaga kayu di pulau ini atau berjemur di tepi pantai. Pulau ini juga merupakan rumah kepada monyet liar, jadi berhati-hatilah dengan beg dan peralatan anda.Cara terbaik untuk melawat pulau ini adalah melalui Jeti Kuah. Dalam perjalanan ke pulau ini, anda boleh menikmati pelbagai keindahan air lautnya. Sekiranya anda ingin melakukan perjalanan dalam kumpulan, sewanya boleh mencecah antara RM600 hingga RM900.
4. Selat Bagan Nyior
Selain rumah tumpangan, chalet, pengangkutan, hasil laut dan kraftangan, Selat Bagan Nyior merupakan daya tarikan pelancong yang datang ke pulau ini. Tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini menjadi kampung tumpuan utama di kawasan Pulau yang cantik ini. Ia kerana kawasan ini mempunyai keunikannya yang tersendiri.Struktur muka bumi dan keindahan persisiran pantai di sini sangat mengagumkan. Keindahan persekitaran semula jadinya memberikan satu rasa ketenangan yang tidak dapat digambarkan. Suasananya yang menenangkan dengan tumbuh-tumbuhan hijau serta air laut yang membiru mencetuskan lagi kepuasan bagi sesiapa sahaja yang datang ke sini.
Selat Bagan Nyior juga boleh dikatakan sebagai salah satu tempat yang menjadi pilihan utama kebanyakan pelancong untuk menginap apabila datang ke Pulau Dayang Bunting. Setiap pengunjung yang datang pasti akan berasa sangat selesa. Keramahan penduduknya menambahkan lagi keindahan di tempat ini
5. Pulau Kentut Besar
Aktiviti menarik yang boleh anda lakukan di Pulau Kentut Besar adalah melihat keindahan matahari terbenam, menyelam dan berenang di sekitar pulau ini. Menarik lagi, tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini penuh kawanan monyet-monyet yang comel. Ingat jangan lupa jaga beg dan peralatan anda ya? Takut nanti diambil oleh monyet-monyet ini.6. Pulau Kentut Kecil
Pulau Kentut Kecil adalah sebuah pulau kecil yang terletak berhampiran Pulau Dayang Bunting. Ia membentuk sepasang dengan Pulau Kentut Besar di sebelah timurnya. Pulau Kentut Kecil tidak berpenghuni dan anda boleh melihat sekilas jika anda melakukan lawatan ke Pulau Dayang Bunting.Mengikut legenda tempatan, semasa perayaan perkahwinan dua raksasa, pengantin lelaki itu telah mengeluarkan angin dua kali setelah makan nasi separuh masak oleh keluarga pengantin. Lalu, kentut tersebut membentuk dua pulau yang disebutkan di atas. Lalu terjadilah pergaduhan dan pasu telah pecah dan air telah membanjiri seluruh pulau tersebut.
7. Pulau Umbun
Pulau Umbun adalah antara pulau-pulau kecil yang tidak berpenghuni di sekitar Pulau Dayang Bunting. Seronoknya di sini, pelancong boleh berehat semasa percutian mereka ke pulau yang tenang dan terpencil. Sebenarnya, terdapat dua pulau dengan nama ini iaitu Pulau Bumbon Besar dan Pulau Bumbon Kecil.Tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini juga, anda tidak akan menemui restoran. Jadi pastikan anda membawa peralatan dan makanan anda sendiri semasa anda berada di sini. Pastikan anda tidak membuang sampah malah menjaga kebersihan tempat ini.
8. Pulau Tepor
Pulau Tepor adalah sebuah pulau di Kepulauan Nusantara. Ia terletak berdekatan pulau Dayang Bunting. Pulau ini juga tidak berpenghuni. Di sini juga tiada restoran tetapi ia pastikan membuatkan anda berasa sangat tenang terutamanya pada malam hari.9. Pulau Tuba
Pulau Tuba adalah pulau terpencil yang terletak 5 kilometer di barat daya Jeti Kuah. Ia mempunyai kampung nelayan tradisional, flora fauna yang jarang ditemui dan banyak lagi tarikan menarik.Penduduk kampung ini menjalani gaya hidup yang agak tradisional di tempat menarik di Pulau Dayang Bunting ini. Anda juga boleh merasai pengalaman dan melakukan pelbagai aktiviti dengan penduduk di pulau Tuba ini.
10. Eagle Feeding
Tempat menarik di Pulau Dayang Bunting juga adalah Eagle Feeding ataupun dalam bahasa melayunya dipanggil beri makan helang. Di sini, anda akan dibekalkan dengan perut ayam oleh pemandu bot. Kemudiannya perut ayam tersebut digunakan untuk memberi makan kepada si helang. Seronok bukan?Itulah tempat menarik di Pulau Dayang Bunting yang cantik harus anda lawati. Jom baca juga tempat menarik di Incheon, tempat menarik di Gangnam, tempat menarik di Pulau Belitung dan tempat menarik di Pulau Aur.