33 Tempat Menarik Di Chiang Mai Pilihan Ramai [MEMBELI-BELAH & POPULAR]
Berkunjung ke Thailand, jangan lupa untuk singgah di daerah kedua terbesar di sini iaitu Chiang Mai yang terletak di bahagian utara Thailand. Daerah yang penuh dengan gunung-ganang ini bersempadan dengan Myammar pada utaranya. Ia kaya dengan khazanah alam flora dan fauna dimana anda boleh melihat daerah yang hijau seperti taman negara.
Sudah pasti Chiang Mai amat sesuai dikunjungi oleh anda yang inginkan ketenangan jiwa dan minda. Namun begitu, daerah yang mempunyai simbol tersendiri ini juga dikenali sebagai tempat berseronok bagi kaki shopping terutamanya makcik-makcik atau kakak-kakak yang rambang mata melihat barang-barang jualan murah.
Walaupun terdapat banyak tempat menarik di Chiang Mai yang boleh anda kunjungi seperti Taman Negara, Muzium, Gereja dan lain-lain lagi. Artikel kali ini akan menyenaraikan 9 tempat menarik di Chiang Mai pilihan ramai bagi membeli-belah. Jangan ingat Chiang Mai ini membolehkan anda berjimat-cermat, ianya sama konsepnya seperti anda ke Padang Besar, Rantau Panjang dan sebagainya. Jom lihat 9 tempat menarik di Chiang Mai sesuai untuk membeli belah.
1. Nimmanhaemin Road
Nimmanhaemin Road adalah sebuah jalan yang sibuk dengan kedai-kedai dan gerai jualan di sepanjangnya. Tempat menarik di Chiang Mai ini menempatkan beberapa lokasi hipster iaitu kafe dan kedai kopi yang stylish. Selain membeli belah barangan, anda boleh singgah makan di sini.Kemudian, anda boleh terus melawat ke kedai-kedai lain yang berdekatan. Salah satunya adalah One Nimman yang menjual kain fabrik tempatan yang bewarna-warni. Terdapat juga galeri seni yang mempamerkan arca-arca kayu unik iaitu Gongdee Gallery dan C.A.P Studio yang menawarkan cetakan edisi terhad serta lain-lain lagi.
Boleh dikatakan Nimmanhaemin ini adalah kawasan yang penuh dengan seni dan bersifat artistik. Lawatlah ke sini untuk menenangkan hati anda yang gundah gulana tu.
2. San Kamphaeng Road
Jika anda kaki shopping, rugi kalau San Kamphaeng Road tidak menjadi pilihan anda. Tempat menarik di Chiang Mai ini amat sesuai untuk anda membeli belah. Dalam bahasa Inggerisnya “the handicraft highway”, ia menawarkan pelbagai jualan kraftangan seperti batu, tembikar, kertas, perhiasan, perak, ukiran, arca dan produk sutera.San Kamphaeng Road adalah jalan dari Chiang Mai ke arah tenggara yang sepanjang 10 km sehingga ke kawasan perkampungan San Kamphaeng. Anda boleh singgah ke kedai Shinawatra Thai Silk yang turut menjual barangan perhiasan, aksesori, fabrik scarf, tie, barangan rumah dan lain-lain lagi.
Selain itu, anda juga akan melihat kedai Sa Paper & Umbrella dan kedai madu asli yang berdekatan. Bukan sahaja dapat membeli madu asli, tetapi anda boleh membeli aiskrim di kedai hadapannya. Semuanya sedap-sedap dan terdiri daripada perisa Madu Susu, Madu Yogurt, Passion Fruit Madu dan Coklat Madu.
3. Warorot Market
Tempat menarik di Chiang Mai yang membolehkan anda membeli-belah ini terletak di tepian Sungai Ping. Ia dikenali dengan nama Warorot Market merupakan pasar tertutup dalam bangunan 3 tingkat yang sarat dan padat dengan barangan jualan. Memang meriah suasananya kerana apa sahaja anda inginkan, pasti ada di sini.
Antara barang yang boleh anda dapatkan di sini adalah kraftangan, sutera, kasut, kosmetik, roti, bunga, sayur-sayuran, barang seramik dan macam-macam lagi termasuklah peralatan elektronik dan perkakas. Lebih puas hati, barang yang dijual di sini amat murah tiada tandingannnya.
Untuk mengelakkan trafik sesak, anda boleh menaiki pengangkutan awam atau berjalan kaki ke sini. Ia sarat dengan pelbagai kenderaan menyukarkan anda mendapat ruangan parkir. Namun, amat rugi jika tidak datang!
4. Catmosphere Cafe
Selain shopping di tempat membeli-belah Chiang Mai, kali ini singgah makan di Catmosphere Cafe Chiang Mai pula. Selain menikmati makanan, anda boleh bermain-main dengan kucing di Kafe ini. Kucing-kucing di sini dilepaskan begitu sahaja untuk menceriakan dan menemani anda.Pasti seronok sekali! Peminat kucing suka bermain dengan kucing bolehlah datang ke sini pagi atau petang, kerana masa-masa itu kucing amat aktif dan suka bermain. Boleh dikatakan ia adalah salah satu tempat menarik di Chiang Mai boleh anda singgah sambil membeli-belah tu.
5. The Night Bazaar
Tahukah anda, The Night Bazaar adalah tempat shopping atau membeli-belah yang paling utama di Chiang Mai? Jika anda hitung jumlah kedai di bazar ini, ia tidak terkira jumlahnya. Ia agak besar, jadi bersedialah untuk mencuci mata melihat pelbagai barangan di sini.Antara barang yang dijual di sini adalah barang kereta, luggage, permainan kanak-kanak, permainan video, jam, dompet, pakaian, sutera Thailand, kasut, cenderamata, rempat ratus dan lain-lain lagi. Tempat menarik di Chiang Mai ini juga membolehkan anda membeli CD atau DVD yang terlalu banyak kerana terdapat banyak pilihan.
Anda juga boleh tawar menawar untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Diskaun dan potongan harga sudah tidak asing lagi di sini. Pasti akan dapat 20% sehingga 30% diskaun jika anda pandai tawar-menawar. Para wanita yang suka membeli-belah, anda wajib kumpulkan duit anda untuk berbelanja di sini. Barang-barangnya juga amat unik dan menarik.
6. Thapae Gate Night Market / Walking Street
Thapae Gate night market ataupun digelar Sunday Market adalah sebuah pasar yang terkenal di Chiang Mai. Ia terletak di tengah bandaraya lama Chiang Mai dengan kepanjangan pasar 1 km bermula dari Tha Phae Gate sehinggalah ke Ratchadamnoen Road. Thapae Gate Night Market ini bermula dari 4 petang sehinggalah tengah malam.Haruslah anda ke tempat menarik di Chiang Mai ini pada hari sabtu dan ahad supaya tidak ketinggalan bertandang ke pasar ini. Ia juga digelar Walking Street memandangkan tempat ini memang sarat dengan pengunjung dan penduduk tempatan untuk membeli-belah.
Antara barangan yang dijual di sini adalah aneka barang kraftangan dan hasil seni dari penduduk utara Thailand, barangan seramik, kertas, kayu, sutera, fabrik dan lain-lain lagi. Chiang Mai mempamerkan barangan buatan tempatan mereka dan sekitarnya seperti sandal kulit, ukiran kayu dan juga kapas. Terdapat juga aksesori, baju T-shirt, beg kanvas dan macam-macam lagi barang. Tidak salah untuk anda tanyakan kepada peniaga akan buatan mana barangan tersebut.
Anda bukan sahaja dapat membeli belah di tempat menarik di Chiang Mai ini, tetap juga dapat berhibur dengan nyanyian dari pemuzik jalanan, melihat tarian para penari Thai di jalanan, melihat persembahan boneka yang menghiburkan serta dapat menggunakan servis urut kaki seketika di sini.
7. Saturday Market (Wua Lai)
Setiap hari sabtu (Wua Lai) terdapat Pasar Wua Lai dimana anda boleh membeli pelbagai barang di sini termasuklah makanan, sayur-sayuran, barangan kraftangan, pakaian dan lain-lain lagi. Ia bermula dari petang sehinggalah tengah malam. Lokasi pasar sabtu ini adalah di sepanjang perjalanan ke Jalan Wua Lai di seberang Pintu Chiang Mai, kira-kira 1 km dari bahagian selatan Chiang Mai.
8. Pasar Malam Kalare
Salah satu tempat menarik di Chiang Mai perlu anda kunjungi pada malam hari untuk membeli belah adalah Pasar Malam Kalare. Ia terletak 1/3 jauh dari bahagian atas Night Market dan dibuka pada setiap hari bermula senja sehinggalah tengah malam. Pasar malam Kalare ini berada di bahagian timur Bandar Lama di Chang Khlan Road.Anda boleh membeli pelbagai barangan aksesori, kain, baju dan lain-lain lagi serta merasai makanan yang dijual berdekatan pasar Kalare ini. Terdapat food court berdekatan untuk anda menjamu selera. Kebanyakan pelancong akan singgah makan di situ. Bagi yang muslim, pastikan kedai tersebut benar-benar halal, makanlah tanpa was-was.
9. Pasar Malam Anusarn
Pasar malam Anusarn menjadi kegilaan ramai terutamanya wanita yang suka berfesyen dan sukakan jualan murah. Anda dapat memilih pelbagai jenis pakaian di sini seperti skirt, blouse, t shirt, dress, seluar dan lain-lain lagi dengan harga yang agak murah. Kiranya berbaloilah beli di sini jika dibandingkan dengan harga pakaian butik-butik di Malaysia.Tempat menarik di Chiang Mai terletak di 1/3 jalan dari bahagian bawah Bazar Malam dan ia dibuka setiap hari dari waktu senja hingga ke tengah malam. Ia bertapak di bahagian timur Bandar Lama di Chang Khlan Road.
10. Mae Sai Market
Tahukah anda, Mae Sai Market terletak di sempadan Myanmar dan berdekatan dengan Chiang Mai? Ramai pengunjung Chiang Mai akan singgah di sini untuk melihat-lihat dan membei-belah. Sudah tentulah anda perlu menghabiskan sekurang-kurangnya 40 minit di sini.Jangan risau jika tidak membawa wang yang terlalu banyak, barangan di sini agak berpatutan dan murah. Keadaannya lebih kurang seperti pasar malam di Malaysia dan ala-ala Chowkit di kawasan yang terbuka. Anda boleh membeli pelbagai barang seperti pakaian, kasut, topi, makanan dan banyak lagi. Semuanya berkualiti tinggi, memang terbaik.
Buah-buahan termasuklah pistachio, kacang gajus, buah pisang kaki, buah plum dan lain-lain lagi boleh anda dapatkan di sini. Boronglah sepuas-puasnya kerana ia memang murah jika dibandingkan jualan buah di Malaysia. Bagi peminat pasar, datang ke sini dapat memuaskan hati anda kerana ia sememangnya murah dan berbaloi.
Tempat Menarik Di Chiang Mai Yang Boleh Anda Kunjungi
Selain dari tempat menarik yang sesuai untuk membeli-belah, anda boleh berkunjung ke tempat rekreasi dan kawasan santai untuk bersiar-siar dan membawa keluarga makan angin. Terdapat banyak tempat menarik di Chiang Mai yang boleh anda luangkan masa bersama keluarga dan kawan-kawan.
Antaranya adalah:- Tiger Kingdom
- Wat Phra Singh
- Peninggalan Wat Chedi Luang
- Bai Orchid & Butterfly Farm
- The Long Neck Karen Village
- Night Safari
- Chiang Mai Riverside
- Bhubing Palace
- Royal Park Rajapruek
- Hmong Village
- Chiang Mai Tribal Museum
- Three Kings Monument
- Chiang Mai City Arts & Cultural Center
- Buak Hard Public Park
- Chiang Mai National Museum
- Flight of the Gibbon
- Wat Phra That Doi Suthen
- Baandam Museum / Black House Museum
- Elephants At a Sanctuary
- Grand Canyon Chiang Mai
- Chiang Mai Zoo Aquarium
- Tube Trek Waterpark Chiang Mai
- Doi Inthanon National Park
Itulah 10 tempat menarik di Chiang Mai sesuai untuk anda membeli belah dan 23 tempat percutian boleh anda kunjungi bersama keluarga. Jom baca juga tempat menarik di Frankfurt, tempat menarik di dunia dan tempat menarik di Helsinki.