17 Tempat Menarik Di Flores Indonesia Penuh Kehijauan Alam Semulajadi [PULAU TERCANTIK]
Pasti semua dapat menjangkakan apakah maksud di sebalik nama ‘Flores’. Ia membawa maksud ‘bunga’ dari bahasa Portugis. Salah satu daerah dalam negara Indonesia adalah Flores yang mulanya bermaksud “cabo de flores “ iaitu “Tanjung bunga”. Menurut kajian pada tahun 1969, nama pulau Flores sebenarnya adalah Nusa Nipa (Pulau ular) kerana ia mempunyai pelbagai maksud budaya, filosofi dan juga tradisi ritual masyarakat masyarakat Flores.
Sekarang, siapa sangka Flores penuh dengan tempat percutian yang menarik dan indah. Ada yang berpendapat bahawa Flores mempunyai tempat yang penuh hijau semulajadi, segar dan sejuk mata memandang. Pendapat tersebut amat tepat kerana terdapat pelbagai tempat menarik di Flores yang cantik dan semulajadi.
Jom lihat 18 tempat menarik di Flores untuk pilihan destinasi percutian anda. Pasti anda berpuas hati dengan tempat menarik di Flores ini.
1. Pulau Kanawa
Di sini, anda akan turut temui terumbu karang, kura-kura, coral dan lain-lain lagi haiwan laut. Terdapat 13 buah cottage minimalis yang membolehkan anda beristirehat dan restoran juga disediakan di sini.
2. Sawah “Jaring Laba-laba” Desa Cancar
3. Pulau Mules
4. Pantai Koka
5. Pantai Pink

6. Labuan Bajo
7. Danau Sano Nggoang
Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menunggang kuda mengelilingi danau, melihat burung-burung dan lain-lain lagi. Sekali sekala ke sini, haruslah anda mengambil foto sepuas-puasnya.
8. Air Terjun Cunca Rami
Anda boleh melihat pemandangan alam semulajadi asli di sini, airnya pula mengalir laju sehingga membentuk sebuah kolam seakan-akan danau yang kecil. Bolehlah anda berendam dan bermain air di sini.
9. Taman Laut 17 Pulau
Semua pulau ini adalah gugusan pulau kecil yang tersusun berdekatan memanjang dari Toro Padang di sebelah barat hingga Pulau Pangsar disebelah timur. Anda boleh menemui beberapa jenis karang yang lembut dan keras serta pelbagai jenis ikan hiasan warna-warni di lautan ini.
10. Gua Liang Bua

Pernahkah anda mendengar nama Gua Liang Bua? Ia adalah tempat menarik di Flores yang terletak di Dusun Rampasasa, Desa Liangbua, Kecamatan Ruteng, Kabupaten Manggarai, Provinsi Nusa Tenggara Timur. Gua ini turut mempunyai kisah sejarahnya yang tersendiri iaitu pernah ditemukan tengkorak Manusia Hobbit (Homo Floresiensis) di sini pada tahun 2001 dahulu.
Untuk pengetahuan anda, gua ini terhasil dari bentukan endokars yang berkembang pada batu gamping dimana ia berselingan dengan batu gamping pasiran. Batuan gamping ini pula dikatakan berasal dari Periode Miosen tengah ataupun sekitar 15 juta tahun yang lalu. Apapun, gua ini amat menarik dijadikan tempat lawatan anda bersama kawan-kawan.
11. Pulau Rinca
12. Pantai Nanganesa
Walaupun begitu, boleh sahaja untuk anda bersiar-siar dan bercuti di sini. Anda boleh melihat keindahan lanskap alam pemandangan gunung Meja dan Gunung Iya.
13. Danau Kelimutu
Untuk pengetahuan anda, gunung Kelimutu ini memiliki tiga buah danau kawah yang menakjubkan di puncaknya. Danau ini juga dikenali dengan nama Danau Tiga Warna kerana ia memiliki tiga warna yang berbeza. Warna danau tersebut adalah merah, biru dan putih. Dah macam warna bendera pula kan! Namun, ia tidak kekal, warna tersebut seringkali berubah mengikut waktu.
14. Pulau Komodo
Terdapat taman Laut yang mempamerkan sebanyak 253 spesies karang pembentuk terumbu karang dan juga sekitar 1,000 spesies ikan di sini. Patutlah Pulau Komodo ini agak ramai pengunjungnya saban hari. Selain haiwan laut dan komodo, anda boleh melakukan aktiviti menarik di lautan pulau ini seperti snorkeling, diving, memancing, kano, bersampan, berkhemah dan juga hiking. Pemandangan alam di tempat menarik di Flores ini juga tak boleh anda lupakan, semuanya penuh dedaunan hijau semulajadi.
Untuk pengetahuan anda, Pulau Komodo ini telah dinobatkan sebagai tempat Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1991, malah ia termasuk dalam New 7 Wonders pada tahun 2011 bersama-sama dengan Teluk Halong, Air Terjun Iguazu, Hutan Amazon,Pulau Jeju, Sungai Bawah Tanah Puerto Princesa dan Table Mountain.
15. Pemandian Air Panas Mengeruda

Dengar sahaja namanya, sudah pasti anda teringin nak bermandi-manda di air panas ini kan? Tiada masalah sekiranya anda berkunjung ke sini, mandilah sepuas-puasnya. Dikatakan masyarakat, air panas ini elok untuk menyembuhkan beberapa penyakit kulit dan mudah dijadikan media terapi. Ini kerana tahap kepanasannya yang sesuai.
Tempat menarik di Flores ini terletak di Mengeruda, Desa Piga, Kecamatan Soa, Kota Bajawa, Kabupaten Ngada, Provinsi Nusa Tenggara Timur. Panjang betul lokasinya, ia lebih mudah untuk anda mencari nanti. Selain mandian air panas, di sini juga lengkap dengan kemudahan seperti restoran, tandas, kawasan perkhemahan dan hutan yang membolehkan anda melihat pemandangan alam semulajadinya.
16. Gili Laba
Beruntunglah anda dapat melihat pemandangan matahari terbit di sini, ia lebih menawan dalam suasana fajar. Dalam jam 4 pagi, anda bolehkan mulakan trekking.
17. Pulau Kalong
Itulah tempat menarik di Flores yang penuh dengan pulau dan alam semulajadi yang bersih. Pasti anda teruja untuk bercuti di syurga alam ini kan? Pilihlah mana-mana tempat menarik yang sesuai dijadikan destinasi percutian anda. Selamat bercuti! Jom baca juga tempat menarik di Eropah, tempat menarik di Chiang Mai dan tempat menarik di Frankfurt.