12 Tempat Menarik Di Pulau Aman Harus Anda Singgah
Nak cari idea tempat menarik di Pulau Aman?
Ramai yang tidak tahu bahawa Pulau Aman letaknya di Pulau Pinang iaitu di antara Batu Kawan dan Bukit Tambun. Walaupun dikatakan pulau ini kecil, namun 115.2 hektar adalah kawasan hutan bagi pulau ini. Untuk ke sini, anda harus lalui masuk ke Bukit Tambun atau Batu Kawan.
Terdapat papan tanda yang menunjukkan Jeti Batu Musang. Di situlah bermulanya titik perjalanan anda ke Pulau Aman. Jom lihat tempat menarik di Pulau Aman yang boleh anda kunjungi sepanjang bercuti di sini.
1. Jeti Batu Musang
Jeti Batu Musang adalah permulaan utama untuk anda ke Pulau Aman. Hal ini kerana anda harus membeli tiket bot untuk ke Pulau Aman di sini. Tidak mahal harganya, hanya RM 6 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak pergi dan balik. Perjalanan bot ke Pulau Aman bermula dari 9 pagi sehingga 7 malam. Kemudahan seperti tempat parking kereta, kiosk, tandas dan banyak lagi turut disediakan.2. Jeti Pulau Aman
Anda akan dibawa ke Jeti Pulau Aman dari Jeti Batu Musang tadi. Jeti Pulau Aman ini juga adalah tempat menarik di Pulau Aman kerana di sini bermulanya anda dapat menghembus dan menarik udara segar di pulau ini. Sekitar jeti, terdapat restoran makanan laut yang menyelerakan. Anda juga boleh melihat bot serta nelayan yang membawa naik hasil tangkapan dan dijual.3. Kampung Di Pulau Aman
Anda boleh bersiar-siar di sekitar kawasan kampung yang terdiri dari rumah-rumah kampung kayu dan batu. Sekitarnya juga terdapat pokok-pokok tanaman penduduk kampung, basikal untuk bergambar, burung peliharaan dan macam-macam lagi. Anda juga dapat melihat banyak signboard nama jalan di sekitar kampung ini, namun kawasan ini tidaklah besar.4. Pokok Sukun Tertua Di Malaysia
Semasa berjalan-jalan di Pulau Aman ini, anda akan dapat lihat banyaknya pokok buah sukun di sekitar kampung. Disinilah letaknya pokok sukun yang dikatakan tertua di Malaysia.Bergantung kepada buahnya, jika bertuah, anda mungkin berpeluang merasai buah ini. Ada juga penduduk yang akan berikan anda buah ini jika anda datang pada masanya. Jika dijual di sini, bolehlah anda beli dan belajar cara makan buah sukun!
5. Pantai Pulau Aman
Inilah destinasi yang menjadi kegemaran ramai pelancong iaitu Pantai Pulau Aman. Selain berkelah dan beristirehat di sini, terdapat banyak aktiviti boleh anda lakukan seperti menjala ikan ketika air surut, mengutip kepah, menaiki bot, memancing, memukat hidupan laut dan banyak lagi. Ia tidak panas bahang, tetapi suasanya tetap berangin dan menyeronokkan.6. Masjid Ar Rahman
Dalam masjid ini kelihatan agak luas, walaupun pada luarnya kelihatan kecil. Jom singgah untuk solat jumaat dan solat harian di sini. Sambil-sambil tu, bolehlah anda lihat hasil senibina masjid yang telah ditubuhkan pada tahun 1817 ini. Keadaan masjid ini amat bersih dan tersusun.7. Az-Kraf Souvenir
Tempat menarik di Pulau Aman yang harus anda kunjungi juga adalah sebuah kedai cenderahati yang menjual cenderamata menarik hasil iaitu Az-Kraf. Di sini, anda dapat melihat pelbagai hiasan dan cenderamata yang terhasil dari kulit kerang dan siput. Bolehlah beli untuk dibuat kenang-kenangan atau dihadiahkan kepada mereka yang tersayang.8. Telaga Emas
Terdapat sebuah telaga yang seakan-akan kolam boleh anda lihat di sini. Ia dinamakan telaga emas kerana kisah sejarahnya satu zaman dahulu (boleh baca di gambar). Namun keajaiban telaga ini juga adalah air tawarnya tidak bercampur dengan air masin walaupun ia betul-betul berada di tepi laut.9. Restoran Terapung Pulau Aman
Restoran Terapung Pulau Aman ini adalah restoran terbaik harus anda kunjungi di Pulau Aman kerana menu masakan yang sangat sedap dan kedudukan restoran ini pula atas lautan. Menu istimewanya adalah mee udang, udang lipan, kuew tiaw udang goreng dan macam-macam lagi.Anda juga boleh memilih makanan laut untuk dimasak dan dihidangkan. Sambil makan, anda berpeluang melihat suasana pemandangan laut dan mengambil udara yang segar di sini.
10. Agro Bazar K-Shoppe
Terdapat juga Agro bazar iaitu sebuah kedai rakyat yang menjual pelbagai barangan keperluan di sini. Namun, uniknya, anda boleh melihat cara penduduk mengusahakan kuih sepit traditional dimana anda boleh menyaksikan cara pembuatan kuih sepit secara tradisional di sini.Selain mendapat pengalaman baru, anda boleh beli kuih sepit untuk merasa dan dibawa pulang. Sungguh sedap dimakan begitu saja, anak-anak pasti suka!
11. The Ridge Teja By The Sea
Restoran makan tepi laut ini boleh anda kunjungi bersama keluarga besar ataupun bersama pasangan. Terdapat meja khas untuk pasangan dan juga keluarga. Makanan laut di sini menjadi pilihan ramai, amat menyelerakan sambil menikmati pemandangan terbaik.12. Warung Kak Timah
Warung Kak Timah adalah sebuah restoran berkonsepkan warung. Harganya adalah mengikut harga pasaran semasa. Amat rugi jika berkunjung ke sini tetapi tidak merasa udang goreng tepung, ikan bakar, mee udang dan banyak lagi menu di Warung Kak Timah. Lebih puas hati jika bercuti sambil menikmati makanan yang pelbagai di tempat orang kan?Menarik sungguh lokasi percutian di Pulau Aman ini. Jom baca juga tempat menarik di Wellington, tempat menarik di Asia, tempat menarik di Pulau Jerejak dan tempat menarik di Christchurch.