15 Tempat Menarik Di Jitra, Kedah Santai Dan Menghiburkan
Jalan-jalan mencari tempat menarik di Jitra?
Jitra merupakan bandar terbesar ke-4 di Kedah selepas Alor Setar, Kulim dan Sungai Petani. Terdapat banyak tempat menarik di Jitra Kedah yang menjadi persinggahan tatkala berkunjung ke Kedah Darul Aman ini. Pastinya, tempat menarik di Jitra Kedah terbahagi kepada dua iaitu tempat bersiar-siar dan juga tempat makan-makan.
Berkunjung ke salah satu negeri utara, pasti anda tak nak ketinggalan merasai makanan menarik yang terkenal di sini bukan? Sambil bersiar-siar, sambil menikmati makanan marvellous di Jitra, Kedah. Jom baca 15 tempat menarik di Jitra Kedah yang bakal kami kongsikan ini.1. Darul Aman Park
Terdapat satu tempat menarik yang pasti membuatkan anda sekeluarga berseronok tahap maksima iaitu Darul Aman Park ataupun dikenali dengan nama Taman Tema Darul Aman. Taman Tema ini merupakan tempat rekreasi yang paling best di Jitra, Kedah.Antara aktiviti yang sering dilakukan oleh para pengunjung adalah berjoging, berkelah bersama keluarga dan sebagainya. Anda juga boleh menikmati keindahan alam sekitar dan melihat tasik yang sangat tenang.
Di tasik ini pula anda boleh menyewa bot untuk merasai pengalaman menaiki bot. Jika anda datang ke sini pada musim cuti sekolah, lebih banyak aktiviti yang dapat anda sertai di sini.
2. Fantasia AquaPark
Fantasia Aqua Park pasti membuatkan anak-anak di sekitar Jitra akan menyebut ‘tempat bermain ayaq’ yang merupakan salah satu tarikan tempat menarik di Jitra, Kedah. Taman tema ini biasanya dibuka pada jam 12 tengah hari sehingga jam 7 malam dan ditutup pada hari Selasa. Harga tiket yang ditawarkan pula RM18 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak.3. Bukit Wang
Hutan Lipur Bukit Wang (Rizab Alam Semula Jadi) terletak di Jitra, Kedah, kira-kira 40 kilometer dari bandar Alor Star ini sentiasa menjadi destinasi pilihan untuk berehat hujung minggu. Apa yang hebatnya, taman ini mempunyai kawasan mandi yang agak panjang, kira-kira satu kilometer dan sesuai untuk semua peringkat umur.Walaupun tidak mempunyai air terjun yang tinggi, ia tetap menjadi pilihan kerana keadaan persekitaran yang masih dipelihara. Anda boleh melakukan aktiviti trekking hutan dan memanjat bukit atau berjoging di pintu masuk kawasan berkelah sambil melihat pelbagai jenis spesies tumbuhan hutan seperti tumbuhan sagu dan periuk kera. Selepas mandi, pelawat boleh menikmati pelbagai jenis makanan yang dijual di kafe berhampiran pintu masuk.
4. MnM Home Whimsical Houses
Jika anda sering ke Jitra dan melalui jalan Kampung Changkat Setol, pasti anda akan terlihat signboard besar yang di tulis MnM Home Whimsical Houses yang terpampang di depan pintu pagarnya. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Jitra yang mempunyai keunikannya yang tersendiri.Terdapat beberapa binaan rumah yang unik, tempat permainan serta mini zoo yang pasti amat sesuai untuk semua lapisan umur dan juga homestay bagi mereka yang ingin bermalam di sini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa binaan rumah yang amat unik di sini.
Ada rumah yang dibina secara terbalik, ada juga rumah yang dibina secara senget dan bermacam-macam lagi. Nak tahu tak, rumah hobbit pun ada di sini! Mini zoo pula menempatkan beberapa haiwan peliharaan yang comel-comel dan jinak-jinak.
Ada arnab, kucing malah landak mini pun turut berada di sini. Bagi anda yang ingin merasai makan madu kelulut, anda bolehlah dapatkan dengan harga yang berpatutan.
5. Napoh Eco Farm
Napoh Eco Farm merupakan salah satu tempat menarik di Jitra yang menggabungkan keindahan alam semula jadi, pembelajaran dan ketenangan minda. Anda boleh merasai keindahan alam semula jadi, memahami hubungan antara alam dengan manusia serta mempelajari tentang makanan berasaskan tumbuhan yang segar.Bagi anda yang ingin mempelajari tentang haiwan ternakan yang dipelihara di sini juga tiada masalah. Terdapat angsa, itik, arnab dan banyak lagi haiwan ternakkan yang comel-comel boleh anda lihat.
6. Lynn Beauty House
Inginkan penjagaan wanita, salon dan spa? Anda bolehlah datang ke Lynn Beauty House yang merupakan salah satu tempat menarik di Jitra dalam perawatan kecantikan. Terletak di Pekan Jitra, pusat kecantikan ini mempunyai keunikan yang tersendiri.Spa ini dilengkapi dengan bilik-bilik rawatan yang tersendiri disamping produk yang digunakan dijamin selamat dan tidak memberi kesan sampingan. Anda boleh membuat pemilihan produk berdasarkan jenis kulit. Di sini juga terdapat salon rambut untuk anda manjakan diri. Harga yang ditawarkan adalah mampu milik dan terdapat pakej-pakejnya yang tersendiri.
7. Sabai Dee Cafe
Restoran Sabai Dee Cafe yang terletak di Jalan Wang Tepus, Jitra ini merupakan salah satu tempat menarik di Jitra dalam menyediakan masakan Thai. Sememangnya masakan Thai di sini patut dicuba oleh semua orang yang datang ke sini.Tahukah anda, masakan Thai di sini ibarat sebuah permata yang tersembunyi di Jitra. Disebabkan ruang tempat duduk terhad, jadi anda kena datang awal untuk mengelakkan tidak cukup tempat makan.
Antara masakan yang best di sini adalah tomyam ayam, tomyam udang, tomyam sotong dan sebagainya. Antara dessert yang best pula adalah kelapa jelly. Restoran ini dibuka pada jam 6 petang sehingga jam 12 tengah malam manakala pada hari Isnin ia ditutup.
8. Restoran Hamidah Bunga Melur
Selain restoran Sabai Dee Cafe, Restoran Hamidah Bunga Melur juga merupakan salah satu tempat menarik di Jitra untuk makan masakan Thai. Restoran ini lebih popular berbanding mana-mana restoran masakan Thai yang lain dan terletak di Pekan Jitra 3.Rata-rata mereka yang pernah makan di sini pasti takkan lupakan masakan restoran ini. Menu masakannya amat hampir dengan restoran masakan Thai yang lain tetapi mempunyai rasanya yang tersendiri. Jadi apa tunggu lagi? Jom makan di restoran ini!
9. Restoran Tok Keramat
Jika anda mencari nasi berlauk yang sedap-sedap di Jitra, tempat menarik di Jitra ini adalah jawapannya. Restoran ini mempunyai pelbagai jenis lauk yang boleh anda pilih untuk santapan tengah hari anda bersama keluarga tersayang.Harganya pula dikatakan murah dan sangat berpatutan untuk para pelanggan. Menu pilihan di sini adalah gulai ataupun kari batang pisang yang sememangnya amat sedap. Untuk pengetahuan anda, Restoran ini berkonsep terbuka dan tentunya amat seronok jika makan di sini bersama keluarga.
10. Char Kuey Teow Aladdin
Apa kata kita ke Char Kuey Teow Aladdin di Jitra pula? Sememangnya ia adalah tempat menarik di Jitra bagi para penggemar Char Kuey Teow. Di sini anda boleh merasai keenakan makanan yang lazat dan pasti amat rugi bagi sesiapa yang tidak mencubanya. Menu utama di sini adalah Char Kuey Teow, yang amat kena dengan nama kedainya juga.11. Pak Lang Roti Canai
Mencari tempat menarik dalam hidangan sarapan pagi ataupun makan petang yang menunya roti canai? Anda boleh mencubanya di Pak Lang Roti Canai. Cakap tentang roti canai siapa yang tak suka kan? Untuk pengetahuan anda, roti canai di sini merupakan roti canai yang paling sedap di Jitra.Antara menu roti canai yang sedap di sini adalah roti sardin, roti telur dan banyak lagi malah kopi di sini pun memang terbaik. Paklang Roti Canai terletak di Taman Siswa, Jitra. Bagi anda yang belum mencubanya, bolehlah datang ke tempat menarik di Jitra ini.
12. Masjid Al Fateh Tanjung Pauh, Jitra
Masjid Al-Fateh Tanjung Pauh merupakan salah satu tempat ibadat bagi mereka yang beragama Islam. Masjid ini telah dibina pada tahun 1913 dimana ia adalah sebuah surau kecil yang terletak di pinggir Sungai Kedah. Tahukah anda, ia adalah antara masjid terawal yang dibina?Ia dinamakan Masjid Tanjong Pauh kerana Masjid ini terletak di kampong Tanjong Pauh. Apabila anda melalui kampung Tanjong Pauh, jangan lupa singgah di sini! Pada waktu malam, masjid ini amat indah dengan cahaya lampunya yang menghiasi seluruh masjid.
13. Wat Boonyaram
Wat Boonyaram ini merupakan tempat ibadat bagi mereka yang beragama Buddha di Jitra dan ia juga merupakan salah satu tempat menarik di jitra walaupun berasaskan keagamaan. Wat yang terletak di Padang Sera, Jitra ini sering dikunjungi oleh para pelancong dan juga mereka yang datang beribadat di sini. Wat ini amat cantik dan reka bentuknya amat luar biasa. Amat rugi jika anda tidak berkunjung kesini.14. Jitra Hindu Temple
Jitra Hindu Temple ataupun Kuil Hindu Jitra merupakan tempat ibadat bagi mereka yang beragama Hindu. Ia juga tersenarai dalam tempat menarik di Jitra boleh anda kunjungi. Pengunjung akan memenuhi kuil ini apabila hari upacara keagamaan mereka dijalankan. Anda boleh melihat seni bina kuil yang cantik ini sambil mengambil gambar.Selain itu, kawasan berdekatan Jitra turut mempunyai beberapa tempat peninggalan sejarahnya tersendiri yang merupakan tempat menarik untuk dilawati. Jom kita ketahui salah satu tempat bersejarah di kawasan berdekatan Jitra, Kedah.
15. Runtuhan Istana Tunku Kudin
Runtuhan Istana Tunku Kudin ini dipercayai berusia lebih 100 tahun dan merupakan tempat menarik di Jitra untuk anda lawati. Struktur istana ini diperbuat menggunakan madu dan putih telur untuk memperkuatkan struktur dan keutuhan istana. Ada yang menganggap istana ini mempunyai kaitan dengan Raja Bersiong, sahih atau tidak wallahualam.Anda boleh berkunjung ke tempat menarik di Jitra ini untuk bergambar dan jadikannya sebagai satu port fotografi untuk mencantikkan gambar anda terutamanya jika anda mengambil gambar pre-wedding atau outdoor wedding.
Terdapat banyak tempat menarik di Jitra dari tempat rekreasi sehinggalah tempat bersejarah yang boleh anda lawati. Harap kita semua dapat memelihara tempat peranginan di Jitra ini agar sentiasa bersih dan cantik. Jom lihat tempat makan menarik di Sungai Petani, tempat makan menarik di Kuantan dan tempat menarik di Sibu juga.