Cara Untuk Ke Beaufort Dan 13 Tempat Menarik Di Beaufort, Sabah
Sabah bukan sahaja terkenal dengan Kota Kinabalu atau Kundasang yang merupakan tempat menarik di Sabah, tetapi negeri di bawah bayu ini juga terkenal akan daerah pedalaman Borneo Utara iaitu Beaufort. Beaufort adalah sebuah pekan di Sabah yang mempunyai penduduk dalam lingkungan 75,900 pada tahun 2010.
Sekarang pastilah ia lebih bertambah! Ramai penduduk Beaufort berbangga dengan tempat menarik di Beaufort yang popular dalam kalangan pelancong luar negara. Anda yang berada di dalam negara pasti tidak mahu melepaskan peluang berkunjung ke sini kan?
Tips Perjalanan Atau Cara Ke Beaufort, Sabah
Teringin berjalan-jalan ke tempat menarik di Beaufort ini? Memang patut untuk anda sendiri berkunjung ke tempat menarik di Beaufort kerana ia amat sejuk dan menenangkan. Tidak susah jika anda ingin ke sini, terdapat beberapa cara yang boleh anda gunakan untuk bercuti di tempat menarik di Beaufort, Sabah. Jom kita lihat cara untuk ke Beaufort, Sabah yang boleh anda gunakan.
- Menaiki Bas Ke Beaufort
Jika anda ingin ke Beaufort dari Kota Kinabalu, anda boleh menaiki bas untuk ke Beaufort dengan harga RM12 sahaja. Murah kan? Dari tempat lain juga boleh anda gunakan bas tetapi amat penting untuk anda semak dahulu tiket yang masih ada. Anda boleh semak tiket untuk ke Beaufort di sini BusOnlineTicket. Tempat menarik di Beaufort pastinya menanti anda ke sana.
- Menaiki Kereta Api Ke Beaufort
Anda boleh menaiki kereta api untuk ke Beaufort selain dari menggunakan bas. Kereta api lebih mudah dan mungkin lebih selesa bagi anda yang sukakan ruangan lebih luas dan suasana yang santai. Anda harus beli tiket kereta api lebih awal kerana dikhuatiri akan habis dijual.
Maklumlah amat ramai penduduk yang suka menaiki kereta api di Sabah ini. Beaufort adalah stesen yang berada di pertengahan daerah lain. Jadi, anda harus peka di mana untuk anda turut tetapi jangan risau kerana pengumuman akan dilakukan sejurus tiba di stesen Beaufort.
- Menaiki Flight ke Beaufort
Sukar untuk anda ke sana terus dengan menaiki flight. Anda boleh menaiki flight dan turun di Labuan atau Kota Kinabalu sahaja. Beaufort tidak mempunyai airportnya yang tersendiri kerana ia adalah sebuah daerah yang berdekatan dengan daerah-daerah lain di Sabah. Usai tiba di Sabah, anda boleh dapatkan bas, kereta sewa ataupun kereta api untuk ke tempat menarik di Beaufort.
Dengar kata, keadaan di Beaufort amat tenang, sejuk dan cantik. Pasti ramai yang teruja dan tidak sabar lagi untuk mengetahui tempat-tempat menarik di Beaufort yang popular dalam kalangan penduduk dan pelancong luar. Mari kita lihat 13 tempat menarik di Beaufort yang popular.
-
Starcevich Memorial
Ketika era perang dunia kedua, prebet Thomas Stacevich telah berbakti dan berjasa di dunia Beaufort. Anda boleh bersiar-siar dan mengambil gambar di kawasan tugu peringatan Starcevich Memorial ini.
-
Klias Wetland
Antara haiwan yang boleh anda saksikan di sini adalah orang utan, proboscis monkey dan lain-lain anda. Anda juga berpeluang melihat pemandangan pada waktu malam beserta cahaya dari kelip-kelip. Pada waktu petang pula, anda boleh menaiki bot di sini.
3. Weston Wetland Park
Untung jika datang ke tempat menarik di Beaufort ini. Bukan ada tempat sebegini selalunya untuk anda mencuba aktiviti sungai safari. Weston Wetland Park membolehkan anda melihat binatang-binatang eksotik yang terdapat di kawasan safari hijau ini malah haiwan-haiwan ini amat terkenal di kepulauan Borneo.Antaranya adalah monyet belanda, long tail macaques, kelip-kelip dan juga tumbuhan-tumbuhan liar yang terdapat di sepanjang sungai. Tempat menarik di Beaufort ini terletak 100 km dari bandar Kota Kinabalu.
4. Sungai Padas
Sungai Padas wajib anda kunjungi. Cuaca dan suasananya bakal menyejukkan badan anda yang sukakan berendam dan bermain aktiviti air. Bagi anda yang gemar akan sukan air mencabar, anda boleh mencuba sukan lasak air di Sungai Padas ini.Antara aktiviti boleh anda lakukan di tempat menarik di Beaufort ini adalah bermandi-manda, bermain air, berkayak dan banyak lagi. Tempat menarik di Beaufort ini juga dikenali dengan nama lokasi White water rafting.
5. Garama Wetland
Garama Wetland adalah taman tema air yang juga merupakan tarikan pelancong terbaik. Anda boleh menikmati keindahan alam semulajadi dan melihat habitat para fauna iaitu haiwan yang jarang di temui di tempat lain. Anda boleh menaiki cruise di Sungai Garama bagi melihat pemandangan sekitar tempat menarik di Beaufort ini. Garama Wetland ini memang sejuk dan cantik! Nak bermain flying fox pun memang boleh anda main di sini.
-
Pulau Tiga
Anda bukan sahaja boleh melihat pelbagai haiwan, serangga, binatang reptilia, burung tetapi anda juga mungkin akan bertemu dengan haiwan yang tidak anda tahu namanya. Pelbagai spesis haiwan yang terdapat di sini. Bagi peminat laut, anda boleh mencuba aktiviti scuba diving di tempat menarik di Beaufort ini. Untuk pengetahuan anda, Pulau Tiga ini dikatakan pernah menjadi lokasi untuk penggambaran rancangan TV realiti antarabangsa iaitu rancangan Survivor.
-
Air Terjun Batu 58
Mungkin tempat menarik di Beaufort ini juga boleh dijadikan port fotografi untuk fotografer yang inginkan kelainan daripada gambar berlatar belakangkan air terjun yang lain di Malaysia ini.
-
Air Terjun Lumadan
Sebenarnya Air Terjun Lumadan ini selamat dan boleh anda datang untuk bermain air, mandi-manda dan sebagainya lagi. Bawalah keluarga, anak-anak dan rakan-rakan anda untuk bersantai di sini.
-
Air Terjun Banting Beaufort
Tempat menarik di Beaufort ini juga memudahkan anda bermandi-manda dan menyegarkan badan. Pasti sejuk dan selesa buat anda setelah membasahkan tubuh di sini.
-
Pantai Pimpang Membakut
Bermandi-manda dan bermain pasir pantai juga tidak menjadi masalah sepanjang anda berada di sini. Anda juga boleh berkelah dan berkhemah di pantai ini. Ramai anak muda dan penduduk Beaufort menjadikan Pantai Pimpang Membakut ini sebagai port lepak dan santai.
-
Klias River Cruise
Anda juga boleh menaiki cruise untuk menyusuri sungai ini bagi melihat monyet belanda dan juga kelip-kelip. Untuk pengetahuan anda, ramai pelancong dalam dan luar negara berkunjung di sini kerana tempat ini telah tersenarai dalam pakej pelancongan oleh agensi pelancongan.
-
Monkey Top Safari
Siapa kata tiada haiwan lain di sini, sebenarnya ada lagi haiwan mamalia lain boleh anda lihat di tempat menarik di Beaufort ini. Anda juga boleh melihat pelbagai jenis burung di Monkey Top Safari ini.
-
Borneo Proboscis River Lodge
Bukan sahaja penuh ciri-ciri elegen, tempat menarik di Beaufort ini menyediakan pelbagai kemudahan seperti taman rekreasi, restoran, bilik tidur, coffee shop, tempat letak kereta dan lain-lain lagi.
Itulah dia tempat menarik di Beaufort yang popular dan boleh anda kunjungi. Semua tempat menarik di Beaufort ini memang cantik dan sejuk! Anda pasti akan lebih selesa dalam perjalanan ke tempat menarik di Beaufort ini. Selesai berjalan di Beaufort, apa kata anda lihat tempat menarik di Tambunan Sabah dan tempat menarik di Batu Kurau pula.
Rujukan: